Anda di halaman 1dari 41

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kursus projek merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian tertentu
yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat kelayakan penganugerahan
Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kursus ini memberi ruang
kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta
mempamerkan keupayaan dalam merealisasikan idea, kreativiti, inovasi dan
penyelesaian masalah ke arah penghasilan projek yang mempunyai nilai komersial
dan berdaya saing.

Pelaksanaan projek merangkumi semua proses pengajaran dan pembelajaran


iaitu secara teoritikal, praktikal, penulisan ilmiah, pemantauan, penilaian dan lain-lain.
Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar dibimbing oleh penyelia untuk meneroka
pengetahuan dan kemahiran baharu. Pengurusan dan penyelarasan projek pelajar juga
melibatkan kerjasama penyelaras, panel penilai dan Unit Penyelidikan, Inovasi dan
Pengkomersialan (UPIK). Justeru, objektif penghasilan buku panduan ini adalah
untuk dijadikan bahan rujukan dan panduan sepanjang pelaksanaan Projek Pelajar
Politeknik KPT.
2

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Mesin yang telah kami reka adalah hasil inovasi daripada idea kakak saya
untuk buat sabun. Mesin ini dicipta hanya untuk membuat sabun sahaja. Hal ini
kerana, dahulunya kakak saya membuat secara manual (menggunakan tangan) dan
kami ingin memudahkan pemprosesan untuk membuat sabun dengan lebih mudah dan
cepat. Maka kami telah sepakat untuk menginovasikan sebuah mesin pembuat sabun.
Mesin ini bertujuan untuk memudahkan cara pemprosesan sabun tersebut. Oleh yang
demikian, dengan terciptanya sebuah mesin ini, Kakak saya tidak perlu memproseskan
sabun tersebut menggunakan tangan ( manual ).

1.3 PENYATAAN MASALAH

i. Sebelum diciptakan mesin ini, kakak saya mengalami kesulitan dalam mengukur
kuantiti bahan untuk melakukan produk. Ia kerana bahan perlu ditambah berulang
kali kerana sukatan secara anggaran amat meremehkan.
ii. Masalahnya produk sebelum ini dihasilkan menggunakan tangan. Seperti kita
semua sedia maklum tangan seringkali dihinggap bakteria. Ia akan menyebabkan
masalah apabila produk kakak saya dipasarkan ke pasaran luar.
iii. Masa untuk menghasilkan produk terlalu lama. Ia akan menyebabkan kakak saya
tidak dapat mencapai sasaran yang sepatutnya untuk menyiapkan produk tersebut.
iv. Bahan produk bersepah diluar bekas. Ia akan menyukarkan kerja pembersihan dan
susunan bahan tidak teratur.
3

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

i. Dapat menjimatkan masa bagi memproses bahan.

ii. Dapat mengurangkan tenaga manusia.

iii. Dapat menghasilkan pengeluaran produk dalam kuantiti yang banyak.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

i. Adakah mesin ini dapat menjimatkan masa untuk membuat sabun berbanding
menggaul bahan menggunakan tangan?
ii. Adakah mesin ini akan berfungsi dengan baik jika bilah putaran direka sendiri
merupakan komponen utama?
iii. Adakah mesin ini dapat mengurangkan tenaga manusia dan dapat
menghasilkan produk dengan lebih banyak dalam jangka masa yang pendek?

1.6 SKOP KAJIAN

Dibuat untuk memastikan bahawa projek yang dilaksanakan untuk mencapai


matlamat yang diinginkan. Skop projek ini adalah:

i. Rekabentuk projek ini perlu berfungsi dan mesra pengguna.

ii. Sesuai digunakan oleh orang ramai.

iii. Dapat menghasilkan produk dengan mudah.

iv. Dapat mengurangkan tenaga manusia.


4

1.7 RUMUSAN BAB

Kesimpulannya, kita dapat belajar cara yang sesuai untuk membuat sesuatu
kajian dengan menggunakan topik-topik diatas. Kita juga dapat mengenalpasti
masalah yang sedang dihadapi oleh kakak saya dan orang ramai pada zaman serba
moden ini dengan melakukan kajian seperti diatas. Selain itu, projek ini juga adalah
untuk mencapai objektif seperti dinyatakan tanpa keluar dari skop kajian kami.
5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Sabun merupakan pembersih yang dibuat dengan reaksi kimia antara natrium
atau kalium dengan asid lemak dari minyak sayur atau lemak. Produk yang
diperhatikan dalam penelitian ini adalah sabun yang dibuat melalui reaksi penyabunan
antara asid lemak NaOH. Sumber asid lemak yang digunakan adalah asid stearik serta
minyak kelapa (coconut oil), minyak sawit (palm oil), minyak jarak (castor oil),
minyak jagung (corn oil) dan minyak soya (soybean oil). Corredoira dan Pandolfi
(1996) menyatakan bahawa pemilihan jenis asid ditentukan melalui ciri-ciri sabun
yang dihasilkan. Kerana setiap jenis asid lemak akan memberikan sifat yang berbeza
pada sabun. Cavitch (2001) melaporkan adanya perbezaan kekerasan dan ciri-ciri pada
sabun yang dibuat dari asid-asid lemak yang berbeza. Menurut williams dan Schmitt
(2002), pemilihan bahan-bahan mentah dan khususan asid lemak dapat memberikan
pengaruh yang penting terhadap warna pada produk akhir.

Asid lemak merupakan bahan utama untuk lemak atau minyak. Shrivastava
(1982) menyatakan bahawa pemilihan jenis minyak yang digunakan sebagai bahan
mentah dalam pembuatan sabun merupakan hal yang sangat penting, kerana
sebahagian besar bahan membuat sabun adalah minyak. Penyelidikan ini bertujuan
untuk mempelajari jenis minyak yang digunakan sebagai bahan mentah terhadap
sesuatu mutu sabun yang dihasilkan. Kemudian menentukan sabun yang terbaik
berdasarkan mutu yang dianalisis. Bahan yang dianalisis adalah kadar air dan zat
terhasil, kadar asid lemak, kadar daya tarikan, kadar bahagian yang tidak terlarut
dalam alkohol, kadar alkali bebas yang dikira sebagai NaOH, nilai pH, dan kestabilan
buih. Analisis terhadap produk perbandingan bertujuan untuk mengetahui apakah
6

mutu sabun yang dibuat dalam penyelidikan ini masuk ke dalam rangkaian produk
komersil yang ada di pasaran.

2.2 KONSEP

Konsep penciptaan mesin pembuat sabun ini telah dikaji terlebih dahulu. Kami
membuat kajian terhadap produk yang digunakan untuk membuat sabun dan cara-cara
untuk menyiapkan mesin ini. Berikut adalah informasi yang lengkap yang kami
perolehi daripada melayari laman sesawang.

