Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: ___2020_________

Program & Ambilan: PPISMP JUN 2019


Semester/Tahun SEMESTER 2 / TAHUN 1
Nama Pelajar: DAYANA BATRISYA BINTI ZULKEFLI
MUHAMMAD ALIF BIN ZAHARI
MUHAMMAD FAQIH NAQIUDDIN BIN
MOHD FIKRI
NUR BALQIS BINTI ISHAK
Angka Giliran: 2019272310121
2019272310127
2019272310128
2019272310133
Nombor Kad Pengenalan: 010310020218
010726020051
000603040109
Kumpulan/Unit: PENDIDIKAN ISLAM 2 (PAI 2)
Kod dan Nama Kursus: GBM 1103: BAHASA MELAYU
KONTEKSTUAL
Jenis Tugasan: PERSEMBAHAN BERKUMPULAN
Nama Pensyarah: PUAN IZWANUM BINTI ABDUL WAHID
Tarikh Hantar: 21 MAC 2020
Tanda tangan Pelajar:
Pengakuan penerimaan maklumbalas
daripada pensyarah:
Tarikh:
Tanda tangan Pensyarah:
Tarikh:
TEKS FORUM
SEJAUH MANA KEUPAYAAN BAKAL GRADUAN MENANGANI CABARAN REVOLUSI
INDUSTRI 4.0 ?

MODERATOR : MUHAMMAD FAQIH NAQUDDIN BIN MOHD FIKRI


AHLI PANEL PERTAMA : NUR BALQIS BINTI ISHAK
AHLI PANEL KEDUA : DAYANA BATRISYA BINTI ZULKIFLI
AHLI PANEL KETIGA : MUHAMMAD ALIF BIN ZAHARI

Moderator : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan

Salam Sejahtera Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

Segala puji ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana limpah kurnia dan

izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam sesi forum pada hari ceria ini.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak bergaya

pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu tajuk forum hari ini.

Dunia masa kini menyaksikan negara kita bakal menghadapi revolusi

perindustrian 4.0 di mana akan membawa begitu banyak perubahan terhadap

negara dan kehidupan kita sendiri. Hal ini demikian kerana, seiring perubahan

revolusi ini maka timbullah pelbagai cabaran yang bakal dihadapi oleh semua

pihak. Namun dari sudut bakal graduan, bagaimana kita ingin menangani

cabaran yang bakal dihadapi. Adakah bakal graduan sekalian berupaya untuk

menangani cabaran revolusi perindustrian ini ?

Baiklah sidang hadirin, dengan persoalan itu tadi maka marilah kita

Menelusuri dengan lebih mendalam topik perbincangan namun sebelum itu

molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini.

Di sebelah kanan saya saudari Nur Balqis Binti Ishak yang merupakan ahli panel

pertama, selamat datang saudari, apa khabar?


Ahli panel 1 : Terima kasih moderator, Alhamdulillah saya baik-baik sahaja.

Moderator : Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua yang berada sebelah saudari

ahli panel pertama iaitu saudari Dayana Batrisya Binti Zulkifli.

Selamat datang saudari, saudari Dayana apa khabar?

Ahli Panel 2 : Alhamdulillah khabar baik saudara moderator.

Moderator : Berada di sebelah ahli panel kedua, tidak lain tidak bukan ahli panel kita

yang ketiga iaitu saudara Muhammad Alif Bin Zahari. Walaupun hanya dia

lelaki yang dijemput sebagai shli panel namun gayanya sungguh meyakinkan

Apa khabar saudara ?

Ahli Panel 3 : Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik maka dengan itu saya

berada di sini bersama kalian.

Moderator : Usai sudah salam perkenalan daripada semua ahli panel, maka kembalilah

kita kepada tajuk forum kita tentang keupayaan bakal graduan menangani

cabaran revolusi industri 4.0.

Sidang hadirin yang dihormati,

Sidang hadirin, sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan revolusi

perindustrian?

Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya megajukan soalan pertama

kepada ahli ahli panel pertama. Saudari Balqis, mohon saudari untuk

memberi penerangan tentang maksud revolusi perindustrian 4.0. Silakan

saudari.

Ahli Panel 1 : Terima kasih buat moderator yang begitu petah dalam mengaju soala.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat hadirin sekalian.

