Anda di halaman 1dari 35

RUMUSAN EKSEKUTIF

Chef Lovato Chicken Chop Overdose merupakan sebuah perniagaan baru yang akan dibuka
dan menjalankan perniagaan berasaskan makanan barat, yang dijual kepada semua pelanggan
tanpa mengira bangsa dan budaya. Hidangan utama yang akan dijual kepada pelanggan
adalah Chicken Chop. Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk
mendapatkan pinjaman bagi membuka perniagaan baru. Pinjaman yang diperoleh akan
digunakan untuk membeli barang-barang keperluan untuk memulakan perniagaan seperti stok
barang contohnya ayam, cheese, mushroom, black pepper, kentang, sayur dan juga kacang
peas. Selain itu juga untuk mengubah suai kedai. Misi perniagaan ini adalah dalam jangka
masa 5 tahun dari sekarang, perniagaan ini akan dapat menembusi pasaran di Singapura dan
Indonesia.

Keunikan produk yang akan kami jual adalah gravy chicken chop yang menggunakan
“cheese’’, “mushroom” dan “black pepper”. Seterusnya, makanan sampingan yang akan
disediakan adalah wedges, coleslaw dan juga kacang peas. Seterusnya, kami akan
menghidangkan saiz ayam yang besar dan hidangan boleh ditambah dengan dua telur ayam
gorang secara percuma. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma
kepada pelanggan kami dengan jarak yang dekat seperti dalam kawasan Johor Bahru sahaja.
Chicken Chop ini juga mendapat permintaan yang konsisten daripada masyarakat.

Rancangan pemasaran kami, kami akan memasang banner di tepi jalan supaya
masyarakat akan nampak tentang Chef Lovato Chicken Chop Overdose. Seterusnya, kami
juga akan memasarkan produk melalui media sosial seperti facebook, twitter dan juga
Instagram. Kami memilih “facebook”, “twitter” dan juga “Instagram” untuk memasarkan
produk kami kerana masyarakat sekarang gemar menggunakan media sosial untuk mencari
maklumat. Rancangan kewangan kami adalah apabila kami dapat pembiayaan dari bank,
kami akan membeli aset tetap seperti peti ais, kenderaan yang boleh membawa bahan dingin
beku, ubah suai kedai dan stok barang. Seterusnya, kami akan membayar pekerja kami yang
terdiri daripada 5 orang pekerja dengan gaji minima RM1000. Elaun akan diberikan kepada
pekerja dan kemudahan yang kami sediakan kepada pekerja adalah apron dan juga pakaian
seragam.

Seterusnya, memandangkan tahap persaingan yang tinggi dari kalangan restoran


makanan tempatan seperti restoran chicken chop di Hutan Bandar dan Chicken Chop Bistro,
perniagaan kami akan melipatkan gandakan usaha untuk meneruskan strategi pemasaran yang
sedia ada bagi meluaskan pasaran. Oleh yang demikian, Chef Lovato Chicken Chop
Overdose mengambil berat tentang kualiti pengeluaran dan tahap kebersihan. Kami juga akan
berusaha untuk memperluaskan pasaran hingga mendapat sambutan yang lebih hebat
daripada pelanggan. Sekiranya perniagaan kami telah berada di pasaran dan telah
berkembang maju, kami akan berusaha memperkenalkan menu dan resepi baru bagi
menjamin tahap persaingan masih dalam keadaan terkawal serta memberi kelainan dan
kepuasan yang maksima kepada semua pelanggan.

Kami juga akan membuat promosi yang menarik dan berlainan dari perniagaan lain
seperti memberi diskaun kepada pelanggan yang membeli banyak produk kami, set meal
(pakej makanan dan kupon diskaun. Dari segi kekuatan pengurusan, kami akan mengambil
pekerja-pekerja yang berkemahiran dalam bidang pengurusan dan pemakanan. Sekiranya,
pekerja yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang ini, kami akan memberi latihan
kepada mereka selama 1 minggu.
PENGENALAN

Perniagaan ini merupakan perniagaan yang baru ditubuhkan yang menyediakan bahan
mentah siap untuk dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan iaitu Chef Lovato Chicken
Chop Overdose yang terletak di Bandar Baru Uda Johor Bahru. Perniagaan ini memfokuskan
kepada makanan “Western Food”. Pihak kami sangat yakin dengan mutu produk yang sedia
ada dan mendapat sambutan daripada pelanggan jika beroperasi di lokasi yang strategik. Ini
kerana, lokasi perniagaan adalah tempat yang selalu mendapat perhatian daripada pelanggan.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti wifi secara percuma dengan kelajuan yang
sangat pantas, kami juga akan menyediakan tv skrin besar. Ini bertujuan sekiranya ada
perlawanan bola, pelanggan boleh duduk dan menonton bola di skrin besar yang telah
disediakan. Perkhidmatan “Free Delivery” kepada pelanggan yang hendak membeli produk
kami turut disediakan. Kemudahan yang disediakan adalah untuk menambahkan lagi
kepuasan kepada pelanggan dan akan memastikan tahap kepuasan pelanggan berada di tahap
yang tinggi.

Seterusnya, memandangkan tahap persaingan yang tinggi dari kalangan restoran


makanan tempatan seperti restoran chicken chop di Hutan Bandar dan Chicken Chop Bistro,
perniagaan ini akan melipatkan gandakan usaha untuk meneruskan strategi pemasaran yang
sedia ada bagi meningkatkan syer pasaran. Oleh yang demikian, Chef Lovato Chicken Chop
Overdose mengambil berat tentang kualiti pengeluaran dan tahap kebersihan. Disamping itu,
Chef Lovato Chicvken Chop Overdose juga akan berusaha untuk memperluaskan pasaran
hingga mendapat sambutan yang lebih hebat daripada pelanggan. Sekiranya perniagaan
berada di pasaran dan telah berkembang maju, usaha memperkenalkan menu dan resepi baru
bagi menjamin tahap persaingan masih dalam keadaan terkawal serta memberi kelainan dan
kepuasan yang maksima kepada semua pelanggan.

