Anda di halaman 1dari 20

1. Konsep Pemakanan Dalam Islam. 1.

1 Makanan Halal Konsep pemakanan dalam islam terbahagi kepada dua iaitu halal dan haram. Halal dari bahasa arab bermaksud halla iaitu lepas atau tidak terikat. Manakala dari segi kamus fikh maksud halal adalah sesuatu yang boleh dikerjakan atau yang boleh dimakan. Dalam surah al-baqarah ayat 186, Allah sudah menyatakan bahawa wahai manusia makanlah dari makanan yang halal dan baik dari apa yang ada di bumi, jangnlah mengikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu adalah musuh yang terang dan nyta bagi kamu. Dalam surah ini sudah menunjukkan bahawa Allah menyeru hambanya supaya memakan daripada sesuatu yang baik dan halal. Halal juga didefinasikan sebagai cara hidup orang islam yang menitikberatkan toyyiban iaitu kesucian amalan kebersihan, kehidupan yang sihat serta halalan. Dalam konteks ini, umat islam diseru supaya mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat serta makanan yang diambil juga hendaklah yang terbaik juga halal. 1.2 Makanan Haram Makanan yang haram adalah makanan yang memudaratkan kesihatan jasmani dan juga rohani. Terdapat dua jenis makanan yang haram. Pertama ialah makanan yang diharamkan dari segi zatnya. Ini bermaksud asal makanan tersebut adalah haram, contohnya seperti daging babi, darah, bangkai dan sebagainya. Kedua adalah makanan yang haram yang tidak berhubungan dengan zatnya. Hal ini kerana, makanan tersebut adalah halal tetapi wujudnya kemaslahatan terhadap makanan tersebut. Contohnya seperti, makan dari hasil curi, upah perzinaan, rasuah dan apa-apa juga jenis makanan yang didapati sumber dari pekerjaan atau sesuatu yang tidak halal. 1.3 Contoh Makanan Yang Halal dan Kesan Memakan Makanan Yang Halal. Contoh makanan yang baik ialah makanan yang tidak diharamkan dalam AlQuran dan hadis. Contohnya ialah seperti lembu, kambing, tumbuhan-tumbuhan yang segar, sayuran dan sebagainya. Selain itu, makanan yang halal juga merangkumi makanan yang bersih serta tidak memudaratkan otak dan juga fizikal. Makanan yang

baik akan menyebabkan otak menjadi cerdas serta fizikal menjadi cergas. Seterusnya, makanan yang halal juga adalah makanan atau binatang yanag disembelih dengan niat kerana Allah taala. Apa-apa makanan yang disembelih dengan niat kerana Allah adalah makanan yang baik dan halal. Kesan atau hikmah memakan makanan yang halal ialah, jasmani emosi dan rohani akan menjadi sihat. Makanan yang baik akan membuatkan jasmani dan rohani menjadi cergas dan cerdas. Makanan yang halal dan baik membolehkan seseorang itu mendapat manfaat keatasnya, ia dapat mengawal aktiviti tubuh badan dengan baik. Makanan yang baik mengandungi zat makanan yang mencukupi maka tenaga juga akan mencukupi seterusnya dapat mengelakkan diri dari terkena serangan penyakit. Contohnya, seseorang akan dapat berjalan, berlari dan melakukan aktiviti harian dengan baik dan sempurna jika mengamalkan makanana ynag halal dari sumber yang sihat. . Manakala makanan yang tidak baik mempunyai zat yang tidak mencukupi bagi kesihatan manusia. Seterusnya, makanan yang halal adalah prasyarat untuk maqbul doa. Memakan makanan yang halal penting untuk seseorang. Makanan ynag halal menyebabkan apa yang kita doa akan dimaqbulkan oleh Allah. Halal adalah prasyarat untuk Allah memaqbulkan doa, Allah tidak akan menerima doa hambanya yang mengamalkan pemakanan yag tidak baik atau haram serta pemakaian dan apa juga dari sumber yang haram. Justeru itu, ibadah yang dilakukan tidak akan diterima oleh Allah. Maka dengan ini, adalah penting bagi seseorang itu untuk mengamalkan pemakan yang halal dan toyyiban agar doa dan ibadahnya diterima oleh Allah. Selain itu, hikmah mengamalkan makanan yang halal ialah hidup akan sentiasa diberkati oleh Allah taala dan segala urusan akan dipermudahkan. Ini kerana, makanan yang halal adalah belandaskan Al-Quran dan hadis dan makanan yang baik juga dapat menenagkan hati dan juga membuatkan hati menjadi mudah menerima ilmu. Hati yang tenang akan membuatkan kita akan mudah menerima sesuatu ilmu serta kita juga dapat membezakan baik dan buruk dalam melakukan sesuatu perkara. Justeru itu, makanan yang halal juga dapat membimbing manusia membentuk akhlak dan tingkah laku dan akidah yang baik.

