Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK


SK BATU 4

ANJURAN :
KELAB BOLA SEPAK SK BATU 4
KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SK BATU 4

1.0 Pengenalan
Program latihan pusat selama tiga bulan ini dirancang bagi membentuk satu pasukan bola sepak
bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Batu 4 yang akan menyertai Kejohanan Bola Sepak peringkat zon
Apas Tawau dan Kejohanan Terbuka Tawau yang akan dijangka diadakan pada bulan Mac 2024. Pihak
sekolah menetapkan matlamat agar pasukan bola sepak sekolah yang dibentuk ini dapat memasuki
peringkat akhir di kejohanan tersebut. Untuk memastikan pasukan bola sepak bawah 12 tahun
mencapai matlmat yang di tetapkan, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menyediakan perancangan
program latihan pusat bola sepak. Jurulatih adalah mereka yang memainkan peranan utama bagi
melaksanakan program latihan.
Jurulatih sebagai perancang utama dan fasilitator yang akan mengendalikan pelbagai aspek
fisiologi, sosiologi dan fisiologi yang kompleks. Program latihan yang dirancang mengambil kira
beberapa faktor seperti umur, kebolehan dan kualiti atlet yang terbabit. Kebolehan jurulatih untuk
merancang program yang sesuai dan berkesan dapat memberi latihan yang secukupnya untuk
memastikan atlet mencapai tahap prestasi yang maksimum .
Program latihan yng dirncang perlu mengambil kira faktor pemulihan atau rehat antara masa
latihan bagi memastikan peningkatan prestasi yang berterusan. Kemantapan fizikal mempunyai
signifikan berkaitan dengan pembentukan pelbagai tahap dan kesesuaian fizikal.
Bagi menghsilkan mutu perminan yng seimbang dalam setiap pertandingan,keadaan fizikal
pemain-pemain mestilah seimbang..Pemain-pemain mestilah mempunyai tahap kesihtan fizikal yang
mantap dan seimbang. Selain itu,semua pemain mestilah mempunyai kemahiran dan tahap psikologi
yang mantap dan kesihatan yang baik.
Latihan pusat yang dirancang bukan sahaja untuk menyediakan pemain-pemain yang
meransangkan tetapi juga membantu mengelakkan pemain daripada kecederaan,ketidkseimbangan otot,
ketahanan kardiovaskular dan dayatahan otot yang rendah, masalah kelenturan serta kecederaan sukan
yang disebabkan oleh latihan fizikal yang tidak mencukupi.
Latihan biasanya didefinisikan sebagai suatu proses pengulangan yang sistematik, progresif serta
melibatkan proses pembelajaran dan pengadaptasian dengan situasi dan persekitaran. Atlet yang
menceburi sukan dengan serius tidak sahaja menumpukan perhatian pada latihan fasa pertandingan
sahaja bahkan meliputi latihan pada fasa persediaan, fasa pra-pertandingan, dan fasa transisi.
Prinsip latihan fizikal yang mustahak adalah meliputi aktiviti memanaskan, progresif, ketepatan,
intensiti, tahap kapasiti, kekuatan, dan motivasi. Teras latihan fizikal dari segi keberkesanan pencegahan
kecederaan memerlukan komponen kelenturan, kekuatan, kuasa dan dayatahan yang dipertingkatan.
Kesimpulannya, kecemerlangan dan kejayaan hanya akan dapat dicapai sekiranya program latihan yang
dirancang diikuti dengan jayanya.

2.0 Rasional

Pemain-pemain perlu persediaan yang cukup sebelum menyertai sebarang pertandingan.Persediaan


merangkumi aspek fizikal, mental dan emosi. Oleh itu,satu program perlu dirancang untuk tujuan
tersebut.

3.0 Matlamat

Program latihan pusat ini adalah untuk memberi persediaan yang cukup kepada pemain-pemain dari segi
mental,fizikal dan emosi sebelum menyertai pertandingan sebenar.

