Anda di halaman 1dari 18

AFH2113: ASAS HALAL DAN HARAM

DALAM ISLAM
BAB 1
KONSEP HALAL DAN HARAM
DISEDIAKAN OLEH:
BADRIAH NORDIN
AL-FARABI
Pendahuluan:
Konsep halal dan haram dalam Islam adalah untuk menjaga kemaslahatan umat Islam daripada
kemudaratan dari sudut rohani dan jasmani.
Perkara yang halal dan haram telah disebut dengan jelas dalam al-Quran dan juga al-Sunnah, samada
daripada sumber makanan, sumber pendapatan, peralatan dan bahan keperluan.

HALAL
- Bahasa: halla-yahillu-hillan
- Terminologi: halal diertikan sebagai sesuatu yang harus, yang dibolehkan dan sesuatu yang tidak
dilarang untuk melakukannanya.
- Fiqh: Bermaksud sesuatu yang tidak ditegah ataupun sesuatu yang diharuskan oleh Syarak.
Sumber hukum yang berkaitan statushalal dan haram dalam makanan/minuman dapat dibahagikan
kepada sumber yang disepakati iaitu al-Quran, al-Sunnah, Ijmak, al-Qiyas, termasuk lah sumber
yang tidak disepakati iaitu al-urf, al-istihsan dll.
- Syarak: Dr. Yusuf al-Qardhawi: halal sebagai perkara yang dibolehkan atau perkara yang
diharuskan dan sudah terlepas daripada ikatan atau simpulan bahaya.
Makanan yang dikategorikan sebagai halal mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Makanan yang tidak mengandungi sebarang bahagian ataupun benda
daripada binatang yang ditegah oleh Syarak memakannya ataupun yang tidak
disembelih mengikut hukum syarak.
b. Tidak mengandungi bahan-bahan yang dihukum sebagai najis mengikut
hukum Syarak
c. Tidak disedia, diproses, ataupun dikilangkan dengan menggunakan alat-alat
yang tidak bebas daripada benda-benda najis mengikut hukum Syarak
d. Semasa proses penyediaan, pemprosesan, ataupun penyimpanan, ianya tidak
bersentuhan ataupun berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak
memenuhi kehendak di atas.
Oleh itu, semua makanan adalah halal melainkan terdapat tegahan atau larangan
yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah.
PERINGKAT DAN KATEGORI HARAM
• Haram: tuntutan supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan
tuntutansecara pasti. Diberi pahala jika meninggalkannya dan berdosa jika
melakukannya. Contoh: minum arak, mendedahkan aurat.
Terbahagi kepada 2 bahagian:
• Haram li dhatihi: perkara atau perbuatan yang diharamkan kerana terdapat
kemudharatan yang tidak boleh dipisahkan daripadanya. Contoh: makan
bangkai
• Haram li ghayrihi: setiap perkara atau perbuatan yang diharamkan kerana
faktor-faktor luaran yg telah bercampur dengannya. Sesuatu yang halal pada
asalnya tetapi diperolehi dengan cara yang haram. Contoh: beli barang dengan
wang hasil judi
PERINGKAT DAN KATEGORI SYUBHAH
Syubhah: perkara yang tidak dapat dipastikan kedudukan hukumnya samada halal atau
haram. Suatu perkara yang tidak mempunyai dalil yang pasti tentang hukumnya.
Contohnya ragu-ragu dengan masakan org bukan islam kerana percampuran bahan dan
alatan ketika memasak. Namun, jika terdapat ijtihad yang jelas tentang hukumnya,
maka boleh berpegang terhadap hukum tersebut.

