Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2017

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPONG

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI SUKAN
NEGARA PERINGKAT
SEKOLAH
TAHUN 2017

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 1


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2017

1.0 PENDAHULUAN

Perdana Menteri mengumumkan bahawa sambutan Hari Sukan Negara akan disambut pada
Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara pada 14
Oktober 2017 ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan menjadikan sukan sebagai budaya
hidup yang dijangka mampu menarik penyertaan tiga juta rakyat di seluruh negara.Menteri Belia
dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan berkenaan pelbagai aktiviti sukan dan
riadah harus diadakan untuk setiap lapisan masyarakat. Hari Sukan Negara merupakan satu
agenda penting bagi rakyat Malaysia untuk membina asas ke arah negara bersukan untuk kita
menjadikan sukan sebagai budaya hidup kita.

Sambutan Hari Sukan Negara adalah melibatkan sektor awam, swasta dan rakyat
secara serentak di seluruh negara. Kerajaan berhasrat bukan sahaja menggalakkan budaya
bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau mass participitation dalam aktiviti-
aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan
rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.
Dalam konteks pelaksanaan di peringkat sekolah, Hari Sukan Negara ini mampu
melahirkan para guru, murid dan seluruh warga sekolah dalam membudayakan bersukan dalam
kehidupan mereka.

Pengisian program yang dijalankan dalam sambutan Hari Sukan Negara ini
mengambil kira 3M, iaitu: Murah, Menarik dan Mudah dilaksanakan. Aktiviti yang
dijalankan Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah di mana pengisian aktiviti senamrobik
dan merentas desa diadakan untuk memperlihatkan tahap
kecergasan fizikal warga sekolah secara menyeluruh.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan
untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka
apabila menempuhi kehidupan seharian.

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 2


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2017

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.

3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau mass participation dalam

aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.

3.3.Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah

obesiti dalam kalangan warga sekolah.

4.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SJK(T) Ladang
kalumpong, Bagan Serai.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

5.1 Tarikh : 13 Oktober 2017

5.2 Tempat : Tapak perhimpunan sekolah

6.0 SASARAN

Guru-guru , staf-staf sokongan dan murid-murid

7.0 TENTATIF PROGRAM

-Rujuk lampiran 1-

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

-Rujuk lampiran 2-

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 3


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2017

9.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN BAYARAN (RM)

1. Kotak air mineral 1 x RM10.00 10.00

2. Getah gelang 1 x RM10.00 10.00

3. Medal pemenang 6 x RM 5.00 30.00

JUMLAH 50.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

10.1 Kokurikulum = RM 300.00

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini mendapat
kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua
warga sekolah dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan
segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif
kepada warga SJK (T) Ladang Kalumpong.

Sekian, terima kasih.

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 4


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2017

Disediakan oleh :

----------------------------------------------

(GOBINATHAN A/L LOGANATHAN)


GURU KANAN KOKURIKULUM
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPONG

Disahkan oleh :

-------------------------------

( PECHAMUTHU A/L KATHAMUTHU )


GURU BESAR,
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPONG

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 5


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2017

LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

13 OKTOBER 2017 (JUMAAT)

MASA AKTIVITI

7.20 pagi Murid, guru dan staf berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.

7.30 pagi Pendaftaran peserta

8.00 pagi Senamrobik 1Malaysia

8.30 pagi Kudapan pagi

9.00 pagi Acara merentas desa

9.30 pagi Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

10.30 petang Jamuan dan Bersurai

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 6


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2017

LAMPIRAN 2

STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA PENGANJUR

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017

AJK NAMA

PENASIHAT EN. K. PECHAMUTHU (GURU BESAR)

PENGERUSI EN. K.KANNADASAN (GPK KURIKULUM)

SETIAUSAHA EN. L.GOBINATHAN (GPK KOKURIKULUM)

BENDAHARI CIK D.KAYATHRI (GPK HEM)

JURUACARA MAJLIS EN. K.KANNADASAN

AKTIVITI CIK. C.KALAIVANI

DOKUMENTASI EN.L.GOBINATHAN

HADIAH &CENDERAHATI CIK. D. KAYATHRI

ACARA PENUTUPAN CIK.R.SANGGITA

ACARA MERENTAS DESA EN.L.GOBINATHAN

KESELAMATAN SEMUA GURU DAN STAFF SEKOLAH

SIARAYA EN.K. KANNADASAN

BUKU PROGRAM CIK. K. KOGILAVANI

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 7

Anda mungkin juga menyukai