Anda di halaman 1dari 8

Tajuk Forum : Hebatnya Kesantunan

Ahli Kumpulan : NURAIN ATHIRAH BT BIDI


NUR HANI BT MOHD IDRIS
BALQIS BT REDHUAN

Pengerusi : Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera kepada sidang hadiran


sekalian. Bertemu kembali dalam rancangan yang tidak asing lagi iaitu
Forum Perdana dengan tajuk perbincangan kita pada hari ini ‘Hebatnya
Kesantunan’. Pada hari ini bersama-sama saya tiga orang panel yang
cukup hebat. Panel pertama yang cantik menawan iaitu Dr. Professor
Nurain Athirah binti Bidi merangkap Penasihat utama Bahagian Hal Ehwal
dan Sahsiah dari Universiti Islam Antarabangsa panel yang kedua yang
tidak lekang senyumannya dari bibir iaitu, Datin Nur Hani Binti Mohd Idris
iaitu Naib Pengerusi Persatuan Pengguna Malaysia serta Penasihat
Persatuan Mahasiswa UITM. Akhir sekali, panel kita yang ketiga yang
begitu ayu mengenakan baju berwarna biru iaitu Ustazah Balqis binti
Redhuan yang merupakan lepasan Universiti Al-Azhar dalam bidang
pengajian Islam.

: Berbalik kepada tajuk utama perbincangan forum kita pada hari yang
berbahagia ini, ingin sekali saya mendengar penjelasan perdana
daripada panel jemputan yang pertama kita tentang kesantunan dari
segi definisinya yang sebenar. Mungkin ramai yang tertanya-tanya
apa itu yang dimaksudkan dengan kesantunan. Jadi, silakan Dr.
Professor Ain untuk jelaskan definisi kesantunan.

Panel 1 : Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Bismilahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan dan peluang dijemput lagi ke
forum pada hari ini dengan tajuk ‘Hebatnya Kesantunan’. Apa itu kesantunan?
Sebenarnya, kesantunan diistilahkan sebagai kehalusan budi bahasa atau
budi pekerti dan kesopanan. Kesantunan boleh diperlihat atau dizahirkan
dengan pelbagai cara tidak kira masa dan tempat. Kadang-kadang
seseorang itu sendiri tidak menyedari sama sekali sama ada dia bersantun
atau tidak pada satu-satu masa. Oleh itu, kesantunan boleh dizahirkan
melalui bentuk verbal. Apa yang dimaksudkan dengan kesantunan verbal ?
Apabila menyebut verbal, sebenarnya masyarakat sendiri boleh menafsir
daripada bahasa orang putih sendiri, iaitu perbuatan atau perlakuan.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai kesantunan verbal ini. Namun, suka
untuk saya memetik buah fikiran Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed dan
Radiah Yusoff, 2009 yang mendefinisikan kesantunan verbal sebagai
pengucapan bersuara untuk memperlihatkan pemikiran, perasaan dan tindak
balas terhadap sesuatu isu atau persoalan lantas memperlihatkan identiti
seseorang.

Panel 2 : Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau


dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradap dan sopan. Konsep
kesantunan berbahasa nonverbal merujuk kepada semua perlakuan yang
tidak meggunakan

bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.


Kesantunan nonverbal merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di
mana mesej disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah,
padangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh. Kesantunan nonverbal
merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.

Pengerusi : Jadi, bergerak pada soalan yang seterusnya, bolehkah Dr. Professor
memberi ulasan dengan lebih mendalam terhadap apa yang
diperkatakan dengan kesantunan in boleh diperlihat atau dizahirkan
dengan pelbagai cara tidak kira masa dan tempat ?