2 Kategori Syubhah:
Syubhah pada hukum: suatu perkara atau perbuatan yg tidak mempunyai dalil yang
jelas drpd al-Quran dan al-Sunnah walaupun selepas ijtihad dilakukan. Contoh: daging
haiwan yg tidak jelas status penyembelihan.
Syubhah pada perbuatan: ialah hukum halal dan haram yang sudah dijelaskan oleh
Allah swt, tetapi status perbuatan tidak dijelaskan dengan terperinci. Contohnya
seseorang menemui buah di sempadan kebunnya dan jirannya dan tidak dapat
dikenalpasti buah itu milik siapa. Buah itu dianggap syubhah.
Imam Ghazali (Ihya’ Ulumuddin) membahagikan syubhah kepada 4 bahagian:
• Syubhah yang berkaitan dengan sebab yang menghalalkan dan sebab yang
mengharamkan.
• Syubhah yang disebabkan percampuran yang menimbulkan keraguan kerana
terdapat bahan tambahan. Contoh: gelatin, collagen dll.
• Syubhah yang disebabkan terdapat percampuran antara kemaksiatan dan sebab
yang menghalalkan. Contoh: menyembelih dengan pisau curi.
• Syubhah yang disebabkan terdapat perselisihan tentang dalil
PRINSIP-PRINSIP HALAL DAN HARAM
MENURUT
DR. YUSUF AL-QARDHAWI
Terdapat 11 prinsip yang telah digariskan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam menetapkan
konsep halal dan haram dalam Islam:
Prinsip Pertama: ASAL SESUATU ADALAH HARUS
- Hukum asal setiap sesuatu adalah harus dan dibolehkan (halal). Sesuatu perkara itu tidak
diharamkan kecuali terdapat nas-nas yang sahih dan jelas tentang pengharamannya.
- Prinsip ini bukan sahaja terhad kepada hal berkaitan ibadah, tetapi meliputi perkara yang
menjadi adat masyarakat. Adat kebiasaan yang diharuskan oleh Syarak adalah diharuskan
(halal) sehingga terdapat dalil yang jelas tentang pengharamannya.
- Setiap individu boleh melakukan aktiviti seharian seperti berjual beli, sewaan, pajakan,
perkongsian, dan sebagainya selagi tidak ditegah oleh Syarak.
- Hukum Syarak tidak mengehadkan batasan atau garis panduan yang khusus, maka
ketentuan hukum tertakluk kepada hukum asal, iaitu harus.
Prinsip Kedua: NIAT BAIK TIDAK BOLEH MENGHALALKAN YANG HARAM
- Umumnya, amalan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu amalan yang berbentuk
ketaatan, kemaksiatan dan keharusan. Islam menyarankan umat Islam mengikhlaskan
niat dalam setiap perbuatan.
- Niat adalah asas kepada setiap perbuatan. Allah menilai sesuatu amalan hamba-Nya
berdasarkan niat yang ikhlas bagi mendapat keredhaan Allah.
- Ibadah khusus seperti sembahyang, puasa dan haji dikira tidak sah tanpa disertakan
dengan niat.
- Manakala amalan kebiasaan yang tidak bercanggah dengan syarak akan bertukar
menjadi ibadah dan mendapat pahala apabila disertakan dengan niat.
- Oleh itu, perbuatan yang ditegah oleh Syarak walaupun dengan niat yang baik adalah
dilarang dan dinilai sebagai satu maksiat.
- Menggunakan yang haram sekalipun dengan tujuan yang baik tidak akan sesekali
menghalalkan perkara tersebut.
Prinsip Ketiga: APA SAHAJA YANG MEMBAWA KEPADA HARAM
ADALAH HARAM
- Setiap individu Muslim perlu mejaga kemaslahatan yang lima iaitu
memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
- Bagi memastikan ia dapat dijaga dan terkawal, Islam menutup setiap ruang
yang dapat merosakkan lima rukun hidup tersebut atau salah satu darinya.
- Oleh itu, apabila Allah mengharamkan sesuatu, maka Allah swt turut
mengharamkan perkara-perkara yang membawa kepadanya.
- Contohnya, apabila Islam mengharamkan riba, Allah turut melaknat setiap
individu yang terlibat dalam transaksi riba samada orang yang memakannya,
memberinya, menulisnya dan saksinya.
- Haram melihat aurat wanita ajnabi kerana ia boleh mendorong kepada
perbuatan yang diharamkan iaitu zina
Prinsip Keempat: BERHATI-HATI DARIPADA SYUBHAH BAGI
MENGHINDARI PERKARA HARAM
- Islam menuntut penganutnya tidak terlibat dengan sesuatu yang diharamkan.
- Oleh itu, setiap perkara syubhah, iaitu perkara yang mempunyai kesamaran,
tidak jelas status halal haramnya perlu dijauhi. Ini adalah untuk mengelak
daripada terlibat dengan perkara yang diharamkan oleh Islam
- Sikap berhati-hati ini adalah berdasarkan kepada kaedah ‘sad zara’I’”.
- Sekiranya, didapati sesuatu itu kebaikannya mengatasi keburukan maka
perlulah berusaha untuk memperolehinya, namun jika sebaliknya maka
perlulah berhati-hati.
- Ini kerana perbuatan berhati-hati dapat menghindarkan diri daripada
terjerumus ke dalam kemudaratan dan keburukan yang mengakibatkn
kerosakan kepada harta, jiwa, kehormatan, dan akal.
Prinsip kelima: KEADAAN TERPAKSA MEMBOLEHKAN SESUATU YANG
HARAM
- Islam mengharamkan sesuatu sekiranya terdapat kemudaratan kepadanya dan
sebaliknya, namun begitu dalam keadaan darurat atau terpaksa, Islam
membolehkan umat Islam melakukan sesuatu yang dilarang.
- Cthnya, seseorang yang sesat dalam hutan dan kehabisan makanan, dan tidak
mempunyai pilihan lain kecuali babi maka ia dibolehkan dengan sekadarnya
sahaja.
- Islam membenarkan melakukan sesuatu dalam keadaaan darurat demi
menyelamatkan nyawa.
- Walaubagaimanapun, ia mestilah mengikut kadar tertentu sahaja, ini bagi
mengelakkan penyalahgunaan terhadapt rukhsah dan kelonggaran yang
dibenarkan Syarak.
Prinsip keenam: PERATURAN HALAL DAN HARAM ADALAH BERSIFAT
UMUM DAN MENYELURUH
- Hukum halal atau haram adalah menyeluruh merangkumi semua tempat dan
masa.
- Contohnya mencuri, Islam mengharamkan mencuri samada dilakukan oleh
orang Islam atau orang kafir tanpa mengira status, pangkat atau kedudukannya
dalam masyarakat.
- Menurut Dr. Wahbah Zuhaili, tiada beza antara individu dengan individu lain,
tempat dengan tempat lain.
- Samada berada di wilayah Islam atau wilayah kafir, Muslim tetap dilarang
melakukan perkara yang dilarang oleh Islam dan jika jelas dia melakukan
kesalahan, dia tetap dikenakan hukuman.
- Ini bermaksud, Islam tidak mengharamkan sesuatu perkara hanya kepada
sesuatu kaum, sesuatu golongan ataupun individu tertentu sahaja, tetapi ia
merangkumi seluruh umat Islam.
Prinsip ketujuh: MENGHALALKAN DAN MENGHARAMKAN SESUATU
ADALAH HAK ALLAH SWT
- Hak menentukan halal dan haram adalah milik mutlak Allah, dan manusia
tidak mempunyai sebarang autoriti, terutama sekali yang berkaitan dengan
ketentuan hukum yang sudah dijelaskan oleh Allah swt dalam al-Quran
dengan dalil qat’ie.