4.0. Objektif Program


Program latihan pusat ini di adakan untuk mepertingkatkan kecergasan dari pelbagai aspek seperti
dayatahan kardiovaskular, dayatahan otot, kepantasan, kekuatan seterusnya menyediakan pemain dari
segi persediaan fizikal, persediaan teknikal, persediaan taktikal dan persediaan psikologi untuk
menghadapi pertandingan mahupun kejohanan sebenar. Antara objektif program ialah seperti berikut :
 Menyediakan pasukan bolsepak bawah 12 tahun ke Kejohanan Bola sepak Zon Apas.
 Semua pemain dapat mengusai kemahiran dan meningkatkan kemhiran bola sepak
melalui program yang lebih sepsifik dan sistematik.
 Mempertingkatkan potensi dan memperkembangkan keupayaan biomotor pemain ke tahahap
yang optima.
 Pemain dapat mengimplikasikan perancngan dan strtegi semsa kejohanan.
 Persediaan pemain dripada segi psikologi ,penetapan matlamat dan motivasi.
Kesimpulannya objektif program tersebut antaranya menyediakan pemain dari aspek persediaan mental
untuk menghadapi suasana pertandingan sebenar. Ianya adalah satu prosedur yang saintifik dan
sistematik seterusnya akan dapat membantu pemain untuk persediaan fizikal, teknikal dan taktikal
apabila menghadapi pertandingan sebenar.

5.0 Anjuran
Kelab Bola Sepak SK Batu 4

5.1 Jawatankuasa Pelaksanaan Program

Pengerusi
Encik Haidir bin Haji Tasmin ( Guru Besar SK Batu 4 )

Naib Pengerusi
(GPK KoKurikulum SK Batu 4)

Setiausaha
Puan Gabie ( Setiausaha Sukan )

Bendahari
Ustaz Lukman

Ketua Jurulatih
Ustaz Fauzi

Penolong Jurulatih
En. Mohd Mahathir bin Abdul Rahman

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan


En.
6.0 Sumber Kewangan
4.1. PIBG
4.2 . YB Datuk Nizam ( Presiden Kelab Bola Sepak Tawau)

7.0 Kemudahan Tempat Latihan


7.1 Padang A SK Batu 4
7.2 Padang B SK Batu 4

8.0 Sasaran
 Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 SK Batu 4

Senarai Nama Pelatih

No Nama Tahun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
9.0 Fasa-fasa Latihan
Latihan adalah satu proses yang meliputi beberapa proses pembelajaran. Ia seharusnya mempunyai
hubungkait dengan perubahan konsep, sikap dan kemahiran individu yang dilatih (Brum Ley1991).
Faktor asas latihan adalah dari aspek fizikal, psikologikal dan persediaan teoritikal yang harus
digabungkan dalam program latihan (Bompa1994). Walaupun faktor latihan mempunyai pertalian yang
kuat, namun ianya dilihat dari aspek kemahiran yang hendak dipertingkatkan.
Berdasarkan rajah 1 di bawah, persediaan fizikal dan teknikal mewakili asas prestasi yang
hendak dicapai oleh pemain kemudian barulah diikuti oleh persediaan taktikal dan psikologi.

1. PERSEDIAAN PSIKOLOGI

2. PERSEDIAAN TAKTIKAL

3. PERSEDIAAN TEKNIKAL

4. PERSEDIAAN FIZIKAL

9.1. Fasa Persediaan


Fasa persediaan dibahagikan kepada 2 sub-fasa iaitu :

9.1.1. Fasa Persediaan Umum


Fasa ini member tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek
dayatahan kardiovaskular, dayatahan otot dan kekuatan asas sebelum pemain menjalani latihan
pembinaan komponen-komponen fizikal yang diperlukan. Penekanan khusus juga harus diberikan
meliputi aspek persediaan mental pemain agar bergerak kea rah pertandingan dan pencapaian
matlamat.Dalam Fasa ini juga, beban peratusan pemain mulai berubah di antara kecergasan, kemahiran
dan strategi taktikal.
Isipadu latihan adalah tinggi iaini antara 85% hingga 100% manakala intensiti latihan adalah
sederhana antara 40% hingga 70% dalam fasa persediaan umum ini bergantung kepada masa yang
diperuntukan. Jangka masa bagi fasa ini adalah di antara 6 hingga 14 minggu. Antara kaedah-kaedah
latihan ialah seperti latihan lari jarak jauh perlahan (LSD), latihan fartlek, latihan jeda jarak jauh dan
latihan bebanan. Latihan- latihan tersebut adalah bertujuan mengadaptasi sistem anatomical dan
hipertropi otot. Pada peringkat ini Ujian Pra-Kecergasan juga diperlukan bagi menguji tahap kecergasan
pemain.

