Anda di halaman 1dari 19

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBSC4203

EARTH & SPACE

SEMESTER MEI / TAHUN 2017

NAMA : Rosnah Awang


NO. MATRIKULASI : 680319085256001
NO. KAD PENGENALAN : 680319085256
NO. TELEFON : 0145431689
E-MEL : rosnahawang@rocketmail.com
NAMA TUTOR : En. Isa bin Safie

1
ISIKANDUNGAN MUKASURAT
Definisi 3
Sejarah perkembangan Astronomi 3
Tinjauan literatur 7
Kepentingan teknologi angkasa lepas 8
Kesan penjajahan angkasa lepas terhadap 10
ekonomi , politik dan masyarakat .
Kejadian Gempa Bumi 12
1. Definisi
2. Punca kejadian
3. Kesan

Rumusan 16

Rujukan

2
DEFINISI

Astronomi merupakan satu cabang ilmu yang melibatkan pengamatan benda-benda di langit
seperti bintang, planet, komet, nebula, buruj, atau galaksi dan juga serta fenomena-fenomena
alam yang terjadi di luar atmosfera Bumi seperti radiasi serta latar belakang kosmik . Ilmu
ini secara asasnya mempelajari pelbagai sisi dari benda-benda langit — seperti asal-usul, sifat
fizikal mahu pun kimia, meteorologi, serta gerakan dan bagaimana pengetahuan ini dapat
memperjelaskan pembentukan serta perkembangan alam semesta.

SEJARAH PERKEMBANGAN ASTRONOMI DAN TINJAUAN LITERATUR

ASAL USUL ASTRONOMI

Kuil Isis, di Dendera , Mesir dibina berpandukan arah dari bintang yang paling cerah iaitu ,
Sirius .Bintang ini sangat penting kepada orang – orang Mesir purba dan digelar “Bintang
Isis” atau pun “Bintang Nil “. Apabila orang Mesir melihat bintang ini terbit , mereka tahu
bahawa banjir akan melanda negeri mereka .Sementara itu , di Mexico pula ,di satu tempat
yang dipanggil “Sun Dagger “ semasa Solstis Musim Panas bentuk pisau melengkung ini
akan muncul seperti terukir di atas puncak permukaan tebing yang terletak jauh di gurun.
Pada ketika ini , orang – orang Ananzi tahu bahawa musim menanam serta menuai telah tiba
untuk mereka .Kajian “archaeoastronomy” adalah untuk mendedahkan asal – usul astronomi
serta usaha – usaha kajian dan juga perasaan ingin tahu tentang cakerawala ini secara
sistematik dan teratur .

Gambar :The Sun Dagger , New Mexico

3
Sumber :http://www.angelfire.com

Gambar :Kuil Isis , Mesir

Sumber : htttps://postman.blogspot.com/2013/03/10-kuil-mesir-kuno-yang-
menakjubkan.html

Tahun 1929, seorang ahli astronomi Amerika, Edwin Hubble membuat satu penemuan
terbesar di dalam sejarah astronomi. Ketika beliau mengamati bintang-bintang
menggunakan teleskop raksasa, dia menemukan bahawa bintang – bintang tersebut
memancarkan cahaya merah yang bersesuaian dengan jaraknya. Ini menunjukkan bahawa
bintang-bintang ini sebenarnya “bergerak menjauhi” kita. Oleh sebab itu , menurut hukum
fizik , spektrum dari sumber cahaya yang sedang bergerak mendekati pemerhati cenderung ke
warna ungu, sedangkan yang menjauhi pemerhati cenderung ke warna merah. Melalui
pemerhatian yang dibuat oleh Hubble, cahaya dari bintang-bintang lebih cenderung ke
warna merah . Kesimpulannya adalah segala sesuatu bergerak menjauhi satu sama lain
adalah disebabkan ia terus-menerus “mengembang”. Konsep ini sama dengan sebiji belon
yang sedang mengembang, sebagaimana titik-titik di permukaan belon yang bergerak
menjauhi satu sama lain ketika ia membesar, benda-benda di ruang angkasa juga bergerak
menjauhi satu sama lain ketika alam semesta terus mengembang.

