Anda di halaman 1dari 5

Haram Menurut Perspektif Islam

haram adalah lawan kepada perkataan halal

bermaksud ditegah oleh syarak, berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala apabila
meninggalkannya.

“haruma, yahrimu haraman atau haruma, yahramu, hurman wa hurmatan wa haraman”

istilah-istilah yang sinonim dengan perkataan haram adalah sesuatu yang dilarang, ditegah,
buruk, keji, dicegah melakukannya, maksiat, dosa dan seksaan yang kesemua itu membawa
kepada pengertian haram.

prohibited, forbidden, unlawful, interdicted dan unpermitted.

Menurut Yusuf Al-Qaradhowi, haram ialah sesuatu yang dilarang oleh syarak daripada
melakukannya dengan larangan yang pasti. Sesiapa yang mengingkarinya akan menerima
seksaan Allah s.w.t. di akhirat kelak dan boleh mengakibatkan seseorang itu menerima
seksaan semasa di dunia lagi.

1.2 Kepentingan Makanan Halal Menurut Perspektif Islam

Makanan dan minuman adalah keperluan fisiologi yang perlu dipenuhi untuk hidup.

Manakala menurut Islam, kepentingan makanan mempunyai tujuan yang lebih murni iaitu
untuk tujuan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Justeru itu, Islam menganjurkan umatnya supaya makan sekadar yang mencukupi bagi
melaksanakan tanggungjawab terhadap diri mahupun terhadap Penciptanya supaya terhindar
diri daripada sebarang kemudaratan yang berpunca daripada makanan.

surah Al-Baqarah ayat 168: "Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada
apa yang terdapat di bumi, dan jangan kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu".

"wahai sekalian manusia" yang digunakan adalah seruan yang melibatkan semua golongan
manusia.

Halalan tayyiban bermaksud makanan itu halal, bersih serta selamat untuk dimakan.

melarang kita mengambil makanan yang haram lagi kotor seperti bangkai, babi dll.

Konsep halalan toyyiban ini juga turut mengambil kira sumber kewangan bagi mendapatkan
makanan tersebut. Selain itu kaedah penyediaannya meliputi penggunaan peralatan, cara
memproses, penyimpanan, pembungkusan dan kawasan persekitaran hendaklah bebas
daripada najis serta mematuhi tahap amalan kebersihan yang ditetapkan.

mencari rezeki yang halal adalah kewajipan yang dituntut ke atas setiap individu Muslim. Ianya
sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.:

‫طلب الحالل فريضة على كل مسلم‬


bahkan ianya juga memberi pengaruh dalam membentuk keperibadian dan karakter
seseorang. Ibrahim bin Umar yang mengambil pendapat Al-Hirrali, seorang ahli tafsir
mengatakan, orang yang suka makan makanan yang kotor biasanya mempunyai tabiat yang
kasar, keras dan sukar menerima kebenaran.

ramai peniaga yang menjual makanan yang halal tetapi premis, kedai atau gerai dan
persekitarannya tidak bersih dan menjijikkan.

Pengharaman sesuatu benda kerana masalah yang terdapat padanya dan bukan satu bentuk
penderaan Allah s.w.t. terhadap umat Islam. Yang diharamkan adalah sesuatu yang kotor dan
keji.

Kesan Makanan Yang Haram Kepada Muslim

Kesan Pertama: Dihilangkan keberkatan pada makanan tersebut

Keberkatan harta itu penting bagi menjadikan seseorang muslim itu bersyukur dengan apa
yang dia perolehi. Jika tidak, dia akan berasa tidak cukup dengan apa yang dia nikmati.

Kesan kedua: Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

Kesan ketiga: Ibadah yang dilakukan dengan harta yang haram tidak akan diterima oleh Allah

Kesan keempat: Kerosakan hati

Kata Ibnu Hajar dalam menjelaskan makna hadis ini: “Di dalam hadis ini mengingatkan tentang
kemuliaan hati dan menggalakkan supaya kita menjaga keelokannya dan isyarat kepada
sesuatu usaha yang baik akan memberi kesan kepada hati”.

Kesan kelima: Hidup dalam keadaan hina dan gelisah

Kesan keenam: Dijanjikan dengan azab yang pedih

Peranan Kementerian Dan Agensi-Agensi Kawalan Makanan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan Program


Kawalan Mutu Makanan Malaysia yang bertujuan melindungi dan mengawal semua aspek
yang berkaitan dengan makanan sama ada dari segi keselamatan, kebersihan, pencemaran,
piawaian, pelabelan dan penipuan.

Objektif Program Kawalan Mutu Makanan adalah bagi melindungi orang ramai daripada
masalah kesihatan yang berhubung dengan makanan, di samping menggalakkan dan
mempromosi penyediaan, pengendalian, penjualan, dan pengambilan makanan yang selamat
dan bermutu.

