Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM BERSAMA WARIS

KERTAS KERJA
PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH
SJKT LADANG TEBRAU
2019
   
Tarikh : 24 FEB 2019
Hari : AHAD
Masa : 8.00 –11.30 PAGI
Tempat : PADANG SJKT LADANG TEBRAU

1.0 PENDAHULUAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak
untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang
penting dalam pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah
menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap
perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan
sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah
beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan
pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan
interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat
membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di
samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan
seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF
PROGRAM BERSAMA WARIS

1. Memberi peluang kepada murid menunjukkan potensi, perkembangan fizikal dan psikomotor
melalui aktiviti sukan.
2. Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi
dengan menepati tata susila masyarakat majmuk
3. Memberi peluang kepada murid prasekolah melakukan aktiviti yang menggembirakan untuk
meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran.
4. Menjalin kerjasama di kalangan ibu bapa dan pihak pengurusan prasekolah.

4.0 RASIONAL
 
Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran bersosial bagi murid-murid
prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan
pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran

 
5.0 SASARAN
 
Aktiviti ini adalah melibatkan 25 orang murid prasekolah, ibu bapa, guru serta PPM prasekolah.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

 Penasihat : PN.PANNIAMMAH (Guru Besar)


Pengerusi : PN.PARWATHY (GPK Hal Ehwal Murid)
PN.GLORY JIVA (GPK Pentadbiran)
EN.LAXMANAN RAU (GPK Ko-kurikulum)
PROGRAM BERSAMA WARIS

Naib Pengerusi 1 : EN.SURESH

Naib Pengerusi 2 : EN.RAGURAMAN

Setiausaha : PN.Lachemi( guru prasekolah)

Bendahari : Puan Sasikalah

AJK : Semua ibu bapa

7.0 ACARA MURID BERKUMPULAN


7.1 Acara mengisi air dalam botol menggunakan span
7.2 Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul
7.3 Acara suai padan baju saya
7.4 Acara menghias bakul bunga
7.5 Acara lerek bola pakai gelung
7.6 Acara lompat bola gimnastik

8.0 ACARA TERBUKA

8.1 Masuk benang dalam jarum

8.2 Tiup dan pecahkan belon bersama anak

9.0 SENARAI ALATAN


PROGRAM BERSAMA WARIS

Alatan Kuantiti
Bakul bunga 3 buah
Benang putih 1 gulung
Bunga plastik 75 tangkai
Jarum 2 set
Baldi 3 buah
Skitel 15 buah
Pinggan 4 biji
Gula-gula 100 biji
Tepung 2 bungkus
Kain batik 3 helai
Belon 100 biji
Span 3 keping
Botol mineral 3 botol
Pundi kacang 25 beg
Bola Gimnastik 3 biji
Span bunga 3 buah
Gelung rotan 9 gelung

songkok 3 pasang

baju melayu 3 pasang

stoking 3 pasang

Kasut sekolah 3 pasang

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PROGRAM BERSAMA WARIS

 
Sumber : Peruntukan Kokurikulum Prasekolah
JK Permuafakatan Waris Prasekolah

1. Makanan Murid (Makanan, Minuman) = RM 10.00 X 25 = 250

2. Hadiah Murid = RM 10.00 X 25 =RM250

3. Peralatan =RM150

Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM650(Enam Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja)

11.0 TENTATIF PROGRAM


Tarikh : 24 feb 2019
Hari : Ahad
Masa : 7:30 Pagi
Tempat : padang
 
MASA AKTIVITI

7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.00– 8.15 pagi Ketibaan Tetamu VIP


8.15– 8.30 pagi Perbarisan Peserta

Ucapan alu-aluan oleh En. Suresh


8.30 – 8.40 pagi
(Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah)

Ucapan Perasmi
8.40 – 8.55 pagi Pn.S.Panniammah
(Guru Besar )

9.00 – 9.35 pagi Persembahan Senamrobik Prasekolah

9.35 - 9.45 pagi Acara murid berkumpulan 1 dan 2


9.45 – 9.55 pagi REHAT
9.55 – 10.10 pagi Acara Berkumpulan ibuBapa
10.10 – 10.40 pagi Acara Murid Berkumpulan 3 dan 4
10.40 – 10.55 pagi Penyampaian Hadiah
10.55 – 11.10 pagi Ucapan Penutup oleh Pengerusi JK Waris Permuafakatan Prasekolah
PROGRAM BERSAMA WARIS

11.10 – 11.30 pagi Bersurai

12.0 HARAPAN DAN PENUTUP


 
Melalui aktiviti yang dijalankan , pihak sekolah khususnya Prasekolah SJKT LADANG
TEBRAU berharap murid-murid prasekolah akan mendapat faedah yang berguna khususnya dalam
meningkatkan lagi tahap keyakinan diri dan semangat untuk bergaul dan bersosialisasi dengan
masyarakat luar. Aktiviti yang dirancang ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid melakukan
aktiviti yang menggembirakan dan berpeluang menerokai persekitaran yang lebih luas tanpa mengabaikan
aspek keselamatan.
 
Disediakan oleh,
 

…………………………………….
(Lachemi Kalimuthu)
Setiausaha
Sukaneka Prasekolah 2019

Disemak oleh

………………………………..

Anda mungkin juga menyukai