Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 2018.

TARIKH : BULAN MAC & OGOS 2018


MASA : 8.00 AM – 12.00PM
TEMPAT : DEWAN HARMONI
PENASIHAT : PN SITI HAIDA BINTI MANSOR
PENYELARAS : PN HANANI BINTI ISHAK

OBJEKTIF
Murid dapat :
1 mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2 melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3 menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4 melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan pengiktirafan tahap
kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

SASARAN
Semua murid tahun 4 hingga 6 SKPP1

PERLAKSANAAN
Aktiviti Panitia ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan mac dan bulan ogos
2018. Ujian SEGAK ini di jalan secara dua kali setiap tahun bagi meninjau tahap kesihatan
dan kecergasan fizikal seseorang murid. Waktu perlaksanaan adalah selama 3 hari iaitu satu
hari diperuntukkan untuk satu tahun. Ujian SEGAK ini merupakan aktiviti wajib yang mesti
dilakukan oleh semua murid sekolah bagi melihat tahap kecergasan mereka agar dapat
dianalisis oleh pihak atas berdasarkan keputusan yang diperolehi. Perlaksanaan ujian
SEGAK ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu ;
 berat dan tinggi
 ringkuk tubi separa (1 minit)
 naik turun bangku (3 minit)
 tekan tubi (1 minit)
 jangkauan melunjur
Semua data murid akan direkodkan di dalam borang yang telah disediakan bagi setiap orang
murid dan akan dimasukkan secara online dan dihantar kepada pihak PPD Pudu Bangsar.
Data akan dianalisis oleh pihak atas seperti Kementerian Pendidikan dan juga Kementeria
Kesihatan Malaysia.

IMPAK DARIPADA PROGRAM


Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Kesemua
murid dapat melakukan ujian ini dengan baik walaupun terdapat beberapa orang murid yang
tidak sihat dan tidak mampu untuk menjalankan ujian ini. Tahap kecergasan murid juga akan
memberikan impak kepada murid di mana murid akan menjaga tahap kesihatan mereka ke
tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Disediakan oleh,

........................................
( HANANI BINTI ISHAK )
Ketua Panitia PJPK

Anda mungkin juga menyukai