Kekurangan yang telah dikenal pasti dikalangan pesaing, saiz potongan ayam mereka
terlalu kecil. Justeru, Chef Lovato Cicken Chop Overdose akan memastikan saiz potongan
ayam bertepatan dengan kehendak pelanggan yang inginkan saiz potongan ayam yang besar
dan puas untuk dinikmati. Selain itu, kekurangan pesaing adalah dari segi tahap kebersihan
perniagaan mereka yang sangat rendah. Bagi memastikan perniagaan sentiasa bersih
terutama tempat untuk memasak. Pihak Chef Lovato Chicken Chop Overdose juga akan
memastikan premis perniagaan kami akan sentiasa dibersihkan. Chef Lovato Chicken Chop
Overdose yakin bahawa tawaran yang disediakan untuk pelanggan akan mendapat
permintaan yang tinggi seperti mendapat dua telur goreng percuma. Strategi meletakkan
harga produk adalah dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal.

Pihak Chef Lovato Chicken Chop Overdose memerlukan modal permulaan sebanyak
RM187000 sementara modal pengusaha ialah RM20000. Oleh Itu, pembiayaan daripada
agensi kerajaan sebanyak RM207000 diperlukan untuk menjalankan perniagaan. Modal yang
diperolei digunakan untuk membeli aset tetap seperti peti ais, kenderaan yang boleh
membawa bahan dingin beku, ubah suai kedai dan stok barang. Pembayaran gaji untuk 5
orang pekerja dengan gaji minima RM1000 juga akan diberikan. Perniagaan ini mempunyai
ciri-ciri berdaya maju kerana permintaan adalah konsisten. Selain itu, perancangan yang teliti
dan professional yang menjadi kunci utama perniagaan ini menjamin potensi pada masa
hadapan dan malah dapat menyumbang kearah perkembangan ekonomi negara.
OBJEKTIF

Objektif kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan segala perancangan
perniagaan yang telah dirangka bagi membuka satu perniagaan yang menyediakan makanan
sejuk beku “Western Food” untuk dipasarkan kepada pelanggan. Selain itu, tujuan kertas
kerja ini disediakan juga adalah untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank untuk
memulakan perniagaan. Melalui kertas kerja ini, segala aspek perkhidmatan,pengurusan,
pemasaran dan kewangan akan diterangkan dengan jelas seterusnya memohon pembiayaan
daripada pihak bank

Matlamat perniagaan ini adalah dalam jangka masa 5 tahun dari sekarang, perniagaan
akan dapat menembusi pasaran di Singapura dan Indonesia. Untuk mencapai matlamat ini,
perniagaan kami akan membuat promosi secara besar-besaran dan membuat iklan di laman
sosial seperti facebook,twitter dan juga Instagram. Sekiranya kami mendapat pembiayaan
bank, kami akan membeli aset tetap seperti peti ais, kenderaan yang boleh membawa bahan
dingin beku, membuat pengubahsuaian kedai dan stok barang. Seterusnya, kami akan
membayar pekerja kami yang terdiri daripada 5 orang pekerja dengan gaji minima RM1000.

Modal awal sebanyak RM187000. Modal sendiri sebanyak RM20000. Memerlukan


pembiayaan daripada pihak bank sebanyak RM16700 untuk menjalankan perniagaan ini.
Perniagaan ini mempunyai ciri-ciri berdaya maju kerana permintaan adalah konsisten.
Pembiayaan ini adalah untuk membeli aset tetap seperti peti ais, kenderaan yang boleh
membawa bahan dingin beku, membuat pengubahsuaian kedai dan stok barang. Seterusnya
untuk membeli bahan mentah seperti ayam dan peralatan yang penting untuk kegunaan
perniagaan. Wang yang diperoleh juga akan digunakan untuk membayar gaji kepada pekerja
yang terdiri daripada 4 orang pekerja.

Produk chicken chop yang kami sediakan mempunyai keunikan yang tersendiri dan
boleh bersaing dengan pesaing yang sedia ada. Perniagaan kami akan berada di Bandar Baru
Uda. Kami memilih tempat tersebut kerana tempat itu tempat yang strategik dan ramai
pelanggan yang akan berkunjung ke sana.
LATAR BELAKANG SYARIKAT

Chef Lovato Chicken Chop Overdose telah ditubuhkan pada awal tahun 2014. Aktiviti utama
syarikat ini ialah menyediakan bahan mentah siap untuk dimasak dan dihidangkan kepada
pelanggan dengan skala pengeluaran di tahap sederhana. Produk utama perniagaan adalah
“Chicken Chop” iaitu sejenis makanan western yang semakin mendapat permintaan.

Bil Perkara Butiran


1 Nama Syarikat Chef Lovato Chicken Chop Overdose
2 No Pendaftaran AF 15073
Syarikat
3 Alamat Syarikat 24 Jalan Padi 2 (Bandar baru Uda) 81200 Johor Bahru,
Johor Malaysia
4 Alamat Surat Menyurat 24 Jalan Padi 2 (Bandar baru Uda) 81200 Johor Bahru,
Johor Malaysia
5 No Tel 073589126
6 Alamat E-mail cco2104@gmail.com
7 Alamat Laman Web https://www.chickenchop.com.my
8 Bentuk Perniagaan Milikan Tunggal
9 Kegiatan utama dan  Menyediakan bahan mentah siap
sampingan  Menyediakan makanan yang berasaskan ayam
10 Tarikh Pendaftaran 5 Februari 2014
11 Modal Permulaan RM207000
12 Nama Bank CIMB BANK
13 Jenis Akaun Akaun simpanan semasa
14 No Akaun 7613513063
15 Tagline “The Best Chicken Chop In Town”
16 Kedudukan perniagaan Berada pada tahap yang stabil kerana mendapat
sekarang permintaan yang stabil
17 Keluasan premis 20 x 64
perniagaan

