Casio adalah suatu jenama yang tidak asing lagi bagi masyarakat di seluruh
pelusuk dunia. Casio adalah merupakan salah satu jenama jam tangan yang amat
dikenali oleh orang ramai yang berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Casio
merupakan syarikat pembuatan jam tangan dengan menggunakan jenama Casio dan
G-Shock yang terkenal atas kerana kualiti dan ketahanannya yang tidak dapat
ditandingi oleh jenama jam tangan dari jenama lain.
Nama Casio tersebut di ambil sendiri dari nama pengasasnya iaitu Tadao
Kashio. Tadao Kashio yang merupakan perintis atau pengasas daripada syarikat
membuat jam tangan terkenal jenama Casio. Tadao Cashio dilahirkan di Nangoku City,
Jepun
pada
tahun
1917. Tadao
Cashio
merupakan
seorang
jurutera
yang
mengutamakan dirinya dalam bidang teknologi fabrikasi dan telah mempelajari dunia
elektronik dari zaman perang dunia ke-2.
Tadao Kashio merupakan orang kreatif yang hanya memerlukan masa yang
singkat untuk membuat produk yang berbeza. Beliau telah menghadiri pameran
perniagaan di Ginza Jepun untuk melihat kalkulator elektronik. Dengan sedikit hasil
jualan dari paip yubiwa (rokok) hasil buatannya kemudian Tadao Kashio dan
saudaranya mula mengkaji untuk membuat kalkulator sendiri. Pada masa itu, kalkulator
sebahagian besar dijalankan dengan menggunakan roda gigi. Dengan ketekunan dan
kerja keras, Syarikat Casio telah mengeluarkan kalkulator yang pertama dengan
menggunakan solenoid. Kalkulator dari Syarikat Casio mula dijual di pasaran.
kalkulatornya, Tadao Cashio kemudian mula memikirkan produk baru selain kalkulator
iaitu jam tangan. Idea jenama Jam Casio juga diambil dari nama belakang penemunya
iaitu Kashio sehingga jadi "Casio". Penulisan ejaan di perhaluskan supaya lebih mudah
di hafal serta di tuliskan lantaran "Kashio" tetap sama dengan Jepun serta penggantian
nama itu untuk mencapai pasaran antarabangsa.
Pada tahun 1974, jam yang pertama telah dilancarkan iaitu Casiotron. Casio
memasuki pasaran jam tangan semasa industri jam tangan baru sahaja menemui
teknologi jam digital. Tadao Kashio boleh memberikan pemilik jam tersebut pengalaman
apabila menggunakan jam tangannya dengan beberapa perkara yang menarik. Salah
satunya jam tersebut boleh memaparkan masa dalam pelbagai zon waktu yang
berbeza pada sentuhan butang yang berkenaan. Selain itu, jam tangan Casio dapat
memberikan butiran cuaca seperti suhu dan tekanan barometrik.
Setelah berpuas hati dengan produk casiotron, Tadao Kashio mula membuat jam
tangan casio yang diberi nama G-SHOCK iaitu jam tangan yang dibuat benar-benar
tahan dan tidak boleh rosak. Di mana jam tangan berkenaan masih bertahan meskipun
jatuh dari ketinggian sekitar 10 meter. Selain itu, G-Shock juga direka agar boleh
digunakan di dalam air sehingga kedalaman 10 bar dan bertahan dengan bateri selama
10 tahun. Pada tahun 1993, Tadao Kashio telah meninggal dunia. Hingga kini syarikat
Casio dikenali sebagai syarikat jam tangan terkemuka dan terkenal di dunia. Jam
tangan yang dikeluarkan syarikat Casio dikenali mempunyai ketahanan dan kualiti yang
amat baik sehingga banyak masyarakat umum menggunakan produk jam tangan dari
syarikat ini.
INOVASI G-SHOCK
Model pertama yang dihasilkan Casio ialah DW-5000 pada tahun 1983 dan
semenjak itu lebih 50 000 000 utas jam tangan berjenama G-Shock telah terjual.
Individu yang bertanggungjawab menghasilkan jam ini ialah Kikuo Ibe yang
bekerja bersama syarikat Casio. Menurut Kikuo, G-Shock tercipta kerana beliau bosan
dengan masalah jam milik beliau yang cepat rosak apabila terjatuh. Beliau yang pada
ketika itu bekerja dengan Casio terus berfikir bagaimanakah cara untuk menghasilkan
jam tangan yang tahan lasak. Proses penyelidikan dan penghasilan G-Shock bermula
pada tahun 1981 dan ianya diberi nama "Project Tough".
