Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN HALAL/HALAL DLM PERSPEKTIF ISLAM

Makanan yang halal serta baik adalah merupakan makanan yang mengandungi banyak khasiat serta baik untuk kesihatan. Allah SWT telah memerintahkan kepada manusia supaya memakan makanan yang baik iaitu halal sebelum Allah SWT memerintahkan berbuat amal kebaikan.

Firman Allah SWT: Maksud: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Muminun,23:51)

HALAL membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Dari segi perkataan pula halal bermakna dibenarkan(lawful). Ia merujuk kepada makanan atau minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakannya berdasarkan prinsip undang undang Islam. Manakala lawan bagi halal adalah haram. Haram berasal dari bahasa Arab yang bermakna, suatu perkara yang dilarang oleh syara (agama). Mengerjakan perbuatan yang haram berarti berdosa dan mendapat pahala bila ditinggalkan. Misalnya, memakan bangkai binatang, darah, minum khamr, memakan barang yang bukan miliknya atau hasil mencuri.

Pada hakikatnyaperkara-perkara yang haram atau dilarang menurut syariat Islam adalah sedikit dan perkara yang halal adalah banyak dan malah lebih meluas

Berdasar keterangan di atas dapat kita ketahui kepentingan memakan makanan yang halal. Ini kerana di samping gaya hidup yang sihat, makanan sering dikaitkan sebagai faktor penting yang menentukan tahap kesihatan dan kesejahteraan minda serta tubuh badan seseorang individu. Hal ini kerana kehalalan makanan mengikut syariat agama mempunyai pengaruh besar kepada pembentukan serta perkembangan peribadi seseorang Muslim. Ini bermakna setiap makanan yang tidak halal yang dimakan oleh seseorang Muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan kepada pembentukan serta perkembangan peribadinya. Imam Ghazali r.a

pernah menceritakan mengenai seorang wali, Suhail r.a pernah berkata: Apabila seseorang itu makan makanan haram, anggota badannya enggan untuk mengikuti fikirannya. Ertinya memakan makanan haram akan memberi kesan kepada anggota badan dan fikiran seterusnya akan membentuk peribadi yang negetif kepada seseorang.

Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah. Sebagai muslim yang berpegang teguh pada ajaran Islam hendaklah prihatin dan mengambil berat terhadap pemakanan yang dimakan. Manusia perlu memastikan setiap makanan dan minuman yang diambil adalah daripada sumber yang halal dan disediakan mengikut cara yang ditetapkan syarak. Perkara ini banyak ditekankan melalui firman-firman Allah SWT serta hadis Rasulullah SAW. Antara firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 168 yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

Kenapa perlu halal?? -

Jangan abaikan makanan halal


Mencari yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seorang mukmin adalah merupakan satu kewajipan yang difardukan oleh Allah ke atas setiap muslim. Bagi masyarakat Islam, pemilihan makanan sewajarnya bukan sahaja mengutamakan kandungan khasiat atau zat bahkan Islam mempunyai piawaian atau standard tersendiri iaitu 'halalan thoyiban' iaitu bukan sahaja halal,baik, selamat,bersih malahan mengutamakan qualiti dalam soal makanan dan pemakanan. Ini kerana kehalalan makanan mengikut syariat agama mempunyai pengaruh besar kepada pembentukan serta perkembangan peribadi seseorang Muslim. Namun dalam era Malaysia ingin menderap langkah mencapai globalisasi kita sering pula didatangi masalah-masalah pemakanan yang tidak halal atau statusnya ragu-ragu. Walhal di Negara Malaysia majoriti penduduknya adalah 60 peratus terdiri daripada umat Islam tetapi yang menjadi isunya adalah majority yang mendominasikan industri makanan adalah terdiri daripada non-muslim khususnya golongan Cina. Persoalannya adakah makanan yang dihasilkan oleh golongan non muslim ini halal, bersih dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syara atau pun kita abaikan sahaja tentang halal haram ini kerana masyarakat kita sekarang sudah cukup yakin bahawa di Malaysia semua penghasilan makanan adalah dijamin halal. Sebagai masyarakat Islam di Malaysia yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam perlu lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut syara bukan