9.1.2 Persediaan Khusus


Fasa persediaan khusus memberi penekanan kepada komponen-komponen fizikal yang lebih dominan
di dalam pemainan. Isipadu latihan masih tinggi bagi permainan bolasepak. Pada fasa ini intensiti latihan
ditingkatkan sehingga 90%. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada antara 65% hingga 80%. Intensiti
latihan boleh ditingkatkan sehingga 95%, ianya bergantung kepada masa yang diperuntukan,
jangkamasa bagi fasa ini adalah bergantung kepada jangkamasa yang diperuntukkan, iaini antara 6
hingga 12 minggu.
Bagi sukan yang berteraskan dayatahan seperti permainan bolasepak, kaedah- kaedah latihan seperti
latihan LSD, latihan fartlek, latihan jeda jarak jauh diteruskan. Di samping itu latihan bebanan yang
memberi tumpuan kepada aspek dayatahan otot perlu diaplikasikan.

9.2.
Fasa Pertandingan
i. Fasa Pra-Pertandingan
Fasa Pra-Pertandingan ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal yang terdapat di dalam
sesuatu sukan yang berbeza. Berbeza daripada fasa persediaan khusus, latihan bagi meningkatkan atau
mengekalkan tahap kecergasan dipraktikkan dalam situasi permainan kecil, permainan sebenar mahupun
melalui simulasi permainan. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan yang berasaskan dayatahan seperti
permainan bolasepak, iaini antara 60% hingga 70% sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan
sehingga 100%.
ii. Fasa Pertandingan
Pada fasa ini seharusnya pemain telah sampai ke tahap penetapan sasaran atau berada pada tahap di
mana pemain tersebut telah bersedia untuk perlawanan sebenar. Pemain pada tahap ini seharusnya bebas
dari kelesuan, gangguan teknik dan taktik serta mempunyai tahap psikologi yang cukup tinggi. Namun
demikian, latihan tidak terhenti di sini. Sekiranya latihan dihentikan, pemain akan kembali ke tahap awal
atau berada dalam pinsip pembolehbalikan. Oleh itu, latihan kecergasan perlu diteruskan bertujuan
memastikan tahap kecergasan pemain berada pada tahap yang diharapkan.
Kaedah-kaedah latihan seperti latihan bebanan bagi mengekalkan dayatahan otot dan latihan
Jeda jarak dekat harus diteruskan bagi pengekalan kuasa. Namun demikian kekerapan latihan perlu
dikurangkan.

JADUAL LATIHAN BOLA SEPAK

Minggu Ketiga ( November 2023 )

HARI 4.00pm - 4.20pm 4.20pm - 4.30pm 4.30-5.00pm


Latihan kemahiran
Selasa Latihan kemahiran REHAT -tendangan lambung
-tendangan leret

Khamis Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan kemahiran


Tendangan lambung

Sabtu 7.00am-7.20am 7.20am – 7.30am 7.30am – 8.00am

Latihan Menghantar REHAT Latihan Kecergasan


Bola Fizikal
Minggu Keempat (November 2023)

HARI 4.00-4.20pm 4.20-4.30pm 4.30-5.00pm

Selasa Latihan menghantar bola REHAT Latihan Kemahiran

Khamis Latihan kecergasan fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Sabtu 7.00am – 7.20am 7.20am – 7.30am 7.30am – 8.00am

Latihan kecergasan Fizikal REHAT Permainan Situasi


Sebenar
- 1vs1
- 2vs2
- 9vs9

Minggu Pertama (Disember 2023)

HARI 4.00pm - 4.20pm 4.20pm -4.30pm 4.30pm-.5.00pm

Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Sabtu 7.00am – 7.20am 7.20am – 7.30am 7.30am – 8.00am

Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran


Minggu Kedua (Disember 2023)

HARI 4.00pm - 4.20pm 4.20pm - 4.30pm 4.30pm - 5.00pm


Undang-undang/
Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT peraturan
permainan

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Sabtu 7.00am – 7.20am 7.20am – 7.30am 7.30am – 8.00am

Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Persahabatan

Minggu Ketiga (Disember 2023)

HARI 4.00-4.20pm 4.20-4.30pm 4.30-5.00pm

Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Teknik Bertahan

7.00-7.20pm 7.20pm-7.30pm 7.30-8.00pm


Sabtu
Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Teknik Menyerang
Minggu Keempat (Disember 2023)

