Anda di halaman 1dari 2

Sumber: http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=JUL&m=2&r=m&i=NOTA 4.

Pengaruh Bahasa Sanskrit

4.1

Pengaruh sanskrit amat dominan dalam Bahasa Melayu kerana agama Hindu adalah peradaban awal yang tiba di Kepulauan Tanah Melayu. Kedatangan agama Hindu turut membawa banyak perkara baru dalam hal yang berkaitan agama. Bukti Bahasa Melayu menerima pengaruh sanskrit terdapat dalam batu bersurat pada abad ke-7. Selain itu, kedatangan agama Hindu turut membawa kitab Mahabrata dan Ramayana yang sarat dengan ajaran agama. Keadaan ini sekaligus menyebabkan bahasa sanskrit tersebar berikutan penyebaran agama Hindu. Aspek yang paling banyak dipinjam ialah kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi, walaupun pada peringkat awal sistem tulisan turut dipinjam seperti tulisan yang terdapat di batu bersurat. Antara yang dipinjam adalah seperti di bawah :Agama dan Falsafah dosa, pahala, syurga, neraka, puasa, dewa. Bahasa Istana raja, maharaja, baginda, paduka, putera, puteri, sida-sida, bendahara, santap, kaus, dsb. Masyarakat dan saudara saudara mara, suami, isteri, ayah. Peralatan gergaji, kecapi, kendi, jala, peti dsb Istilah abstrak asmara, cinta dsb Tubuh badan kepala, lidah, hasta, bahu, nadi sendi, urat Perniagaan kasturi, sutera, kapas, guni, harga, harta, kati Waktu senja, senjakala, hari, dinihari, purnama, tadi Kata sifat mesra, merdu, dahaga Tumbuhan seroja, teratai, melati, melur

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Termasuk juga yang dipinjam ialah awalan maha, tata, swa, tuna, panca, eka, dwi, tri. Juga akhiran wan, man, wati dan nita.

Anda mungkin juga menyukai