hanya membeli apa sahaja makanan tanpa memeriksa dahulu bahan yang digunakan dalam makanan tersebut. Ini kerana kita sedia maklum majority pengeluaran makanan di Malaysia malahan diseluruh dunia adalah dihasilkan oleh orang bukan islam kebarangkalian bahan yang dimasukan kedalam makanan dihasilkan mungkin tidak halal. Namun masih ada lagi segelintir masyarakat kita masih tidak mengambil enting tentang atatus halal haram dan kadang kala makan apa sahaja yang sedap pada tekak meskipun di premis yang tidak memaparkan logo atau sijil halal. Mereka juga membeli apa yang menarik perhatian tanpa ada rasa tanggung jawab untuk meluangkan masa, membaca label produk, meneliti kandungan ramuan mahu pun memeriksa nama atau identiti pengilang. Malahan tidak kurang juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memaparkan logo palsu untuk meyakinkan pengguna Islam terhadap produk mereka tanpa mepedulikan sensitivity masyarakant Islam. Jadi isu-isu sebegini tidak seharusnya diabaikan lebih-lebih lagi kita berada di Malaysia yang majoritinya adalah pengguna Islam dan mejoriti adalah Muslim. Oleh yang demikian pengguna Islam perlu lebih berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan agar semua aspek syariat mahupun kesihatan terjaga.

CABARAN SEMASA Dalam kerancakan Negara memperkenalkan industry bagi pemprosesan dan penghasilan makanan secara halal, telah timbul beberapa isu dan polemik sehingga menyebabkan masyarakat Muslim berada dalam dilema. Isu yang melibatkan penghasilan produk makanan khususnya yang berkait dengan halal haram sentiasa berlaku dalam masyarakat. Meskipun mungkin ada yang menyatakan bahawa kes-kes tersebut hanya merupakan isu yang terpencil namun sebagai umat Islam kita perlu melihat perkara ini sebagai satu cabaran agar tidak dipermainkan atau diselewengkan oleh sesetengah pihak.

. Berdasarkan laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), pelbagai isu yang berkaitan kepenggunaan telah dilaporkan contohnya pada awal tahun 2006, terdapat isu ternakan ikan air tawar yang diberi makan rebusan organ khinzir di sekitar Perak. Selain dari itu, timbul pula isu berkenaan penghasilan roti Hi5 yang kotor serta tidak menepati GMP (Good Manufacturing Practice). Kemudiannya pada tahun 2007, isu pembalut (sarung) sosej di kafetaria IKEA, Damansara,daging ayam dan lembu yang disuntik dengan hormon beta-agonist. Begitu juga pada akhir September 2008, negara digemparkan dengan penemuan melamine dalam produk makanan merangkumi bijirin, kekeras, konfeksi, produk coklat dan susu. Baru-baru ini kita dikejutkan pendedahan Jakim mengenai sebuah syarikat pemprosesan ayam terkenal terpaksa ditarik balik sijil pengesahan halalnya kerana kebanyakan ayam tidak disembelih mengikut syariat Islam. Perkara sebegini sepatutnya pengguna Islam bangkit menentang kerana ia adalah satu