HARI 4.00-4.20pm 4.20-4.30pm 4.30-5.00pm

Selasa Teknik Menanduk REHAT Permainan Kecil

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Main bola


9 vs 9
7.00-7.20am 7.20 – 7.30am 7.30-8.00am
Sabtu Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Minggu Pertama (Januari 2023)

HARI 4.00-4.20pm 4.20-4.30pm 4.30-5.00pm

Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

7.00-7.20am 7.20 – 7.30am 7.30-8.00am


Sabtu Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Minggu Kedua (Januari 2023)

HARI 4.00-4.20pm 4.20-4.30pm 4.30-5.00pm

Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Teknik mendada


bola

Sabtu Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran


Minggu Ketiga (Januari 2023)

HARI 4.00-4.20pm 4.20-4.30pm 4.30-5.00pm

Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

7.00-7.20am 7.20-7.30am 7.30-8.00am


Sabtu Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Minggu Keempat (Januari 2023)

HARI 4.00-4.20pm 4.20-4.30pm 10.30-12.30pm

Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

7.00-7.20am 7.20-7.30am 7.30-8.00am


Sabtu Teknik Menyerang REHAT Latihan Kemahiran

Minggu Pertama ( Februari 2023 )

HARI 4.00-4.20am 4.20-4.30pm 4.30-5.00pm

Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Undang-undang/peraturan


permainan

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Tayangan video


7.00-7.20am 7.20-7.30am 7.30-8.00am
Sabtu
Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Undang-undang/peraturan
permainan
Minggu Kedua ( Februari 2023)

HARI 4.00-4.20pm 4.20-4.30pm 4.30-5.00pm

Selasa Latihan Kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

Khamis Latihan kecergasan Fizikal REHAT Latihan Kemahiran

7.00-7.20am 7.20-7.30am 7.30-8.00am


Sabtu
Latihan Kecergasan Fizikal REHAT
Latihan Kemahiran

Jenis-Jenis Latihan Kecergasan.

Latihan Litar
Latihan Litar ialah latihan kecergasan fizikal yang diperkenalkan di Universiti Leeds, pada 1953 oleh
R.E. Morgan dan C.T.Adamson. Latihan ini diperkenalkan kerana dianggap berkesan membangunkan
kecergasan otot dan kardiovaskular melalui tekanan berterusan terhadap jantung dan paru-paru dalam
jangka masa yang panjang. Latihan litar adalah satu kaedah latihan kecergasan yang melibatkan kegiatan
fizikal yang disusun didalam satu kaedah tertentu dan dilaksanakan secara konsekutif mengikut
pusingan bernombor. Latihan litar melibatkan komponen kecergasan fizikal seperti kepantasan,
kelenturan dan keseimbangan.
Latihan Bebanan
Latihan bebanan yang dirancang dan dibentuk bagi meningkatkan kecergasan dari aspek perlakuan
motor seperti kekuatan, dayatahan, kuasa, kelenturan dan kepantasan. Program ini tertakluk kepada
intensiti, ulangan serta kekerapan ulangan atau frekuensi latihan. Latihan bebanan meliputi faktor-faktor
berikut :
i. Berat bebanan yang digunakan
ii. Jumlah ulangan yang dilakukan
iii. Intensiti yang diaplikasikan
iv. Jumlah set yang perlu dilakukan

Latihan Fartlek
Latihan fartlek dijalankan bertujuan meningkatkan dayatahan kardiovaskular. Latihan ini juga dapat
meningkatkan keupayaan dayatahan otot. Latihan ini amat sesuai dilaksanakan pada penghujung fasa
persediaan umum hingga fasa persediaan khusus. Latihan fartlek ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i. Latihan fartlek bebas
ii. Latihan fartlek terkawal

Latihan Fartlek Bebas


Fartlek bebas merupakan latihan yang tidak terkawal. Latihan ini adalah satu bentuk latihan disiplin,
yang mana jarak dam masa ditentukan oleh atlet sendiri. Atlet menjalani latihan mengikut kemampuan
tersendiri.
Dalam latihan ini, jurulatih hanya bertindak sebagai permerhati sahaja. Jurulatih hanya
menerangkan aktiviti yang perlu dilakukan serta aktiviti selingan pada setiap perantaraan pertukaran
aktiviti.