2.2.1 Penelitian Cara Membuat Sabun

Sabun Batang

SNI (1994) menjelaskan bahawa sabun merupakan pembersih yang dibuat


dengan berlakunya tindak balas kimia. Antara buih natrium atau buih kalium dan asid
lemak yang berasal dari minyak sayur atau lemak haiwan. Umumnya ditambahkan zat
pewangi atau antiseptik yang digunakan untuk membersihkan tubuh manusia dan
tidak membahayakan kesihatan. Sabun yang dibuat dari NaOH juga dikenali dengan
sebutan sabun keras(hard soap), dan sabun yang dibuat dari KOH juga dikenali
dengan sebutan sabun lembut (soft soap). Sabun yang berkualiti baik harus memiliki
kuasa tertinggi detergensi, supaya dapat diaplikasikan pada pelbagai jenis bahan dan
tetap efektif walaupun digunakan pada suhu yang berbeza-beza. Shrivastava Hill
(2005) menyatakan bahawa sabun batangan yang ideal harus memiliki kekerasan yang
cukup untuk memaksimakan pemakaian (user cycles) dan ketahanan yang cukup
terhadap penyerapan air ketika tidak sedang digunakan, sementara pada saat yang
sama juga mampu menghasilkan buih dalam jumlah yang cukup untuk pemakaian
yang lebih selesa dan lebih bersih.
Sabun dapat dibuat melalui dua proses, iaitu penyabunan dan peneutralan.
Proses penyabunan terjadi kerana reaksi antara trigliserida dengan alkali, sedangkan
proses peneutralan terjadi kerana reaksi asid lemak bebas dengan alkali. Pada proses
7

penyabunan akan memperoleh produk sampingan iaitu glukosa, sedangkan proses


peneutralan tidak menghasilkan glukosa (Spitz, 1996). Proses penyabunan terjadi pada
suhu 80-100.

Sabun cair

Minyak jarak dihasilkan dari tanaman jarak pagar. Jarak atau dikenali sebagai
‘castor’ telah digunakan oleh masyarakat Indonesia, tetapi selama ini masyarakat
hanya mengetahui manfaat jarak (terutama jarak pagar) sebagai tanaman ubat
tradisional dan biodiesel. Jarak pagar yang termasuk dalam keluarga ‘Euphorbiaceae’
ini memiliki kandungan minyak yang cukup besar iaitu sekitar 55% dalam teras biji
atau 33% dari berat jumlah biji. Minyak tersebut dapat dihasilkan dengan mengekstrak
biji jarak dengan melalui pelbagai proses.

Dalam minyak jarak terkandung asid lemak yang tinggi. Minyak dengan
kandungan asid lemak ini dapat dimanfaatkan untuk pembuatan sabun dengan
mencampurkan lemak tersebut dengan NaOH atau dikenal dengan reaksi penyabunan.
Sabun merupakan satu bahan permukaan yang aktif. Sifat ini menyebabkan larutan
sabun dapat memasuki serat, menghilangkan dan membuang kotoran serta minyak.

Dari huraian diatas, penulis mencuba untuk membuat sabun padat dan sabun
cair dari minyak jarak. Apabila dianalisis pengaruh konsentrasi NaOH iaitu kecepatan
dalam melakukan proses campuran dan membandingkan sabun padat dan sabun cair
yang dihasilkan. Tujuan dari kajian ini adalah untuk mengetahui keadaan kepekatan
NaOH, kelajuan melakukan campuran terhadap sabun padat, dan juga menganalisis
serta membandingkan hasil sabun padat dan sabun cair daripada menggunakan
minyak jarak. Penyelidikan ini bermanfaat untuk mengetahui keadaan kelajuan
putaran dan kepekatan NaOH terhadap hasil sabun yang diperoleh sehingga
mengetahui cara yang mudah dalam pembuatan sabun, dan mengetahui sukatan kadar
air, kadar alkali dan Ph yang diperlukan dalam sabun.

Kerana struktur kimianya, bahagian akhir dari rantai (ionnya) yang bersifat
‘hidrofil’ (larut air) sedangkan rantai karbonnya bersifat ‘hidrofobik’ (tidak larut air).
Rantai hidrokarbon larut dalam partikal minyak yang tidak larut dalam air. Ionnya
8

tersebar dalam air sehingga dapat dicuci. Cas Negatif dan ion sabun juga
menyebabkan minyak sabun untuk menolak satu sama lain. Menurut Ali (1980) salah
satu yang tidak memberi manfaat dari sabun sebagai bahan pembersih adalah sabun
menyelesaikan dengan ion kalsium dan magnesium, yang merupakan bahan umum
terdapat dalam air yang telah bertukar menjadi pepejal. Salah satu cara untuk
mencegah pembentukan buih logam adalah dengan menggunakan air semula jadi atau
air larutan yang tidak mengandungi ion kalsium atau magnesium (Fessenden,1997).

Pembuatan Sabun Cair

i. Panaskan 19.1 gram minyak jarak sehingga suhunya 70 darjah.


ii. Masukkan 19.3 gram NaOH ke dalam minyak jarak yang telah dipanaskan
secara perlahan-lahan.
iii. Hidupkan pemutar untuk kecepatan awal 250 rpm.
iv. Masukkan 4.3 gram air dalam campuran apabila campuran tersebut telah
terbentuk keadaan campuran yang telah menjadi pepejal.
v. Lakukan putaran selama 5 minit dan jaga suhu campuran antara 70 – 80o C.
vi. Setelah 5 minit tuangkan campuran tersebut ke acuan dan ulangi untuk
beberapa kelajuan yang boleh diubah (300 rpm, 350 rpm, 400 rpm).
9

2.2.2 Lidah Buaya

Rajah 2.1: Aloe Vera

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia.
Aloe vera adalah tumbuhan asli daripada selatan, utara Afrika dan Madagascar serta
telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain. Ia juga telah
membiak dengan baik di Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia
serta kepulauan Canary dan Madeira. Aloe vera atau dikenali segai lidah buaya telah
digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-
gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam
industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang
ditanam secara komersial di Malaysia.
10

Berikut ini adalah kandungan ilmiah yang terdapat pada lidah buaya:
i. Kadar air
ii. Karbohidrat
iii. Kalori
iv. Lemak
v. Protein
vi. Vitamin A
vii. Vitamin C
viii. Kalsium
ix. Zat Besi

2.2.3 Kopi

Manfaat Kopi untuk Wajah dan Kulit

Kopi merupakan biji-bijian yang mengandung kafeina yang dapat


dimanfaatkan untuk dunia kesihatan bahkan dalam dunia kecantikan. Kandungan
kafeina dalam kopi tidak hanya bermanfaat untuk mengurangkan rasa mengantuk. Di
dalam dunia kecantikan, kafeina tersebut berfungsi sebagai ‘vasorestrictor’ yang akan
mengecutkan pembuluh darah. Hal ini menyebabkan kulit akan terasa lebih lembut
serta sangat efektif dalam membantu mengurangkan jerawat pada kulit. Kopi dapat
dijadikan bahan dasar untuk pembuatan produk kecantikan kerana kandungan asid
organik, mineral, potasium, magnesium, dan zat besi didalamnya.

Perlu anda ingat, jangan mengambil makanan berbahan kopi, kerana ia


merupakan salah satu makanan yang menyebabkan jerawat, hanya gunakan untuk
11

bagian luar atau scrub semula jadi. Berikut beberapa manfaat kopi untuk wajah
berjerawat:

i. Mencegah Radikal Bebas

Kopi mengandungi dua zat anti oksida yang dapat mencegah radikal bebas.
Kulit wajah yang terdedah pada radikal bebas akan mengalami penuaan pramatang.
Untuk itu penggunaan kopi yang mengandungi anti oksida dapat mencegah kulit
menjadi kedut sebelum waktunya (penuaan pramatang) dengan menjaga pengambilan
anti oksida didalam tubuh.

ii. Mengurangkan Risiko Kanser Kulit

Kanser kulit dipengaruhi oleh dua faktor iaitu dalaman dan luaran. Faktor
dalaman dapat diprolehi dari apa yang diambil. Faktanya, dengan mengambil kopi
dapat menjauhkan daripada risiko terkena kanser kulit pada lelaki dan perempuan.
Sedangkan faktor luaran dapat diperolehi dari aktiviti di luar persekitaran yang
terdedah kepada sinaran matahari dengan mengenai kulit secara terus dalam jangka
masa yang lama.

iii. Menyegarkan Kulit Wajah

Campuran serbuk kopi yang telah dibuat menjadi krim dapat dibekukan
dengan diletakkan kedalam peti beku supaya membeku. Lalu sapukan perlahan-lahan
seperti memakai krim atau losyen. Aroma serbuk kopi yang khas juga dapat membuat
fikiran menjadi tenang. Fikiran yang tenang ini juga akan menjadikan wajah kelihatan
lebih segar dan bersih.

iv. Menghapuskan Selulit


12

Sesulit pada kulit tentu dapat mengganggu penampilan anda. Untuk


mengurangkan selulit. Hampas kopi yang biasanya hanya dijadikan bahan
pembuangan atau sampah disini dapat dimanfaatkan untuk menyokong dan
menyerlahkan penampilan anda. Caranya campurkan hampas kopi dengan minyak
zaitun lalu diletakkan pada kulit. Untuk hasil yang lebih baik, bungkus atau gunakan
plastik supaya campuran hampas kopi dengan minyak zaitun dapat meresap kedalam
kulit dengan lebih cepat dan baik. Lalu biarkan selama 5-10 minit dan bersihkan
menggunakan air sejuk.

v. Membuang Kotoran Dan Parut Jerawat

Campurkan serbuk kopi yang masih mempunyai bijiran kecil lalu diletakkan
pada kulit wajah. Lakukan urutan dengan gerakan memutar lalu biarkan sehingga
kering. Setelah dibersihkan, sapukan air sejuk atau air batu untuk menyegarkan kulit
wajah selama beberapa minit.

vi. Mencerahkan Tona Warna Kulit

Campuran yang berfungsi sebagai pemutih disini iaitu susu yang tulen. Susu
mengandung pelembap tinggi yang mampu mencerahkan tona warna kulit.
Kandungan lain seperti asid laktat juga dapat menjadikan kulit terasa lebih lembut.
Campurkan hampas kopi dengan susu dan jadikan bahan tersebut sebagai topeng
(mask) wajah.

Kandungan pada Biji Kopi

Kopi bukan hanya tumbuhan biji-bijian yang dibuat menjadi minuman sahaja.
Akan tetapi pelbagai kandungan yang terdapat pada kopi yang bermanfaat untuk
tubuh manusia. Berikut kandungan pada biji kopi :

i. Kafein
ii. Trigoneline
iii. Protein dan Asam Amino
iv. Karbohidrat
13

v. Asam Alifatik (asam karboksilat)


vi. Asam Klorogenat
vii. Lemak dan turunannya
viii. Glikosida
ix. Mineral

Manfaat Kopi

Salah satu penyebab munculnya jerawat kerana kelenjar minyak yang


berlebihan sehingga menyebabkan liang-liang kulit tersumbat. Wajah yang berjerawat
tidak hanya dapat diatasi dengan kosmetik yang mengandungi bahan kimia. Kulit
yang terdedah pada bahan kimia seperti merkuri memang dapat menghilangkan
jerawat secara segera, akan tetapi terdapat kesan-kesan yang menyebabkan kerosakan
pada kulit. Kopi boleh digunakan sebagai penghilang jerawat yang semula jadi tanpa
risiko terdedah pada bahan kimia. Beberapa produk kosmetik kelas elit telah
menggunakan kopi sebagai bahan utama untuk menghilangkan jerawat dalam bentuk
krim atau losyen kulit.

Kopi dapat membantu menghilangkan bekas jerawat pada kulit wajah. Sel
kulit mati yang tertinggal dan berkumpul pada kulit akan menyumbat liang-liang dan
akan menyebabkan munculnya jerawat. Tersumbatnya liang-liang tersebut akan
menyebabkan keradangan pada kulit dan membuat jerawat semakin banyak.

Dengan memakai skrub pada wajah, sel kulit mati akan mengelupas dan proses
menghidupkan kulit semula terjadi dengan baik. Kulit kering akan mudah mengelupas
sehingga nampak bersisik serta kasar. Hal ini dapat menyebabkan penuaan pramatang
pada kulit wajah. Untuk itu penggunaan skrub kopi yang mengandung anti oksida
dapat mencegah permasalahan kulit tersebut.
14

2.3 KAJIAN TERDAHULU

2.3.1 Sejarah Kopi

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disediakan
daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi.
Disebabkan kandungan kafeinanya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia.
Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai di seluruh dunia.

Kopi adalah minuman pertama dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui
di tanah tinggi Etiopia. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-
15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam,
penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.