1.4 Contoh Makanan Haram dan Kesan Memakan Makanan Yang Haram. Contoh makanan yang haram ialah, makanan yang dinyatakan haram dalam AlQuran dan hadis seperti daging khinzir, darag, bangkai dan sebagainya. Makanan yang boleh memudaratkan kesihatan badan dan kewarasan akal juga merupakan salah satu daripada cirri makanan yang haram untuk dimakan. Contohnya, adalah seperti arak, minuman tersebut adalah sesuatu yang memudaratkan kesihatan dan juga memberi kesan kepada kewarasan akal pada seseorang individu yang meminumnya. Kesan memakan makanan yang haram ialah, hati akan tertutup untuk menerima hidayah Allah. Makanan yang haram adalah makanan yang tidak dinyatakan dalam alquran dan memberi mudarat kepada tubuh badan dari segi rohani dan jasmani. Hati akan tertutup untuk menerima hidayah Allah kerana selalu disogok oleh benda dan makanan yang haram di sisi Allah. Jika hati sudah menjadi tertutup ini akan menyebabkan manusia mudah dihasut atau diperdaya oleh syaitan untuk melakukan kejahatan dan perkara- perkara yang membawa kearah kemaksiatan. Selain itu, kesan buruk makan makanan yang haram ialah, Allah tidak akan menerima doa mereka yang makan makanan yang haram. Segala amalan yang dilakukan adalah sia-sia dan tidak mnedapat tempat di sisi Allah. Alah akan menerima doa hambanya jika seseorang itu benar-benar bertaubat kerana Allah taala tetapi, segala-galanya tiada nilai disisi Allah taala selagi hidangan dan pakainnya dari sumber yang haram. Ini dapat ditunjukkan apabila, pada zaman dahulu terdapat seorang hamba Allah yang menadah tangan dengan rambut tidak terurus dan berdebu menadah tangan dan mendongak ke langit dengan menyebut wahai tuhanku sedangkan pakainnya, makanannya, minumannya haram dan diberi makan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimaqbulkan. (Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi).

2. KONSEP SEMBELIHAN DALAM ISLAM. 2.1 Definisi Sembelihan Sembelihan adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh umat Islam dan definisi sembelihan mengikut kamus Dewan (2005) ialah memotong leher binatang hingga putus marihnya. Sembelihan dalam syarak bermaksud mematikan binatang yang halal dimakan dengan memotong urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alatan yang tajam selain kuku dan tulang dengan niat kerana Allah S.W.T 2.2 Hukum Sembelihan Hukum menyembelih binatang adalah wajib supaya binatang tersebut halal dimakan. Manakala, apabila binatang tidak disembelih hukum memakan binatang Merujuk kepada surah (al-maidah ayat 3) bermaksud,

tersebut adalah haram.

diharamkan kepada umat Islam memakan daging babi, bangkai atau darah dan binatang-binatang yang lain yang desembelih kerana yang lain daripada Allah. Selain itu, dalam surah al-anam ayat 18 ada menyebut, makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah jika kamu benar-benar beriman kepada ayat- Nya. Islam menunjukkan bahawa sembelihan adalah sesuatu yang wajib dilakukan dan perkara itu wajib dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T

3. GARIS PANDUAN SEMBELIHAN 3.1 Rukun Sembelihan Terdapat tiga rukun sembelihan iaitu penyembelih, binatang yang disembelih dan alat penyembelihan. Penyembelih dalam konteks bermaksud seseorang itu mestilah beragama islam. Binatang yang disembelih juga adalah binatang yanag halal dimakan. Alatan sembelihan mestilah tajam kecuali kuku dan tulang. Selain itu, terdapat lima jenis sembelihan. Pertama ialah sembelihan biasa, dimana menghilangkan nyawa

