Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN SENAMROBIK PRASEKOLAH 2017

SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN

1. NAMA :
1.1 Pertandingan Senamrobik Prasekolah 2017
2. PENGELOLA :
2.1 Unit Prasekolah, Jabatan Pendidikan Melaka.
2.2 Jawatankuasa pengelola bertanggungjawab untuk menerangkan secara lengkap dan
jelas peraturan pertandingan kepada semua peserta.
2.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola dan para hakim adalah
muktamad.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN :

3.1 TARIKH : 30 MAC 2017 ( KHAMIS )

3.2 MASA : 8.00 PAGI

3.3 TEMPAT : DEWAN SMK GHAFAR BABA MASJID TANAH

4. JUMLAH PESERTA :
4.1 8 - 10 orang peserta bagi setiap kumpulan. (sekolah)
4.2 Peserta boleh terdiri daripada lelaki sahaja, perempuan sahaja atau campuran lelaki dan
perempuan.

5. KRITERIA PENYERTAAN :
5.1 Penyertaan terbuka kepada murid prasekolah berumur 4+ dan 5+.

6. TEMPOH PERSEMBAHAN :
6.1 5 hingga 7 minit

7. PENDAFTARAN
7.1 Bayaran penyertaan akan ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa.
7.2 Borang pendaftaran akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
7.3 Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dibawa bersama pada hari
pertandingan.

8. PERTUKARAN NAMA :
8.1 Mana-mana peserta / pasukan tidak dibenarkan menukar nama yang telah didaftarkan
di borang pendaftaran kecuali pada waktu kecemasan, seperti peserta demam, sakit
tenat atau ditimpa kemalangan. Sekiranya perkara ini berlaku, maka pengurus
peserta/pasukan tersebut dikehendaki menghubungi Jawatankuasa Pengelola dalam
masa 24 jam secara lisan berserta dengan laporan perubatan dan hanya jawatankuasa
akan menentukan sama ada pertukaran tersebut diterima atau tidak.

9. KOD PAKAIAN
9.1 Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas dan penampilan bersih diwajibkan
sepanjang tempoh pertandingan.
9.2 Rambut yang panjang mesti diikat atau disanggul dengan kemas.
9.3 Rambut tidak boleh menutup dahi dan hendaklah digel.
9.4 Tali kasut hendaklah diikat kemas.
9.5 Peserta tidak dibenarkan memakai barang kemas dan jam tangan semasa
pertandingan.
9.6 Peserta dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dengan kebudayaan negara
dan bertanggungjawab menyediakan pakaian sukan sendiri.
9.7 Pakaian peserta perlulah sopan dan bersesuaian dengan pertandingan ini.
9.8 Penyokongan yang sempurna adalah diwajibkan.
9.9 Memakai kasut aerobik yang bersih digalakkan untuk semua peserta.

10. MUZIK

10.1 Rakaman lagu – satu atau gabungan lagu boleh digunakan. Muzik asal (original song /
music) dibenarkan.

10 .2 Pasukan perlu mengemukakan dua rakaman/ cd yang telah dirakam dan perlu
dilabelkan dengan nama sekolah masing-masing.

10.3 Kualiti – pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap mutu dan kualiti bunyi
pada setiap pita/ cakera padat. Oleh itu, setiap peserta / pasukan hendaklah memastikan
mutu rakaman cd tersebut berada dalam keadaan baik dan bermutu tinggi.
10.4 Pergerakan-pergerakan adalah mengikut kreativiti pasukan masing-masing.
10.5 Tempoh persembahan : 5 hingga 7 minit.
10.5 Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada permulaan
pergerakan melainkan kedua-duanya bermula serentak.

11. KELEWATAN
11.1 Sekiranya berlaku kelewatan disebabkan oleh bencana alam atau perkara-perkara luar
jangkaan seperti kerosakan kenderaan pengangkutan dan sebagainya, peserta/ pasukan
yang terlibat hendaklah menghubungi Urus setia dengan segera dan keputusan tentang
giliran persembahan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal.

11.2 Undi giliran setiap pasukan tidak boleh ditukar.

11.3 Pengurus dan peserta dikehendaki melapor diri kepada Jawatankuasa Teknikal 30

minit sebelum persembahan bermula.

11.4 Semua persembahan akan dijalankan mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan.

11.5 Peserta hendaklah berada di kawasan pertandingan yang ditetapkan 20 minit sebelum

persembahan bermula.

PERTANDINGAN SENAMROBIK PRASEKOLAH NEGERI MELAKA 2017


BORANG PEMARKAHAN PASUKAN : ___________

Kategori
Penghakiman Jenis Markah Jumlah

Pakaian Kesesuaian (5m)


( 10 markah)
Pilihan Warna (3m)

Kekemasan (2m)

Pergerakan Wajib Step Touch (5 m )


(20 markah )
Site Tap ( 5 m)

Kick ( 5 m)

Satu high Impact (5m)

Execution Keseragaman (7m)


( 26 markah )
Ketepatan Pergerakan ( 7 m)

Intensiti (7m)

Gerak Tubuh Badan (5m)

Artistik 1 Perubahan formasi


( 24 markah ) (6m)

Pergerakan peserta (6m)

Penggunaan pentas (6m)

Koreografi Pergerakan (6m)

Artistik 2 Eksperasi/Mimik Muka (3m)


( 20 markah )
Gaya Persembahan (7m)

Pembukaan & Penutup (5m)

Beat & Muzik (5m)

Jumlah Markah

Tanda tangan Hakim

Anda mungkin juga menyukai