Terdapat dua jenis utama pokok Kopi, ‘coffea arabica’ merupakan kopi
tradisional, dan dianggap lebih baik. ‘Coffea canephora’ (robusta) mempunyai
kandungan kafeina yang lebih tinggi dan boleh ditanam dikawasan yang tidak sesuai
untuk arabica, mendorong kepada penggunaannya sebagai gantian murah bagi arabica
dalam kebanyakan hasil kopi perdagangan. Berbanding Arabica, Robusta cenderung
mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Robusta bermutu tinggi digunakan sebagai
bahan dalam sesetengah campuran espresso untuk menambah lebih rasa pada kos
yang lebih rendah. Di Itali kebanyakan espresso menggunakan Robusta digoreng
garing (dark roasted).

Kopi merupakan bahan komoditi kedua yang luas diperdagangkan. Kopi


Arabica secara tradisi dinamakan sempena pelabuhan ia dieksport, dua yang tertua
adalah Mocha, dari Yemen, dan Jawa, dari Indonesia. Perdagangan kopi moden lebih
15

khusus mengenai tempat asal, melabelkan kopi menurut negara, region, dan
kadangkala sehinggakan ladang pengeluar. Malah peminat (aficionados) kopi
membezakan kopi yang dilelong menurut nombor penghantaran.

Negara pengeksport kopi terbesar buat seketika adalah Brazil, tetapi pada tahun
kebelakangan apabila permintaan kopi meningkat, pasaran biji kopi telah dibanjiri
dengan sejumlah besar biji kopi robusta yang lebih enak rasanya daripada pengeluar
negara seperti Vietnam, disebabkan kos yang lebih murah. Salah satu contoh robusta
yang mahal dan luar biasa adalah Kopi Luwak, Indonesia. Biji kopi ini dikutip dari
Common Palm Civet, yang proses penghadamannya memberikan rasanya berlainan.

Proses penggorengan adalah penting bagi menghasilkan secawan kopi yang


berperisa. Apabila digoreng, biji kopi hijau mengembang sehingga sekali ganda saiz
asal, bertukar warna dan kepadatan. Apabila biji kopi menyerap haba, warna bertukar
menjadi kuning dan kemudian perang lembut. Semasa penggorengan minyak
kelihatan pada permukaan biji kopi. Biji kopi bertukar menjadi semakin gelap
sehingga pemanasan dihentikan.

Jika dipanaskan sedikit sahaja, biji kopi akan mengekalkan rasa asal iaitu rasa
yang terhasil pada biji kopi dari keadaan tanah dan cuaca di lokasi ia ditanam. Biji
kopi dari kawasan terkemuka seperti Jawa dan Kenya biasanya dipanaskan sedikit
sahaja agar ciri-ciri asal kekal dalam rasa. Kaedah penggorengan tempatan bagi
bandar Ipoh di Malaysia membabitkan penambahan mentega semasa proses
penggorengan, menghasilkan variasi yang dikenali sebagai kopi putih Ipoh.

Apabila biji kopi semakin kehitaman menjadi perang gelap, perisa asal biji
kopi ditenggelami oleh perisa proses penggorengan itu sendiri. Pada penggorengan
garing, iaitu perisa goreng ia begitu kuat sehinggakan sukar menentukan asal biji kopi
yang digunakan dalam proses tersebut. Biji kopi yang digoreng dijual menurut kadar
penggorengan. Garis pemisah kadar gorengan iaitu tahap amat garing dan hangus
menjadi perdebatan. Tidak seperti yang disangkakan, gorengan garing dan kopi yang
lebih kuat rasanya tidak mempunyai lebih (caffeine) berbanding gorengan ringan.
Pembekal kopi kebangsaan utama menyesuaikan keluaran mereka untuk memenuhi
cita rasa kawasan tertentu dalam negara. Sebagai contoh, satu tin serbuk kopi yang
16

dibeli di Tenggara atau Timur Laut Amerika Syarikat akan mengandungi gorengan
lebih garing berbanding pembungkusan yang serupa yang terdapat di tengah Amerika
Syarikat.

Pada abad ke 19, kopi biasanya dibeli dalam bentuk biji kopi dan digoreng
dalam kuali goreng. Penggorengan bentuk ini memerlukan kemahiran untuk dilakukan
dengan baik, dan ditinggalkan apabila serbuk kopi siap digoreng kedap vakum berjaya
dihasilkan. Malangnya, disebabkan kopi menghasilkan CO2 selama beberapa hari
selepas digoreng, ia perlu dibiarkan lemau sebelum boleh dikedap vakum. Disebabkan
ini dua teknologi telah digunakan, kini pengeluar telah menggunakan tin tekanan dan
kebanyakan bungkusan biji kopi digoreng disimpan dalam bungkusan dengan injap
bebas tekanan. Masa kini, penggorengan di rumah menjadi popular kembali.
Penggorengan secara drum berkomputer tersedia yang memudahkan penggorengan di
rumah, dan sesetengah orang hanya menggoreng biji kopi menggunakan ketuhar atau
pembuat bertih jagung (popcorn). Setelah digoreng, kopi kehilangan rasa dengan
cepat, walaupun telah disimpan dalam bekas kedap oksigen untuk melambatkan
proses pengoksidaan. Walaupun sesetengah cenderung menunggu sehingga 24 jam
selepas menggoreng untuk menghasilkan cawan pertama, kesemua mereka bersetuju
bahawa ia kehilangan perisa dan kepahitannya selepas seminggu digoreng, walaupun
di bawah keadaan yang sempurna.Kajian saintifik telah memeriksa hubungan antara
penggunaan kopi dan satu pameran keadaan perubatan. Penemuan adalah
bertentangan sebagai mana kopi sama ada mempunyai sebarang faedah kesihatan
khusus, dan keputusan adalah serupa bertentangan mengenai kesan-kesan negatif bagi
pengambilan kopi.

2.3.2 Sejarah Sabun

Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau
sedikit cucian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan, dipanggil buku. Di negara
maju, pencuci sintetik telah menggantikan sabun sebagai dobi. Kebanyakan campuran
sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan
daripada asid lemak dan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium
17

hidrosida atau kalium hidrosida) pada 80°C sehingga 100°C dalam proses yang
dikenali sebagai saponifikasi atau penyabunan. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan atau
direaaksikan pengurangan garam oleh bahan yang menghasilkan gliserol dan sabun
kasar (garam asid lemak beralkali).

Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. ‘Sodium Tallowate’, iaitu


bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang
dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan
sebagai sabun ‘castile’. Sekarang, sabun biasanya digantikan oleh agen pembersihan
lain, sebagai contoh detergen sintetik. Proses biasa bagi menyucikan sabun termasuk
menyingkirkan sodium klorid, sodium hidroside, dan glycerol. Campuran (nihilistic)
ini disingkirkan dengan merebus ketulan sabun kasar dalam air dan membentuk
semula sabun dengan garam.