4
Gambar : Bintang – bintang dengan “infra red “

Sumber : https://phys.org/news/2011-07-spitzer- web -stars-html

Pada 17 Julai 1969, ketika Neil Armstrong serta Edwin Aldrin berjaya menjadi manusia
pertama yang menjejakkan kaki ke permukaan bulan melalui misi Apollo-11.
Manakala Pioneer 10 dilancarkan pada 2 Mac 1972, dengan Roket peluncur Atlas/ Centaur/
TE364-4. Ini merupakan kali pertama kenderaan pelancar tiga tingkat . Pioneer 10 bergerak
pada kelajuan 51,810 km/jam yang menjadikan ia sebagai benda buatan manusia terpantas
meninggalkan Bumi. Pioneer 10 mengirimkan gambar jarak dekat pertama dari planet
tersebut. Pioneer 11, dilancarkan pada 5 April 1973 berjaya mengambil gambar dari bintik
merah di permukaan Jupiter iaitu lokasi satu ribut besar yang kekal dalam atmosfera Jupiter
pada tarikh 2 Disember 1974 serta menuju ke Saturnus pada 1 September 1979 dan terbang
sejauh 21.000 km.

Sementara itu , teleskop baru Badan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) mencerap gas
galaksi Bima Sakti yang berkilauan, bintang berkelip, serta galaksi di kejauhan. Teleskop
Fermi Gamma-ray Space Telescope, yang sebelum ini dikenali sebagai GLAST itu
dinamakan sama dengan pemenang Hadiah Nobel , Enrico Fermi, peneraju bidang fizik
bertenaga tinggi. Imej peta bintang merupakan hasil pemerhatian pertama instrumen itu .
Teleskop ini dapat mengimbas seluruh ruang angkasa setiap tiga jam untuk memantau sinar
gamma, bentuk tenaga cahaya tertinggi, dari sumber-sumber kosmik. Hasil pemerhatian ini,
diharap dapat merungkai misteri lohong hitam juga keajaiban neutron bintang bermagnet
serta pelbagai informasi lain .Teleskop itu juga bertujuan mencari petunjuk yang dapat
menjelaskan keanehan neutron bintang bermagnet "tenaga gelap", fenomena yang dipercayai
mempercepatkan perluasan alam semesta. Peta Fermi memperlihatkan imej gas serta debu

5
dalam hamparan Bima Sakti yang berkilau dalam sinar gamma, serta Crab Nebula, pulsar
Vela dan juga bintang Geminga yang bersinar terang. Peta itu juga memperlihatkan titik
terang lainnya sejauh 7,1juta tahun cahaya.

Gambar : Pulsar Vela

Sumber:http://www.parkes.atnf.CSIRO.au/people/sar049/eternal_life/supernova/pulsars.html

“The Nebula Crab”

Sumber :http://www.Fhyperphysics.phy-ast.gsu.edu

Gambar : Bima Sakti

6
Sumber :http://www.kidsnationalgeographic.com/explore/space/milky_way/

TINJAUAN LITERATUR
TOKOH-TOKOH PENTING

Menurut Gamow, George (1904-1968) - Seorang ahli astronomi Amerika pendukung teori
ledakan besar “Big Bang”, kira-kira 10% bahan dalam alam semesta merupakan Helium
yang terbentuk dari gas Hidrogen semasa terjadinya ledakan besar; hasil pemerhatian telah
mengesahkan akan hipotesis ini. Beliau juga meramalkan bahawa terdapat tinggalan haba
atau satu kehangatan kecil dalam alam semesta sebagai sebahagian peninggalan ledakan
besar tersebut . Radiasi ini akhirnya ditemui pada tahun 1965.
Sementara itu menurut Hubble, Edwin (1889-1953)
pada tahun 1924 bahawa sebenarnya terdapat galaksi lain di luar Bima Sakti kita yang
berbentuk spiral atau pun elips. Di tahun 1929, beliau mengumumkan bahawa alam semesta
mengembang serta galaksi bergerak menjauhi satu sama lain dengan halaju yang semakin
tinggi; teori ini kemudian dikenali sebagai hukum Hubble. Melalui pengiraan
mengaplikasikan hukum Hubble ini , galaksi bergerak pada 15 km/s tiap jarak satu juta tahun
cahaya. Nama Hubble kini diabadikan pada sebuah teleskop raksasa oleh NASA.
Manakala Leavitt, Henrietta (1868-1921) juga seorang astronomi Amerika telah menemui
satu teknik penting bagi mengukur jarak bintang melalui penggunaan bintang Variabel
Cepheid. Pada tahun 1912 , beliau mendapati bahawa kecerahan Cepheid berkadar terus
dengan masa yang diperlukannya untuk berubah, ini kerana bintang ini mempunyai kadar
kecerahan yang paling lama .dengan Oleh sebab itu , jaraknya dari bintang serta planet lain
dapat pula dikira.
Sementara itu menurut Lowell, Percival (1855-1916) menghasilkan pemetaan tentang planet
Marikh serta percaya bahawa ada kehidupan di planet tersebut . Beliau percaya adanya
planet lain selain Neptun yang akhirnya ditemui oleh Tombaugh pada tahun 1930 dan
dinamakan Pluto ,
Sagan, Carl (1934-1996) pula dikenali kerana kajiannya tentang kemungkinan adanya
kehidupan di luar planet kita . Beliau terlibat dalam kajian misi Mariner ke planet Venus
serta Viking ke planet Marikh.
Schmidt, Marteen (1929-....)  pula merupakan astronomi Amerika yang menemukan jarak-
jarak kuasar dalam alam semesta. Pada tahun 1963 beliau mula mengukur pergeseran
merah dari kuasar C 273 yang ternyata begitu besar sehingga menurut hukum Hubble ia

