Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG ULASAN WEBINAR

Nama Sekolah: SK.KAMPONG PASIR Kod Sekolah: KBA3046


1. Nama Guru/AKP
NORMA BINTI ISMAIL
JOM BACA YASSIN DAN TINTA
- AMALAN YANG TIDAK 3. Anjuran:BAHAGIAN
2. Tajuk Webinar
TERBATAS PENDIDIKAN ISLAM, KPM

4. Tarikh Siaran 5 MAC 2021 5. Masa Siaran :7.50-8.50 PAGI

7. Ulasan
LIVE FB: Bahagian Pendidikan Islam KPM dan di
https://www.facebook.com/ppadnibpikpm/

Khalifah Yasin:
Ustaz Mohammad Sharifuddin bin Jahuri
Penolong Pengarah, Sektor Dasar & Perancangan Pendidikan Islam

Pentazkirah:
Ustaz Ahmad Suhaimi bin Abd Hapis @ Romli
Penolong Pengarah, Sektor Kurikulum Pendidikan Islam

SLOT 1: PEMBUKAAN : BACAAN YASSIN


SLOT 2: TINTA ILMU
TAJUK : AMALAN YANG TIDAK TERBATAS

Maksud Amalan - Amalan ialah perkara yang dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah ra dalam hadits riwayat Imam Muslim,
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila manusia itu meninggal dunia maka
terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat dan doa anak sholeh yang berdoa baginya."
Ada 3 amalan yang pahalanya tidak terbatas.

1.Sedekah yang berterusan


Harta yang disedekahkan.Antara manfaat sedekah adalah memanjangkan umur dan
rezeki kita, kehidupan kita diberkati ALLAH SWT, dikurniakan kesenangan dan
kelapangan jiwa serta pahala dan kebaikan yang berlipat ganda.Lebih kepada
wakaf.Pahala wakaf akan terus mengalir selagi mana harta benda itu digunakan. Jika
hendak bersedekah, boleh bersedekah dalam bentuk dinar, dirham, wang ringgit,
pakaian, makanan, bijirin,segantang kurma, gandum dan barang keperluan yang lain
walaupun sepotong kurma. Kesimpulannya barang yang disedekah itu boleh diambil
manfaat oleh orang lain.Paling baik sedekahlah barang yang disukai oleh kita.

2.Ilmu yang dimanfaatkan


Ilmu yang disebarluaskan.Amat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan,
menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat.Pahalanya akan
terus mengalir selagi ada orang yang memanfaatkan ilmu tersebut.
3.Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapanya.
Jika tidak mampu dari segi material, barangkali kita boleh didik anak-anak kita menjadi
anak yang soleh agar mereka mengalirkan manfaat dan mendoakan kita tatkala kita
sudah tiada lagi di dunia.

FOKUS yang paling mudah.


Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariah dengan penuh keikhlasan
kerana tidak bukan saja kepada masyarakat umumnya. Bahkan pahalanya akan
sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir.

PENUTUP: BACAAN DOA BULAN REJAB Ya ALLAH,berkatilah kami pada bulan Rejab dan
bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadhan.

BERSEDEKAHLAH satu amalan yang tidak terbatas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................................ ........................................................
(NORMA BINTI ISMAI ) ( )

Anda mungkin juga menyukai