binatang yang halal dimakan dengna memtuskan urat halkum dan marih dengan menggunakan alatan yang tajam dengan niat kerana Allah s.w.t. Kedua ialah, sembelihan wajib dam, sembelihan wajib dam ialah denda yang harus dilakukan oleh seseorang kerana mneinggalkan salah satu syarat wajib haji atau melakukan bendabenda yang dilarang. Ketiga ialah, semebelihan akikah yang bermaksud sembelihan pada binatnag yang dilakukan semasa proses aqiqah. 3.2 Perkara Sunat yang Dilakukan Semasa Sembelihan Seterusnya, perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa sembelihan ialah, membaca basmallah dan takbir. Membaca basmallah dan takbir adalah digalakkan kepada umat islam yang ingin melakukan sembelihan dan juga selain dari mengucapkan takbir, kita juga dituntut atau digalakkan untuk berselawat kepada nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Perkara sunat yang lain adalah dengan memutuskan urat kiri dan kanan leher supaya binatang tersebut cepat mati dan binatang yanag hendak disembelih diletakkan atau dihadapkan kearah kiblat. Sunat melakukan sembelihan pada waktu pagi. 3.3 Perkara Makruh Yang Dilakukan Semasa Sembelihan Perkara-perkara makruh yang dilakukan semasa sembelihan ialah,

menggunakan alatan ynag tumpul untuk tujuan penyembelihan. Oleh yang demikian, binatang tersebut akan lambat mati dan mneyebabkan binatang yang disembelih terseksa. Selain itu, penyembelih juga sering melakukan perkara ini dimana

pemyembelih menampakkan alatan sembelihan kepada binatang sembelihan dan melakukan sembelihan dihadapan binatang- yang lain yang ingin disembelih. Seterusnya, perkara makruh sembelihan ialah penyembelih tidak membaca basmallah dan tidak menghadapkan binatang yang disembelih ke arah kiblat. 3.4 Syarat Sah Sembelihan Syarat sah sembelihan yang pertama adalah penyembelih. Penyembelih mestilah seorang islam dan berakal. Tidak sah sesuatu sembelihan jika sembelihan dilakukan oleh orang yang tidak berakal. Penyembelih juga mestilah melakukan sembelihan ketika tidak berada dalam ihram haji. Syarat kedua ialah, binatang yang disembelih. Binatang yang disembelih hendaklah binatang yang halal dan dimakan. Contohnya binatang yang telah dinyatakan halal untuk dimakan dalam Al-Quran seperti lembu, kambing, kibas dan sebagainya. Binatang tersebut semasa disembelih hendaklah mati dengan sekali sembelihan. Seterusnya, binatang yang disembelih hendaklah putus kedua urat halkum dan marihnya. Alat sembelihan untuk menyembelih binatang hendaklah tajam supaya urat marih dan halkum dapat diputuskan dengan sekali sembelihan supaya tidak menyakitkan dan menyeksa binatang tersebut. Alat semebelihan tersebut mestilah tajam kecuali kuku tulang, gigi dan rambut.

5.0 Hikmah Sembelihan Hikmah penyembelihan ialah menjaga akidah orang islam. Hal ini kerana, orang islam hendaklah memakan binatang yang halal dan dengan menggunakan cara yang sah. Ini kerana, maksud sembelihan sendiri sudah menunjukkan bahawa sembelihan dilakukan dengan mematikan nyawa binatang dengan memutuskan urat marih dan halkum dengan menggunakan alatan yang tajam dengan niat kerana Allah taala. Niat yang dilakukan kerana Allah taala adalah perkara yang baik kerana melakukan sesuatu perkara dengan niat kerana Allah dapat menjaga akidah umat islam. Selain itu, sembelihan juga dapat membezakan makanan tersebut halal atau haram untuk dimakan, dan juga ia menunjukkan perbezaan antara umat islam dengan orang kafir. Umat islam memakan binatang yang disembelih dan hal ini berbeza dengan orang kafir. Selain daripada itu, dengan melakukan sembelihan, hal ini dapt menjamin kualiti daging agar ianya adalah daging yang bermutu tinggi. Ini kerana, dengan melakukan sembelihan, darah- darah kotor yang mempunyai kuman-kuman penyakit yang terdapat pada daging dapat dikeluarkan. Ini dapat memastikan bahawa daging yang dimakan adalah daging yang berkualiti dan sihat untuk dimakan. Sembelihan juga adalah satu penghormatan terhadap makhluk Allah. Sekalian makhluk di muka bumi adalah sama disisi Allah taala.

4.0 Cara- Cara Sembelihan. Meletakkan haiwan ditempat yang rata semasa melakukan sembelihan dan baringkan dibahagian kanan dengan menghadap qiblat. Alatan yang digunakan untuk tujuan penyembelihan hendaklah tajam supaya urat marih dan halkum terputus dengan sekali sembelihan. Pastikan darah daripada binatang tersebut keluar. Semasa melakukan sembelihan, penyembelih hendaklah berniat melakukan sembelihan kerana Allah taala. Jika binatang mati dengan urat halkum dan marihnya terputus tetapi si penyembelih tidak berniat untuk melakukan sembelihan maka dengan itu, tidak halal memakan daging binatang tersebut kerana sembelihan tadi tanpa niat dan si penyebelih tidak berniat sembelihan kerana Allah taala. Apabila cukup semua rukun dan juga syarat-syarat sembelihan maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dilakukan tanpa niat kerana Allah walaupun segala syarat dan dan rukun telah dinyatakan. Konklusinya, segala apa yang dilakukan hendaklah dengan niat dan niat tersebut hendaklah semata-mata kerana Allah.

REFLEKSI
Dalam menyiapkan tugasan ini saya dapat mengenal pasti bebrapa ciri-ciri makanan halal dan makanan haram. Makanan halal adalah makanan yang baik serta bersih, makanan yang mampu menjana kecerdasan otak, fizikal mahupun mental, manakala makanan haram adalah makanan yang boleh memudaratkan kesihatan jasmani dan rohani. Umat islam diwajibkan mengambil makanan yang baik dan menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang haram. Ini adalah kerana makanan yang baik mampu menjana modal insan yang cemerlang. Selain itu, saya juga belajar ciri-ciri makanan yang halal dan baik serta makanan haram dan kesan daripada memakan makanan tersebut. Pemakanan yang baik bukan sahaja dapat menjadikan fizikal yang baik malahan ianya juga merupakan kunci kehidupan seorang individu. Seterusnya ialah sembelihan. Dalam tugasan ini, saya dapat mengetahui caracara sembelihan dengan betul dan hikmah dalam melakukan sembelihan terhadap umat islam. Terdapat pelbagai hikmah yang dapat saya pelajari dalam menjalankan tugas ini. Perkara paling penting dalam melakukan sembelihan ialah cara atau konsep sembelihan itu sendiri. Ini kerana sembelihan merupakan titik perbezaan antara orang islam dengan orang kafir. Penyembelihan merupakan perkara yang membezakan antara sembelihan/pemakanan orang islam berbanding dengan orang kafir. Selain itu juga, tugasan ini banyak mengajar saya tentang cara-cara sembelihan yang sebenar supaya dapat diaplikasikan dengan cara yang betul tanpa timbul syubhah.

KESIMPULAN
Kesimpulan dalam tugasan ini adalah makanan yanag baik datang dari sumber yang baik. Kunci kejayaan seseorang itu juga berpunca dari pemakanan yang baik dan halal. Ini kerana, dengan mengamalkan pemakanan yang baik, makanan yang halal dapat melahirkan individu yang fizikal dan rohaninya sihat justeru menjadikan individu seorang yang berakhlah mulia. Makanan yang haram menjanjikan kemusnahan dan kegagalan kerana setiap manusia yang hidangan, pakaian dan apa juga pekerjaan dari sumber yang haram hatinya akan jadi tidak tenteram dan hidayah tidak akan datang kepada mereka yang mengamalkan benda-benda yang haram serta dilarang oleh Maha Pencipta. Sembelihan adalah mematikan binatang yang halal dimakan dengan niat kerana Allah. Sembelihan mengikut syarak ialah menyembelih binatang yang halal dimakan mengikut lunas syarak. Binatang yang disembelih mestilah binatang yang halal dimakan dan binatang tersebut mestilah disembelih dengan cara dan kaedah yang betul berlandaskan syariat islam. Kesimpulannya, sembelihan bukan sekadar sembelihan, ianya mestilah berpandukan pada syarak. Sebagai contoh, binatang yang mati tanpa disembelih adalah bangkai dan ianya haram dimakan oleh umat islam kerana binatang tersebut mati tanpa disembelih dan tiada niat kerana Allah.

PENGENALAN
Perkataan 'halal' membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta halalan. Mencari makanan yang halal adalah fardhu bagi umat islam dan ianya sangat dituntut.