LATAR BELAKANG LEMBAGA PENGARAH

Nama Penuh : Muhammad Asyraf Bin Kamil Hassan


No Kad Pengenalan : 970421-01-5073

Tarikh Lahir : 21.04.1997

Umur : 19 Tahun

Jantina : Lelaki

Status Perkahwinan : Bujang

Alamat Tetap : No 27 Jalan Lembah 37 Taman Desa Jaya,Johor Bahru Johor

Latar Belakang Akademik : Mempunyai kelulusan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM)

Kursus Yang Pernah Diikuti : Kursus Latihan Asas Perniagaan

Pengalaman Bekerja : Jurujual

Kemahiran : 1. Boleh berbahasa Melayu dan juga Inggeris

2. Mempunyai kemahiran bercakap dengan baik bersama pelanggan

3. Mempunyai kemahiran untuk menghasilkan resepi baharu

LATAR BELAKANG PROJEK


Projek ini dilakukan adalah kerana produk perniagaan yang kami jual mendapat permintaan
yang tinggi daripada masyarakat masa sekarang. Seterusnya, masyarakat sekarang yang
semakin berminat untuk makan makanan western menyebabkan kami ingin menjual produk
kami kepada masyarakat. Produk ini hendak kami jual adalah kerana masyarakat yang gemar
dengan makanan yang unik. Projek ini sesuatu yang boleh dilaksanakan adalah kerana di
Johor Bahru tidak banyak yang membuka perniagaan ini yang menjual produk yang sama.

Kami berminat untuk melaksanakan projek ini adalah kerana gaya hidup masyarakat
masa kini yang sudah berubah, semakin minat dengan western food dan makan makanan
yang unik dari segi nama,bentuk dan rupa. Ini juga menyebabkan kami membuka perniagaan
western food di kawasan bandar yang strategik. Selain itu, pelan kami yang seterusnya adalah
untuk memastikan produk kami yang akan dijual akan mendapat sambutan yang tinggi
daripada masyarakat setempat dan seterusnya dapat menembusi pasaran di luar negara seperti
negara Singapura dan juga Indonesia dalam tempoh 5 tahun.

Perniagaan kami hanya menjual produk siap kepada pelanggan. Perniagaan kami
tidak menjual bahan mentah kepada pelanggan seperti menjual ayam mentah dan sebagainya.
Perniagaan kami hanya menjual makanan siap seperti makanan utama kami iaitu chicken
chop. Perniagaan kami juga menyediakan makanan western lain seperti lamb chop, spageti
dan fish and chip. Setiap makanan yang kami jual mempunyai harga yang berbeza seperti
satu pinggan chicken chop berharga RM7.50. Kami akan pastikan produk yang kami
sediakan adalah unik dari produk yang dijual oleh pesaing.

Chef Lovato Chicken Chop Overdose merupakan sebuah perniagaan baru yang akan
dibuka dan menjalankan perniagaan berasaskan makanan barat, yang dijual kepada semua
pelanggan tanpa mengira bangsa dan budaya. Hidangan utama yang akan dijual kepada
pelanggan adalah Chicken Chop. Perancangan sebenar perniagaan ini adalah untuk
memastikan perniagaan ini akan dapat menembusi pasaran ke luar negara dalam tempoh 5
tahun. Antara kepentingan perniagaan ini adalah untuk memuaskan hati pelanggan yang
semakin ramai yang minat dengan makanan barat terutama sekali chicken chop.

Biasanya perniagaan yang ada sekarang yang menjual produk yang sama akan
mempunyai keunikan yang sama seperti hanya meletakkan kentang dan coleslaw. Tetapi
keunikan produk yang akan kami jual bermacam macam adalah gravy chicken chop yang
menggunakan “cheese’’, “mushroom” dan “black pepper”. Seterusnya, makanan sampingan
yang akan disediakan adalah wedges, coleslaw dan juga kacang peas. Seterusnya, kami akan
menghidangkan saiz ayam yang besar dan hidangan boleh ditambah dengan dua telur ayam
gorang secara percuma.

Seterusnya, kami juga akan melakukan perubahan kepada produk kami dalam masa
yang tertentu sekiranya perniagaan yang kami lakukan mendapat permintaan yang banya
daripada pelanggan. Lokasi kami pilih untuk melakukan perniagaan ini adalah di Bandar
Baru Uda. Pihak kami sangat yakin dengan mutu produk yang sedia ada dan mendapat
sambutan daripada pelanggan jika berada di tempat yang strategik. Tempat perniagaan yang
kami pilih untuk membuka perniagaan adalah tempat yang selalu mendapat perhatian
daripada pelanggan.
RANCANGAN ORGANISASI

PENGARAH
URUSAN
(Muhammad Asyraf)

JURUWANG
Pengurus Pengeluaran (Nurul Awadah Binti JURUJUAL
Jalil)

Rosnahni Binti Mohd Azmi Bin Nur Dahlia Zafirah


Samian Osman Binti Zamri

(CREW) Nor Zihana


Binti Kamil Hassan

Jadual 1 : Carta Organisasi Kedai Chef Lovato Chicken Chop Overdose

Chef Lovato Chicken Chop Overdose telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi
melicinkan lagi perkhidmatan pengusaha. Matlamat organisasi ini adalah untuk memastikan
setiap pekerja melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab. Pengurus iaitu pemilik
kedai ini telah merancang dan menyediakan kertas projek, menyusun pentadbiran organisasi,
menjadi pemimpin dan mengawal atau membuat pemantauan perjalanan organisasi dan akhir
sekali membuat pentaksiran serta penilaian ke atas syarikat. Pengurus ini juga
bertanggungjawab dalam segala aspek pengurusan dan pentadbiran perniagaan agar berjalan
ancer mengikut jadual yang dirancang. Ia juga merancang peruntukan perbelanjaan
perniagaan dan memastikan pekerja-pekerja membuat kerja mengikut standard (SOP) untuk
memastikan bahan yang disediakan dalam keadaan memuaskan.

