Anda di halaman 1dari 41

OBJEKTIF

9.2 :MEMAHAMI BINTANG DAN GALAKSI DALAM


ALAM SEMESTA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, murid dapat;
1. Mendefinisikan bintang.
2. Membuat pengelasan bintang berdasarkan
ciri-cirinya.
3. Memerihalkan pembentukan bintang.
PEMBELAJARAN LALU
Rajah 1 menunjukkan struktur Matahari

R: ..

S: .

Y
T: ..

Diagram 1
Pada Rajah 1, labelkan R, S dan T dengan perkataan di bawah
dengan betul
[3 marks]
Korona Fotosfera Kromosfera
Namakan tiga fenomena yang terdapat pada permukaan
Matahari.

FENOMENA
PADA
PERMUKAAN
MATAHARI
Namakan tiga fenomena yang terdapat pada permukaan
Matahari.

NYALAAN
PROMINEN SURIA

FENOMENA
PADA
PERMUKAAN
MATAHARI

TOMPOK
MATAHARI
BINTANG DAN GALAKSI DALAM
ALAM SEMESTA
Bintang ialah objek semula jadi di angkasa lepas
yang dapat membebaskan tenaga haba dan cahaya.
Bintang menjanakan tenaga melalui tindak balas
nuklear.
Oleh itu, Matahari merupakan bintang yang paling
dekat dengan Bumi.
Jarak bintang dari Bumi disukat dalam unit tahun
cahaya, iaitu jarak yang dilalui cahaya dalam satu
tahun.
Contoh-contoh Bintang Yang Cerah Yang
Dapat Dilihat Di Hemisfera Utara Bumi

Bintang Warna
cerah
Sirius Kebiruan
Rigel Kebiruan Bintang cerah Warna
Deneb Kebiruan
Arcturus Kemerahan
Vega Kebiruan
Pollux Kemerahan
Spica Kebiruan
Antares Kemerahan
Capella Keputihan
Castor Keputihan
Pengelasan bintang

Suhu Saiz

Kecerahan
Suhu
Warna bintang Suhu permukaan
Warna bintang ( C)
bergantung pada
suhunya Paling biru 40 000
Bintang yang Kebiruan 18 000
mempunyai suhu Biru keputihan 10 000
sangat rendah
berwarna merah
Putih 7000
Bintang yang paling
Kuning 6000
panas berwarna biru
Jingga 4000
Merah 3000
Saiz
Bintang yang berlainan mempunyai saiz yang
berbeza

Bintang Penerangan ringkas


Bintang kerdil (Kerdil putih) Bintang yang sangat kecil, iaitu
Dwarf star (White dwarf) lebih kecil daripada Bumi

Bintang raksasa Bintang yang beberapa puluh


Giant star kali lebih besar daripada
Matahari
Bintang super raksasa Bintang yang sangat besar iaitu
Supergiant star 100 kali lebih besar daripada
Matahari
Kecerahan

Magnitud ketara adalah satu ukuran


kecerahan objek di langit yang
dilihat dari Bumi. Bintang Magnitud
Semakin rendah nilai magnitud,
ketara
semakin cerah objek itu. Sirius -1.46
Nilai magnitud yang negatif Rigel +0.12
menunjukkan objek di langit itu Arcturus -0.04
sangat cerah. Capella +0.08
Matahari dan bulan purnama Deneb +1.25
masing-masing mempunyai
magnitud -26.8 dan -12.6
KELAHIRAN
BINTANG
Bintang dilahirkan daripada nebula
Nebula ialah awan besar yang terdiri daripada debu
dan gas-gas seperti hidrogen dan helium.
Gas-gas dan zarah-zarah dalam nebula ditarik oleh daya tarikan graviti yang kuat
lalu membentuk satu gumpalan.

Daya tarikan graviti yang kuat menyebabkan gumpalan gas mengecut dan
termampat sehingga sangat padat untuk membentuk satu teras.

Teras ini semakin kecil dan padat disebabkan oleh daya tarikan yang semakin
kuat

Apabila suhu dan tekanan dalam teras menjadi terlalu tinggi, tindak balas
nuklear berlaku.

Gas hidrogen ditukarkan kepada helium. Banyak tenaga haba dan cahaya
dibebaskan.