pengkhianatan kepada masyarakat islam kerana pengusaha sudah sedia maklum tentang penyembelihan secara Islam sebelum JAKIM memberi pengiktirafan kepada seseorang pengusaha. Selain dari itu, sesetengah pengusaha bukan Islam yang seakan-akan memperlekehkan umat Islam sehingga sanggup menggantung ayat al-Quran semata-mata untuk menggaburi pengguna Islam walaupun pemiliknya bukan beragama Islam. Yang paling melampau lagi pengusahapengusaha bukan Islam ini cuba mencabar kita sebagai orang Islam dengan melebelkan logo halal di botol-botol arak. Ini menunjukkan sikap pengusaha bukan Islam memperlekehkan umat Islam di Negara ini tanpa mempedulikan mereka sudah menyentuh sensitiviti umat Islam. Tapi apa tindakan kita sendiri sebagai orang islam. Di mana peranan kita? Kewajiban kita? Mencari makanan yang halal sudah menjadi fardu kifayah kepada setiap muslim. Jika mejoriti umat Islam di Negara kita adalah 60 peratus tidak dapat menghasilkan produk halal kepada umat Islam sendiri, maka semua umat islam di Malaysia ini akan menanggung dosa. Walaupun halal merupakan cara hidup masyarakat Islam di negara ini, industri halal yang dibanggabanggakan ini adalah milik orang-orang bukan Islam yang secara logiknya tidak memahami peri penting hukum halal haram ini! Mereka juga sudah pasti tidak arif tentang konsep halal yang sebenar. . Apabila tindakan mereka dihidu oleh pihak berkuasa barulah kita hendak tergadah. Padahan sudah bertahun-tahun kita makan makanan yang haram. Senario seperti ini sering menjadi satu cabaran kepada kita masa kini khususnya pengguna Islam dalam menangani masalah-masalah yang tidak penah sudahsudah dalam kita berusaha untuk memcapai sesuatu yang lebih baik. namun sebagai umat Islam kita perlu melihat perkara ini sebagai satu cabaran agar tidak dipermainkan atau diperlekehkan. Umat Islam perlu bergerak dan melangkah bersama dengan pengusaha bukan Islam dalam merebut peluang yang terbuka luas ini.

Bagaimana pula dengan pendedahan Jakim mengenai sebuah syarikat pemprosesan ayam terkenal terpaksa ditarik balik sijil pengesahan halalnya kerana kebanyakan ayam tidak disembelih mengikut syariat Islam? Ini menunjukkan sikap pengusaha bukan Islam yang seakan-akan memperlekehkan umat Islam negara ini sehingga sanggup menggantung ayat al-Quran semata-mata untuk menggaburi pengguna Islam walaupun pemiliknya bukan beragama Islam, jelasnya. Kata Isma Addi, apa pula perasaan umat Islam sekiranya terdapat pengusaha yang melampau dan mencabar agama Islam? Mereka sanggup meletakkan label sijil halal pada botol arak serta pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia. Meskipun mungkin ada yang menyatakan bahawa kes-kes tersebut hanya merupakan isu yang terpencil namun sebagai umat Islam kita perlu melihat perkara ini sebagai satu cabaran agar tidak dipermainkan atau diperlekehkan. Umat Islam perlu bergerak dan melangkah bersama dengan pengusaha bukan Islam dalam merebut peluang yang terbuka luas ini.

Berdasarkan senario tersebut, isu yang melibatkan penghasilan produk makanan khususnya yang berkait dengan halal haram sentiasa berlaku dalam masyarakat. Walaupun begitu, perkembangan teknologi semasa membolehkan produk makanan yang dihasilkan dianalisis dari segi kandungannya dengan tepat, seterusnya penentuan halal haram dapat dilakukan dengan berkesan.

PELUANG @POTENSI PASARAN GLOBAL Kesedaran tentang kepentingan makanan halal dan selamat kini semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah penduduk Islam dunia yang mewakili 25 peratus daripada jumlah penduduk dunia. Sebagai sebuah negara Islam yang dihormati di peringakt antarabangsa, peluang negara ini dalam produk makanan halal agak cerah terutamanya jika dilihat dari sudut pengiktirafan logo halal Malaysia oleh banyak negara di dunia. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh pengusaha ialah berusaha mengatasi segala masalah yang dihadapi dan mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. Melalui cara ini, hasrat negara untuk mencul sebagai hab makanan halal dunia dapat menjadi kenyataan.Jika diperhatikan dari segi prospek ekonomi, dengan jumlah umat Islam dunia yang hampir mencecah dua bilion orang dan dengan nilai pasaran sebanyak AS$2.3 trilion, pasaran perkhidmatan dan barangan halal ini sudah tentu memberikan prospek perniagaan yang cerah tidak hanya usahawan Islam sahaja tetapi usahawan seluruh dunia. Potensi produk halal kini mempunyai nilai tambah yang tinggi di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Selain dari itu ,produk halal juga mempunyai daya tarikan yang tinggi kerana pengguna termasuk di kalangan bukan Islam turut meyakini tahap kebersihan dan keselamatan produk halal.

nm
INDUSTRI halal bukan hanya terhad kepada industri produk yang berasaskan makanan dan minuman sahaja malah ia merangkumi sektor yang lebih besar merangkumi farmaseutikal, kosmetik, penjagaan kesihatan, pembungkusan, logistik, perbankan dan kewangan, jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelancongan dan bidang-bidang lain di dalam ekosistem industri halal.