Untuk menjawab persoalan apa itu revolusi perindustrian 4.0, sukacita saya

memetik pendapat pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam

bukunnya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri

4.0 ini adalah satu petanda yang membawa maksud kemunculan


superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan

perkembangan neuroteknologi yang mana ia memungkinkan manusia untuk lebih

mengoptimalkan fungsi otak.

Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang

bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

Walaupun agak sukar untuk digambarkan dengan logik akalnya namun percayalah

bahawa segala urusan dan tugasan rumah hanya perlu menekankan butang di

telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah-payah untuk menguruskan

setia tugasan bahkan perkhidmatan perkhidmatan pembantu rumah juga sudah

tidak diperlukan. Setiap lontaran hujah yang saya sampaikan tadi mungkin agak

aneh namun secara perlahan-lahan ia telah mula berkembang dan berevolusi

menjadi bentuk norma yang biasa pada masa akan datang. Maka dengan itu,

benarlah bahawa penggunaan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan

harian kita akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk

mengoptimumkan keperluan keselesaan kita. Sekian sahaja daripada saya.

Moderator : Begitu jelas penerangan yang disampaikan oleh ahli panel 1 mengenai apa itu

revolusi perindustrian 4.0. Seterusnya saya ingin bertanya soalan kedua

kepada ahli panel kedua iaitu sejauh manakah perkembangan revolusi industri

4.0 kepada Malaysia? Silakan saudari Dayana.

Ahli panel 2 : Bismillahirahmanirrahim .Assalamualaikum Terima kasih saya ucapkan

kepada tuan moderator ,seterusnya kepada semua ahli panel yang saya

hormati lagi sanjungi. Baiklah ,mengenai Revolusi Industri 4.0 di Malaysia

sebenarnya sudah berkembang dengan sangat luas . Hal ini seiring dengan

hasrat perdana Menteri ketujuh ,Tun Dr.Mahathir Mohamad yang

mensasarkan Malaysia sebagainegara perindustrian 4.0 di AsiaTenggara


bagi mendapatkan semula status negara Malaysia sebagai “Asian Tiger” atau

Harimau Asia. Hal ini kerana, menerusi Revolusi Industri 4.0 ini, beliau yakin

lagi percaya bahawa ia mampu membawa kepada peningkatan KDNK per

kapita berikutan peningkatan produktiviti serta peluang pekerjaan .

Malah , Malaysia dikenalpasti telah berjaya mengadaptasi dengan baik dengan

arus perkembangan revolusi industri 4.0 ini. Walaupun Malaysia kini belum

mencapai status negara maju yang didominasi oleh pengaruh teknologi

Revolusi Industri 4.0 seperti negara Jerman, sebaliknya sebagai sebuah

negara yang membangun impak positifnya sudah mula dirasai . Sebagai

contoh, perkhidmatan e-halling seperti Grab, In Driver, My Car dan Dego telah

membuka lembaran baru dalam sektor pengangkutan dengan menawarkan kos

yang kompetitif sekaligus menggugat kedudukan teksi sebagai salah satu mode

perkhidmatan di Malaysia .

Selain itu , persediaan yang dilakukan oleh Malaysia dalam mengharungi

Revolusi Industri 4.0 ini jugak dapat kita lihat melalui inisiatif kerajaan dalam

menyediakan Dana Automotif yang bernilai RM 1.3 billion ringgit .Pihak kerajaan

juga telah mewujudkan Rancangan Malaysia khusus untuk 30 tahun ke hadapan

sempena Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memastikan negara bergerak

seiring dengan kehendak Revolusi Industri 4.0 . Rancangan TN50 ini difokuskan

bagi memperincikan tindakan Malaysia dalam memanfaatkan perkembangan

revolusi ini dalam mengatur ekonomi ,perindustrian ,perdagangan dan cara

kehidupan . Jadi itu sahaja dari saya, sekian.

Moderator :Sungguh hebat saudari panel kedua kita kerana penerangan yang begitu

panjang dan padat bagi menjawab persoalan saya ajukan sebentar tadi.
Baiklah sekarang kita teruskan lagi soalan kepada ahli panel kita yang ketiga

iaitu Saudara Alif iaitu apakah persediaan Malaysia bagi menghadapai revolusi

industri 4.0? Silakan saudara Alif.