Teras itu menyinar dan satu bintang dilahirkan.


KERJA BERKUMPULAN
Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil.
Murid diberikan tugasan berkumpulan.
Masa 10 minit dan bentangkan hasil.
KUMP 1 KUMP 3 KUMP 5
Apakah Bintang? Bincangkan Bintang Bincangkan Bintang
berdasarkan ciri berdasarkan ciri
KUMP 2
suhu secara saiz.
Berikan dua contoh ringkas.
bintang berwarna KUMP 4 KUMP 6
kebiruan dan dua
Huraikan secara Bincangkan Bintang
contoh bintang
ringkas proses berdasarkan ciri
berwarna
Kelahiran Bintang kecerahan.
kemerahan
Kesimpulan;
1. Bintang ialah objek semuajadi di angkasa epas yang membebaskan
haba dan cahaya.
2. Matahari adalah bintang yang paling dekat dengan Bumi dan
memberikan cahaya dan haba kepada Bumi.
3. Bintang boleh dikelaskan berdasarkan TIGA ciri utama iaitu SUHU,
SAIZ dan KECERAHAN.
4. Bintang berwarna putih/kebiruan adalah panas berbanding bintang
kemerahan.
5. Bintang bermula sebagai Nebula yang mengandungi gas Hidrogen
dan Helium serta debu.
6. Proses kelahiran Bintang melibatkan daya tarikan graviti yang
sangat kuat dan proses tindakbalas nukleus berlaku
PENILAIAN

KERJA RUMAH
Jawab semua soalan.
-Buku Teks (m/s 181) Latihan Pengukuhan Bahagian B
soalan 1 dan 2.
-lukis rajah dan salin soalan.
SEKIAN TERIMA KASIH
OBJEKTIF
9.2 :MEMAHAMI BINTANG DAN GALAKSI DALAM
ALAM SEMESTA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, murid dapat;
1. Memerihalkan kematian bintang.
2. Menyatakan jenis galaksi.
3. Memerihalkan galaksi bima sakti dan alam
semesta.
4. Menyatakan kedudukan sistem suria dalam alam
PEMBELAJARAN LALU
Bintang boleh di kelaskan mengikut ciri-cirinya. Namakan
ciri-ciri dalam pengkelasan Bintang
Pengelasan bintang

Suhu Saiz

Kecerahan
Kematian Bintang
Bintang akan mati apabila semua gas hidrogen di
terasnya habis digunakan untuk tindak balas nuklear.

Bintang yang mati akan menjadi kerdil putih, bintang


neutron atau lohong hitam bergantung pada saiznya.

Bagi bintang yang sederhana besar seperti Matahari


(atau jisim bintang 1.5 kali lebih kecil daripada jisim
Matahari), bintang itu akan menjalani peringkat-
peringkat kematiannya.
PERINGKAT-PERINGKAT KEMATIAN BAGI
BINTANG SEDERHANA BESAR

Atom hidrogen dalam bintang habis digunakan dan tindak


balas nuklear berhenti.

Bintang itu mengembang disebabkan daya tarikannya


berkurang lalu membentuk raksasa merah.

Bahagian luar bintang terbebas ke angkasa lepas,


meninggalkan teras putih yang sangat panas yang disebut
kerdil putih. Kerdil putih ialah bintang yang tumpat, padat dan
semakin menyejuk.

Kerdil putih terus menyejuk dan akhirnya meninggalkan jasad


hitam atau kerdil hitam. Jasad hitam ini kelihatan gelap di
angkasa lepas.
Peringkat-peringkat kematian bagi bintang
yang lebih besar daripada Matahari

Lapisan luar bintang mengembang akibat tarikan


graviti berkurang untuk membentuk raksasa merah

Raksasa merah terus mengembang dan akhirnya


meletup sebagai supernova. Banyak tenaga dan
cahaya dihasilkan.
Daya tarikan graviti yang sangat kuat dalam teras
bintang menukarkannya menjadi sama ada bintang
neutron atau lohong hitam.
Bintang neutron
Peletupan
supernova

Kematian Suatu
Bintang
Lohong hitam
Bintang neutron merupakan bintang yang sangat kecil
dan tumpat kerana bintang ini terdiri daripada
terutamanya zarah neutron.