Panel 1 : Baiklah, memang benar. Sebentar tadi, saya ada menyebut tentang
kesantunan digambarkan dengan pelbagai cara. Hal ini kerana kesantunan
verbal merangkumi komunikasi lisan, bahasa sapaan dan protokol kata
panggilan. Merujuk kepada definisi Sulaiman, Salleh dan Azlina, 2002
bahawa komunikasi lisan berlaku secara langsung apabila dua orang
berbual secara bersemuka sama ada formal atau tidak formal. Namun,
hakikatnya komunikasi lisan pada saya boleh berlaku pada bila-bila masa
sahaja tanpa memerlukan dua orang secara bersemuka. Ini kerana ia boleh
terjadi menerusi telefon dan secara atas talian dengan pelbagai medium lain.
Bahasa sapaan pula merujuk kepada perbendaharaan kata dan ungkapan
yang betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Bahasa
sapaan ini juga seperti kata ganti nama diri seseorang. Sebagai contoh, pak
cik saudara dibahasakan pak long oleh masyarakat Melayu sementara ibu
dibahasakan amma oleh masyarakat India. Protokol kata panggilan pula
biasanya digunakan dalam majlis-majlis rasmi. Tamsilnya, untuk gelaran
turun-temurun, kurniaan darjah kebesaran dan gelaran agama.

Pengerusi : Seterusnya, Professor Ain setiap perancangan perlulah dimulakan


dengan strategi, oleh itu, bolehkah Professor Ain berkongsikan dengan
sidang dewan mengenai tips yang boleh diamalkan menjadikan orang
lebih bersantun dan apa pula yang dikatakan dengan strategi kesantunan
nonverbal.

Panel 1 : Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Pengerusi Majlis.


Sidang dewan sekelian,
Setiap individu haruslah mempunyai strategi tersendiri untuk menjadi orang
yang bersantun. Situasi yang sama juga kepada sesiapa yang ingin berjaya
atau mencapai sesuatu, contohnya skuad bola sepak negara sendiri pun
memasang strategi permainan mereka sendiri untuk mencapai kemenangan.
Begitulah juga dengan kesantunan. Apabila Tuan Pengerusi meminta saya
untuk berkongsi tentang cara atau bagaimana hendak menjadi orang yang
bersantun ini, suka sekali untuk saya menekankan strategi tidak
mementingkan diri sendiri dalam kehidupan seharian kita ini. Sikap
mementingkan diri sendiri atau sifat ananiyah ini haruslah dihindari oleh
setiap individu yang bersantun. Ini kerana apabila wujud sifat ini dalam diri,
secara tidak langsung kita akan memaksimumkan kepentingan sendiri
sehingga mengorbankan kepentingan orang lain. Bagi menggambarkan
dengan lebih jelas strategi ini, saya berikan contoh seperti di laman sosial.
Umum mengetahui dan menyedari perkara ini, iaitu kebanyakan masyarakat
pada hari ini gemar ataupun sudah menjadi suatu perkara yang
mengobseskan mereka untuk mengemaskini status atau memuatnaikkan
sebarang gambar berserta ucapan yang secara sedar atau tidak sudah
melebih-lebihkan diri sendiri berbanding dengan orang lain. Terdapat
unsur-unsur yang memalukan pihak lain semata-mata untuk mendapat
perhatian ramai dengan jumlah likes dan komen-komen yang banyak
daripada netizen di Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi aplikasi
bersosial yang lain. Namun, apa yang diperkatakan sebentar tadi hanyalah
gambaran hakikat yang parah berlaku kepada rata-rata masyarakat
sekarang. Oleh yang demikian, usahlah kita menjadi sebahagian daripada
pihak tersebut yang bersifat egois untuk mendapat kepentingan diri sendiri
sahaja. Beramallah dengan konsep rasional dengan memikirkan juga
tentang orang lain selain diri sendiri kerana inilah yang dikatakan sebagai
kesantunan. Berusahalah untuk bersantun di mana sahaja meskipun di
laman sosial. Sebagai contoh, kita boleh mengamalkan strategi tersebut
dengan memaparkan yang baik-baik sahaja dan tidak keterlaluan di laman
sosial. Usahlah merasa diri terlalu hebat berbanding dengan orang. Kikislah
rasa selalu ingin menang dan mendapat perhatian ramai dalam diri. Dengan
cara itu, maka dapatlah sama-sama kita menjadi individu yang bersantun
seterusnya membentuk kelompok manusia yang disenangi semua.

