Anda di halaman 1dari 3

Penerokaan Angkasa Lepas

Astronomi & Penerokaan Angkasa Lepas


1. Perkembangan dalam bidang astronomi
a) Ahli astronomi & sumbangan mereka dalam perkembangan
astronomi
Aristotle
- Memberi bukti yang praktikal bahawa Bumi berbentuk
sfera

Ptolemy
- Memberi pandangan bahawa Bumi adalah pusat alam
semesta
- Semua jasad di angkasa lepas termasuk Bulan & Matahari
mengeliling Bumi dalam orbit tertentu

Galileo Galilei
- Orang pertama menggunakan teleskop untuk membuat
pemerhatian sistematik terhadap angkasa lepas & telah
membuat banyak penemuan yang hebat

Johannes Kepler
- Membuat andaian bahawa planet mengelilingi Matahari
dalam orbit yang berbentuk elips & bukannya bulat

Nicolaus Copernicus
- Memberi pandangan bahawa Matahari adalah pusat
Sistem Suria & Bumi mengorbit Matahari

Isaac Newton
- Menggunakan cermin bagi menggantikan kanta untuk
mengumpulkan cahaya dalam teleskop
- Cermin itu bertindak sebagai mata raksasa serta dapat
mengumpulkan cahaya dari bintang jauh yang pudar
- Teleskop berdasarkan prinsip pantulan ini adalah jauh
lebih pendek & jelas

Hans Lippershey
- Mencipta teleskop yang pertama pada tahun 1608

Karl Jansky
- Mereka cipta teleskop radio yang menandakan
bermulanya zaman teknologi astronomi radio
b) Teleskop radio di Bumi
- dapat mengesan gelombang radio yang datang dari
bintang & galaksi jauh
- skrin komputer kemudiannya memaparkan gambar yang
ditangkap oleh teleskop radio tersebut

c) Teleskop angkasa
- manusia kemudiannya berjaya menghantar teleskop ke
angkasa lepas untuk mendapat gambaran tentang alam
semesta dengan lebih jelas
- dapat memaparkan gambar yang lebih jelas tanpa
halangan daripada atmosfera Bumi
- teleskop angkasa paling masyhur ialah teleskop angkasa
Hubble yang mengorbit Bumi

d) Kurun ke - 20 juga telah merekodkan banyak peristiwa


astronomi
- bilangan planet dalam Sistem Suria telah meningkat
kepada 9 pada tahun 1930
- dua tahun selepas itu, Wernher Von Braun memulakan
eksperimennya dengan mereka cipta roket yang
berupaya untuk meneroka angkasa lepas
- Perkembangan yang berterusan dalam teknologi angkasa
lepas telah membolehkan Amerika Syarikat & Rusia
menghantar satelit buatan, prob, roket, kapal angkasa
ulang-alik & manusia ke angkasa lepas

2. Perkembangan dalam penerokaan angkasa lepas


a) Pelancaran satelit buatan manusia yang pertama, Sputnik 1
pada 4 Oktober 1957 oleh Rusia menandakan bermulanya era
penerokaan manusia ke angkasa lepas
b) Penerbangan pertama manusia ke angkasa lepas berlaku
pada tahun 1961 apabila Yuri Gagarin daripada angkatan
tentera udara Rusia menaiki kapal angkasa Vostok 1 untuk
mengelilingi Bumi sebelum mendarat semula ke Bumi dengan
selamat
c) 20 Julai 1969, Neil A. Armstrong & Edwin E. Aldrin daripada
Amerika Syarikat menjejakkan kaki di permukaan Bulan dengan
menaiki roket Apollo 11
d) Walaubagaimanapun, kebanyakan usaha penerokaan
angkasa lepas sebenarnya dilakukan oleh prob tanpa manusia
e) Dua buah prob angkasa lepas yang paling masyhur ialah
Voyager yang dilancarkan pada tahun 1977,
- Kedua2 prob tersebut meneruskan penerokaan sehingga
keluar daripada Sistem Suria
- Mereka kini melepasi Musytari, Uranus, Neptun & sedang
meneruskan penerokaan di ruang antara bintang
- Voyager 1 kini berada pada jarak 19.1 bilion km dari Bumi
& merupakan objek paling jauh yang dihantar oleh
manusia ke angkasa lepas

f) Penciptaan kapal angkasa ulang-alik yang boleh digunakan


berulang-kali merupakan satu perkembangan yang penting
dalam era penerokaan angkasa lepas
g) Teleskop angkasa Hubble dibawa ke angkas lepas oleh kapal
angkasa ulang-alik
h) Stesen Angkasa,
Stesen Angkasa Skylab dibina oleh Amerika Syarikat pada
1973 - tidak lagi beroperasi
Stesen Angkasa Mir pula dilancarkan oleh Rusia pada tahun
1986 - tidak lagi beroperasi
Stesen Angkasa Antarabangsa dilancarkan pada 1998
- Menyediakan satu wadah yang sesuai untuk para saintis
menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti
perubatan & meteorologi

3. Applikasi teknologi berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas


a) Penerokaan angkasa lepas telah memberikan sumbangan &
applikasi yang besar, contohnya penggunaan satelit buatan
manusia
b) Satelit direka bentuk untuk tujuan:
- komunikasi
- ramalan cuaca
- kegunaan tentera & pengurusan keselamatan negara
- pengesanan jarak jauh
- pengurusan bencana

Anda mungkin juga menyukai