Bintang neutron berputar dan mengeluarkan gelombang


radio.

Lohong hitam ialah objek yang sangat tumpat dan


mempunyai daya graviti yang sangat kuat sehingga
menarik semua bahan termasuk cahaya yang
mendekatinya.

Lohong hitam adalah objek yang tidak kelihatan di


BURUJ
Buruj adalah sekumpulan bintang yang
membentuk corak tertentu di langit.
Apabila garis-garis gambaran dilukis untuk
menyambungkan sekumpulan bintang yang cerah
di langit, corak-corak tertentu terhasil.
Sesetengah buruj seperti buruj Biduk di Kutub
Utara dan Buruj Pari di Kutub Selatan dapat
dilihat sepanjang tahun.
Pada zaman dahulu, buruj digunakan sebagai
kalendar dan kompas.
KERJA BERKUMPULAN
Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil.
Murid diberikan tugasan berkumpulan.
Masa 10 minit dan bentangkan hasil.
KUMP 1 KUMP 3 KUMP 5
Apakah maksud Huraikan secara Nyatakan ciri-ciri
kematian Bintang? ringkas proses Lohong Hitam
Kematian Bintang
KUMP 2 yang lebih besar
daripada Matahari KUMP 6
Huraikan secara
ringkas proses KUMP 4 Bagaimanakah
Kematian Bintang Buruj terbentuk?
Nyatakan ciri-ciri
sederhana besar Neutron.
JENIS-JENIS GALAKSI
Terdapat berjuta-juta galaksi dalam alam
semesta.
Setiap galaksi terdiri daripada berjuta-juta
bintang.
Setiap galaksi mempunyai saiz dan bentuk yang
berbeza-beza.
Galaksi dikelaskan berdasarkan bentuknya:
Galaksi yang berbentuk elips
Galaksi yang berbentuk lingkaran
Galaksi berbentuk
elips Galaksi berbentuk
lingkaran

Galaksi berbentuk tidak


teratur
Sistem suria kita berada dalam galaksi yang disebut Bima
Sakti (Milky Way).

Galaksi Bima Sakti berbentuk lingkaran.

Matahari adalah salah satu daripada berjuta-juta bintang


dalam Bima Sakti.

Bima Sakti mempunyai pusat yang tebal dan bahagian


sisinya yang leper.
ALAM SEMESTA
Alam semesta adalah angkasa lepas dan
segala yang terdapat di dalamnya.
Alam semesta dipercayai tidak mempunyai
penghujung.
Alam semesta mengandungi beribu-ribu juta
galaksi.
Galaksi wujud bertaburan di dalam alam
semesta.
Sistem suria kita berada di dalam Galaksi
Bima Sakti.
Matahari membekalkan Matahari membekalkan
tenaga cahaya kepada tenaga cahaya yang
tumbuhan hijau untuk membolehkan manusia dan
membuat makanan haiwan melihat.

KEPENTINGAN
MATAHARI TERHADAP
HIDUPAN DI BUMI

Haba dan Matahari Matahari membekalkan


membolehkan proses dan tenaga haba untuk
terkondensasi berlaku yang memanaskan Bumi dan
membawa kepada kejadian menyediakan suhu yang
hujan sesuai untuk hidupan
TUGASAN BERKUMPULAN
Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil.
Murid diberikan tugasan berkumpulan.
Tugasan disiapkan di luar waktu pdp dan dibawa pada waktu
pdp yang seterusnya

Mencipta Sistem Suria menggunakan


bahan terpakai.
KESIMPULAN
Kematian Bintang berlaku setelah semua Hidrogen telah habis
digunakan semasa proses pelakuran nukleus.
Bintang yang mati akan menjadi kerdil putih, bintang neutron atau
lohong hitam bergantung pada saiznya.
Buruj adalah sekumpulan bintang yang membentuk corak tertentu di
langit.
Galaksi dikelaskan berdasarkan bentuknya:
elips
lingkaran
tak teratur
Sistem suria kita berada dalam galaksi yang disebut Bima Sakti
(Milky Way). Dan berbentuk lingkaran
END OF
CHAPTER

Anda mungkin juga menyukai