Pengerusi : Baiklah begitu mantap penjelasan Professor Ain itu tadi, seterusnya
Ustazah Doktor Balqis apakah pendapat anda mengenai strategi
kesantunan?

Panel 3 : Terima kasih kepada pengerusi kita pada hari ini.


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Allahumma solli
‘ala Saiyidina Muhammad. Assalamualaikum Warahmatullah
Wabarakatuh. Apa khabar warga IPGKPM pada hari ini? Alhamdulillah.
Ketika saya bertandang ke sini sebentar tadi, saya lihat wajah
pelajar-pelajar di sini sangat berseri-seri. Saya rasakan semua pelajar di
sini sememangnya bersemangat untuk mendengar forum kita pada hari ini.
Baiklah, perkara yang saya ingin kupaskan pada hari ini adalah berkenaan
dengan kesantunan nonverbal. Apakah itu kesantunan nonverbal?
Konsep nonverbal ataupun tuna bahasa lisan ataupun tanpa bahasa lisan
merujuk kepada gerak laku dan mimik muka yang dapat difahami. Oleh itu,
kesantunan berbahasa dari segi nonverbal merupakan bahasa tubuh
ataupun gerakan anggota badan, mimik muka, gerakan mata dan gerakan
tangan.

Pertama sekali saya ingin menyentuh tentang strategi kesantunan


noverbal iaitu melalui komunikasi wajah kita. Mimik muka kita ini sangat
memainkan peranan penting kerana komunikasi wajah kita ini digunakan
untuk menzahirkan rasa senang dan tidak senang akan sesuatu perkara,
sebagai gambaran kepada aktiviti fizikal dan mental, juga untuk
mempamerkan perasaan dominan dan sikap menurut. Penjagaan muka
ini dihubungkan dan dikaitkan dengan perasaan malu. Disebutkan oleh
seorang tokoh, “apabila kamu tidak mempunyai rasa malu, maka
berbuatlah sesuka hati kamu”. Malu itu merupakan sesuatu perkara yang
sangat penting kepada seseorang kerana tanpa rasa malu, maruah kita
akan mudah tercalar.

Seterusnya strategi kesantunan nonverbal termasuklah komunikasi mata.


Apabila kita melihat mata seseorang, kita dapat mengesan bahawa
seseorang itu sedang bersedih, gembira dan sebagainya. Komunikasi
mata mempunyai fungsi sebagai penanda hubungan, tanda kembali
kepada perbualan, rasa tertarik atau menjarakkan hubungan dan
sebagainya. Janganlah kita memandang sesuatu perkara yang tidak halal
bagi kita. Pandanglah perkara-perkara yang baik kerana pandangan itu
saluran kepada hati. Hati kita ini pula merupakan apa yang dipandang
oleh Allah. Mahukah kita sekiranya kita dipandang buruk oleh Allah?
Pastinya kita tidak mahu.

Di samping itu, strategi kesantunan yang seterusnya adalah berkenaan


dengan sentuhan. Sentuhan berfungsi untuk menghiburkan atau
memberikan sokongan, menunjukkan kekuasaan dan dominasi. Cuba kita
fikirkan waktu yang kita sering bersentuhan, antaranya adalah ketika kita
bersolat jemaah. Apabila kita solat berjemaah, sentuhan antara para
Jemaah membuatkan cas-cas positif dan negatif di dalam badan kita
menjadi stabil.

Seterusnya, strategi kesantunan nonverbal yang saya ingin kupaskan


adalah diam. Diam dapat memberikan kesempatan kepada seseorang
untuk berfikir, untuk tujuan menyakiti hati orang lain, untuk “memencilkan”
diri sendiri, mencegah berlakunya komunikasi serta mengkomunikasikan
perasaan ataupun monolog dalaman.