Ahli panel 3 : Untuk menjawab soalan sebentar tadi seperti mana yang kita tahu baru-baru

ini pihak kerajaan dalam bajet belanjawan negara 2019 yang dibentang oleh

Menteri kewangan negara Lim Guan Eng,beliau menyatakan bahawa pihak

kerajaan telah melakukan beberapa insentif khas berkaitan dengan

pendidikan teknikal dan vokasional ( TVET ) untuk mengahadapi revolusi

Antara insentifnya ialah peruntukan sebanyak RM 206 juta ringgit disediakan

untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej

komuniti.Kedua, kerajaan juga telah menyediakan peruntukkan berjumlah RM

20 juta kepada Program Bootcamp TVET bagi meningkatkan tahap kecekapan

golongan belia dalam bidang ini.Ketiga kerajaan juga akan membuat potongan

cukai dua kali kepada biasiswa yang diberi oleh syarikat kepada pelajar dalam

bidang teknikal dan vokasional di pelbagai peringkat pendidikan termasuk

diploma dan ijazah. Ini menunjukkan bahawa insentif yang dilakukan oleh

kerajaan Malaysia adalah sangat baik untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Moderator : Dengan penerangan itu maka terjawab sudah persoalan yang saya ajukan

sebentar tadi. Begitu jelas penerangan tersebut. Tanpa melengahkan masa

lagi kita terus kepada pusingan seterusnya dengan memberi soalan kembali

kepada ahli panel pertama iaitu apakah cabaran revolusi 4.0 kepada bakal

graduan?

Ahli panel 1 : Terima kasih lagi sekali buat saudara moderator. Sebagaimana kita

tahu, Revolusi Perindustrian 4.0 yang akan berlaku ini lebih kepada

penggunaaan data secara globalisasi. Tidak dinafikan juga bahawa


Industri 4.0 mempunyai pelbagai kebaikan. Di samping memberi

manfaat kepada kita namun terdapat juga cabaran yang bakal dihadapi

oleh semua pihak terutamanya kepada bakal graduan.

Di mana perkara ini sangat memberi tekanan kepada graduan kerana ia

sedikit sebanyak mengambil alih peranan manusia pada masa kini

sehingga menguburkan peluang pekerjaan. Penglibatan manusia dalam

perindustrian akan menjadi semakin mengecil atau juga berkemungkinan

akan terus pupus dengan adanya penggunaan robot.

Menurut statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh Perangkaan Utama

Tenaga Buruh Malaysia pada Januari 2016 menunjukkan kadar

pengangguran tidak berubah sebanyak 3.4 peratus bagi Januari 2016 dan

Disember 2015. Perbandingan dari tahun ke tahun menunjukkan kadar

pengangguran semakin meningkat sebanyak 0.3 peratus.

Peningkatan seumpama ini adalah jumlah yang besar bagi sesebuah


negara

dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.Maka dengan itu, para graduan

haruslah berubah mengikut arus perubahan terkini. Kita tidak mampu

menyekat atau mengawal perkembangan teknologi yang wujud pada abad

ini,tetapi kita mampu bersaing dan berusaha menyiapkan diri untuk

menghadapi cabaran pada masa hadapan. Oleh itu, bakal graduan sekalian

perlu menilai dan menggali cari apakah kemahiran yang perlu ada sebagai

persiapan dalam menghadapi revolusi yang semakin berkembang.

Moderator : Begitu jelas persoalan dijawab di samping tersusun rapi hujah-hujahnya.


Seterusnya,
saya teruskan lagi soalan kepada saudari Dayana iaitu bagaimanakah
revolusi 4.0 memberi impak kepada masa depan graduan?
Ahli panel 2 : Baiklah , bagi para graduan IPTA mahupun IPTS pula , sudah tentu

perkembangan revolusi industri 4.0 ini akan memberi impak kepadan mereka,

sama ada impak positif atau negative. Antaranya , ramai graduan akan hilang

pekerjaan kerana pekerjaan mereka telah digantikan oleh fungsi mesin /robot .

Hal ini kerana masih ramai graduan yang memilih bidang pengajian yang tidak

memenuhi kehendak dan citarasa revolusi Infustri 4.0 ini seperti bidang

perakaunan ,kejuruteraan ,arkitek dan lain-lain . Gelombang Revolusi Industri

4.0 ini dijangka akan menghapuskan 45 peratus pekerjaan-pekerjaan tersebut


..

Sebaliknya graduan perlu lebih bijak memilih pengajian dalam bidang

perindustrian yang akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada

mereka. Tambahan pula , Malaysia kini kekurangan bilangan tenaga kerja yang

mahir untuk berkhidmat dalam bidang perindustrian .Kita kekurangan bilangan

tenaga kerja mahir tidak seperti di negara lain yang telah mencapai kemajuan

dalam pembangunan teknologi pada zaman era pemodenan ini . Cuba kita

bandingkan dengan negara Jerman yang mana graduan di sana digalakkan

mengikuti program “ Dual Vocational Training” dimana pelajar diwajibkan

mengikuti program amali dalam industri yang bidangnya mereka pilih sendiri

sama ada bidang automotive dan sebagainya .

Malah , silibus di universiti pula kebanyakannya agak ketinggalan dan tidak

memenuhi keperluan industri 4.0 ini . Graduan perlu diajar untuk memahirkan

diri dengan elemen revolusi industri 4.0 seperti membuat additive

manufacturing, autonomous robot dan sebagainya .Hal ini kerana, dari sudut
kemahiran dan pasaran Pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional iaitu

TVET, mereka lebih cepat untuk memasuki bidang industry 4.0 berbanding

graduan universiti kesimpulannya dapat kita lihat terdapat dua jenis impak iaitu

positif dan negatif. Maka pelajar perlu bijak memilih bidang yang menepati

kehendak revolusi industri 4.0 ini .

Moderator : Sungguh jitu jawapan yang diberikan. Sungguh terbaik saudari Dayana.

Tanpa lengahkan masa lagi saya meneruskan lagi soalan yang terakhir buat

ahli panel ketiga kita iaitu apakah persiapan yang boleh dilakukan oleh para

graduan bagi mengadaptasikan diri mereka dengan baik dalam zaman

revolusi 4.0?

Ahli panel 3: Bagi mngadaptasi diri mereka dengan baik dalam zaman revolusi

4.0 mempersiapkan fizikal dan mental yang kuat untuk menghadapi

perkara akan datang menggunakan ilmu yang dipelajari dan

menggunakan di platform yang betul menguasai ilmu komunikasi dan

ICT. Sebagai contoh graduan yang mngambil kos multimedia atau

ICT,mereka boleh mnggunakan kemahiran yang yang sedia ada untuk

mencipta vlog sendiri ataupun menngedit video ataupun membuat

content video ilmiah berdasarkan kos yang diambil oleh mereka. Hal ini

kerana ia sangat bersesuaian dengan revolusi 4.0 ini yang lebih berfokus

kepada teknologi.

Moderator : Jawapan yang mantap dari saudara Alif. Maka dapat sini saya rumuskan

daripada penerangan ketiga2 ahli panel tadi

jelaslah bahawa berdasarkan hujan yang diberikan amatlah mendalam dalam

memberi kefahaman mengenai revolusi perindustrian 4.0 dan sejauh mana


keupayaan bakal graduan dalam menghadapi segala cabaran yang bakal

dihadapi kelak. Sehubungan dengan itu, Revolusi Perindustrian 4.0 memberi

banyak pengetahuan kepada kita. Justeru, saya menyeru semua pihak

terutamanya bakal graduan bertindak dengan bijak dan sentiasa berfikiran

kelas pertama bagi menghadapi segala cabaran revolusi perindustri 4.0 nanti.

Dengan berakhirnya rumusan dari saya maka berakhirlah sesi forum kita kali

ini. Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi penghargaan buat

hadirin kerana sudi meluangkan masa mendengar forum ini. Sekian

wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

RUJUKAN

Felo Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM).(2020) Revolusi Perindustrian 4.0 Dimuat turun daripada :

https://bendahari.ump.edu.my/index.php/en/info-kewangan1/530-revolusi-industri-4-0

Kurniawati Kamarudin. 2018. Revolusi Industri 4.0: Perlu bersiap, perubahan pantas.

Dimuat turun daripada: https://m.malaysiakini.com/news/457633

Anda mungkin juga menyukai