7
seharusnya terletak jauh di luar orbit galaksi kita.
Manakala menurut Shapley, Harlow (1885-1972) pada tahun 1921 beliau mula mengukur
dari galaksi kita, lalu mendapati bahawa Matahari tidak terletak di paksinya. Beliau
mengukur jaraknya dari kecerahan bintang , lalu mendapati bahawa galaksi kita berdiameter
100.000 tahun cahaya dan juga Matahari terletak kira-kira 30.000 tahun cahaya dari
paksinya.
Tombaugh, Clyde (1906-1997) pada Februari 1930 menjumpai Pluto melalui penggunaan
gambar-foto yang diambil di makmal Lowell. Pluto dinobatkan sebagai planet kesembilan di
dalam sistem suria sehinggalah status keplanetannya dibatalkan oleh IAU pada Ogos 2006.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI ANGKASA KEPADA MANUSIA

BIDANG KAEDAH / PENGGUNAAN

Pemindahan  pembangunan pengesanan CCD


teknologi  teknik pemprosesan imej
 komunikasi menggunakan satelit
 pembangunan robotik

Perubatan  Pembinaan” pacemaker” jantung yang boleh


diprogramkan terlebih dahulu .
 Sistem ubat yang boleh di implan ke dalam tubuh
manusia
 imej gema daya magnet (magnetic resonance imaging-
MRI),
 tomografi paksi berkomputer (CAT) bergantung dengan
ilmu yang diperolehi dari projek angkasa.
 Pengajian bagaimana angkasawan dapat bergerak di atas
atas muka bumi bulan yang mempunyai graviti lemah
dapat menimbulkan fahaman yang mendalam mengenai
manusia.

Pertanian  penentuan musim penanaman serta penyemaian melalui


pencerapan . (remote sensing)

8
 pemahaman konsep pergerakan matahari untuk tujuan
perikanan .

Kelangsungan  pemahaman tentang asteroid boleh dimanfaatkan tentang


kehidupan manusia ciri – ciri asteroid yang akan melanggar bumi .

Pengkajian  perubahan jumlah penerimaan tenaga Matahari yang


perubahan cuaca mungkin memberi kesan kepada atmosfera bumi .
 sinar kosmik yang boleh memberi kesan kepada
perubahan terhadap litupan awan .
 penambahan kadar kebocoran ozon serta kemasukan
sinar “ultra violet” dan memberi kesan kepada suhu Bumi
.

Ilmu astrometri  membantu mengemudi satelit buatan manusia.


 Penggunaan aplikasi GPS.

Ramalan cuaca  Penggunaan teknologi satelit bagi memantau pergerakan


awan supaya ramalan cuaca yang tepat dapat dilakukan .

Pelayaran di lautan  Penentuan pasang surutnya lautan


 Arah pelayaran melalui pemahaman tentang gerakan
matahari , bulan serta planet .

KESAN PENJAJAHAN ANGKASALEPAS TERHADAP EKONOMI , POLITIK DAN


MASYARAKAT

Perubatan angkasa, merupakan satu kajian terhadap kesan-kesan perubatan serta biologi
semasa di angkasa ke atas organisma-organisma. Matlamat utama ialah bagi mengetahui
berapa lama manusia dapat bertahan dalam keadaan ruang serta persekitaran angkasa yang
melampau serta sejauh mana mereka dapat menyesuaikan diri semula selepas pulang ke
Bumi .

BIDANG KESAN TINDAKAN

EKONOMI  Perubatan meliputi keadaan tanpa berat Amerika dan Russia

9
DAN POLITIK berganding tenaga
dalam penyelidikan
 Kuasa inertia yang kuat
sains serta
 Pendedahan terhadap radiasi menggabungkan
peralatan diagnostik
 Ketiadaan peredaran siang serta malam
serta pemantauan
yang canggih .

MASYARAKA  Bunyi bising jangka panjang


T  Getaran Modul “Spekt
 Haba yang berpanjangan “peralatan perubatan
 Kesan psikologikal akibat hidup dalam serta penyelidikan
keadaan terpencil serta terasing . Amerika telah
 Anak kapal yang pelbagai bangsa serta ditambah ke dalam
mempunyai adat berlainan stesen MIR .

RUMUSAN

Jika diamati dari waktu lahirnya para ahli falak atau pun astronomi, para ilmuwan muslim
terlebih dulu mempelajarinya berbanding para astronomi Eropah. Sehingga boleh dikatakan
bahawa pendapat serta teori yang berkembang di Eropah sangat dipengaruhi oleh ilmuwan
Islam .

Ilmu tentang alam semesta berperanan mengenal kekuasaan Allah. Ini selaras dengan yang
dinyatakan sendiri oleh ilmuwan Thomas Carlyle “Di dalam ruang pengetahuan dengan
seluruh sains serta ensiklopedianya, kita akan menemukan secara tepat keberadaan Tuhan.”
Kajian serta pembelajaran tentang fenomena alam serta keajaibannya akan menciptakan daya
syukur serta pemanfaatan alam secara lebih maksimum sebagai guna membantu
keberlangsungan kehidupan manusia sebagai hamba Allah. Semoga kita menjadi manusia
yang lebih baik serta menghargai alam semesta yang kita tinggal ini .

10
KEJADIAN GEMPA BUMI DAN IMPLIKASINYA

Definisi

Gempa bumi merupakan satu proses semula jadi iaitu suatu sentakan dari dalam bumi,
seterusnya merambat ke permukaan bumi (Katili1996), gempa bumi berkaitan dengan
serangkaian gerak gelombang yang merambat serta menembus batuan penyusun bumi. Ketika
batuan ini , bergerak secara tiba-tiba sepanjang satah ,tenaga yang telah lama terkumpul ini
, terlerai. Keadaan ini menyebabkan bencana di permukaan kerak bumi. Titik asal suatu
gempa bumi “ iposentrum “ atau titik fokus terletak jauh di dalam bumi. Titik di permukaan
kerak bumi yang berada tepat di atas fokus disebut “epicenter”. Gempa bumi paling dahsyat
berfokus pendek atau sikit , kurang dari 70km dari permukaan kerak bumi. Pengaruhnya di
permukaan bervariasi dari getaran serta goncangan kuat, hingga gulungan tanah yang
menyebabkan permukaan laut surut.

JENIS – JENIS GEMPA BUMI

 Gempa Tektonik;
Gempa tektonik terjadi disebabkan aktiviti kerak bumi. Gempa ini juga boleh
menghasilkan tsunami.
 Gempa Vulkanik;
Gempa vulkanik terjadi kerana aktiviti gunung berapi, gempa vulkanik boleh ini
dapat terjadi sebanyak ratusan kali pada gunung berapi. Gempa ini juga boleh
menyebabkan tsunami.
 Gempa Runtuhan;
Gempa jenis ini disebabkan oleh runtuhnya terowong atau lubang dalam tanah.
 Gempa Jatuhan;
Gempa jenis disebabkan hentaman atau perlanggaran meteor dari angkasa . Kesan
hentaman ini juga menyebabkan gempa bumi yang besar .
 Gempa Buatan
Gempa bumi ini, terjadi akibat penggunaan bahan peledak berkekuatan besar yang
biasanya diguna untuk meruntuhkan bangunan – bangunan lama.

11
PUNCA KEJADIAN

Faktor penyebab berlakunya gempa bumi adalah disebabkan adanya retakan serta
pelepasan sistem di suatu tempat yang akhirnya bergerak serta berubah terlalu cepat sebagai
kesan dari desakan tenaga dalaman bumi(endogen) atau pun dari luar bumi(eksogen).
Kebanyakan punca kejadian gempa ini disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang
terkumpul dalam tempoh panjang jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin
berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, serta lantunan glasiar.
Kerak bumi membengkok serta berlipat. Ketika ini , batu-batan yang keras akan pecah
kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu ini berselisih secara melintang
atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai “faulting”. Lantunan “Iisostatic” merujuk
kepada tanah yang terbenam ditindih pula oleh lapisan air batu yang tebal serta berat,
melantun naik semula disebabkan lapisan ais telah mencair atau beralih .Pergerakan lantunan
“Iisostatic” ini akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah tekanan sekata
tercapai pada permukaan kerak bumi.

Antara penyebab yang lain ialah :

 pergerakan magma di dalam gunung berapi.


 air yang sangat besar di dalam empangan, seperti Empangan Karibia di Zambia,
Afrika.
 pengeluaran cairan dari atau ke dalam bumi.
 terjadi dari peledakan bahan peledak.. Gempa bumi seperti ini dinamakan seismik
terinduksi.
 Proses alam semula jadi mengejut seperti letupan serta hentaman meteor.
 Pembinaan empangan.
 Pembangunan yang tidak terancang.

JENIS – JENIS SESARAN ATAU “FAULT”

Pergerakan bumi yang dikenali sesar menyebabkan berlakunya kebanyakan gempa bumi.
Dalam sesar gelincir (strike slip), kanan blok gelongsor antara satu sama lain . Dalam sesar

12
biasa( normal), kiri dua blok tanah terpisah dan satu lagi jatuh. Dalam sesar terbalik (thrust) ,
tengah dua blok bertembung serta satu blog ditolak ke bawahnya.

Rajah 2: sifat – sifat sesaran

Sumber :http:www.mnakmal.com

Gambar : Jenis – jenis sesaran gempa bumi

Sumber :luciafebriarlita1.7.wordpress.com

PENGIRAAN

13
Dua skala yang lazim dipakai adalah Skala Magnitud Richter serta Skala Intensiti Mercalli.

Gambar : Charles Richter -pengasas skala richter

Sumber : https://de.wikipedia.org/wiki/Richterskala

Ciri – ciri khas skala Richter

Magnitud Ritchter Kesan

< dari 3.5 Hanya dikesan oleh seismograf

3.5 – 5.4 Dapat dirasa , tetapi tidak melibatkan


kerosakan

Bawah 6.0 Sedikit kerosakan kepada bangunan yang


elok.

Kerosakan teruk kepada bangunan yang


tidak dibina dengan baik.

6.1 – 6.9 Kerosakan dalam lingkungan 100km

7.0 – 7.9 Gempa bumi besar . kerosakan besar dalam


lingkungan kawasan yang lebih besar .

8.0 - > Gempa bumi yang lebih besar . Melibatkan


kerosakan yang lebih besar dalam
lingkungan beratus kilometer keluasan .

14
Rajah 1 : skala Richter

Skala Mercalli

Skala Mercalli dicipta oleh seorang saintis Itali bernama Giuseppe Mercalli, untuk mengukur
kekuatan gempa bumi, (1902). Skala Mercalli terbahagi kepada 12 pecahan dengan menemu
bual mereka yang terselamat serta melihat dan membandingkan tahap kerosakan, kesan
daripada gempa bumi tersebut.