JAWATAN TUGAS
Pengurus  Pengurus Pemasaran
 Pengurus pemasaran yang bertanggungjawab untuk
memastikan setiap pelanggan berpuas hati serta berusaha
mencari pelanggan untuk menjalankan perniagaan. Pengurus
pemasaran juga perlu memastikan kedai ini mendapat sambutan
yang tinggi. Seterusnya, pengurus pemasaran juga perlu
membuat iklan-iklan di surat khabar dan juga pamplet agar
dapat menarik perhatian dan seterusnya dapat memajukan lagi
kedai ini.
 Pengurus Kewangan
 Pengurus kewangan bertanggungjawab dalam segala aspek
kewangan seperti melibatkan pembelian bekalan dan kawalan
stok operasi, menyediakan bajet dan keperluan kewangan dan
kenal pasti sumber kewangan serta mengawal kewangan
perniagaan menganalisis prestasi kewangan. Pengurus
kewangan perlu memastikan bahawa pekerja bawahan iaitu
juruwang menjalankan tanggungjawabnya dengan betul supaya
tidak berlaku kehilangan wang semasa kerja. Selain itu,
pengurus kewangan juga perlu mengawal sumber kewangan
dalam kedai.

Pengurus  Pengurus pengeluaran iaitu Puan Rosnahni Binti Samian akan


Pengeluaran mengawal bahan pengeluaran supaya mencapai mutu yang
dikehendaki seperti yang telah ditetapkan. Merancang dan
membuat penyelidikan tentang bahan yang disediakan supaya
tahan untuk dihantar kepada pelanggan. Memastikan alatan dan
mesin sentiasa dalam keadaan yang baik supaya ia tidak
menggangu proses pengeluaran. Di bawah pengurus
pengeluaran ada pekerja yang akan membuat kerja-kerja di
dapur.

Crew (Memasak)  Menyediakan dan menggoreng ayam


 Crew (memasak) yang memerlukan satu orang pekerja
bertanggungjawab dalam segala aspek menyediakan bahan
untuk memasak serta menggoreng ayam. Tugas-tugas yang
berada di dapur hendaklah dilakukan oleh dua orang pekerja
ini. Pekerja ini perlulah menjalankan tugas-tugas sebagaimana
yang telah ditetapkan seperti membasuh, menyediakan bahan
untuk memasak dan menggoreng ayam mengikut peraturan dan
permintaan pelanggan. Ia juga bertanggungjawab memastikan
kebersihan premis serta menerima arahan dari pengarah urusan
dari semasa ke semasa
Juruwang  Menjaga tempat kaunter pembayaran
 Juruwang yang hanya memerlukan seorang pekerja akan
menjaga tempat kaunter pembayaran oleh pelanggan. Juruwabg
akan menjaga wang di kaunter pembayaran sebaik mungkin
dan akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
Jurujual  Melayan pelanggan yang hendak membuat pesanana makanan
 Jurujual yang terdiri daripada dua orang pekerja akan menjadi
pelayan di kedai. Mereka akan mengambil pesanan daripada
pelanggan yang datang ke kedai kami. Mereka akan
menjalankan tugas yang telah ditetapkan.

BIL JENIS INSENTIF


1 Cuti Tahunan
2 Hari Keluarga
3 Klinik Panel
4 Anugerah Pekerja Cemerlang
5 Pengangkutan
6 Pakaian Seragam

Jadual 2 : Insentif pekerja

BIL JAWATAN GAJI/ KWSP SOCSO GAJI


ELAUN (RM) (RM) BERSIH
(RM) (RM)
Majikan Pekerja Majikan Pekerja
13% 8% 1.75% 0.5%
1 PENGURUS 2750 357.5 48.1 2374.4
2 JURUJUAL 1250 100 6.25 1143.75
3 JURUWANG 1250 100 6.25 1143.75
4 CREW 1450 116 7.25 1326.75
(MEMASAK)

Jadual 3 : Imbuhan dan ganjaran

Perniagaan kami menyediakan pelbagai pakej gaji yang berpatutan kepada


kakitangannya. Gaji dan ganjaran yang telah kami sediakan untuk kakitangan kami amat
berpatutan. Gaji pengurus besar adalah sebanyak RM2750.Bagi pekerja yang memegang
jawatan sebagai crew iaitu tukang masak , gaji yang kami akan berikan adalah sebanyak
RM1200, manakala bagi pekerja juruwang dan jurujual kami akan berikan gaji sebanyak
RM1000. Kami juga ada menyediakan insentif lain iaitu kami akan memberikan elaun setiap
bulan sebanyak RM250 kepada setiap pekerja kami . Tarikh pembayaran gaji adalah setiap
hujung bulan. Kelebihan yang bakal pekerja kami dapat sekiranya bekerja di perniagaan
kami, kami akan menyediakan caruman KWSP 8% dan juga SOCSO 0.5%. Seterusnya kami
juga akan memberi anugerah kepada pekerja terbaik setiap bulan. Bagi majikan potongan
KWSP akan dikenakan sebanyak 13% dan SOCSO 1.75%. Kami akan memastikan pekerja
akan dapat gaji mengikut tarikh yang ditetapkan.

Bagi pengurus gaji bersih yang akan diterima setelah tolak imbuhan adalah sebanyak
RM2374.40. Selain itu, pekerja bawahan iaitu jurujual dan juruwang gaji bersih yang akan
mereka terima adalah sebanayk RM1143.75 dan bagi crew(memasak) mereka akan menerima
gaji bersih RM1326.75. Gaji yang kami beri adalah mengikut kesesuaian kerja dan
tanggungjawab seorang pekerja.
Susun atur organisasi ini adalah untuk perancangan sebelum membuka syarikat kami.
Pintu di bahagian depan adalah untuk memudahkan pelanggan keluar masuk ke dalam kedai
kami. Seterusnya, kami mempunyai 3 meja makan yang besar untuk menyenangkan lagi
pelanggan sekiranya pelanggan membeli produk kami dengan kuantiti yang banyak manakala
tv kami letakkan di tepi bahagian kanan kedai kami agar semua pelanggan boleh menonton tv
dengan jelas. Kami meletakkan kaunter pembayaran di bahagian sebelah kiri kedai supaya
pelanggan mudah untuk membayar di kaunter pembayaran. Selain itu, dapur dan bilik sejuk
kami letakkan di bahagian belakang agar memudahkan pekerja kami untuk menjalankan
tugas dan seterusnya tidak menggangu pelanggan yang sedang menikmati hidangan.

