Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Pertamanya saya ingin


mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi menerima undangan
temubual ini. Nama saya Mohd Azam Bin Mamat daripada UTM Skudai. Pada hari
ini saya menjalankan satu kajian yang bertajuk PENGHAYATAN JEMAAH
TERHADAP KHUTBAH JUMAAT DARUL TAKZIM dengan kerjasama Majlis
Agama Johor. Tujuan temubual ini untuk dapatkan pandangan saudara tentang
kesesuaian khutbah Jumaat pada jemaah dalam konteks tajuk, kandungan dan
bahasa. Kajian ini akan dirakamkan sebagai dokumen sulit.

Penemubual
:Soalan pertama saya, boleh ceritakan serba sedikit mengenai
latar belakang saudara?
Responden

: Nama saya Ariffin. Saya memang dilahirkan di kampung ini dan


inilah masjid saya ulang alik setiap hari. Keluarga saya tak besar, anak
sorang je. Berkenaan kerja plak saya kerja sendiri .

Penemubual
: Di mana saudara mendapatkan pendidikan awal dalam
pendidikan islam?
Responden : Pendidikan awal saya dekat sekolah agama di kampung ini jugak.
Penemubual
: Sekarang saya nak menyentuh soalan berkenaan isi
kandungan khutbah. Soalan saya,apa pandangan saudara mengenai
tajuk khutbah pada hari ini? Adakah ianya senang difahami oleh
jemaah?
Responden :Dari segi pemahaman memang takde masalah, bahasa yang
digunakan juga pun takde masalah, semuanya takde masalah lah.
Kalau nak kata dijadikan sebagai satu peringatan Insya Allah orang
boleh ingat sebab senang nak paham.
Penemubual
: Pada pandangan saudara, mengenai kesesuaian tajuk yang
disampaikan pada hari ini adakah sesuai bagi masa kini?
Responden : Kalau untuk masa sekarang ni, apa-apa tajuk banyak sesuai
sebenarnya janji jangan ada libatkan politik ke, jangan masukkan
unsur-unsur kepentingan sesuatu persatuan ke. Kalau tajuk tu betul
mengenai agama takde masalah.
Penemubual
: Soalan seterusnya, apa pandangan saudara mengenai laras
bahasa yang digunapakai oleh khatib, adakah ianya bersesuaian
digunakan kepada para Jemaah pada hari ini?

Responden : Dari segi bahasa, ok takde masalah sebab bahasa yang digunakan
macam tempatan gunakan jugak jadi senang nak paham tak kira orang
muda atau orang tua sekalipun.
Penemubual
: Dari segi kandungan khutbah, apakah yang dilakukan oleh
saudara jika isi kandungan khutbah itu kurang paham?
Responden : Kebiasaannya khutbah ni bercerita perkara yang dah kita tau, sebagai
peringatan. Ia akan lebih ingat kalau lepas kita dengar kan kemudian
kita berbual mengenai tajuk tu time minum petang ke malam ke, kat
kedai kopi ke kat umah ke itu akan jadi lekat. Kalau kita balik gitu je
tak cakap balik pasal ni ia akan hilang. Tapi kadang-kadang ada jugak
tajuk yang kita tak taw dan tak belajar jadi saya ada jugak balik umah
buat semakan balik dekat mana-mana, tanya orang ke tapi kita tak
ambik seratus peratus ape orang cakap tu betul.
Penemubual
:Apakah antara amalan-amalan sunat yang saudara lakukan
sebelum khutbah dilakukan?
Responden : Biasanya solat sunat tahiyyatul masjid je sebabnya kadang-kadang
datang lambat juga
Penemubual
: Seterusnya soalan saya, adakah sesuai jika khatib menokok
tambah sesuatu perkara yang tiada dalam khutbah tersebut?
Responden : Khutbah ni kalau terlalu panjang pun masalah jugak. Kalau panjang
orang takkan dapat. Biasanya orang yang tengah kerja nak balik cepat
jadi x focus kepada khutbah tu. Biar masa tu pendek tapi padat. Biar
bahasa mudah, mudah paham dan mudah ingat. Biar terkesan walau
satu perkataan
Penemubual
:Jika khatib membuat pemahaman sendiri tanpa merujuk kepada
teks khutbah, apa pandangan saudara?
Responden :Yang tu saya tak pasti sebab tak tau isi teks khutbah tu tapi kadangkadang tu saya ni kerja sendiri jadi ada jugak pergi ke masjid yang
lain, mungkin ada khatib yang guna bahasa dia sendiri atau buat teks
sendiri. Jadi ia boleh buat masa jadi panjang. Masalah jugak, pendek
sangat pun masalah panjang sangat pun masalah. Kalau panjang
nanti buat orang kejar masa.
Penemubual
:Dalam khutbah tadi, adakah ia memberi kesan dalam untuk
meningkatkan amalan kehidupan seharian kita?
Responden : Ada..bila kita balik dan berbual-bual sama-sama sebut balik tu ada
kesan sebenarnya. Memang ada kesan macam sambil kita berbual
melawak dengan member-member, imam dah cakap tadi ko masih

buat jugak. Sebab tu tajuk khutbah tu perkara yang terjadi dalam


hidup kita sbb kita akan jumpa situsai tu balik
Penemubual
: Soalan terakhir saya,bagaimana dengan keberkesanan khutbah
dalam meningkatkan amalan-amalan umum seperti zikir, sedekah dan
membaca Al- Quran?
Responden :Tak pasti la. Sebab kita datang soalat Jumaat ni ada beberapa
perkara. Pertama Jumaat tu memang wajib jadi bila kita datang kita
dengar khutbah dan jumpa orang. Nak cakap dapat tingkatkan amalan
tu ada tapi kecik la. Tapi dari segi silaturrahim tu ye. Boleh jumpa
orang dan bertanya khabar sebab kadang-kadang hari lain takkan
jumpa ari Jumaat tu la baru jumpa.
Penemubual:
Jadi ini sahaja soalan-soalan yang ingin ditanya oleh saya, saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi
ditemubual oleh saya. Sebelum mengakhiri temubual ini, mungkin ada
apa-apa pendapat yang saudara ingin katakan.
Responden : Mengenai khutbah hari ini takde apa-apa masalah pun dari segi nak
paham bahasa dia. Dari segi isi kandungan sebenarnya memang orang
banyak yang dah tau Cuma sebagai satu peringatan lagi kepada diri
sendiri. Bagusnya dia tak ulang tajuk yang sama jadi banyak perkara la
yang kita boleh tau dan belajar
Penemubual

: Jadi itu sahaja daripada saya, terima kasih

Responden : Sama-sama

Anda mungkin juga menyukai