Prinsip kelapan: MENGHARAMKAN YANG HALAL DAN


MENGHALALKAN YANG HARAM SAMA DENGAN SYIRIK
- Allah telah mencela sikap musyirikin kerana perbuatan mereka yang
mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
- Hak menentukan hukum adalah milik Allah, oleh itu perbuatan mengharamkan
yang halal dan menghalalkan yang haram adalah pencerobohan kepada Syariat
Islam, melampaui batas, menzalimi diri sendiri dan boleh dikategorikan
sebagai perbuatan Syirik.
Prinsip kesembilan: MENGHARAMKAN SESUATU ADALAH SESUAI
DENGAN KEBURUKAN DAN KEMUDHARATAN
- Setiap yang dihalalkan ataupun yang diharamkan dalam Islam adalah untuk
menjaga kepentingan umat manusia.
- Cthnya, pengaharaman arak atau minuman yang memabukkan adalah untuk
menjaga akal. Kerana fungsi akal adalah sangat besar dan ia menjadi alat
untuk menimbang baik atau buruk sesuatu perkara.
- Akibat daripada mabuk, manusia akan hilang pertimbangan dan
berkemungkinan melakukan perbuatan keji seperti berzina dan membunuh.
- Menurut Wahbah al-Zuhaili, sesuatu yang diharamkan oleh Islam samada
sebab zatnya ataupun faktor-fakor yang berkaitan dengannya adalah bertujuan
menghindari keburukan dan kemudaratan kepada individu, kelompok
masyarakat dan agama.
Prinsip kesepuluh: SESUATU YANG HALAL TIDAK MEMERLUKAN YANG
HARAM
- Allah tidak mengharamkan sesuatu melainkan menggantikan dengan sesuatu
yang lebih baik.
- Ibn Qayyim menyatakan Allah mengharamkan bertenung nasib, tetapi
menggantikannya dengan doa dan istikharah.
- Allah mengharamkan riba dan menggantikannya dengan perniagaan yang baik
urusannya.