BIL SENARAI PERALATAN KUANTITI JUMLAH (RM JUMLAH (RM)


PEJABAT SEUNIT)
1 Meja 3 250 750
2 Peti Sejuk 2 1500 3000
3 Kerusi 12 180 2160
4 Penghawa Dingin 1 700 700
5 TV 1 10000 10000
6 Modem Internet 1 110 110
7 Mesin Pengira Wang 1 1000 1000
8 Kamera Litar Tertutup 1 1000 1000
9 Pinggan 100 3.90 390
10 Cawan 100 2.50 250
12 Sudu 150 1.00 150
13 Garpu 150 1.00 150
14 Kuali 5 30.00 150
15 Senduk 5 12.00 60
16 Pisau 50 5.00 250
17 Mesin potong ayam 1 1300 1300
JUMLAH KESELURUHAN 21,420

Jadual 4 : Senarai peralatan Chef Lovato Chicken Chop Overdose

BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


(KG,BOTOL,IKAT, SEUNIT (RM)
EKOR)
Ayam 3000 ekor 9.00 900
Sos cili 20 botol 12.00 240
Serbuk lada hitam 50 kg 2.50 125
Cheese 50 pek 10.00 500
Serbuk cili halus 20kg 25.90 518
Serbuk kari 20kg 16.50 330
Kacang Peas 100kg 1.80 180
Kentang 100kg 2.00 200
Sayur-sayuran 200 ikat 2.00 400
Ajinomoto 50kg 5.90 590
Garam 100kg 1.20 120
Tepung 100kg 2.20 220
Telur 50 papan 15.00 750
Gula 100kg 2.00 200
JUMLAH 5063
KESELURUHAN
Jadual 5 : Belanjawan organisasi

Setiap pekerja akan diberikan latihan kemahiran yang khusus seperti kursus kulinari
bagi pekerja yang kurang mahir dalam memasak. Pekerja perlu diberi pendedahan dengan
kulinari agar data biasakan diri dengan kulinari.. Seterusnya, kursus yang diberikan kepada
pekerja adalah selama 1 minggu. Segala kemudahan seperti pengangkutan, wang belanja
makan akan disediakan kepada pekerja yang mengikuti kursus kulinari ini.

RANCANGAN PEMASARAN

Perniagaan Chef Lovato Chicken Chop Overdose menyediakan produk siap serta hidangan
yang sedap kepada para pelanggan iaitu “western food”. Chicken Chop merupakan menu
utama perniagaan kami dengan cara masakan yang istimewa dengan resepi yang tersendiri.
Menu ini dihidangkan setiap hari berdasarkan kepada kehendak dan permintaan para
pelanggan. Selain itu, hidangan-hidangan lain adalah seperti spaggeti, lamb chop dan juga
fish and chips. Hidangan-hidangan sampingan turut disediakan seperti nasi goreng, mee
goreng dan juga kuew teow goreng. Bagi menu minuman, perniagaan kami menyediakan
pelbagai jenis minuman terutamanya kami menyediakan yang paling istimewa adalah cendol
durian yang semakin mendapat permintaan oleh pelanggan sekarang.

Perniagaan kami terletak dekat dengan kawasan taman perumahan. Oleh itu, sasaran
pelanggan perniagaan ini adalah penduduk di kawasan-kawasan taman yang berhampiran
terutamanya golongan remaja dan orang dewasa yang berumur dalam lingkungan 15 tahun
hingga 35 tahun. Disamping itu, pelajar-pelajar sekolah yang berhampiran juga menjadi
sasaran perniagaan ini. Kawasan ini mempunyai anggaran sebanyak 10 000 orang penduduk.
Majoriti penduduknya adalah 50% adalah orang melayu, 20% adalah orang cina, 20% orang
india dan 10% adalah orang yang berbangsa lain. Anggaran sebanyak 10% daripada jumlah
kumpulan sasaran ini akan menikmati makanan mereka di luar. Hal ini disebabkan mereka
yang terlalu sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk masak di rumah mereka.

Terdapat beberapa pesaing makanan barat di dalam pasaran di negara ini. Namun
begitu syarikat kami sangat yakin dengan masa depan perniagaan kami ini akan terus maju
dan berkembang di seluruh negara. Walaupun pada umumnya banyak perniagaan masakan
barat dijalankan tetapi tidak banyak peniaga yang dapat menarik pelanggan ke premis mereka
dan tidak bertahan lama walaupun mempunyai tempat yang strategik. Banyak faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya keadaan sedemikian.

Antara pesaing-pesaing yang ada adalah kedai chicken chop bistro yang terletak di
Hutan Bandar, Johor Bahru. Antara kelebihan yang kedai ini adalah perniagaan ini sudah
lama dibuka dan mempunyai ramai pelanggan tetap, Dari segi harga, harga produk mereka
berpatutan. Kelemahan kedai ini pula adalah rasa makanan mereka yang sederhana dan
kebersihan premis mereka kurang memuaskan.