Masyarakat bukan islam sekarang pun sudah pandai menilai halal haram. mereka pun inginkan makan yang sihat untuk kehidupan. Jester iti ini merupakan potensi yang besar

permintaan tinggi

masyarakat global celik tentang kepentingan makann halal -projek ternakan ayam (beginning-end) -jadi player - mengeluarkan binatang ternakan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan

BUTTERWORTH 28 Jan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru usahawan bumiputera melihat potensi produk halal kerana mempunyai nilai tambah yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa. Beliau berkata, selain produk, sijil halal juga mempunyai daya tarikan yang tinggi kerana pengguna, termasuk di kalangan bukan Islam, turut meyakini tahap kebersihan dan keselamatan produk halal. "Produk halal yang mempunyai sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai nilai integriti yang tinggi dan diterima baik oleh pasaran termasuk di luar negara, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sarung kosong kapsul halal keluaran Nasmir Hard Gelatin Capsules Sdn Bhd di sini hari ini. Jamil turut memuji langkah syarikat itu mengeluarkan sarung kapsul halal kerana ramai pengguna di kalangan umat Islam menyedari kepentingan bahan halal dalam bidang perubatan. Sementara itu, Pengarah Urusannya, Kadhar Shah Abdul Razak berkata, inisiatif menghasilkan kapsul tersebut adalah atas kesedaran bahawa status halal kebanyakan produk sedia ada di pasaran meragukan. "Kilang ini ditubuhkan berdasarkan keraguan terhadap bahan utama gelatin yang dibeli dari luar negara kerana ia diperoleh daripada tulang haiwan hingga menimbulkan persoalan adakah tulang haiwan yang digunakan disembelih mengikut hukum syarak atau tidak, katanya. BERNAMA

Potensi Malaysia jadi pusat rujukan halal sedunia


Oleh NADZIR AWANG AHMAD

INDUSTRI halal bukan hanya terhad kepada industri produk yang berasaskan makanan dan minuman sahaja malah ia merangkumi sektor yang lebih besar merangkumi farmaseutikal, kosmetik, penjagaan kesihatan, pembungkusan, logistik, perbankan dan kewangan, jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelancongan dan bidang-bidang lain di dalam ekosistem industri halal. Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2010 (Mihas 2010) Ke-7 yang sedang berlangsung sekarang adalah platform terbaik dan penting bagi usahawan Malaysia khususnya dan negara-negara ASEAN secara amnya dalam usaha untuk menembusi pasaran halal global. Mihas semakin mendapat penyertaan dari negara luar yang mula menyedari potensi besar dalam industri halal ini. Mihas 2010 disertai oleh 169 syarikat asing dan 334 syarikat tempatan dari 32 buah negara dengan Itali, Albania, Belgium, Hong Kong dan Romania merupakan peserta baru. Untuk rekod, Mihas 2009 disertai oleh 127 syarikat asing dan 402 syarikat tempatan. Di samping Mihas, Forum Penyelidikan Halal Sedunia (WHR) diadakan di Pusat KonvensyenKuala Lumpur (KLCC) untuk memberi penerangan yang lebih jelas dan berinformasi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan industri halal dan platform untuk berkongsi idea dan inovasi baru untuk faedah industri. Kesungguhan Malaysia menjadi peneraju hab halal dunia terbukti dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang diletakkan di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF) untuk menjadi sebuah institusi yang memfokuskan usaha memajukan industri halal di negara ini. HDC berperanan dan bertanggungjawab untuk menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal termasuk proses mengaudit, pengeluaran sijil halal bagi melindungi integriti halal, membangun, mempromosi dan memasarkan jenama halal Malaysia dan mempromosi konsep barangan halal dan perkhidmatan di Malaysia kepada pasaran dunia yang lebih luas.

