Anda di halaman 1dari 17

Cuaca Angkasa Lepas

Bab 9
Struktur Bumi
• Matahari ialah sebuah bebola gas yang besar.
• Komposisi Matahari,
a)Hidrogen (76%)
b)Helium (22%)
c)Lain-lain unsur berat(2%)
• Matahari merupakan bintang yang terletak ditengah system suria dan yang
paling terdekat dengan Bumi.
• Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G
• Jirim pada bahagian dalam Matahari lebih tumpat daripada batu atau besi di
Bumi.
Ciri-ciri Matahari
Ciri-ciri Ukuran

Tempoh putaran atas paksi 25.04 hari Bumi

Jisim 330 420 kali jisim Bumi

Ketumpatan 1.41g cm-3

Tarikan Graviti 27.9 kali graviti Bumi

Diameter 109 kali diameter

Jarak dari Bumi 149 680 000 km

Suhu permukaan 6000’C


Suhu teras 15 juta’C
Tempoh cahayanya tiba ke bumi 8 minit
Jumlah tenaganya yang tiba ke Bumi dalam masa satu 1.37 kW se meter persegi
saat
Lapisan Dalam
• Teras
-Pusat Matahari.
-Sangat panas dengan suhu kira-kira 15 juta’C
-Menjana tenaga melalui pelakuran nukleus yang berlaku sepanjang
masa dan membebaskan tenaga haba, cahaya dan sinar-sinar lain.
-Tenaga dibebaskan dalam bentuk foton ( zarah cahaya)
-Suhu yang sangat tinggi menyebabkan atom-atomnya diionkan dan
membentuk jirim yang disebut plasma.
• Zon Radiasi
-Mengumpul tenaga dari teras
-Tenaga yang dibebaskan di teras mengambil masa kira-kira sejuta
tahun untuk tiba ke zon radiasi.
-Suhu lebih rendah berbanding dengan di teras kerana tenaga Matahari
di sini disebarkan secara rawak ke semua arah dari atom ke atom.
• Zon perolakan
-Mengangkut tenaga ke bawah permukaan Matahari
-Tenaga dipindahkan lebih cepat daripada zon radiasi.
-Suhu tenaga menurun dengan cepat iaitu hannya 2 juta’C berbanding
dengan 5 juta’C di zon radiasi.
Lapisan Atmosfera
Fotosfera
a) Permukaan Matahari yang dapat dilihat setiap hari dari Bumi.
b) Terdiri daripada lapisan gas tumpat
c) Lapisan paling sejuk dengan suhu sekitar 6000’C
d) Menghasilkan cahaya Nampak
e) Ketebalannya kira-kira 400 km
f) Kelihatan bergelora kerana gas dari zon perolakan terbebas di sini.
Kromosfera
-Lapisan gas nipis yang berada di atas fotosfera.
-Ketumpatan gasnya sangat rendah.
-Ketebalannya kira-kira 9600 km.
-Suhunya lebih kurang 15000’C
-Hanya dapat dilihat dari Bumi semasa gerhana Matahari penuh.
• Korona
-Lapisan gas nipis yang berada di atas kromosfera.
-Lapisan paling luar Matahari.
-Mengunjur sejauh jutaan kilometer di sekeliling Matahari.
-Ketumpatan gasnya sangat rendah.
-Suhunya sekitar 2 juta’C
-Hanya dapat dilihat dari Bumi semasa gerhana Matahari penuh.
• Granul
-Gumpalan gas yang terbentuk di permukaan Matahari disebabkan oleh perbezaan suhu yang sangat
besar antara lapisan teras dengan lapisan fotosfera.
-Hanya berlku selama beberapa minit.
-Kehadiran granul menjadikan permukaan fotosfera tidak rata.

• Semak Suria
-Juga dikenali sebagai prominen.
-Mengunjur keluar dari fotosfera ke korona dalam bentuk gelung
-Mengandungi plasma, gas , hydrogen dan helium yang terbebas ke angkasa lepas.’
-Berlaku selama beberapa hari atau bulan.
• Nyalaan Suria
-Letupan gas-gas panas yang berlaku secara tiba-tiba pada lapisan kromosfera.
-Membebaskan zarah-zarah bercas seperti electron, proton dan sinaran seperti sinar gama dan sinar-
X.
-Biasanya berlaku berhampiran tompok Matahari selama beberapa minit atau jam.
-Letupan yang sangat kuat mampu mencetuskan lintingan jisim korona.

• Kitaran suria
-Mempengaruhi aktiviti Matahari dalam tempoh 11 tahun.
-Berlaku disebabkan bilangan flucks medan magnet berbeza-beza mengikut masa.
-Juga dikenal sebagai kitaran tompok Matahari.
• Tompok Matahari
-Tompok gelap pada fotosfera
-Gelap kerana suhu di Kawasan ini lebih sejuk dan kurang cahaya.
-Wujud selama bebrapa minggu.

• Angin Suria
-Angin suria yang Berjaya melepasi medan magnet Bumi pula akan membentuk fenomena aurora
-Terdiri daripada zarah-zarah bertenaga tinggi (elektron, proton, zarah alfa) yang bergerak berates
kilometer sesaat dan dipancar oleh Matahari ke sekeliling medan magnet Bumi.
-Aktiviti tompok Matahari dan nyalaan suria meningkatkan kekuatan angin suria.
Magnetosfera Bumi dan kepentingannya

• Bumi mempunyai medan magnetsnya sendiri yang mengalir dari kutub utara dan kutub selatan
• Medan magnet bumi ini menghasilkan satu pelindung yang dikenali sebagai magnetosfera.
• Kebanyakan planet lain juga mempunayi magnetosfera tetapi magnetosfera Bumi yang plaing kuat
• Medan magnet Bumi akan menghalang angin suria dan sinaran kosmik daripada memasuki atnosfera Bumi.
• Bentuk megnetosfera dipengaruhi oleh angin suria.
• Magnetosfera di bahagian yang menghadap Matahari ditolak oleh angin suria hingga 6-10 kali radius Bumi.
• Manakala bahagian magnetosfera yang tidak menghadap Matahari pula memanjang sehingga kira-kira
1000 kali radius Bumi.
• Magnetosfera melindungi Bumi daripada zarah-zarah bercas bertenaga tinggi yang dibawa oleh angin suria
dari Matahari.
• Zarah-zarah bercas bertenaga tinggi ini bergerak laji di angkasa dan melanggar semua objek yang berada
dalam laluannya.

Anda mungkin juga menyukai