Anda di halaman 1dari 4

Bintang & Galaksi

Matahari
1. Ciri2 Matahari
a) Bintang yang paling dekat dengan Bumi
b) Mengandungi kira2 99.85% daripada semua jirim di Sistem Suria
c) Sebuah bebola gas gergasi yang berputar, padanya berlaku
proses pelakuran nukleus yang membekalkan Bumi dengan
tenaga cahaya & tenaga haba
d) Terbentuk lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu
e) Jarak dari Bumi - 149 680 000 km

2. Struktur Matahari

Teras
- Bahagian pusat Matahari yang terdiri daripada gas
- Tempat tindak balas nuklear berlaku & membebaskan
tenaga yang banyak
- Suhu adalah kira2 15 000 000C

Fotosfera
- Bahagian permukaan Matahari yang dapat dilihat yang
mana tenaga Matahari bergerak seperti air mendidih
- Menghasilkan cahaya boleh nampak, & dianggap seperti
permukaan Matahari

Kromosfera
- Bahagian atmosfera Matahari yang kelihatan merah &
bersinar
- Mempunyai suhu kira2 15 000C
- Bahagian yang aktif kerana terdapat medan magnet yang
menyebabkan pelbagai fenomena seperti tompok matahari,
nyala suria & prominen
- Boleh dilihat dengan mata kasar semasa gerhana Matahari
penuh
Korona
- Bahagian atmosfera yang paling luar
- Tersangat panas dengan suhu kira2 2 000 000C
- Terbentang sehingga kira2 satu juta kilometer ke angkasa
lepas
- Tidak dapat dilihat kecuali semasa gerhana Matahari penuh

3. Fenomena di permukaan Matahari

a) Nyala suria
- Cetusan besar bahan suria yang beribu hingga berjuta
kilometer panjangnya
- Dapat membebaskan kuantiti tenaga yang bersamaan
dengan letupan 100 juta bom hidrogen

b) Prominen
- Gas berkepul-kepul yang tersangat panas sehingga
mengeluarkan cahaya di atas permukaan Matahari & hanya
dapat dilihat semasa gerhana Matahari penuh
- Seakan-akan tergantung di atas permukaan Matahari
kerana tindakan medan magnet Matahari

c) Tompok Matahari
- Tompok gelap pada permukaan Matahari
- Tidak betul2 hitam tetapi kelihatan gelap kerana bahagian ini
jauh lebih sejuk daripada kawasan fotosfera di sekelilingnya

4. Penjanaan tenaga oleh Matahari


a) Matahari menjaga tenaga melalui tindak balas nuklear yang
dinamakan pelakuran nukleus
b) Matahari merupakan satu reaktor nuklear yang sangat besar
c) Pelakuran berlaku di bahagian teras matahari
Bintang & Galaksi
1. Bintang - ialah jasad yang boleh mengeluarkan haba & cahaya
sendiri
2. Matahari:
Sebuah sfera gas yang terkumpul kerana tarikan gravitinya
Menghasilkan cahaya & haba akibat tindak balas nuklear

Jenis Saiz (secara relatif dengan jejari


Matahari)
Bintang super raksasa 100 hingga 1 000 kali lebih besar
Bintang raksasa 10 hingga 100 kali lebih besar
kerdil putih 1 000 kali lebih kecil
Jenis bintang berdasarkan saiznya

3. Pembentukan bintang
a) Bintang terbentuk daripada nebula
b) Nebula:
- Ialah awan besar yang terdiri daripada gas@habuk
- Kelihatan bersinar kerana membalikkan cahaya daripada
bintang yang berdekatan
- Tempat dipercayai terhasilnya bintang baru

c) Bintang akan terbentuk apabila sebilangan besar awan gas &


habuk terkumpul akibat daya graviti
d) Kumpulan gas itu akan berputar & menjadi semakin cepat lalu
menjadi termampat
e) Suhu semakin meningkat pada teras
f) Apabila suhu semakin meningkat ke suatu tahap yang
mencukupi, pelakuran nukleus akan berlaku & tenaga dalam
bentuk cahaya & haba akan terbebas keluar daripada teras
g) Bahan gas ini akan bersinar & bertukar menjadi sebuah bintang
h) Selagi masih terdapat jirim dalam bintang tersebut, pelakuran
nukleus akan terus berlaku & bintang itu akan terus bersinar

4. Kematian bintang
a) Kemusnahan bintang berlaku apabila hidrogen di dalam
terasnya telah haba digunakan
b) Teras itu akan mengecut & menjadi panas, manakala bahagian
luarnya akan mengembang & menjadi sejuk
c) Pada waktu ini, bintang tersebut berubah menjadi bintang
raksasa merah, yang bersaiz berpuluh@beratus kali lebih besar,
Untuk bintang bersaiz sederhana seperti Matahari,
bahagian luarnya akan bercerai ke angkasa & teras yang
tertinggal bertukar menjadi kerdil putih
Bintang besar akan mengembang lagi menjadi sebuah
bintang super raksasa & berkecai dalam letupan
supernova
Bintang tersebut akhirnya bertukar menjadi bintang
neutron
Untuk bintang super raksasa yang lebih besar, ia akan
membentuk lohong hitam
Tarikan graviti pada lohong hitam adalah tersangat kuat
sehingga semua benda, termasuk cahaya akan disedut ke
dalamnya

5. Galaksi
a) Galaksi - ialah satu himpunan jasad yang terdiri daripada jutaan
bintang
b) Galaksi seakan-akan pulau di angkasa yang terdiri daripada
gas, habuk & berjuta-juta bintang
c) Wujud pelbagai bentuk:
Galaksi berpilin
Galaksi elips
Galaksi tak seragam
d) Sistem Suria terletak di dalam galaksi Bima Sakti
e) Bima Sakti
- Ialah suatu galaksi yang sederhana besar berbentuk berpilin
- Terdiri daripada lebih kurang 200 bilion bintang yang mana
Matahari adalah salah satu daripadanya

Anda mungkin juga menyukai