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004. Ternyata, Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran menerajui industri halal ini. Di samping itu, kerajaan proaktif dengan menyediakan lapan taman perindustrian pengeluaran produk dan perkhidmatan halal negara dan juga menawarkan insentif menarik untuk menggalakkan perniagaan untuk menyertai industri halal di Malaysia termasuklah elaun cukai pelaburan untuk pengeluaran makanan halal, faedah istimewa untuk eksport produk halal dan pengecualian duti import bahan mentah. Perdagangan halal di pasaran global mencatatkan nilai RM7.4 trilion setahun dan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang dianggarkan 1.6 bilion adalah pemangkin kepada perkembangan industri halal. Justeru, penglibatan dan usaha berterusan dari semua pihak melalui agensi kerajaan, pihak swasta, usahawanusahawan mampu merealisasikan hasrat kerajaan menjadi peneraju dan pusat halal sedunia. Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

Isu halal haram terutamanya dari segi permakanan merupakan suatu yang sangat ditekan dan dipandang berat olah masyarakat Islam negara ini. Perihal halal haram ini bukan sahaja merupakan isu sensitif, malah ia juga dilihat sebagai isu yang tidak boleh diperlekehkan terutama yang membabitkan babi. Namun begitu, isu halal haram ini tidak pernah selesai diperdebatkan oleh masyarakat negara ini dan dilihat tidak selari dengan hasrat kerajaan yang sedang berusaha menuju rancangannya untuk menjadi hab halal dunia. Dalam Islam, perihal halal haram sangat dititikberatkan. Halal bagi Islam bukan sahaja merangkumi hal ehwal permakanan tetapi juga melibatkan keseluruhan

aspek kehidupan. Firman Allah yang bermaksud, Wahai sekalian manusia! makanlah apa-apa yang di atas muka bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan merupakan musuh yang nyata bagimu, (al-Baqarah:168). Jika diperhatikan dari segi prospek ekonomi, dengan jumlah umat Islam dunia yang hampir mencecah dua bilion orang dan dengan nilai pasaran sebanyak AS$2.3 trilion, pasaran perkhidmatan dan barangan halal ini sudah tentu memberikan prospek perniagaan yang cerah kepada tidak hanya usahawan Islam sahaja tetapi usahawan seluruh dunia. Tidak hairanlah, Malaysia yang memiliki 60 peratus penduduk beragama Islam turut mengintai peluang tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut berhasrat untuk menjadikan negara ini sebagai hab halal pada 2010 melihatkan potensi pasaran yang baik kini. Melihat kepada hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab halal dan potensinya, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa insentif antaranya pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun jualan eksport, pengecualian duti import bahan mentah serta potongan berganda ke atas belanja yang ditanggung oleh syarikat bagi mendapatkan standard kualiti antarabangsa selain insentif untuk pusat industri halal dan pengusaha logistik. Berdasarkan pencapaian penganjuran Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), pada tahun 2005 ia berjaya menarik 332 penyertaan dan meningkat kepada 392 pada tahun berikutnya. Impak positif daripada MIHAS ini telah menarik seramai 426 penyertaan pula pada 2007. Penglibatan negara yang menyertai MIHAS juga menunjukkan perkembangan yang positif. Bermula hanya 18 negara pada 2005 dan 17 negara pada 2006, ia meningkat kepada 26 negara pada 2007 dan terus meningkat pada tahun ini dengan penglibatan 622 gerai pameran dengan 494 penyertaan. Melihatkan kepada pencapaian dan hasrat negara yang bersungguh-sungguh dengan inisiatif yang diambil ditambahkan pula dengan penganjuran pameran, seminar serta forum, tidak mustahil impian ini menjadi kenyataan. Tetapi apa yang menjadi persoalan, apabila sesekali timbul isu berkaitan halal haram di media membabitkan pengusaha dan pengguna negara ini, ditambah dengan kaedah penyelesaian yang hanya mewujudkan pertikaian dan tuduh-menuduh dan tidak diuruskan dengan betul, adakah negara benar-benar telah mampu menjadi hab halal dunia? Sedangkan hal domestik masih tidak dapat diurus dan diselaraskan dengan baik. Piawaian halal Malaysia telah mendapat pengiktirafan menyeluruh di seluruh dunia dengan kawal selia secara seragam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Namun, hakikatnya logo halal yang dikeluarkan Jakim terus dipersendakan. Bukan itu sahaja, negara yang menerima agama Islam sebagai agama rasminya selain terdiri daripada berbilang kaum ini juga dikatakan tidak

