Anda di halaman 1dari 13

GPI 1083 : PERANAN MANUSIA

SEBAGAI KHALIFAH

DISEDIAKAN OLEH : NUR BALQIS BINTI ISHAK


NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD AZOLMAN BIN ZULKUFLI
DEFINISI KHALIFAH

 Khalifah berasal daripada perkataan arab iaitu khalafa bererti ganti iaitu seseorang yang menggantikan
seseorang yang lain.
 Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya
ketika ketiadaannya.
 Maksud khalifah dari segi istilah : generasi manusia yang dipilih oleh Allah SWT sebagai pengganti-
Nya untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah
SWT sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.
DALIL PEMBERIAN KHALIFAH DARI ALLAH SWT
KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN

Maksudnya : Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa Dia akan
memberikan khalifah(menggantikan pemimpin-pemimpin yang ada) kepada mereka di muka bumi
sebagaimana Dia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka.

(Surah An nur :55)


MENGAPA MANUSIA DIPILIH MENJADI
KHALIFAH

 Allah SWT telah memberi tanggungjawab khalifah kepada manusia berdasarkan


kelayakan dan asbab yang kukuh, sesuai dengan penciptaannya untuk menerima tugas
tersebut.
 Hal ini kerana manusia diberi banyak kelebihan oleh Allah SWT jika dibandingkan secara
umumnya dengan makhluk lain.
ANTARA KELEBIHAN MANUSIA IALAH :
PERANAN KHALIFAH SEBAGAI HAMBA ALLAH

Mengabdikan diri kepada Allah

Melaksanakan amanah Allah dan memelihara ajaran Allah

Memahami kewajipan berdakwah agama Allah


Menjaga agama Allah dengan menegakkan Islam dan melaksanakan Islam

Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri dan keluarga dari masuk ke dalam neraka
WALAUBAGAIMANAPUN…

 Kita sebagai manusia hendaklah memahami bahawa Allah SWT tidak meredhai hamba-
Nya yang bersikap menjauhi kemewahan keduniaan dengan mengurung diri di dalam
rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk bertujuan ibadat.
 MALAH kita sebenarnya boleh bermunajat dalam apa jua cara sekalipun sama ada di
kebun, tempat perniagaan, dalam masyarakat atau di mana sahaja kerana setiap munajat
yang kita lakukan dapat didengar oleh Allah SWT.
PERANAN KHALIFAH MENEGAKKAN AMAR
MAKRUF NAHI MUNGKAR

 Manusia dianugerahkan pelbgai keistimewaan yang mana terus mengangkat mereka


sebagai khalifah Allah untuk mentadbir dunia.
 Maka bagi menjalankan tanggungjawab, manusia terutamanya orang Islam telah
ditaklifkan oleh Allah untuk menjunjung segala perintah-Nya sama ada berupa suruhan
mahupun larangan.
 Amar makruf : menyuruh melakukan perkara yang baik.
 Nahi mungkar : mencegah perkara keji dan mungkar.
DALIL AMALAN AMAR MAKRUF NAHI
MUNGKAR CIRI UTAMA UMAT YANG TERBAIK

Maksudnya : Kamu (Umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah
(buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah.

(Surah Ali Imran : 110)


PERINGKAT AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

• Bertanggungjawab ke atas diri sendiri dalam melakukan suruhan dan


tinggalkan larangan.
Peringkat individu

• Ketua keluarga ibarat khalifah untuk institusi keluarganya yang


bertanggungjawab mendidik keluarganya ke jalan kebaikan dan
Peringkat keluarga menjauhkan dari kemungkaran.

• Setiap kelompok masyarakat sewajarnya berperanan dalam menyeru


ke arah amar makruf nahi mungkar agar kehidupan masyarakat lebih
Peringkat masyarakat terjamin dan seterusnya mampu menjadikan negara aman sentosa.
HADIS RASULULLAH SAW

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: Sesiapa daripada kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya atau
mencegahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya dia tidak mampu dengan tangannya, maka hendaklah
dia mengubahnya (mencegahnya) juga dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya.
Itulah selemah-lemah iman.

(Riwayat oleh Muslim)


RUJUKAN

Ku Muhammad Asmadi Bin Ku Mohd Saad, Nur Aida Binti Muhammad. (2020).
Pendidikan Islam Teras. Selangor : Pustaka Al-Ehsan

Anda mungkin juga menyukai