Ramalan jualan bagi setiap bulan adalah seperti berikut :

Bulan Jumlah (RM)


Anggaran Jualan
Januari 43,200
Februari 44,100
Mac 45,000
April 45,900
Mei 46,800
Jun 47,700
Julai 48,600
Ogos 49,500
September 50,400
Oktober 51,300
November 45,500
Disember 53,100

Jadual 6 : Ramalan jualan perniagaan Chef Lovato Chicken Chop Overdose


Strategi pemasaran kami adalah terdiri daripada 4P iaitu produk, promosi, pengedaran dan
juga “price”. Bagi promosi , cara-cara kami mempromosikan perniagaan kami adalah melalui
papan tanda, kain rentang yang menarik pelanggan untuk mengunjungi ke perniagaan kami.
Selain itu, kami juga menggunakan risalah-risalah melalui surat khabar yang juga merupakan
salah satu cara kami untuk mempromosikan perniagaan kami agar lebih ramai yang
mengetahui perniagaan kami. Kami juga akan membuat iklan iklan di laman sosial seperti
“twitter”, “Instagram” dan juga “facebook”.

Seterusnya adalah strategi produk kami. Strategi produk Chef Lovato Chicken Chop
Overdose ialah menghidangkan hidangan dan masakan yang berkualiti dan sedap dengan
pembelian bahan-bahan mentah yang dipiilih segar dan bersih. Para pelanggan juga boleh
memilih resepi yang sesuai mengikut selera mereka kerana perniagaan kami akan
menyediakan pelbagai hidangan western food. Seterusnya, pakej-pakej yang menarik turut
disediakan kepada pelanggan yang datang ke premis kami.

Selain itu adalah dari segi harga. Harga produk kami adalah lebih kurang sama
dengan harga pesaing-pesaing lain di sekitar kawasan ini. Permiagaan kami menyediakan
pakej-pakej seperti set makanan yang istimewa untuk para pelanggan. Pelanggan dapat
menikmati harga yang berpatutan disamping dapat menikmati makanan yang enak. Harga
makanan kami adalah dari harga RM6.00 hingga RM12.00.

Akhir sekali adalah strategi pengedaran. Para pelanggan yang mengunjungi premis
kami akan disambut dengan mesra dan bersopan santun oleh pekerja kami. Kami akan
memastikan pesanan yang diambil akan sampai dengan kadar yang cepat di samping
memberi perkhidmatan yang memuaskan. Pelayan-pelayan kami juga akan ditentukan meja-
meja kerja tertentu untuk diberi perhatian. Hal ini dapat membantu kerja-kerja pelayan kami
menjadi lebih efisien.

BELANJAWAN PEMASARAN

PERKARA PERBELANJAAN PERBELANJAAN LAIN-LAIN


ASET TETAP (RM) BULANAN (RM) BELANJA (RM)
ASET TETAP
VAN 40,000.00 - -
PERBELANJAAN
BULANAN
TOL - 150.00 -
MINYAK PETROL - 200.00 -
SENGGARAAN - 200.00 -
VAN
LAIN-LAIN
BELANJA
KERAIAN - - 300.000
LESEN DAN - - 1500.00
INSURAN VAN
JUMLAH 40,000.00 550.00 1800.00
Jadual 7 : Balanjawan Pemasaran

RANCANGAN OPERASI/PENGELUARAN

Senarai produk yang dikeluarkan


Carta alir proses

Proses penyejukkan ayam

Membasuh ayam dan membuang biji lada hitam

Menyalut ayam dengan tepung dan mengupas kentang

Menggoreng ayam

Proses membuat kuah Memotong sayur

Pemeriksaan kualiti
Proses membuat
“coleslaw”
Menghidang

Menyimpan lebihan bahan mentah

Penghantaran

KAPASITI PENGELUARAN
Perniagaan kami mengeluarkan produk sebanyak anggaran 200 set chicken chop
dalam tempoh satu hari. Kuantiti ayam yang digunakan oleh perniagaan ini dalam masa
tempoh sehari mampu dijual dengan laris dan tidak akan berlakunya kerugian dari segi bahan
mentah dan produk yang dikeluarkan. Jenis kuantiti ayam yang dikeluarkan adalah bahan
mentah yang siap dimasak. Perniagaan kami akan menyediakan bahan mentah siap yang akan
dihidangkan kepada pelanggan-pelanggan kami. Kami akan memastikan bahan mentah yang
dipilih adalah segar dan juga mempunyai kualiti yang bersih.

PERANCANGAN MESIN DAN PERALATAN

JENIS KUANTITI HARGA(RM) JUMLAH (RM)


Meja 3 250 750
Peti Sejuk 2 1500 3000
Kerusi 12 180 2160
Penghawa Dingin 1 700 700
TV 1 10000 10000
Modem Internet 1 110 110
Mesin Pengira Wang 1 1000 1000
Kamera Litar Tertutup 1 1000 1000
Pinggan 100 3.90 390
Cawan 100 2.50 250
Sudu 150 1.00 150
Garpu 150 1.00 150
Kuali 5 30.00 150
Senduk 5 12.00 60
Pisau 50 5.00 250
Mesin potong ayam 1 1300 1300
JUMLAH KESELURUHAN 21,420

RANCANGAN PEKERJA OPERASI

BIL JAWATAN BILANGAN KWSP SOCSO JUMLAH


PEKERJA (RM) (RM) (RM)

Majika Pekerj Majika Pekerj


n a n a
13% 8% 1.75% 0.5%
1 PENGURUS 1 357.5 48.1 405.6
2 JURUJUAL 2 100 6.25 106.25
3 JURUWANG 1 100 6.25 106.25
4 CREW 2 116 7.25 123.25
(MEMASAK)
BAHAN MENTAH DALAM PENGELUARAN

BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


(KG,BOTOL,IKAT, SEUNIT (RM)
EKOR)
Ayam 3000 ekor 9.00 900
Sos cili 20 botol 12.00 240
Serbuk lada hitam 50 kg 2.50 125
Cheese 50 pek 10.00 500
Serbuk cili halus 20kg 25.90 518
Serbuk kari 20kg 16.50 330
Kacang Peas 100kg 1.80 180
Kentang 100kg 2.00 200
Sayur-sayuran 200 ikat 2.00 400
Ajinomoto 50kg 5.90 590
Garam 100kg 1.20 120
Tepung 100kg 2.20 220
Telur 50 papan 15.00 750
Gula 100kg 2.00 200
JUMLAH 5063
KESELURUHAN
SENARAI PEMBEKAL BAHAN MENTAH