Islamic friendly apabila secara tidak sedar, telah menindas penganut Islamnya sendiri. Pelbagai kejadian dan peraturan yang dibuat terutama oleh pengusaha bukan beragama Islam yang secara terang-terangan seakan tidak peduli dan tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam. Isu makanan yang dicampurkan dengan bahan haram yang melibatkan babi misalnya sudah lali didengar dan dilaporkan. Isu ini turut menjadi isu hangat yang sering dimainkan di dalam e-mail yang kadang-kala menimbulkan dilema kepada masyarakat Islam di negara ini kerana digambarkan seolah-olah hampir kesemua barangan harian yang berada dipasaran mengandungi bahan terlarang dan tidak halal dimakan. Isu ini, menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad, seolah-olah mencabar kedudukan Islam dan tidak menghormati kedudukan agama Islam di negara ini. Agama Islam adalah asas kepada negara ini kerana Islam adalah agama rasmi negara. Apa yang dilakukan mereka ini adalah tidak adil kepada penganut Islam, katanya ketika mengetuai 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam semasa sesi dialog bersama Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) baru-baru ini. Beliau turut mendedahkan senario sesetengah hotel di negara ini yang bukan sahaja tidak Islamic friendly, tetapi juga menindas pekerja-pekerjanya yang beragama Islam menjalani ibadah seperti solat Jumaat dan bertudung selain kemudahankemudahan yang disediakan tidak sesuai dengan keadaan masyarakat Islam terutama berkenaan dengan keadaan dan lokasi surau yang disediakan. Kalau tiba bulan Ramadan, pengunjung akan berasak-asak bagi mengerjakan solat, keadaan ini akan menimbulkan situasi tidak selesa kepada pengunjung. Selain itu terdapat juga isu dimana hotel menggunakan nama makanan haram kepada makanan halal sebagai contoh penggunaan nama beef bacon kepada makanan halal. Hal ini hanya akan menimbulkan kekeliruan kepada pengunjung, katanya. Umum memandang status Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mana seharusnya secara langsung memandang berat tentang isu halal haram. Apabila nama negara disebut pelancong luar, maka makanan halal adalah antara tarikannya khususnya bagi pelancong beragama Islam. Namun, apa yang disembunyikan adalah walaupun halal merupakan cara hidup masyarakat Islam di negara ini, industri halal yang dibangga-banggakan ini adalah milik orang-orang bukan Islam yang secara logiknya tidak memahami peri penting hukum halal haram ini! Mereka juga sudah pasti tidak arif tentang konsep halal yang sebenar, ciri-cirinya, keperluan pensijilan selain daripada hanya menitikberatkan kepada kaedah penyembelihan sahaja.

Masalah halal haram tidak wujud hanya kepada pengusaha hotel yang tidak Islamic friendly, tetapi konsep Islamic friendly ini harus juga diterapkan kepada seluruh industri barangan dan perkhidmatan di negara ini jika benar-benar ingin menuju impian menjadi hab halal dunia. Sewajarnya, masyarakat Islam di negara ini mengadaptasi aspirasi kerajaan dan mengambil peluang yang ada kerana hanya orang Islam yang memahami kepentingan halal ini. Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud, Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperoleh) melalui perniagaan, (hadis riwayat Tirmizi). Justeru, konsep halal seharusnya menjadi kekuatan ekonomi masyarakat Islam. Tetapi, malangnya masyarakat Islam lebih selesa menjadi pengguna daripada menjadi pengeluar. Masyarakat harus menyedari dan mengambil ikhtibar bahawasanya berdasarkan sejarah, salah satu strategi Rasulullah s.a.w. untuk memecah monopoli Yahudi dalam ekonomi dan perniagaan di Madinah ialah dengan membuka sebuah pasar bagi saudagar-saudagar Muslim. Sifat berdisiplin dan jujur yang ditunjukkan oleh para peniaga Muslim di pasar Madinah akhirnya berjaya melemahkan monopoli ekonomi peniaga Yahudi di pasar Qaynuqa yang penuh dengan riba dan penipuan. Malah sifat jujur dan amanah para saudagar Islam merupakan antara faktor utama tersebarnya Islam ke seluruh pelosok dunia.

