Anda di halaman 1dari 2

Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam menentukan

perkara halal yang boleh dilakukan oleh seseorang mukalaf sama ada
dalam urusan berkaitan ekonomi, politik, makanan, minuman dan lainlain. Perkara halal ialah sesuatu yang dihalalkan oleh Allah dalam kitabnya
begitu juga dengan perkara haram sesuatu yang diharamkan oleh Allah
dalam kitabnya Rasulullah s.a.w bersabda :
2.Lafaz Kaedah

Apabila berkumpul Perkara Halal dan Haram Maka Perkara Haram Akan
Lebih Menguasai
3.Maksud : Ijtama
Ijtama dalam kaedah di atas membawa beberapa maksud ;
1.

Bagi sesuatu yang mungkin boleh dibezakan atau diasingkan

seperti manusia, binatang hidup.


2.

Bagi sesuatu yang mustahil boleh dibezakan atau diasingkan seperti

cecair yang berkumpul bermaksud bercampur.

4.Maksud Umum Kaedah


Apabila berkumpul atau bercampur sesuatu yang harus dengan sesuatu
yang haram yang menyebabkan timbulnya kesamaran serta sukar untuk
membezakan yang mana satu halal dan yang mana haram maka perkara
yang bercampur tersebut dikira haram kerana perkara yang halal tidak
dapat diperoleh kecuali dengan menggunakan perkara haram terlebih
dahulu. Sekiranya boleh dibezakan antara yang halal dengan yang haram
maka

kaedah

ini

tidak

boleh

digunakan.

Para

ulama

ketika

membincangkan kaedah ini turut membincangkan kaitan dengan perkara


berikut;

1.Persoalan pertembungan dua dalil yang membawa hukum yang


berlawanan iaitu dalil yang membawa maksud harus atau halal satu lagi
dalil yang membawa maksud haram. Dalam situasi ini para ulama usul
mendahulukan hukum haram berbanding harus. Sebagai contoh dalam
masalah bergaul dengan isteri dalam keadaan haid terdapat dua hadis
pertama; dan hadis

Hadis pertama membawa maksud tidak boleh berseronok dengan isteri


dalam haid di antara pusat dan lutut manakala hadis kedua membolehkan
untuk suami berseronok antara pusat dan lutut kecuali bersetubuh sahaja
dilarang. Maka dalam situasi ini hadis yang mengharamkan didahulukan
untuk beringat.

Anda mungkin juga menyukai