Latihan Fartlek Terkawal


Latihan fartlek terkawal adalah bergantung kepada arahan jurulatih. Latihan ini boleh dibahagikan
kepada dua, iaitu latihan fartlek terkawal dengan menggunakan jarak dan latihan fartlek terkawal
menggunakan masa.
Latihan Fartlek Terkawal Menggunakan Jarak
Latihan fartlek terkawal menggunakan jarak adalah di mana balapan atau kawasan padang pula
dibahagikan kepada jarak yang bergrid.Atlet dikehendaki memulakan aktiviti di stesen (A) dengan
berjalan, apabila tiba di stesen (B) atlet akan berlari anak hingga ke stesyen (C) dan menukar aktiviti
iaitu ‘striding’ hingga ke stesen (D). Setibanya di stesen (F) atlet akan berlari anak ke stesen (G) dan
berjalan. Aktiviti ini diteruskan mengikut intensiti yang telah ditetapkan.

Latihan Fartlek Terkawal Menggunakan Masa


Latihan fartlek terkawal menggunakan masa pula adalah di mana perlaksanaan aktiviti dikawal oleh
masa. Jurulatih akan menentukan masa bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Wisel akan dibunyikan
sebagai menandakan perubahan kepantasan.

Jenis-Jenis Latihan Kemahiran


Antara tujuan seseorang pemain mengawal bola ialah untuk menstabilkan bola yang ditujukan
kepadanya supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan dengan mudah. Bahagian-bahagian badan yang
boleh digunakan bagi tujuan mengawal pergerakan bola antaranya melalui :
a. Hujung kaki iaini bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan bahagian luar tapak kaki
b. Batang kaki iaini peha dan bahagian bawah lutut.
c. Bahagian dada.
d. Bahagian perut.

Kemahiran Mengawal Bola


Langkah-langkah berikut dapat dipraktikan dalam latihan kemahiran mengawal bola, antaranya ialah :

Latihan Berpasangan
Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya, bola diumpan ke pelbagai aras dan
arah.
a. Kepala, dada, perut dan lutut.
b. Bola leret dari kiri, kanan dan depan.
c. Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.
Latihan Berkumpulan

Latihan Mengawal Bola Dalam Bulatan


Seorang pemain berada di tengah-tengah bulatan, seterusnya mengumpan kepada pemain lain seorang
demi seorang, selepas satu pusingan, pemain lain pula akan mengambil tempatnya di tengah bulatan.

Latihan Mengawal Bola Dalam Barisan


Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan
kemudiannya menolak bola kembali kepada pengumpan. Pemain yang akhir sekali mengawal bola akan
menjadi pengumpan baru.

Tendangan dan Hantaran


Sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasai teknik melakukan
tendangan dan hantaran yang yang berkualiti. Kebolehan membuat tendangan dan hantaran sangat
mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaring. Latihan kemahiran ini amat penting untuk
menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya.

Jenis-Jenis Tendangan
Untuk menguasai kemahiran membuat hantaran, seorang pemain haruslah mempunyai kebolehan
menendang. Terdapat tiga jenis tendangan asas yang harusi dimiliki oleh seorang pemain iaitu :

i. Membuat tendangan leret


ii. Membuat tendangan tinggi
iii. Membuat tendangan voli
Kesimpulan

Jurulatih atau pengamal sukan seharusnya dan berkewajipan untuk meningkatkan ilmu dari aspek
merancang dan menyediakan program latihan. Pengetahuan yang mendalam dalam aspek pengurusan
program latihan ini akan dapat menentukan hala tuju pemain bola sepak dan seterusnya dapat mencapai
matlamat dan objektif seperti yang di kehendaki. Perancangan yang teliti adalah menjadi satu
keperluan.
Dengan merancang program latihan secara sistematik, jurulatih dan pemain akan dapat menilai
sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan pemain tersebut. Di samping itu jurulatih
mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran bola sepak yang masih belum dikuasai
oleh pemain. Dengan adanya program latihan ini, jurulatih, pengamal sukan dan guru-guru akan dapat
menilai keberkesanan sesuatu gerakerja mahupun aktiviti yang dilaksanakan.
Program latihan ini sesungguhnya memberikan motivasi kepada pemain untuk meningkatkan
prestasi berpandukan keupayaan dan kelemahan mereka dalam aspek-aspek pergerakan dan kemahiran
yang tertentu. Di samping itu atlit akan dapat lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan yang sebenar.
Perancangan dari semua aspek termasuk kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa di samping
menerapkan faktor psikologi mental kepada pemain-pemain agar pemain lebih bersedia menghadapi
kejohanan atau pertandingan sebenar.

Anda mungkin juga menyukai