Air kemudian disingkir dari sabun. Secara tradisi, ini dilakukan dengan
menggunakan penggelek cili yang menghasilkan kepingan sabun yang biasa
digunakan sekitar 1940-an dan 1950-an. Proses ini digantikan dengan pengering untuk
mengeringkan dan kemudiannya dibiarkan beberapa minit. Sabun kering
mengandungai kelembapan sekitar 6% hingga 12% kemudian dipadatkan kepada
ketulan kecil (pallet). ‘Pallet’ ini kemudiannya disediakan untuk proses akhir
pembuatan sabun. Proses membuat sabun seterusnya adalah proses menukar ‘pallet’
sabun kasar kepada bentuk yang boleh dijual, biasanya bentuk sabun buku.

‘Pallet’ sabun dicampurkan dengan wangian dan bahan lain serta digabungkan
sepenuhnya ke dalam pengaul. Bahan ini kemudiannya dikeluarkan dari pengaul
kepada penapis, yang digunakan untuk penekan (auger), memaksa sabun melalui
penapis dawai halus. Daripada penapis, sabun disalur melalui penggelek (pengilang
Perancis atau pengilang keras) sama seperti proses penghasilan plastik. Sabun ini
kemudiannya melalui satu atau lebih banyak penapis untuk meningkatkan jisim
kelikatan sabun. Sejurus sebelum dimampatkan, sabun melepasi ruang hampagas bagi
menghilangkan sebarang gas yang terperangkap. Ia kemudiannya disalurkan menjadi
batang panjang, sebelum dipotong kepada saiz yang dikehendaki, melalui pengesan
logam dan ditekan dalam bentuk tertentu melalui mesin acuan. Buku sabun kemudian
dibungkus dalam pelbagai cara.
18

Pasir atau batu-batu mungkin ditambah bagi menghasilkan sabun yang tahan
lama. Proses ini paling biasa bagi menghasilkan sabun bagi kebersihan manusia.
Bahan penyental bertindak bagi menyingkir sel-sel kulit mati dari permukaan yang
dicuci. Proses ini dikenali sebagai ‘exfoliation’. Kebanyakan bahan baru digunakan
sebagai sabun ‘exfoliating’ yang berkesan.

2.3.3 Sejarah Keluli Tahan Karat

Dalam metalurgi atau kajian logam, keluli tahan karat atau besi tahan karat
ditakrifkan sebagai sebatian besi-karbon dengan kandungan minimum 10.5%
kromium. Nama ini berasal dari fakta bahawa besi tahan karat tidak berkarat atau
terhakis dengan mudah berbanding keluli biasa. Bahan ini juga dikenali sebagai besi
tahan hakisan apabila ia tidak dispesifikasikan mengenai jenis sebatian atau grednya,
terutama dalam industri penerbangan. Dengan itu, terdapat pelbagai jenis permukaan
besi tahan karat yang ditawarkan dan mudah didapati, bagi memenuhi persekitaran di
mana bahan tersebut mudah didapati sepanjang hayat. Kegunaan biasa besi tahan karat
adalah sudu-garpu iaitu sebagai kegunaan harian dan tali jam besi.

Keluli tahan karat mempunyai ketahanan lebih tinggi terhadap pengoksidaan


(karat) dan hakisan dalam kebanyakan persekitaran biasa dan buatan manusia.
Walaubagaimanapun, adalah penting untuk memilih jenis dan gred keluli tahan karat
yang tepat bagi kegunaan khusus atau kegunaan harian.
19

Rajah 2.2 : Keluli Tahan Karat

2.3.4 Sejarah Keluli Lembut

Keluli juga dikenali sebagai besi baja atau besi waja (steel) adalah sejenis aloi
yang bahan utamanya ialah besi, dengan sedikit kandungan karbon di antara 0.02%
sehingga 1.7% atau 2.04% mengikut berat (C:1000–10, 8.67Fe), bergantung kepada
gred. Karbon adalah bahan sebatian paling murah dan berkesan bagi besi, tetapi
pelbagai unsur sebatian lain yang turut digunakan seperti ‘manganese’ dan ‘tungsten’.
Karbon dan unsur lain bertindak sebagai agen pengeras, dan ia menghalang kerawang
kristal (crystal lattice) dalam atom besi berpisah dengan tergelincir sesama sendiri.
Jumlah unsur sebatian yang berbeza dan bentuk kehadirannya dalam keluli (unsur
solute, fasa precipitated) mengawal kualiti seperti kekerasan, kelenturan, dan
kekenyalan keluli yang terhasil. Besi dengan peningkatan kandungan karbon mampu
menjadi lebih kukuh dan kuat berbanding besi, tetapi ia juga lebih rapuh. Maksimum
kelarutan karbon dalam besi (di kawasan austenite) adalah 2.14% menurut berat,
berlaku pada 1149°C, kandungan karbon yang lebih tinggi atau suhu yang lebih
rendah akan menghasilkan ‘cementite’.

Sebatian besi dengan kandungan karbon lebih tinggi dari ini dikenali sebagai
besi tuang kerana kadar leburnya yang lebih rendah. Keluli juga dibezakan dari besi
tempa (wrought iron) dari segi kandungan yang mengandungi hanya sejumlah kecil
unsur lain, tetapi mengandungi 1% sehingga 3% ‘slag’ menurut berat dalam bentuk
partikel memanjang pada satu arah, memberikan ciri-ciri urat besi. Ia lebih tahan karat
berbanding keluli dan lebih mudah dipatri. Tetapi pada masa kini istilah ini jarang
digunakan dalam industri keluli. Ia merupakan perkara biasa pada masa kini bagi
merujuk 'industri besi keluli' seolah-olah ia satu kebiasaan, tetapi dalam sejarah ia
merupakan keluaran yang berbeza.

Sungguhpun besi telah dihasilkan melalui pelbagai kaedah lebih efisyen


berbanding Renaissance, iaiyu kegunaannya lebih biasa selepas kaedah lebih efisyen
yang dicipta pada abad ke-17. Dengan ciptaan proses ‘bessemer’ pada pertengahan
abad ke-19. Besi menjadi barangan keluaran borong yang murah dari segi
perbandingan. Peningkatan lanjut dalam proses tersebut, seperti penghasilan besi asas
20

oksigen, menurunkan lagi kos penghasilan sementara pada masa yang sama
meningkatkan kualiti logam. Hari ini, keluli merupakan salah satu bahan yang biasa
didapati di dunia dan merupakan komponen utama dalam pembinaan bangunan,
perkakasan, kereta, dan peralatan utama. Keluli moden biasanya dikenali melalui gred
keluli yang ditakrifkan oleh pelbagai organisasi piawaian.