Sekiranya didapati makanan yang telah dianalisis oleh pegawai yang terlibat tidak mematuhi
undang-undang makanan, apabila sabit kesalahan, denda maksimum yang ditetapkan di
bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah tidak lebih daripada RM5000.00 atau
penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) ditubuhkan
pada Oktober 1990. Bermula pada 11 Jun 2009, ia dikenali sebagai Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Matlamat penubuhannya bagi menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang


beretika di samping melindungi kepentingan pengguna.

Antara hak pengguna yang perlu dilindungi ialah hak bagi mendapatkan keperluan asas, hak
mendapatkan keselamatan, hak mendapatkan maklumat, hak membuat pilihan, perlindungan
harta intelek dan pendaftaran serta penyeliaan perniagaan.

Dalam konteks kawalan makanan, KPDNKK dengan kerjasama JAKIM dan JAIN secara
konsisten menjalankan pemeriksaan bagi menentukan kesahihan logo halal yang digunakan
oleh pengusaha atau pengilang makanan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah baik
di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ditubuhkan bagi mengambil alih kuasa dan
peranan Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)

Fungsi JAKIM

1. Memberikan garis panduan makanan, minuman dan barang gunaan orang-orang


Islam.

2. Mengeluarkan fatwa mengenai isu-isu yang berkaitan dengan makanan, minuman


dan barang gunaan bagi melindungi kepentingan orang-orang Islam.

3. Menguatkuasa undang-undang melalui akta-akta yang berkaitan dengan prosedur


Pensijilan Halal seperti berikut:

a. Akta Perihal Dagangan 1972, (Akta 87), iaitu Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan
Perbahasan Halal) 1975 (PU (A) 237/75).

b. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) yang
berkenaan penyalahgunaan tanda halal.

c. Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

d. Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (penswastaan)


1993 dan Animals Rules Ordinant 1962.

e. Akta Kastam 1967 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998.

f. Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan

g. Akta Cap Dagangan 1976 oleh Kementerian Dalam Negeri, Koperasi, Dan
Kepenggunaan (KPDNKK)
Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)

Pada 2 April 2008, HDC telah dilantik oleh pihak kerajaan bagi mengambil alih tugas
mengeluarkan sijil halal daripada JAKIM kepada para pengedar makanan di dalam dan di luar
negara.

Objektif HDC:

1. Mempertahankan integriti proses pengiktirafan halal Malaysia melalui pemerhatian


berterusan, rangka peraturan, piawaian dan proses audit.

2. Membangunkan infrastruktur analisa dan latihan bagi mereka yang terlibat dalam
pengeluaran produk halal.

3. Memudahkan pengeluaran produk halal domestik melalui kapasiti yang lebih baik
serta kebolehan perkhidmatan sokongan halal.

4. Mempromosikan halal sebagai alternatif menyeluruh dan mempercepatkan


pertumbuhan Taman Halal bagi menyediakan satu rangkaian meningkatkan efisiensi
pengeluaran dan penyajian produk-produk halal.

5. Membangunkan imej global Malaysia sebagai pengeluar produk dan perkhidmatan


halal yang bermutu tinggi.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif menjaga, membela hak dan mengembalikan
maruah pengguna Islam.

Di samping itu, ia turut berperanan menyebarkan maklumat dan pendidikan yang terancang
tentang permasalahan kepenggunaan Islam.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Ditubuhkan pada tahun 1970. CAP mula terlibat dalam isu berkaitan halal dan haram pada
permulaan tahun 1977. CAP adalah sebuah organisasi kepenggunaan yang berperanan dalam
memperjuangkan pelbagai isu hak pengguna seperti isu berkenaan harga patut, isu
perkhidmatan, dan kualiti barangan.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

FOMCA adalah pertubuhan sukarela yang tidak mementingkan keuntungan, bukan badan
politik dan bukan pertubuhan sivik.

Berperanan menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di
Malaysia.
Nutrition Society of Malaysia

Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1985. Ia bukan organisasi berasaskan keuntungan dan
bertanggungjawab menganjurkan beberapa program pendidikan secara besar-besaran yang
tertumpu kepada pemakanan kanak-kanak, wanita dan keluarga.

Selain itu, NSM mendorong jaringan dalam kalangan 500 ahli profesionalnya, menganjurkan
persidangan saintifik tahunan, membuat sesi kemaskini saintifik, serta menerbitkan jurnal
saintifik.

Malaysian Dietitians Association (MDA)

MDA didaftarkan pada 1994 yang merupakan organisasi professional yang terdiri daripada
350 pakar diet yang terlibat dalam penilaian makanan, diagnosis, preskripsi serta memberi
nasihat kepada pengguna tentang terapi pemakanan perubatan bagi rawatan penyakit.

Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO)

Didaftarkan pada tahun 1994 yang mempunyai 150 orang ahli professional yang terlibat dalam
penyelidikan asas dan kajian tentang obesiti. MASO juga menumpukan kepada kajian punca,
manifestasi serta pencegahan obesity dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai