• + + Tenaga
Nyalaan suria
Tompok Matahari
Prominen
Prominen ialah cetusan gas
panas yang memecut keluar dari
kromosfera Matahari dengan
kilauan cahaya yang terang.
Prominen dapat dilihat pada
sisi Matahari semasa gerhana
Matahari.
Gas panas ini memecut sejauh
300 hingga 400 ribu kilometer dan
terlepas ke angkasa lepas. Namun
demikian, gas panas ini kemudian
ditarik balik ke kromosfera oleh
tarikan graviti Matahari.
Prominen memancarkan zarah-
zarah bercas dan sinaran
ultraungu ke angkasa lepas.
Prominen menyebabkan aliran
angin yang disebut angin suria.
Nyala suria
(Solar
flares)
Nyala suria ialah letusan gas-gas
yang hebat yang berlaku secara tiba-
tiba pada kromosfera Matahari
Nyala suria berlaku berdekatan
dengan kumpulan tompok Matahari.
Fenomena ini bertambah hebat
sewaktu aktiviti tompok Matahari
mencapai kemuncak setiap 11 tahun.
Nyala suria membebaskan zarah-
zarah becas seperti proton dan
elektron ke angkasa lepas.
Nyala suria juga memancarkan
sinaran seperti sinar gamma dan
sinar-X
Fenomena ini berlaku selama
beberapa minit atau beberapa jam
sahaja.
Tompok
Matahari
Tompok Matahari adalah
(Sunspots) tompok gelap pada permukaan
fotosfera Matahari.
Tompok Matahari biasanya
wujud secara berkumpulan dan
mempunyai saiz yang berlainan
Kawasan ini adalah bersuhu
̊ daripada
lebih rendah (4000 C)
̊
suhu di persekitaran (6000 C)
Fenomena ini berlaku selama
beberapa jam sehingga beberapa
bulan
Bilangan tompok Matahari
mencapai kemuncak pada setiap
11 tahun.
Kesan fenomena pada
permukaan Matahari
ke atas Bumi
Kesan ke
Kesan atas
ke atas komunikasi
cuaca Bumi
Bumi
Kesan ke atas cuaca
Bumi
Zarah bercas akibat nyala suria sampai ke
Kutub Utara atau Kutub Selatan Bumi dan
berlanggaran dengan molekul gas di
atmosfera.
Akibatnya, cahaya berwarna-warni yang
terdiri daripada cahaya hijau, kuning dan
merah terhasil dipanggil aurora yang dapat
diperhatikan pada waktu malam.
Seterusnya, mempengaruhi suhu, tekanan
atmosfera, kelembapan, pembentukan awan,
angin dan ais di Bumi.
Kesan ke atas
komunikasi Bumi
Zarah-zarah bercas dan sinaran Matahari
seperti sinar kosmik, sinar-X, dan sinar gamma
akan berlanggaran dengan zarah-zarah dalam
atmosfera Bumi.
Hal ini menyebabkan kegangguan pada
sistem komunikasi seperti sinaran
televisyen dan radio, penghantaran telegraf
dan panggilan telefon.
Penjanaan tenaga
oleh Matahari
Matahari terdiri daripada gas hidrogen dan
helium.
Tindak balas nuklear yang berlaku dalam
teras Matahari menjanakan tenaga.
Semasa tindak balas nuklear, dua atom
hidrogen berpadu untuk membentuk satu
atom helium. Tenaga haba dan tenaga cahaya
dibebaskan.
Tindakbalas nuklear yang berlaku di dalam
teras Matahari sama seperti tindak balas
yang berlaku dalam reaktor nuklear yang
menghasilkan tenaga.
BINTANG DAN
GALAKSI DALAM
ALAM SEMESTA
Bintang ialah objek semula jadi di angkasa
lepas yang dapat membebaskan tenaga haba
dan cahaya.
Bintang menjanakan tenaga melalui tindak
balas nuklear.
Oleh itu, Matahari merupakan bintang yang
paling dekat dengan Bumi.
Jarak bintang dari Bumi disukat dalam unit
tahun cahaya, iaitu jarak yang dilalui cahaya
dalam satu tahun.
Contoh-contoh bintang yang cerah yang dapat
dilihat di Hemisfera Utara Bumi
Bintang Warna
cerah
Sirius Kebiruan
Rigel Kebiruan Bintang Warna
cerah
Deneb Kebiruan
Arcturus Kemerahan
Vega Kebiruan
Pollux Kemerahan
Spica Kebiruan
Antares Kemerahan
Capella Keputihan
Castor Keputihan
Pengelasan bintang
Suhu Saiz
Kecerahan
Suhu
Warna Suhu
Warna bintang
bintang permukaan
bergantung pada ( ̊C )
suhunya Paling biru 40 000
Bintang yang Kebiruan 18 000
mempunyai suhu Biru 10 000
sangat rendah keputihan
berwarna merah
Putih 7000
Bintang yang paling
Kuning 6000
panas berwarna biru
Jingga 4000
Merah 3000
Saiz
Bintang yang berlainan mempunyai saiz yang
berbeza
Bintang Penerangan ringkas
Bintang kerdil (Kerdil Bintang yang sangat kecil,
putih) iaitu lebih kecil daripada
Dwarf star (White dwarf) Bumi
Bintang raksasa Bintang yang beberapa
Giant star puluh kali lebih besar
daripada Matahari
Bintang super raksasa Bintang yang sangat besar
Supergiant star iaitu 100 kali lebih besar
daripada Matahari
Kecerahan
Magnitud ketara adalah satu
ukuran kecerahan objek di langit
yang dilihat dari Bumi.
Semakin rendah nilai magnitud, Bintang Magnitu
semakin cerah objek itu. d ketara
Nilai magnitud yang negatif Sirius -1.46
menunjukkan objek di langit itu Rigel +0.12
sangat cerah. Arcturus -0.04
Matahari dan bulan purnama
Capella +0.08
masing-masing mempunyai
Deneb +1.25
magnitud -26.8 dan -12.6
Kelahiran Bintang
Bintang dilahirkan daripada nebula
Nebula ialah awan besar yang terdiri daripada
debu dan gas-gas seperti hidrogen dan helium.
Gas-gas dan zarah-zarah dalam nebula ditarik oleh daya
tarikan graviti yang kuat lalu membentuk satu gumpalan.
Teras ini semakin kecil dan padat disebabkan oleh daya tarikan
yang semakin kuat
KEPENTINGAN
MATAHARI TERHADAP
HIDUPAN DI BUMI