Rajah 2.3: Keluli Lembut

2.3.5 Mesin Pengisar 500w

Pengisar atau dikenali sebagai blender adalah alat elektronik yang merupakan
sebuah mesin yang dilengkapi dengan pisau atau alat berputar yang digunakan untuk
mengacau, mencampur, mengisar, atau melembutkan bahan makanan. Alat pemutar
berbentuk seperti satu bilah yang agak pendek telah dipasang pada bahagian bawah
bekas. Alat ini dimainkan dengan cepat dan tenaga dari sebuah motor sehingga alat ini
dengan segera boleh mencampur dan melumatkan bahan-bahan yang dimasukkan ke
dalamnya. Pengisar juga umumnya mempunyai pengatur kelajuan berputarnya alat di
dalam mesin. Pengisar biasanya dipakai di dapur atau di tempat-tempat yang
memerlukan proses campuran.

Pengisar berbeza daripada pemprosesan makanan. Bekas pengisar biasanya


lebih tinggi berbanding bekas memprosesan makanan dan alat putaran biasanya boleh
ditanggalkan dan diganti-ganti bergantung kepada bahan makanan yang ingin
diproses. Pengisar lebih sesuai untuk menyiapkan atau mencampurkan minuman.
Sementara itu, pemprosesan makanan lebih sesuai untuk memotong, mencincang,
21

mencampur, dan menghaluskan bahan makanan yang lebih padat atau kering.
Berbanding pengisar, pemprosesan makanan lebih serba guna.

Pengisar berbentuk batang dan tanpa bekas disebut ‘immersion’ pengisar


(blender benam). Alat ini boleh terus digunakan untuk melumatkan makanan yang
sedang dimasak di dalam periuk. Pengisar dicipta pada tahun 1922. Ketika penemu
Poland-Amerika bernama Stephen J. Poplawski memasang sebuah alat berputar di
dalam sebuah balang. Poplawski menggunakan pengisar untuk membuat minuman
‘soda fountain’. Pada tahun 1935, Fred Osius menyempurnakan idea Poplawski dan
mencipta ‘Waring Blender’.

2.4 RUMUSAN BAB

Berdasarkan dengan kajian yang kami jalankan kami dapati mesin pembuat
sabun adalah salah satu mesin yang lebih efektif digunakan untuk menolong kakak
saya memasarkan produknya dengan lebih luas dan lebih cepat. Dengan menggunakan
tangan terdapat beberapa faktor kekurangan seperti mempunyai risiko terkena bakteria
pada produk yang tinggi, keadaan produk yang bersepah dan memakan masa yang
lama. Oleh itu kami telah menginovasikan sebuah mesin pembuat sabun yang ternyata
dapat menghidar segala faktor keburukan yang dinyatakan.
22

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN BAB

Metodologi boleh menjadi analisis prinsip-prinsip kaedah dan peraturan yang


berkhidmat dengan disiplin, kajian sistematik pada kaedah yang boleh atau telah
digunakan dalam disiplin atau satu prosedur tertentu atau set prosedur.

Metodologi termasuk koleksi falsafah teori, konsep atau idea kerana ia


berkaitan dengan sesuatu bidang atau bidang siasatan. Kaedah merujuk kepada lebih
daripada satu set mudah kaedah, sebaliknya ia merujuk kepada rasional dan andaian
falsafah bahawa kajian sebagai garis bawah berbanding dengan kaedah saintifik.
Inilah sebabnya mengapa kesusasteraan ilmiah sering mengandungi satu bahagian
pada para penyelidik.

Setiap langkah projek ini adalah satu proses untuk menyiapkan projek itu.
Setiap langkah mesti diikuti satu persatu dan perlu dilakukan dengan teliti. Jika
beberapa kesilapan berlaku ia boleh membuat projek mungkin tidak dapat beroperasi
atau tidak kelihatan kemas dan sempurna.

Projek sebelum penamat, pelbagai proses yang perlu dilakukan mengikut


prosedur yang betul bagi memastikan projek yang tidak mempunyai sebarang
masalah. Antara langkah-langkah kerja yang dilakukan dalam menyediakan projek-
23

projek ini adalah proses mereka bentuk projek itu, ukuran dan sifat-sifat yang
digunakan.

Mula

Pernyataan Masalah

Kajian Literatur

Reka Bentuk Awal

Reka Bentuk Akhir

Menentukan ukuran projek


tidak
Proses pemasangan
tidak

MELAKUKAN
UJIAN

ya

Finishing
24

TAMAT

Rajah 3.1: Carta Alir Perancangan Projek

3.2 CARTA ALIR PROSES REKABENTUK

Carta alir projek adalah penting dalam melakukan sesebuah projek atau
pengubahsuaian projek untuk memudahkan proses kerja. Oleh itu, kerja-kerja yang
dilakukan dapat disiapkan dengan jayanya tanpa mengeluarkan banyak kos atas sebab-
sebab kecemasan semasa melakukan sebuah projek. Oleh itu, carta aliran ini dibuat
untuk melancarkan lagi perjalanan dalam melaksanakan projek bagi membantu
menyiapkan projek dengan sempurna. Ia juga dapat membantu menyiapkan projek
dengan adanya jadual seperti ini. Ini menunjukkan carta aliran projek yang telah
dibuat sebelum melakukan pengubahsuaian projek.
25

3.2.1 Carta Alir

i. Mula :
Mula melakukan projek

ii. Penyataan masalah :


Mengetahui mengapa dan bagaimana projek ini dipilih

iii. Memilih tajuk yang bersesuaian :


Memilih tajuk yang sesuai untuk projek dengan membuat perbincangan dalam
kumpulan bersama penyelia

iv. Membuat kajian mengenai projek :


Mencari bahan yang bersesuaian seperti besi, mesin pemutar, dan sebagainya
yang sesuai digunakan .

v. Pengujian :
26

Bahan yang telah siap dipasang perlu diuji untuk mengetahui ketahanan bahan
tersebut kuat atau lemah.

vi. Laporan :
Apabila selesai projek dijalankan , laporan akhir adalah wajib disediakan oleh
setiap kumpulan.

vii. Tamat :
Menghantar laporan dan membuat persediaan untuk perbentangan projek

3.3 KONSEP KERJA PRIME

Konsep yang digunakan untuk merekabentuk dan menganalisis prototaip


adalah konsep PRIME yang akan dihuraikan lebih terperinci dibawah.

i. P – problem statement
ii. R – research
iii. I – innovation
iv. M – modification
v. E - evoluation
27

3.3.1 Mengenalpasti Masalah

Bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini ialah melalui beberapa cara
seperti masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara ahli
kumpulan serta masalah-masalah lain yang timbul. Masalah boleh juga dikenalpasti
melalui kaedah perbincangan dan pengalaman. Pengumpulan maklumat dan data
berkaitan dengan spesifikasi terperinci tentang projek yang dirancang juga perlu
dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah.

Kajian dan rujukan yang diperoleh daripada pensyarah, ahli-ahli kumpulan dan
laman web yang berkaitan dengan projek ini juga banyak membantu dalam mengatasi
dan mengenalpasti masalah yang akan timbul apabila menghasilkan rekaan tersebut.
Selain itu, masalah juga terdapat di Politeknik semasa proses pembelajaran. Para
pensyarah tidak mempunyai banyak peralatan yang boleh digunakan dengan kursus
yang hendak dilakukan. Antara masalahnya ialah :

i. Sebelum diciptakan mesin ini, kakak saya mengalami kesulitan dalam


mengukur kuantiti bahan untuk melakukan produk. Ia kerana bahan perlu
ditambah berulang kali kerana sukatan secara anggaran amat meremehkan.
ii. Masalahnya produk sebelum ini dihasilkan menggunakan tangan.Seperti kita
semua sedia maklum, tangan seringkali dihinggap bakteria. Ia akan
menyebabkan masalah apabila produk kakak saya dipasarkan ke pasaran luar.
iii. Masa untuk menghasilkan produk terlalu lama. Ia akan menyebabkan kakak
saya tidak dapat mencapai sasaran yang sepatutnya untuk menyiapkan produk
tersebut.
iv. Bahan produk bersepah diluar bekas. Ia akan menyukarkan kerja-kerja
pembersihan dan susunan bahan tidak teratur.
28

3.3.2 Pencetusan Idea Merekecipta

Cara penyelesaian yang terbaik akan dibuat sekirnya masalah yang timbul
telah dikenalpasti. Terdapat beberapa cara yang boleh dijalankan bagi mencetus idea
merekacipta. Antaranya ialah melalui soal selidik, penyelidikan, kajian keperluan dan
pemerhatian serta pengamatan. Pada kebiasaannya, pencetusan idea berlaku apabila
terdapat masalah ataupun kesulitan untuk kita melakukan sesuatu pekerjaan. Disitulah
tercetusnya idea untuk merkacipta.

Projek yang dilakukan tidaklah sesuatu yang baru tapi penambahbaikan dan
juga mereka bentuk struktur yang baharu tetapi masih menggunakan teori yang sama.
Pencetusan idea ini sebenarnya berdasarkan masalah yang dialami semasa proses
pembelajaran.

3.3.3 Perancangan Projek

Proses bagi membentuk rangka dan teknik pembuatan yang sesuai juga
memerlukan ketelitian dan perancangan yang rapi kerana struktur yang hendak dibuat
bersesuaian dengan produk antaranya mengkaji keperluan peralatan dan bahan yang
beresuaian, pemilihan bahan yang ekonomi, dan berkualiti serta mesra pengguna.
Untuk merancang proses membuat projek ini memerlukan perancangan yang rapi
supaya dapat menepati apa yang dikehendaki disamping dapat menjimatkan kos
supaya tidak terdapat membuat sesuatu atau membeli peralatan berlebihan.

3.3.4 Percambahan Idea

Mesin pembuat sabun merupakan projek yang telah diinovasikan dengan


membuat ia menjadi mudah. Kelebihan mesin ini yang utama ialah dapat menjimatkan
masa dan mudah dikendalikan. Berbeza dengan cara yang dialami oleh kakak saya
yang dahulunya menggunakan dengan cara manual.
29

i. Rekabentuk pertama

Rajah 3.2: Rekabentuk Pertama

ii. Rekabentuk kedua


30

Rajah 3.3: Rekabentuk Kedua

iii. Rekabentuk ketiga

Rajah 3.4: Rekabentuk Ketiga

3.3.5 Kelebihan Dan Kekurangan Rekabentuk

i. Rekabentuk pertama

Jadual 3.1: kelebihan dan kekurangan rekabentuk pertama

Kelebihan Kekurangan
Lebih kukuh Tidak stabil
Ringan Terlalu ringan

ii. Rekabentuk kedua


31

Jadual 3.2: kelebihan dan kekurangan rekabentuk kedua

Kelebihan Kekurangan
Mudah diangkat Memerlukan pemberat
Saiz yang sesuai/mudah alih Tidak stabil

iii. Rekabentuk ketiga

Jadual 3.3: kelebihan dan kekurangan rekabentuk ketiga


Kelebihan Kekurangan
Mudah diangkat Tidak stabil
Struktur kuat Berat

3.3.6 Pemilihan Idea

i. Jadual penilaian bermatrik

Penilaian dan pemilihan dianalisis dengan membandingkan rekabentuk dengan


konsep rujukan (Datum). Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap
konsep untuk menentukan konsep terbaik. Kaedah ini dipanggil Kaedah Penilaian
Bermatrik (Jalil, M.K.A, 2000) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4. Hasilnya
ditentukan dalam bentuk kebaikan dan keburukan. Oleh itu, mana-mana kelemahan
ditentukan dalam konsep rekabentuk yang dipilih boleh diperbaiki.
32

Jadual 3.4: Perbandingan Antara Rekabentuk 1, 2, Dan 3 Dengan


Rekabentuk Rujukan
No Kepentinga Rekabentu Rekabent Rekabentu Rekabentu
Kriteria
. n Kriteria k 1 uk 2 k 3 k rujukan
Ketahanan
1. 5 - - S
tapak/stabil
2. Mudah alih 4 + - S D
3. Kos 4 - - -
Bahan A

4. mudah 3 + + +
T
didapati
Tahap U
5. 5 - - S
keselamatan
Mudah M
6 5 - - +
dipasang
7. Jenis mesin 4 - - +
8. Jumlah + 2 1 3 0
9. Jumlah− 5 6 1 0
10. Jumlah keseluruhan -3 -5 2 0
11. Jumlah sebenar -16 -24 8 0
33

ii. Rekabentuk pilihan

Rajah 3.5: Rekabentuk pilihan

3.3.7 Pemilihan Bahan

Terdapat beberapa bahan yang digunakan untuk mereka bentuk alat


pemotong ayam yang diperbuat daripada besi tahan karat. Jadual 3.5 menunjukkan
bahan-bahan yang digunakan untuk merekabentuk mesin pembuat sabun.

Jadual 3.5: Anggaran Kos


34

Nama bahagian Kuantiti Harga (RM)


Bekas plastik 3 9.00
Plat besi 3 45.00
Keluli tahan karat 1 30.00
Tapak 1 46.64
Mesin 500W 1 100.00

3.3.8 Evaluation (E)

i. Pengujian (mesin pembuat sabun)


a. Sediakan radas dan alat yang diperlukan.
b. Memasukkan bahan ke dalam mesin pembuat sabun.
c. Mesin pembuat sabun telah melakukan pemprosesan produk.
d. Catatkan masa yang diambil semasa langkah (c) dijalankan.
e. Mengira berapa lama mesin tersebut untuk menyiapkan produk.
f. Mengulang langkah (c) hingga (e) sebanyak dua kali .
g. Mengira purata masa.

ii. Pengujian (menggunakan tangan)

a. Sediakan radas dan alat yang diperlukan.


b. Memasukkan bahan ke dalam bekas pemprosesan.
c. Menggaul dan meratakan produk sehingga sebati dan siap.
d. Catatkan masa yang diambil semasa langkah (c) dijalankan.
35

e. Mengira berapa lama masa untuk menyiapkan produk tersebut menggunakan


tangan.
f. Mengulang langkah (c) hingga (e) sebanyak dua kali.
g. Mengira purata masa.

3.3.9 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data ini dilakukan dengan membina sebuah jadual untuk
mengumpul data dengan menggunakan jam randik. Oleh itu, Jadual 3.6 dibina.

Jadual 3.6: Masa Diambil Untuk Memproses Produk

Cubaan Bahan digunakan Masa diambil Purata masa


1
2
3

i. Terdapat pelbagai cara untuk memproses produk seperti menggunakan tangan


dan mesin pembuat sabun. Hal ini demikian, jadual 3.7 dibina untuk membuat
perbandingan antara cara memproses sabun dan mendapatkan purata masa
proses tersebut.

Jadual 3.7: Masa Diambil Untuk Memproses 1 Liter Produk

Cara memproses Masa diambil untuk menyiapkan produk


produk
Tangan Ujian 1
36

Ujian 2
Ujian 3
Purata:

Mesin pembuat Ujian 1


sabun Ujian 2
Ujian 3
Purata:

3.4 PERALATAN, BAHAN, DAN KOS

3.4.1 Peralatan

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa
proses membina projek dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini, projek yang
dilakukakan tidak dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna. Antara
alatan yang digunakan untuk membina mesin pembuat sabun adalah seperti berikut:

Jadual 3.8: Peralatan dan kegunaan

Peralatan Kegunaan
37

Mesin ini digunakan untuk kimpalan


projek yang menggunakan besi.

Digunakan untuk menebuk lubang


pada bahan kerja. Saiz mata gerudi
juga berbeza mengikut keperluan.

Digunakan untuk melindungi mata


daripada terkena serpihan semasa
melakukan kerja .

Digunakan untuk mengikir bahan


kerja. Kikir digunakan bagi tujuan
kemasan bahan kerja.
38

3.4.2 Membuat Lakaran/ Lukisan Bahan

Proses pertama untuk membuat sebuah projek mestilah dengan membuat


lakaran bagi tujuan untuk memudahkan proses seterusnya dan secara tidak langsung
dapat menterjemahkan apa yang hendak dibuat secara lebih jelas selepas proses
pencetusan idea. Dengan membuat lukisan, perbincangan dapat dibuat dengan ahli
kumpulan untuk mereka bentuk projek dengan lebih kemas dan terancang. Dimensi
projek boleh dibuat dan juga dihasilkan. Lakaran dan lukisan dibuat pada mulanya
dengan menggunakan kertas sahaja. Lukisan dibuat dengan menggunakan kaedah
lukisan kejuruteraan.

Lukisan dibuat dalam bentuk isometrik supaya mudah untuk dilihat. Ini kerana
projek boleh dilihat dari tiga sudut serentak. Selepas proses membuat lukisan asas
projek, setiap komponen pada projek dilukis secara berasingan bagi tujuan untuk
memudahkan kerja-kerja untuk membuat projek. Projek ini terbahagi kepada dua
bahagian yang asas. Antara bahagian asas adalah bahagian tapak dan atas .

i. Proses membina tapak

Rajah 3.6: Proses Membina Tapak


39

Lukisan menggunakan Software Inventer 2016 bagi setiap komponen asas


supaya lebih jelas untuk dilihat. Juga boleh dibuat supaya mudah untuk membuat
projek. Bahagian ini sangat penting kerana bahagian ini merupakan tapak pada
bahagian projek. Hal ini dapat memudahkan projek untuk berdiri dengan kukuh.

ii. Proses menebuk lubang

Rajah 3.7: Proses Menebuk Lubang

Proses menebuk adalah proses untuk membuat lubang dimana supaya tiang
mesin dapat dimasukkan kedalam badan projek untuk proses pemutaran. Oleh itu,
skru dan nat diperlukan untuk mengikat tapak dan tiang bawah untuk mengunci tiang
atas daripada melonggar ke bawah.

iii. Proses mengimpal

Rajah 3.8: Proses Mengimpal


40

Proses kimpalan yang digunakan adalah arka. Proses ini digunakan kerana
bahagian yang hendak dikimpal kecil dan juga hasil kimpalan kemas dari jenis
kimpalan yang lain.

iv. Proses membuat tapak pemutar

Rajah 3.9: Proses Membuat Tapak pemutar

Proses membuat tapak putaran ini adalah untuk bahagian bawah projek. Bahan
yang digunakan adalah besi supaya dapat menggaul bahan-bahan yang akan
digunakan untuk membuat sabun

3.4.3 Kos
Jadual 3.9: Kos
KOMPONEN UNIT KOS
Mesin 500W 1 RM150.00
Bekas plastik 3 RM9.00
Bekas besi 1 RM45.00
Hot glue 1 RM4.00
Skru dan nut 6 RM6.50
41

Glue gun 1 RM25.00


Skru pemutar 1 RM5.00
Plat besi 3 RM45.00
Serbuk kopi 3 RM15.00
Gula perang 3 RM10.00
Aloe vera 10 RM50.00
JUMLAH 33 RM364.50

3.5 RUMUSAN BAB

Bab ini menjelaskan tentang penyelidikan terdahulu, pemilihan reka bentuk


kajian dan kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam menjalankan
penyelidikan ini. Sebelum penyelidikan sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah
dijalankan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan. Beberapa prosedur telah dibina untuk menjalankan ujilari.

Anda mungkin juga menyukai