KESAN GEMPA BUMI

Gegaran bukan sahaja membawa kepada kematian serta kemusnahan dalam gempa bumi
tetapi ia melibatkan banyak perubahan georafi bumi seperti gegaran, retakan serta anjakan
tanah, pencairan tanah, tanah runtuh, kebakaran, Tsunami malah perubahan rupa bentuk
rantau. Selain itu ,struktur binaan juga akan retak serta runtuh , empangan pecah , jambatan,
terowong, saluran paip, jalan raya akan putus akibat dari pergerakan ini. Sementara itu
gegaran serta pemadatan boleh menambah tekanan air liang lalu menyebabkan tanah jadi tepu
air serta berubah sifat menjadi cecair. Bangunan akan tersenget atau meranap, saluran paip
mungkin timbul serta terapung disebabkan oleh tanah yang sudah mendap . Bahagian cerun
menjadi kurang stabil, bukit serta gunung curam runtuh menimpa lalu memusnahkan struktur
binaan di atas, di bawah serta sepanjang laluannya. Kebocoran paip gas serta talian elektrik
yang terputus boleh menghasilkan kebakaran yang sukar dikawal.

Tsunami iaitu gelombang laut seismos juga boleh berlaku apabila adanya anjakan atau
rekahan besar dasar laut menyebabkan air laut jatuh mengisinya. Alunan ombak besar
terbentuk di tengah laut mencapai 800 km/j serta panjang gelombang yang mencapai 100?
km. . Tsunami juga boleh terhasil akibat daripada letusan gunung berapi di dasar lautan mahu
pun runtuhan batu besar atau glasier ke dalam laut secara tiba-tiba . Gempa bumi boleh
menganjak permukaan batuan serta tanah secara menegak sama ada pengangkatan atau pun
penurunan, mendatar atau pun serong. Akibatnya terjadi perubahan aras air tanah serta aras
laut yang turut mengganggu proses hakisan, susutan darat dan banjir. Anjakan lembah serta
permatang mungkin boleh menghasilkan tasik sesar.

15
Gambar : kesan gempa bumi

Sumber :http:www.masirulblog.com

RUMUSAN

Gempa bumi merupakan satu proses tabii , membuktikan bahawa bumi ini adalah bersifat
dinamik. Ia terjadi akibat daripada bahan bawah bumi yang bersifat dinamik serta sentiasa
bergerak. Gempa bumi lebih dikenali sebagai gegaran bumi yang dapat di rasakan serta di
lihat kesannya terhadap permukaan bumi dan juga struktur binaan manusia. Ia terjadi akibat
semula jadi yang membentuk lembangan lautan, benua serta gunung-ganang di dunia yang
amat mempengaruhi di sepanjang litosfera. Kesan terhadap bencana gempa bumi ini dapat
di kurangkan melalui langkah-langkah yang sedang di praktikkan oleh negara yang sering
mengalami fenomena gempa seperti Jepun serta China. Mereka cuba memahami punca
gempa bumi, sifat fizik serta mekanik sesar serta model proses gempa, mengenal pasti
potensi gempa bumi, mengenal pasti kawasan aktif seismos, kadar perubahan kerak,
paleoseismos serta seterusnya meramal gempa bumi secara jangka pendek dan jangka
sederhana. Mereka menjangka kesan gempa, retakan serta gegaran berdasarkan sifat bahan
bumi kawasan yang mungkin di landa gempa setelah dapat mengenal pasti kawasan tersebut .
Mereka seterusnya mewujudkan sistem amaran gempa bumi yang efektif serta memindahkan
maklumat kepada masyarakat awam. Sementara itu , bagi tujuan keselamatan jangka panjang
serta mengelakkan kerugian, perancangan pembangunan guna tanah di kawasan yang di
ramal akan di landa gempa boleh di lakukan dengan mengelakkan ia digunakan untuk projek-
projek yang akan memberikan kerugian besar akibat bencana ini seperti penempatan,
sebaliknya di gunakan sebagai tapak pertanian dengan menanam tanaman yang sesuai .
Selain itu, struktur binaan serta infrastruktur yang di bina di kawasan gempa perlu
menggunakan bahan binaan yang kebal terhadap gegaran gempa bumi, iaitu dengan
menggunakan bahan yang fleksibel. Masyarakat pula perlu di dedahkan dengan latihan

16
menjaga keselamatan diri serta keluarga sekiranya berlaku gempa yang mana ia juga mampu
meningkatkan kecekapan tenaga manusia di dalam menangani krisis ketika bencana melanda.
Gempa bumi merupakan fenomena yang tidak boleh di elakkan, kerana ia adalah terhasil
kesan daripada aktiviti pergerakan bahan bawah bumi secara semula jadi . Maka dengan itu ,
apa yang boleh kita lakukan hanyalah memahaminya, meramal serta seterusnya menyiapkan
diri dengan langkah-langkah keselamatan di dalam mengurangkan bencananya terhadap kita.