Prinsip kesebelas: MEMBUAT HELAH TERHADAP SESUATU YANG


HARAM, HUKUMNYA ADALAH HARAM
- Hukum membuat helah terhadap sesuatu yang diharamkan adalah haram.
- Contohnya, menghalalkan rasuah dengan menjadikannya wang hadiah dan
menghalalkan zina atas nama perkahwinan.
KEPENTINGAN MAKANAN HALAL DALAM
a. Kesihatan jasmani, emosi dan akal.
ISLAM
Dengan memakan makanan dan minuman yang halal dan tayyibah dapat membentuk serta memberi kesan yang
besar terhadap keperibadian dan perwatakan seseorang. Jika didalam tubuh badan manusia itu mengalir benda-
benda yang baik dan suci maka tidak mustahil akan lahirlah akhlak dan peribadi yang mulia dari manusia tersebut.
makanan yang halal lagi baik serta amalan pemakanan yang seimbang dan sihat boleh mententeramkan fikiran. Ini
kerana, emosi individu sering berubah daripada emosi yang stabil kepada yang tidak stabil disebabkan
kekecewaan, putus asa, rasa bersalah, dan sedih kerana kehilangan sesuatu. Ada individu yang mengawal emosi
ini melalui makanan. Apabila mereka makan, ketegangan emosi ini dapat dikawal dan dikurangkan buat seketika.
Otak yang sihat terletak pada badan yang sihat. Apabila jasmani sihat, maka akan lahir juga otak yang sihat.
Dalam pembentukan generasi yang cemerlang, unsur pemakanan perlu diambil kira kerana ia akan menentukan
kesihatan jasmani dan akhirnya akan diterjermahkan melalui otak yang sihat.
Melihat kepada sejarah Islam, telah lahir ramai tokoh ilmuan dan cendikiawan Islam yang hebat yang berjaya
menguasai pelbagai bidang. Mereka bermula dengan contoh teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW
termasuklah dalam menjaga hal ehwal pemakanan yang menjadi asas penting dalam pembentukan kesihatan
jasmani dan rohani yang akhirnya akan menterjermahkan kecemerlangan sesebuah masyarakat atau tamadun.
Rumusannya, amalan makanan dan pemakanan yang sihat dan seimbang boleh membina pemikiran cerdas yang
membantu peningkatan dalam proses pembelajaran dan aktiviti lain dengan berkesan dan berkualiti.
b. Spiritual

“Barangsiapa makan sesuatu yang syubhat selama empat puluh hari, maka hatinya akan menghitam”
• Umat Islam mendapatkan makanan dan minuman yang halal lagi baik kerana ia penyebab kepada
menambah cahaya dan sinar keimanan pada hati, akan menimbulkan kegentaran dan kekhusyukan
terhadap kebesaran Allah SWT, menggiatkan seluruh anggota badan untuk beribadah dan taat,
mengurangkan kecenderungan hati kepada dunia serta menambah ingatan terhadap Hari Kiamat.
c. Supaya Ibadah Mudah Diterima Allah
• Pemilihan makanan yang halal akan menjamin kesejahteraan hidup seseorang didunia dan diakhirat.
Doa yang dipohon daripada Allah SWT juga akan dimakbulkan.
• Oleh itu Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek kehidupan umatnya.
Setiap orang Islam wajib memelihara dan peka terhadap perkara yang halal dalam memilih
pemakanannya supaya tidak termasuk bahan yang haram yang akhirnya menjadi darah daging.
• Bagi daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka api nerka bahan pembakarnya. Ini
jelas daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:" Setiap daging yang tumbuh daripada benda
yang haram (yang hilang berkatnya), maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu." (Hadis
riwayat Ahmad dan Tirmizi)
d. Dapat Membina dan Membentuk Peribadi Mulia
• Dengan memakan makanan dan minuman yang halal dan tayyibah dapat
membentuk serta memberi kesan yang besar terhadap keperibadian dan
perwatakan seseorang. Jika didalam tubuh badan manusia itu mengalir benda-
benda yang baik dan suci maka tidak mustahil akan lahirlah akhlak dan
peribadi yang mulia dari manusia tersebut.

Anda mungkin juga menyukai