Islam dengan jelas memerintahkan umatnya mengambil sesuatu yang halal dan meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w seperti dalam Surah Al-Baqarah Ayat 172 yang bermaksud: "Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang Kami kurniakan kepada kamu". Sebagai umat islam kita hendaklah makan makanan dari sumber yang baik dan halal. Elakkan dari mengambil makanan yang tidak sihat dan haram. Pemakanan penting dalam kehidupan kerana dengan pemakanan kita dapat mengenal pasti akhlak serta tingkah laku seseorang. Sembelihan ialah mematikan binatang dengan memutuskan urat marih dengan urat halkum dengan menggunakan alatan yang tajam dengan niat kerana Allah taala. (Diharamkan kepada kamu dan bangkai( b i n a t a n g Y a n g d a r a h ( y a n g keluarmengalir),

tidakdisembelih),

d a n d a g i n g b a b i ( t e r m a s u k semuanya). Hikmah sembelihan ialah kerana ingin membezakan daging yang halal dan dengan yang haram dan ingin mengelakkan daripada kuman yang sedia ada dalam darah binatang tersebut serta memastikan daging tersebut bersih untuk dimakan.

ISU TERKINI TENTANG SEMBELIHAN

5 April 2012

Kajian Kaedah Pemengsanan (Stunning) Gas Dan Sembelihan Pisau Mekanikal


Menerajui usaha pemantapan Pensijilan Halal Malaysia, satu lawatan kajian mengenai kaedah pemengsanan (stunning) gas dan sembelihan menggunakan pisau mekanikal telah dilakukan pada 11 Februari 2010 di Baiada Poultry Pty. Ltd., Ipswich, Brisbane, Australia. Pengumpulan data dan maklumat mengenai kedua-dua kaedah ini telah dilaksanakan oleh Dr. Sirajuddin Suhaimee, Atase Halal di Australia dengan kerjasama Australian Quarantine and Inspection Services (AQIS), Baiada Poultry Pty. Ltd danAustralian Halal Food Services (AHFS).

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />


Kajian ini juga akan menggabungkan data dan maklumat yang telah dikumpulkan berdasarkan Audit Pematuhan yang telah dilaksanakan pada bulan November 2008 di pusat penyembelihan Baiada Poultry Pty. Ltd. di Laverton, Victoria, Australia yang melaksanakan kaedah pemengsanan gas di dalam proses penyembelihan ayam secara pisau mekanikal. Hasil kajian ini akan dikemukakan kepada Bahagian Hab Halal dan Bahagian Pengurusan Fatwa bagi dibincangkan di dalam Panel Kajian Syariah untuk melihat kesesuaian mengemaskini fatwa berkaitan pemengsanan (stunning) gas dan sembelihan pisau mekanikal yang pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam kali ke 48 yang bersidang pada 3 April 2000 yang lalu.

Proses sembelihan dengan menggunakan pisau mekanikal.

RUJUKAN
Internet
1. http://www.scribd.com/doc/41725955/konsep-sembelihan , konsep sembelihan. 2. http://tayibah.com/eIslam/SEMBELIH.htm, definisi sembelihan 3. http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurutislam/ 4. http://thebest4u.wordpress.com/2009/09/05/hikmah-sembelihan-binatangcara-islam-dari-sudut-sains/, hikamah sembelihan. 5. http://www.islam.gov.my/kajian-kaedah-pemengsanan-stunning-gas-dansembelihan-pisau-mekanikal, (5 April 2012), portal jakim isu sembelihan.

Surat khabar online


6. http://www.hmetro.com.my/articles/Pekerjalarilintang-pukang/Article/, (6 April 2012) isu sembelihan, my metro.

Sertai komuniti myMetro


Khamis, 05 April 2012
Cari

Pekerja lari lintang-pukang


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Nur Lela Zulkipli am@hmtero.com

PERIKSA...Ahmad Solihin (kiri) bersama seorang anggota penguat kuasa MPS memeriksa ayam yang disembelih di

Pasar Borong Selayang. TUTUP...sebuah pusat penyembelihan disita kakitangan MPS. KUALA LUMPUR: Tiga pusat penyembelihan ayam di Pasar Borong Selayang, di sini, diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan polis, awal pagi semalam selepas menerima aduan mengenai keraguan cara penyembelihan dan kebersihan. Harian Metro difahamkan ayam di pusat penyembelihan itu didapati tidak disembelih secara sah menurut hukum Islam selepas didapati urat halkum ayam disembelih tidak sempurna.