BIL BAHAN MENTAH NAMA PEMBEKAL


1 Ayam FITRAH GLOBAL SDN
BHD
No 23 Jalan Pasar Baru 3,
Off Jalan Meru 41050
Klang, Selangor Darul
Ehsan
2 Sos cili ZIRCOUN FOUR
Serbuk lada hitam 61, Jalan Emas 20,Taman
Cheese Sri Skudai,81300 Johor
Serbuk cili halus Bharu.
Serbuk kari
Kacang Peas
Kentang
Sayur-sayuran
Ajinomoto
Garam
Tepung
Telur
Gula
BELANJAWAN OPERASI

BIL BAHAN MENTAH HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)


(RM)
1 Ayam 9.00 900
2 Sos cili 12.00 240
3 Serbuk lada hitam 2.50 125
4 Cheese 10.00 500
5 Serbuk cili halus 25.90 518
6 Serbuk kari 16.50 330
7 Kacang Peas 1.80 180
8 Kentang 2.00 200
9 Sayur-sayuran 2.00 400
10 Ajinomoto 5.90 590
11 Garam 1.20 120
12 Tepung 2.20 220
13 Telur 15.00 750
14 Gula 2.00 200
PERBELANJAAN BULANAN
1 Utiliti 2,000
2 Kos sewa kedai 5,000
JUMLAH 12,063

KESIMPULAN

Chef Lovato Chicken Chop Overdose merupakan sebuah perniagaan baru yang akan dibuka
dan menjalankan perniagaan berasaskan makanan barat, yang dijual kepada semua pelanggan
tanpa mengira bangsa dan budaya. Hidangan utama yang akan dijual kepada pelanggan
adalah Chicken Chop. Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk
mendapatkan pinjaman bagi membuka perniagaan baru. Pinjaman yang diperoleh akan
digunakan untuk membeli barang-barang keperluan untuk memulakan perniagaan seperti stok
barang contohnya ayam, cheese, mushroom,black pepper, kentang, sayur dan juga kacang
peas. Selain itu juga untuk mengubah suai kedai. Misi perniagaan ini adalah dalam jangka
masa 5 tahun dari sekarang, perniagaan ini akan dapat menembusi pasaran di Singapura dan
Indonesia.

Keunikan produk yang akan kami jual adalah gravy chicken chop yang menggunakan
“cheese’’, “mushroom” dan “black pepper”. Seterusnya, makanan sampingan yang akan
disediakan adalah wedges, coleslaw dan juga kacang peas. Seterusnya, kami akan
menghidangkan saiz ayam yang besar dan hidangan boleh ditambah dengan dua telur ayam
gorang secara percuma. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma
kepada pelanggan kami dengan jarak yang dekat seperti dalam kawasan Johor Bahru sahaja.
Chicken Chop ini juga mendapat permintaan yang konsisten daripada masyarakat.

Rancangan pemasaran kami, kami akan memasang banner di tepi jalan supaya
masyarakat akan nampak tentang Chef Lovato Chicken Chop Overdose. Seterusnya, kami
juga akan memasarkan produk melalui media sosial seperti facebook, twitter dan juga
Instagram. Kami memilih “facebook”, “twitter” dan juga “Instagram” untuk memasarkan
produk kami kerana masyarakat sekarang gemar menggunakan media sosial untuk mencari
maklumat. Rancangan kewangan kami adalah apabila kami dapat pembiayaan dari bank,
kami akan membeli aset tetap seperti peti ais, kenderaan yang boleh membawa bahan dingin
beku, ubah suai kedai dan stok barang. Seterusnya, kami akan membayar pekerja kami yang
terdiri daripada 5 orang pekerja dengan gaji minima RM1000. Elaun akan diberikan kepada
pekerja dan kemudahan yang kami sediakan kepada pekerja adalah apron dan juga pakaian
seragam.

Seterusnya, memandangkan tahap persaingan yang tinggi dari kalangan restoran


makanan tempatan seperti restoran chicken chop di Hutan Bandar dan Chicken Chop Bistro,
perniagaan kami akan melipatkan gandakan usaha untuk meneruskan strategi pemasaran yang
sedia ada bagi meluaskan pasaran. Oleh yang demikian, Chef Lovato Chicken Chop
Overdose mengambil berat tentang kualiti pengeluaran dan tahap kebersihan. Kami juga akan
berusaha untuk memperluaskan pasaran hingga mendapat sambutan yang lebih hebat
daripada pelanggan. Sekiranya perniagaan kami telah berada di pasaran dan telah
berkembang maju, kami akan berusaha memperkenalkan menu dan resepi baru bagi
menjamin tahap persaingan masih dalam keadaan terkawal serta memberi kelainan dan
kepuasan yang maksima kepada semua pelanggan.

Kami juga akan membuat promosi yang menarik dan berlainan dari perniagaan lain
seperti memberi diskaun kepada pelanggan yang membeli banyak produk kami, set meal
(pakej makanan dan kupon diskaun. Dari segi kekuatan pengurusan, kami akan mengambil
pekerja-pekerja yang berkemahiran dalam bidang pengurusan dan pemakanan. Sekiranya,
pekerja yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang ini, kami akan memberi latihan
kepada mereka selama 1 minggu.

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan,


peniaga amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan
yang menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas
mendapat pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan
masih di peringkat awal membuat pemasaran untuk membekal kepada pelanggan organisasi.

Peniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan
perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian perniagaan Chef Lovato Chicken
Chop Overdose amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu
berkembang pada masa hadapan.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak institusi


kewangan kerana melalui cara ini sahaja perniagaan dapat dikembangkan. Kami berharap
agar perniagaan ini diberikan peluang yang sewajarnya.

