Anda di halaman 1dari 3

Sejauh manakah Pelaksanaan GST bertepatan dengan Kaedah Fiqh

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and services tax(GST)) atau juga dikenali
di beberapa negara dengan nama Cukai Nilai Tambah (Value Added Tax(VAT))
merupakan

cukai

tidak

langsung

yang

dikenakan

ke

atas

sesuatu

penggunaan domestik barangan dan perkhidmatan kecuali produk yang telah


ditetapkan pada kadar sifar dan dikecualikan. Secara umumnya perbincangan
hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara maslahat
kebaikan dan kemudaratan darinya. Walaupun sewaktu wujudnya dalil-dalil berkaitan
cukai, namun menurut majoriti ulama, nas yang berkait dengan urusan siyasah dan
pentadbiran mesti dilihat kepada illah atau sebab utamanya ianya disebutkan oleh
Nabi s.a.w.
Walau bagaimanapun kaedah fiqh ada menyatakan Menolak Keburukan
didahulukan dari Membawa Kebaikan.Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai
jualan dan servis, maka ini ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan negara
menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh
dinilai dari masa ke semasa. Hujah
daripada

rakyat

Kerajaan

dibenarkan

mengutip

cukai

adalah merujuk kepada maslahah yang wujud. Kerajaan perlukan

sumber kewangan bagi memenuhi maslahah umum rakyat seperti membina sekolah,
masjid, pentadbiran Kerajaan,

jalan raya,

dan

sebagainya.

Oleh

itu,

hujah

Kerajaan boleh mengutip cukai daripada rakyat adalah merujuk kepada kaedah fiqh:
a)

Memelihara maslahah dan menjauhkan kemudaratan

i.

Kaedah Fiqh:


Maksudnya: "Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan
menjauhkan mafsadah daripada mereka."
Imam al-Syatibi menjelaskan, "Isu ini perlu dibahaskan dan maslahah
dalam isu ini adalah jelas. Jika Pemimpin zaman kini tidak menggunakan sistem

seperti ini (iaitu sistem percukaian), maka kuasa Pemimpin akan tergugat, maka
Negara Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir. Dengan syarat kuasa
yang dimiliki oleh Pemimpin itu digunakan secara adil
b.

Apabila bertembung dua kemudaratan

i.

Kaedah fiqh:


Maksudnya: "Apabila terdapat dua perkara yang memudaratkan, diutamakan
mudarat yang paling besar dengan melakukan perkara yang paling mudarat antara
kedua-duanya.
Menurut Imam al-Ghazali, pemimpin dilarang mengutip cukai daripada
rakyat jika sekiranya harta benda yang berada dalam perbendaharaan negara
adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak
memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan
ketenteraan, dan jika dibiarkan tentera tidak terbela kebajikannya, mereka akan
sibuk mencari kerja yang lain, dan jika ini berlaku maka boleh mengancam
keselamatan negara, maka dibenarkan pemerintah mengenakan cukai kepada
golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan
ketenteraan.
Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai
ganti cukai. Kerana sebagaimana yang kita maklumi, apabila bertembung antara dua
kemudaratan, maka Islam menuntut untuk kita mengambil mudarat yang lebih
ringan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar berlaku.
ii.

kaedah fiqh

Maksudnya: "Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya


kemudaratan umum."

Apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudaratan


khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak
dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan seperti
pembinaan sekolah, masjid dan seumpamanya. Oleh itu, menurut kaedah
"Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan
umum", Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi
maslahah umum. Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu
membawa kestabilan fisikal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan
kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan
yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.
Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi
yang semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya
membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang
berpendapatan sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang naik, kuasa beli dan
nilai matawang menjadi turun. Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah
negara yang belum memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat
dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kewangan negara
masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah
tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara
sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.
Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa
puluh tahun lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan
kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara berada dalam kesukaran
yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding manfaat. Jika hukum haram
yang ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini
sudah haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar.
Bukanlah sekarang masanya untuk terus menolak cukai secara sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai