Anda di halaman 1dari 14

Konsep Halalan

Toyyiban
Halal
• Halla, yahillu ditakrifkan sebagai membebaskan, melepaskan,
memecahkan dan membolehkan.
• Terminologi fiqh dalam menentukan satu perkara
• Sesuatu yang dibenarkan/ tidak ditegah oleh syarak/ mubah/ yang sudah
gugur dari simpulan bahaya.
• Prinsip yang digariskan oleh ulama untuk memahami perkara halal dan
haram dalam konteks yang lebih luas
Halal dari perspektif Islam
• Preskripsi Allah bagi menjaga kepentingan fizikal dan spiritual manusia
• Produk yang selamat unutk seluruh manusia
• Meliputi skop yang luas mencakupi ekonomi, sosial, akidah, ibadah,
akhlak, muamalat, pakaian, hiburan dan lain-lain
Halal menurut takrifan moden
• Malaysia has defined halal food through its MS1500:2009: Halal Food - Production, Preparation, Handling and Storage -
General Guidelines (Second Revision) as food permitted under the Shari'ah law and fulfills the following conditions:
1. Does not contain any parts or products of animals that are non-halal to Muslims or products of animals which are not
slaughtered according to Shari'ah law,
2. Does not contain any ingredients that are Najs according to Shari'ah law,
3. Is safe and not harmful
4. Is not prepared, processed or manufactured using equipment that is contaminated with things that are Najs (filth or unclean)
according to Shari'ah law,
5. The food or its ingredients do not contain any human parts or its derivatives that are not permitted by Shari'ah law, and
6. And during its preparation, processing, packaging, storage or transportation, the food is physically separated from any other
food that does not meet the requirements stated in items 1., 2., 3., 4. or 5. or any other things that have been decreed
as Najs (filth or unclean) by Shari'ah law.
Akta-akta berkenaan
• Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011)
• Penguatkuasaan yang berkaitan dengan ungkapan “Halal” dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perihal Dagangan Order 2011, Perintah
Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 (selepas ini dirujuk sebagai "perundangan subsidiari" (Takrif Halal) ), Akta ini dan
perundangan subsidiarinya memberi perlindungan kepada peniaga / pengguna daripada amalan perdagangan yang tidak sihat. istilah "Halal" adalah
salah satu perihal dagangan bagi maksud Akta ini.

• A. Perintah Subjek Merchandise (Takrif Halal) 2011

• Gunakan perihal "Halal" atau apa-apa ungkapan lain oleh peniaga itu tidak dikehendaki di bawah undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun,
Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 menyatakan bahawa apabila makanan atau barang yang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dalam apa-
apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang lain yang boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan bermakna
makanan atau lain-lain barang-barang yang:
• (a) Bukan dan tidak terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian-bahagian haiwan atau perkara yang dilarang oleh undang-undang Islam bagi
umat Islam untuk makan atau tidak disembelih mengikut undang-undang Islam.
• (b) Tidak mengandungi apa-apa yang najis mengikut Hukum Syarak.
• (c) Tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak
• (d) Tidak mengandungi mana-mana bahagian anggota badan manusia atau bahannya yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Islam
• (e) Bukan toksik atau bencana kepada kesihatan
• (f) Tidak disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa kelengkapan yang tercemar najis
• (g) tidak boleh dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpan kenalan, campuran atau berhampiran apa-apa makanan yang tidak memenuhi
kehendak perenggan (a) dan (b).

• Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang, termasuk pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan mentah,
katering dan makanan runcit atau barang-barang diperihalkan sebagai halal, ungkapan bermakna perkhidmatan itu dijalankan mengikut Undang-
undang Islam.
• Mana-mana orang yang melanggar Perintah itu adalah bersalah atas suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1
juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi individu. Hukuman bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga $
5 juta
Haram
• Lawan kepada halal
• Dilarang, ditegah, dosa, maksiat dan seksaan
• Al-Qardawi- sesuatu yang dilarang oleh syarak daripada melakukannya
dengan larangan ynag pasti. Sesaiapa yang engkar akan diseksa Allah di
akhirat dan boleh menerima seksaan di dunia juga.
Kategori haram
• Haram Li zatihi
• Haram kerana terdapat mudarat dan kerosakan yang tidak dapat dipisahkan daripadanya. Contohnya
mencuri, berzina dan minum arak.
• Ia berdasarkan al-ahkam al-khamsah yang menjadi maqasid syariah bertujuan menjaga kepentingan
manusia.
• Haram Li ghayrihi
• Haram yang disebabkan oleh faktor luar yang bergabung dengan zat tersebut. Perbuatan / perkara itu
asalnya harus/ sunat/ wajib tetapi menjadi haram oleh kerana wujud sesuatu yang memudaratkan.
• Membeli barang keperluan dengan wang judi, penggunaan pewarna makanan secara berlebihan,
penggunaan agen aktif dalam makanan secara tidak terkawal/ bersumberkan yang diragukan.
Makruh
• Yang dibenci, tidak digalakkan
• Perkara yang diminta bagi setiap orang mukallaf untuk meninggalkannya tetapi
tidak berdosa jika masih melakukannya.
• Lebih baik ditinggalkan daripada melakukannya.
• Makanan/ produk yang digalakkan untuk ditinggalkan kerana boleh
mendatangkan kemudaratan fizikal, spiritual atau persekiaran.
• Contoh: Makan makanan berbau kerana boleh mengganggu komunikasi dengan
orang lain.
Shubhah
• Sesuatu yang tiada penjelasan pasti daripada sumber qat’ie
• Tidak diyakini sama ada halal atau haram
• Wujud pertentangan pandangan antara membolehkan dan mengharamkan.
• Lebih baik ditinggalkan sebagai sebahagian sifat zuhud dan warak
Sebahagian Ulama membahagikan:
1. Syubhah pada hukum
• Sesuatu perkara yang tidak jelas hukumnya walaupaun selepas ulama berijtihad
• Con: daging yang tidak jelas sembelihan muslim @ majusi. Sebahagian ulama Shafie mengatakan
shubhah dan tidak boleh dimakan. Sebahagian yang lain membenarkan dengan syarat ramai muslim
yang membeli atau mengambilnya.
2. Syubhah pada perbuatan
Hukum sesuatu perkara itu sudah ada tetapi perbuatan yang terlibat tidak dapat dijelaskan hukumnya.
Con: Seseorang menemui buah di sempadan kebun orang lain. Sebahagian ulama Hanafi, Maliki dan Shafiei
menyatakan ianya syubhah dan perlu dihindarkan.
• Al-Ghazali membahagikan syubhah:
1. Syubhah yang berkaitan dengan sebab yang menghalalkan dan
mengharamkan. Sesuatu yang asalnya haram tetapi kemudian wujud alasan
kukuh yang wajib menghalalkan, dimenangkan yang halal tetapi masih
meragukan dan warak meninggalkan. Sesuatu yang asalnya halal tetapi
wujud keraguan status halalnya, masih lagi halal selagi tiada bukti jelas
mewajibkan haram.
2. Syubhah akibat percampuran yang menimbulkan keraguan disebabkan bahan
tambahan. Sebagai contoh wujud bahan tambahan seperti animal fat, animal
shortening, gelatin, kolagen dll. Halal atau haram bergantung sumber ambilan bahan
tersebut.
3. Syubhah akibat percampuran antara maksiat dan sebab yang menghalalkan.
Contoh, berjual beli ketika azan jumaat, menyembelih dengan pisau curi, tawar
menawar atas tawaran orang dll.
4. Wujud dalil-dalil yang bercanggah. Contoh, wujud dalil umum al-Quran atau qiyas
yang bercanggah, tanda-tanda antara halal dan haram wujud bersama dll.

Anda mungkin juga menyukai