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik

PERANAN WAQAF -menyediakan premis pengeluaran produk halal -Buka peluang kpd usahawan melayu islam mengeluarkan produk halal -Menganjurkan /Dedahkan masyarakat dengan kursus2 berkaitan halal

PENGLIBATAN MAIN N JAKIM DALAM MENENTUKAN HALA TUJU.. -JAKIM= diberi mandat sebagai pusat rujukan -mengeluarkan sijil halal -membuat investigation -memantau
Bermula tahun ini, alasan itu tidak boleh dipakai lagi kerana menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan Parlimen pada 11 Julai lalu meletakkan Jakim dan Main sebagai agensi berwibawa yang mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia. Berbeza dengan APD 1972, mengikut Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan Halal 1975 tidak menyatakan nama pihak berkuasa sehingga menyebabkan kekeliruan, maka dengan itu, Jakim bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggubal APD 2011 dengan menyebut Jakim dan Main sebagai agensi mengeluarkan sijil dan logo halal. Bagi penandaan logo dan pensijilan halal, Jakim dan Main dinamakan sebagai agensi pensijilan halal di negara ini yang diiktiraf mengikut APD 2011 sekali gus tiada lagi logo halal lain kecuali logo halal Malaysia Bagi mendapatkan perakuan daripada pihak berkuasa itu, pemohon perlu mematuhi semua standard, prosedur dan pekeliling ditentukan Ketua Pengarah Jakim. Semua makanan atau barangan import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal kecuali diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.
JAKIM mengiktiraf pensijilan halal yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Negeri (JAIN)
usteru, melalui peruntukan dalam APD 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) telah dijadikan sebagai agensi berwibawa yang mengeluarkan sijil dan logo halal Malaysia.

Perkara ini banyak ditekankan melalui firman-firman Allah SWT serta hadis Rasulullah SAW.

Antara firman Allah SWT ialah dalam surah Al Baqarah ayat 168 yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu." Pengaruh halal kepada peribadi Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah

Ini bermakna setiap makanan yang tidak halal yang dimakan oleh seseorang Muslim akan menjadi menjadi darah daging dan akan memberi kesan kepada pembentukan serta perkembangan peribadinya. Justeru, mulia atau buruknya peribadi serta pekerti seseorang Muslim itu ternyata bersandar kuat kepada halal atau haram makanan yang masuk ke dalam perutnya. Jika haram makanan yang dimakan, ia bukan sahaja akan menjejaskan ketakwaan dan nilai ibadat seseorang individu Muslim itu tetapi juga akan mengakibatkannya dicampak ke dalam api neraka.

Maksud halal Halal berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna 'dibenarkan' atau 'dibolehkan' oleh hukum Syarak. Jakim menggariskan 'hukum Syarak' bermakna undang-undang Islam dalam mazhab Syafie atau dalam mana-mana mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Undang-undang itu juga telah dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan di dalam negeri berkenaan. Konsep Halalan Thoyiban juga bukan hanya terbatas kepada bersih dan suci daripada babi atau najis tetapi juga mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan. Antaranya halal dalam cara memperolehnya yang tidak melalui cara haram seperti mencuri, merompak atau rasuah dan piawaian ketat Islam ini juga mencakupi cara pemprosesan serta penyimpanan. Bermula dari ladang sampai ke meja.

Anda mungkin juga menyukai