LAMPIRAN
1.0. PENGENALAN
Senang Rasa Katering merupakan perniagaan milik tunggal yang akan didaftarkan pada awal
bulan April 2007, bagi menjalankan aktiviti katering di sekitar Pekan Hutan Melintang, Perak
dan bandar-bandar sekitarnya. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan katering
kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2000 lagi.
Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhidmatan katering kepada Jabatan
Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak,
Pusat Kegiatan Guru, Sekolah dan orang perseorangan .

Pengusaha bercadang untuk bersara pilihan dan menceburi bidang perniagaan katering secara
sepenuh masa.

Perniagaan ini akan beroperasi di No. 64, Taman Sri Ishaq, 36400 Hutan Melintang, Perak.
Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan katering merupakan
satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan.

Sepertimana diketahui kebanyakan wanita hari terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama
ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak
sendiri sekiranya mahu mengadakan majlis-majlis seperti kenduri doa selamat, kenduri
arwah, jamuan hariraya dan sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini
semangat gotong royong mahu mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana
masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja

untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri kendara.

Oleh itu, kebanyakan orang akan mengambil perkidmatan katering untuk menyenangkan
kerja dan mereka juga mempunyai peruntukan (kuasa membeli) untuk berbuat
begitu.Permintaan perkhidmatan katering juga sangat banyak di pejabat untuk majlis seperti
mesyuarat, majlis perpisahan, majlis keraiaan dan kursus-kursus dalam perkhidmatan.
Walau pun di setengah jabatan ada kantin dan kafeteria namun lazimnya penganjur lebih
gemar untuk mendapatkan perkhidmatan katering dari pihak luar untuk merubah citarasa.
Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju dan
sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan kami khususnya dalam mengaut
keuntungan.

2.0. OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN.

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang menyeluruh
tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga Rancangan Perniagaan ini untuk
membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran,
pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan.

Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:

Melihat daya maju projek yang dirancang.

Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan
lancar.

Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.

Memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta program untuk menamatkan program
latihan galakan perniagaan bagi kakitangan yang menyertai kursus ini.

Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.

3.0. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.

Nama Perniagaan :

Alamat Berdaftar : No. 64, Taman Sri Ishaq,

36400 Hutan Melintang , Perak.

Alamat Operasi : No. 64, Taman Sri Ishaq,


36400 Hutan Melintang, Perak.

No. Telefon :

No. Daftar Perniagaan : -

Tarikh Perniagaan : Akan didaftarkan nanti.

Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Katering. Penyewaan kerusi meja & kanopi, peralatan
Buffet dan PA sistem. ( Rancangan masa depan ).

Bentuk Perniagaan : Milik Tunggal

Modal Permulaan : RM 20.000.00

Bank Berususan : Bank Islam, 36000 Teluk Intan, Perak.

No. Akaun :

Nama Pemilik :

No. Kad Pengenalan :

4.0. LATAR BELAKANG PEMILIK.

Nama :

Jawatan : Pemilik/Pengurus

Alamat Tetap : No. 64, Taman Sri Ishaq,

36400 Hutan Melintang, Perak.

No. Telefon :

No. Kad Pengenalan :

Tarikh Lahir :

Bangsa / Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan Akedemik : Tingkatan 5


Pengalaman Kerja :

Majikan. Jawatan Tahun

SM. Khir Johari PAR makmal 1980 – hingga kini

Kursus yang Berkaitan :

Kursus Asas Perniagaan

Kursus Keusahawan Anjuran MEDC (sedang berjalan)

5.0. SKOP PERNIAGAAN.

5.1. Aktiviti Perniagaan

Diantara aktiviti utama yang dijalankan oleh perniagaan ini ialah menyedia dan
membekalkan makanan dan minuman kepada majlis kenduri perkahwinan di sekitar kawasan
pekan Hutan Melintang dan kawasan-kawasan sekitar seperti Teluk Intan, Bagan Datoh,
Selekoh dan Sabak Bernam. Begitu juga membekalkan makanan dan minuman bagi kursus-
kursus yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Perak, Pusat Sumber Pendidikan Negeri
Perak, Maktab Perguruan, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak di Pusat Kegiatan Guru
Hutan Melintang.

5.2. Produk dan Perkhidmatan

Menyediakan minum pagi, minum petang dan makan minum mengikut permintaan
pelanggan. Menghantar tempahan ke destinasi yang diminta dan menyediakan semua kerja-
kerja di majlis jamuan.

5.3. Potensi Perniagaan

5.3.1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa, masyarakat tempatan khususnya orang-


orang melayu yang beragama Islam menggunakan kesempatan cuti sekolah yang panjang dan
cuti minggu untuk mengadakan majlis perkahwinan.
5.3.2. Oleh sebab kesuntukkan masa, kerja mudah tanpa perlu banyak kerja, masyarakat kita
hari ini akan membuat kenduri dengan menggunakan perkhidmatan katering. Begitu juga
dengan permintaan khidmat makan dan minum bagi kursus, perjumpaan dan mesyuarat oleh
pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, Pejabat
Pelajaran Daerah Hilir Perak, Maktab Perguruan di Pusat Kegiatan Guru Hutan Melintang
yang sentiasa ada sepanjang tahun. Kalau dilihat dari aspek itu perniagaan katering
mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar 40% hingga 60% setahun.
Oleh kerana perniagaan ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini
mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan.

5.3.3. Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang diberikan
seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan, kelancaran
bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi memenuhi permintaan keperluan
masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuashati
dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini
akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatannya yang ditawarkan sentiasa
dipastikan pada tahap yang tinggi.

5.3.4. Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana dikelilingi oleh
kampung-kampung dan pekan-pekan kecil dan bandar.Pasti masyarakat keliling memerlukan
perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan dan majlis kenduri kesyukuran dan doa
selamat. Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang
kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan

perniagaan ini.

Anda mungkin juga menyukai