Pada awalnya Kikuo bercadang menggunakan binaan dalaman yang lebih tahan
lasak daripada biasa didalam jam bagi memberikan ketahanan yang diperlukan. Tetapi
dalam ujian awal dimana prototaip jam dijatuhkan pada ketinggian 10 meter jelas jalan
penyelesaian ini tidak menhasilkan ketahanan yang memuaskan.
1. AW-500
Telah dicipta pada tahun 1989, dimana model ini merealisasikan struktur
tahan lasak.
2. DW-5900
Telah dicipta pada tahun 1992 dimanakan merupakan jam g-shock yang pertama
ahan daripada rintangan.
3. DW-6300
Merupakan model klasik sepanjang masa, siri ini adalah antara jam G-Shock
yang sering ditiru. Selain itu, jam ini telah memiliki pasarannya yang tersendiri dengan
penjualan tertinggi dibandingkan siri yang lain. DW-6900 menggabungkan daya tahan,
dan kekuatan dalam satu jam tangan.
5. DW-5300
Pihak Casio telah melancarkan siri ini secara eksklusif di luar dari negara Jepun.
Ramai telah beranggapan bahawa jam ini telah digunakan oleh Tom Cruise di dalam
filem Mission Impossible, sedangkan beliau menggunakan siri DW-290. Secara tidak
langsung jam ini telah menjadi pilihan dan antara jam g-shock yang terbaik.
6. DW-5600
Pada tahun 1996, Casio telah melakukan satu inovasi yang telah dapat menarik
perhatian orang ramai dengan menambah badan tahan karat pada jam g-shock. Siri ini,
selain memiliki bentuk yang sempurna, ia telah dilancarkan pertama kali pada tahun
tersebut dengan badan tahan karat. Selain itu, siri atau model ini pernah di lancarkan
sekali lagi dengan berbagai lagi pembaharuan dan inovasi seterusnya masih menjadi
kegemaran pada peminat g-shock.
7. . Stussy DW-6900
8. GW-200
Telah dicipta pada tahun 2001, model yang diinovasikan oleh Casio
dengan
cahaya matahari.
9. MRG-800
Dicipta pada tahun 2007, yang merupakan gabungan pertama jam tangan
dengan salutan DLC.
10. Mastermind Japan Valentines Day Box
Logo tengkorak milik Mastermind telah diletakkan pada kotak berbentuk hati
berwarna hitam dimana didalamnya terdapat sepasang jam G-shock. Kolaborasi ini
dilancarkan pada tahun 2008 untuk memperingati hari kekasih pada waktu itu. Edisi ini
masih menjadi pengumpul yang gemar pada hingga ketika ini.
11. Carbon Fiber GW-5600
dengan
menambah
material
serat
karbon.
Bahan
tersebut
memungkinkan jam ini memiliki daya tahan lebih kuat dengan badan yang lebih ringan.
Memiliki kemasan paling menarik antara jam G-Shock yang lain dengan action
figure berbahan vinyl yang badannya merupakan jam tersebut. Kolaborasi dengan
perusahaan mainan yang berasal dari Tiongkok ini dilancarkan pada tahun 2011.
13. GB-6900
Syarikat Casio telah membuktikan di mana inovasi adalah perkara yang amat
penting dalam membangunkan syarikat. Di sini telah diperlihatkan di mana Casio telah
bertahan agak lama di dalam industri jam tangan dengan adanya pelbagai inovasi dan
kolaborasi dengan syarikat lain bagi membangunkan lagi jenama mereka sendiri. Casio
telah menjadi contoh yang paling baik kepada pelbagai industri supaya menjadi seperti
mereka yang masih kuat bertahan dan semakin dikenali oleh masyarakat di seluruh
dunia dengan adanya inovasi yang sering dikeluarkan oleh mereka.
Apabila setiap syarikat sering mengambil berat tentang kepentingan inovasi ini,
produk yang di keluarkan oleh mereka tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh setiap
orang dengan adanya produk yang sering di inovasikan. Syarikat perlu ada satu badan
yang kreatif untuk ditugaskan dalam memikirkan pembangunan produk agar dapat
menaikkan lagi ekonomi syarikat seterusnya semakin dikenali ramai. Pada era kini
dengan lambakan syarikat yang semakin banyak dibangunkan, persaingan sengit
antara industri semakin kuat dan pihak bertanggungjawab di dalam syarikat perlu
mengambil langkah yang terbaik dalam mempertahankan syarikat masing-masing. Jadi,
inovasi
sesebuah
produk
yang
ada
dalam
syarikat
amat
diperlukan
bagi
mempertahankan lagi syarikat agar dapat bersaing pada masa akan datang yang
semakin mencabar.
RUJUKAN
http://www.wadezig.com/10-jam-g-shock-terbaik/
http://www.g-shock.eu/euro/aboutgshock/history/