Pengerusi : Pada zaman pasca merdeka ini, umum mengetahui bahawa segenap
masyarakat sudah semakin terhakis dan hilang nilai kesantunan dalam diri
mereka, semua yang diperoleh rasa bersyukur tetapi hanya sekejap
sahaja, apatah lagi mengucapkan terima kasih. Terima kasih hanya terdiri
daripada dua patah perkataan dan sebelas huruf sahaja, tetapi mengapa
masyarakat sekarang begitu sukar untuk mengucapkan terima kasih itu.
Bolehkah panel-penal sekalian mengupas lanjut mengenai isu tersebut ?

Panel 2 : Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika melawat ke stesen Transit
Aliran Massa (MRT) yang baru dibuka. MRT ini sering digunakan oleh
masyarakat sebagai pengangkutan kerana ia lebih mudah dan
menjimatkan masa. Malang sungguh kerana baru sahaja MRT tersebut
dilancarkan kini sudah ada tanda-tanda vandalisme di kawasan stesen
berkenaan. Hal ini kerana terdapat goresan di bangku dan dinding dan
kerosakan pada tandas. Hal ini menunjukkan sikap tidak
bertanggungjawab dan tidak berterima kasih rakyat Malaysia kepada
kerajaan kita. Terima kasih bukan sahaja kita mengungkapkan ungkapan
terima kasih itu sendiri, tetapi cukuplah dengan hanya menghargai
pemberian seseorang. Jadi, kita sebagai pengguna perlulah menghargai
pemberian tersebut.

Pengerusi: Penerangan dan isu yang cukup menarik yang telah disampaikan oleh
panel-panel kita pada hari ini. Ustazah Balqis ingin menambah apa-apa
berkenaan dengan strategi kesantunan?

Panel 3 : Ya, saya ingin menambah tentang strategi memberi salam sebagai salah
satu daripada cara untuk mempraktikkan strategi kesantunan. Di dalam
ajaran islam, memberi salam adalah sesuatu yang mulia dan digalakkan
dalam memupuk hubungan silaturahim. Strategi memberi salam
contohnya dengan menganggukkan kepala atau mempamerkan
senyuman sekiranya jarak terlalu jauh. Hadirin yang dirahmati Allah
sekalian, marilah kita sama-sama membudayakan dan mengaplikasikan
strategi memberi salam dalam kehidupan kita.

Pengerusi : Nampaknya, masa mencemburi kita. Jadi, pada ketika ini bolehkah
panel-panel memberikan rumusan yang mendalam tentang aspek
kesantunan yang kita bincangkan.

Panel 1 : Secara holistiknya, dapatlah saya rumuskan bahawa memang tidak


dinafikan lagi pentingnya untuk kita sejagat mengamalkan nilai-nilai
kesantunan ini yakni menjadi orang yang beradab dan disenangi ramai.
Dunia kita sudah semakin parah dengan pelbagai isu keruntuhan akhlak
tidak mengira usia dan siapa. Maka, ayuhlah saya seru untuk kesekian
kalinya agar sama-samalah kita mengamalkan strategi kesantunan yang
telah dikongsikan sebentar tadi. Akhir kata, jika tidak mampu memberi
manfaat, usahlah membawa mudarat kepada orang lain.

Panel 3 : Saya ingin merumuskan bahawa aspek kesantunan adalah sangat penting
dan wajar untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Saya ingin
berkongsi satu pantun yang sering kita dengar, dan mengandungi makna
yang cukup mendalam,

Yang kurik itu kendi,

Yang indah itu bahasa,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Panel 2 : Kesantunan ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Golongan yang
memainkan peranan penting ialah ibu bapa. Hal ini kerana bayi yang baru
lahir umpama kain putih, jadi ibu bapa lah yang akan mencorakkan dan
mewarnai kain tersebut. Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya
peranan ibu bapa dalam usaha melahirkan generasi yang lebih bersopan
santun.

Pengerusi : Ketiga-tiga panel kita telah habis menyampaikan pandangan mereka


sendiri. Baiklah sebelum saya menamatkan majlis kita pada hari ini.
Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

Bersarang lebah di pohon palas,

Burung kelicap di pohon selasih,

Pengetahuan bertambah penerangan jelas.

Oleh itu, sekian terima kasih. Semoga kita bertemu lagi pada forum akan datang.

Anda mungkin juga menyukai