2801 perkataan

17
RUJUKAN

Norizan Ahmad et.al;(2014) Earth and Space , Open University Malaysia.

Kepentingan perkembangan astronomi , diambil dari sumber ,


(http://astronomi2020.blogspot.my/2011/01/kepentingan-perkembangan-bidang.html pada 2
Jun 2017 .

Astronomi , diambil dari sumber ,https://id.wikipedia.org/wiki/Astronomi pada 2 Jun 2017 .

Astronomi diambil dari sumber ,https://id.wikipedia.org/wiki/Astronomi pada 2 Jun2017 .

Berita harian , punca gempa bumi , diambil dari sumber


http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp5ogos6.pdf pada 8Jun 2017 .

Definisi gempa bumi , diambil dari


sumber ,http://www.academia.edu/9966392/DEFINISI_GEMPA_BUMI pada 8 Jun 2017 .

Faktor – faktor terjadinya gempa bumi , diambil dari


sumber ,http://crt90.hol.es/2013/03/faktor-faktor-terjadinya-gempa-bumi/ pada 8 Jun 2017 .

Gambar Milky Way diambil dari sumber .


:http://www.kidsnationalgeographic.com/explore/space/milky_way/ pada 30 Jun 2017 .

Jemil firdaus , Perkembangan ilmu pengetahuan astronomi islam klasik , diambil dari sumber
http://www.kompasiana.com/jemilfirdaus/studi-perkembangan-ilmu-pengetahuan-astronomi-
islam-klasik_5528730b6ea8346e238b4604 pada 13 Jun 2017 .

Jenis – jenis dan istilah – istilah gempa , diambil dari sumber


https://rovicky.com/2011/08/26/jenis-jenis-gempa-dan-istilah-istilah-gempa/ pada 8 Jun 2017

Kepentingan perkembangan astronomi , diambil dari sumber ,

Kuil Mesir kuno yang menakjubkan , di ambil dari sumber :


htttps://postman.blogspot.com/2013/03/10-kuil-mesir-kuno-yang-menakjubkan.html pada 30
Mei 2017.

Majalah sains , tekanan terkumpul dalam bumi punca gempa bumi diambil dari
sumber ,http://www.majalahsains.com/tekanan-terkumpul-dalam-bumi-punca-gempa/ pada
8 Jun 2017 .

18
Pak mono , pengertian gempa tektonik dan vulkanik , diambil dari sumber
http://www.pakmono.com/2016/05/pengertian-gempa-tektonik-vulkanik-dan.html pada 8 Jun
2017 .

Pengertian ilmu astronomi , diambil dari


sumber ,http://sains-dan-teknologi.blogspot.my/2012/05/pengertian-ilmu-astronomy.html
pada 30 Mei 2017

Pengertian ilmu astronomi , diambil dari sumber


http://sains-dan-teknologi.blogspot.my/2012/05/pengertian-ilmu-astronomy.html pada 2Jun
2017 .

Perkembangan Astronomi , diambil dar sumber


(http://astronomi2020.blogspot.my/2011/01/kepentingan-perkembangan-bidang.html pada 29
Mei 2017 .

Pulsars , diambil dari sumber:http://www.parkes.atnf.CSIRO.au/people/sar049/eternal_life/


supernova/pulsars.html pada 2Jun 2017.

Sejarah Astronomi , diambil dari sumber


http://worldofhistories.blogspot.my/2011/09/sejarah-astronomi.html pada 29 Mei 2017 .

Yazida hanzi , perbedaan gempa tektonik dan gempa vulkanik , diambil dari sumber
https://yazidazhanzi.wordpress.com/2014/01/09/perbedaan-gempa-tektonik-dan-gempa-
vulkanik/ pada 8 Jun 2017.

Zikri husaini , punca gempa bumi , di ambil dari sumber , http://zikrihusaini.com/punca-


gempa-bumi/ pada 8 Jun 2017.

Zuhairi, Gempa bumi di ambil dari sumber


http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stag3042/sesi%202004_05/
earthquake2/wan/kajian_kes.html pada 1 Jun 2017 .

19

Anda mungkin juga menyukai