Namun, kehadiran pihak berkuasa kira-kira jam 1 pagi itu seolah-olah dihidu apabila beberapa pekerja pusat penyembelihan yang dipercayai tidak mempunyai tauliah lari lintang-pukang dan gagal diberkas. Penolong Pengarah Unit Halal Jais, Ahmad Solihin Maryakoon, berkata dia terkejut apabila banyak ayam yang disembelih kelihatan meragukan kerana dikhuatiri mati lemas dan tersepit dalam bakul yang disediakan.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan isu syubahah atau curiga sama ada ia halal dimakan atau sebaliknya berikutan pernah berlaku peniaga melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai. Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainal Abidin, pula berkata pemeriksaan

mendapati kebanyakan ayam disembelih dengan cara tidak sempurna dan sijil halal tiada di premis. Ketiga-tiga pusat penyembelihan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana melanggar undang-undang kecil syariah seperti tidak mengambil suntikan imunisasi untuk setiap pekerja, tidak menjaga kebersihan, tidak mempunyai permit perniagaan, melanggar syarat penyembelihan dan darah ayam disalurkan terus ke longkang utama. Sebuah pusat penyembelihan turut disita kerana membuat penambahan lot tanpa izin daripada MPS dan menggunakan bekalan elektrik dari bangunan bersebelahan, katanya.

Sementara itu, Ahmad Solihin berkata, penggunaan voltan elektrik bagi memudahkan proses penyembelihan adalah dibenarkan, tetapi pada kadar yang rendah supaya ayam tidak mati akibat kejutan elektrik. Kepada pengusaha Islam yang didapati bersalah menjalankan penyembelihan secara haram akan dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi ibnu khadij Radhiallahu anhu:Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim) . Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu (Hadis riwayat Muslim).

Isu sembelihan
Pada 5 April 2012, isu sembelihan ialah berkenaan penngunaan pisau mekanikal dalam proses penyembelihan. Dalam proses ini, ayam-ayam akan diberi suntikan pemengsanan (stunning) dan akan disembelih dengan menggunakan pisau mekanikal. Isu yang terdapat dalam portal ini adalah sejauh mana halal binatang tersebut untuk dimakan seandainya proses sembelihan dilakukan secara serentak dan adakah niat melakukan sembelihan itu kerana Allah taala. Hukum menyembelih binatang adalah wajib untuk dimakan dagingnya dengan niat kerana Allah taala .Hal ini masih lagi dalam perbincangan oleh Bahagian Hub Halal dan Pengurusan Fatwa kepada Panel Kajian Syariah. Isu kedua yang terdapat dalam portal my metro keluaran 5-8 April 2012 adalah berkisarkan tentang 3 premis pasar borong di Selayang yang diragui tahap kebersihan dan cara penyembelihan ayam tersebut oleh pembeli. Isu dibangkitakan apabila dimaklumkan bahawa ayam tersebut tidak disembelih dengan sempurna kerana urat marih ayam tersebut dipotong dengan tidak sempurna dan justeru sembelihan tersebut dikhuatiri tidak sah menurut syarak islam. Ini kerana, definisi sembelihan sendiri ialah mematikan binatang dengan memotong urat halkum dan marih dengan menggunakan alatan yang tajam dengan niat kerana Allah. Jika urat marih ayam tersebut dipotong dengan tidak sempurna, ini akan menimbulkan keraguan kepada pembeli. Selain itu, timbul curiga dan syubhah apabila ayam tersebut dikatakan mati kerana tersepit dan lemas pada bakul yang disediakan. Seterusnya, hal ini amat meragukan pembeli kerana pernah terjadi diamana ayam-ayam tersebut disembelih dengan penjual meletakkan ayam-ayam kedalam tong yang berisi didihan air selepas proses sembelihan untuk mempercepatkan proses kematian. Hal yang lebih merumitkan lagi adalah kebanyakan premis melakukan sembelihan yang tidak menepati syarak dan tiada sijil halal di premis. Ekoran dari kes-kes ini, ramai pembeli curiga dan ragu-ragu untuk membeli kerana dikhuatiri ayam-ayam tersebut haram serta tidak halal untuk dimakan.

KONSEP PEMAKANAN

KONSEP SEMBELIHAN

Anda mungkin juga menyukai