Anda di halaman 1dari 7

CIRI-CIRI MAFSADAH DAN SEBAB-

SEBAB KERINGANAN YANG


DIBERIKAN OLEH SYARAK

OLEH :

KAMAL AZAM BIN IBRAHIM – GB 02487

MOHAMAD ADIL BIN MOHAMAD FADZIL – GB 02495

MOHD BAKHTIAR BIN SURATMAN – GB 02503

MUHAMMAD KHAIRUL ISKANDAR TAN BIN ABDULLAH – GB 02526

MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MOHD ABU BAKAR – GB 02612

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1
PENGENALAN

Islam merupakan agama rahmat bagi setiap manusia. Allah Taala mengutus
Rasulullah bukan untuk menyusahkan dan mempersulit urusan kehidupan manusia. Ia
membawa syariah yang sesuai dengan manusia dengan segala kemudahan dan kemurahan
sebagai wujud kasih sayang Allah kepada hambanya. Adanya rukhsah (keringanan) dalam
melaksanakan syariahNya merupakan anugerah Allah yang patut kita syukuri . Allah
berfirman dalam surah Al Baqarah :185 yang bermaksud :

“….(dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan
ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Banyak ayat-ayat al Quran dan hadis – hadis Rasulullah yang menjelaskan tentang
banyaknya kemudahan dalam Islam, dan semua itu menjadi bukti bahawa Islam adalah
agama rahmat bagi seluruh penghuni alam (rahmatan lil `alamin). Tiada yang patut kita
lakukan kecuali hanya bersyukur atas semua rahmat Allah dalam berbagai sendi kehidupan
dengan menggerakkan anggota badan sesuai dengan tujuan penciptaan. Dalam fiqah Islam
ada istilah rukhsah yang dalam bahasa Arab membawa maksud keringanan atau
kelonggaran. Dengan adanya rukhsah, seorang mukallaf boleh mendapatkan keringanan
dalam melakukan ketentuan Allah SWT pada keadaan tertentu, seperti waktu kesusahan.
Kaedah usul fiqah menyatakan bahawa, rukhsah membolehkan atau memberikan
pengecualian dari prinsip umum disebabkan keinginan dan keterpaksaan. Justeru, rukhsah
bukan bermaksud memohon kepada Allah SWT agar tidak dibebankan sesuatu kerana apa
yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW sudah merupakan ketentuan umum yang
perlu dilaksanakan.

Al-Quran menegaskan, Allah tidak akan membebani hamba-Nya di luar batas


kemampuannya. Apa pun jenis perintah Allah yang wajib dijalankan, tidaklah keluar dari
batas kesanggupan si hamba untuk melaksanakannya. Malahan, hukum wajib tersebut boleh
diringankan andai seseorang umat Islam tidak mampu melaksanankannya.

2
CIRI-CIRI MAFSADAH (MASYAQQAH)

Mafsadah (kerosakan) atau dengan istilah lain disebut masyaqqah atau kesukaran yang
dimaksudkan dalam kaedah ini adalah merujuk beberapa keadaan kesukaran yang melampaui
tahap kebiasaan bagi manusia normal. Ada beberapa sebab kesukaran dan kesusahan yang
dapat meringankan pelaksanaan hukum syarak antaranya ialah musafir, sakit, dipaksa, lupa,
jahil, perkara yang tidak dapat dielakkan dan mengalami kekurangan.

Kaedah ini dijelaskan bahawa apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesukaran
(yang diterima syarak) dalam melaksanakan perintah Allah, maka diboleh untuk berbuat
sesuatu yang lebih ringan atau mudah. Berdasarkan kaedah tersebut, meletakkan bebanan itu
menjadi kesukaran terhadap hamba-hamba-Nya. Kesusahan tersebut juga menjelaskan
kepada bahawa agama Islam membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dengan
memberi keringanan, bukanlah kesusahan dan kesempitan. Walau bagaimanapun, kesukaran
mestilah terlebih dahulu ditentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab
keringanan. Contohnya, pasangan yang berkahwin ingin mendapatkan zuriat, namun pihak
isteri tidak boleh hamil atas alasan mengalami masalah. Maka dengan adanya teknologi dan
penciptaan terkini, pasangan itu boleh memperoleh anak dengan kaedah kehamilan melalui
proses persenyawaan luar Rahim (In vitro fertilization –IVF). Kaedah ini diharuskan dalam
Islam sekiranya kehamilan (secara normal) tidak dapat dilakukan.

Imam Shatibi pula membahagikan al-dharai’ atau mafsadah kepada empat bahagian
dari segi akibat kemudaratan sesuatu perbuatan itu :

1) Perbuatan yang pasti mendatangkan kerosakan ( mafsadah ).

Contoh : Menggali perigi di hadapan pintu rumah pada waktu malam yang gelap yang
akan mengakibatkan orang yang masuk ke dalam rumah tersebut pasti akan terjatuh ke dalam
perigi tersebut. Perbuatan ini dan seumpamanya adalah dilarang dan dikenakan ke atasnya
ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan sama ada kerana kecuaiannya atau memang ada tujuan
untuk mengenakan kemudaratan itu.

2) Perbuatan yang mendatangkan sedikit mafsadah.

Contoh : Menggali perigi di tempat yang biasanya tidak akan menyebabkan orang
terjatuh ke dalamnya. Perbuatan seperti ini kekal berada dalam perbuatan yang diharuskan

3
berdasarkan hukum asal berupa keizinan am daripada syara’. Manfaat yang diperolehi
daripada perbuatan itu lebih besar daripada kemudaratan yang mungkin terjadi sebagai akibat
sampingannya, dan kemudaratan yang kecil tidak dikira di sisi syara’.

3) Perbuatan yang mempunyai anggapan ( zanniyy ) yang kuat akan mendatangkan


mafsadah.

Contoh : Menjual buah anggur kepada pembuat arak. Dalam hal ini, sangkaan (
zanniyy ) yang kuat disamakan dengan yakin kerana itu penjualan seperti ini diharamkan ( di
sisi al- Malikiyah dan al-Hanabilah ) kerana sangkaan yang kuat dalam hukum dikira seperti
yakin dan mengharuskan muamalat seperti ini bererti tolong-menolong dalam dosa dan
maksiat.

4) Perbuatan yang banyak mendatangkan mafsadah namun tidak mencapai peringkat


yang ghalib dan tidak juga jarang berlaku.

Contoh : Bai’ al-‘Inah ( jual beli secara bertangguh ) membeli suatu barang dengan harga
bertangguh dan menjual balik barang tersebut kepada penjualnya dengan harga yang
berlainan. Ianya membawa kepada riba walaupun bukan suatu yang ghalib.

Wahbah Zuhaili (1969) menyatakan bahawa Ibn Qayyim juga telah membahagikan
mafsadah kepada empat bahagian secara terperinci:

1) Meletakkan al-dharai’ yang pasti mendatangkan mafsadah.

Contoh :

a) Meminum minuman yang memabukkan yang boleh merosakkan akal.

b) Zina yang membawa kepada percampuran nasab dan keturunan serta merosakkan
institusi kekeluargaan.

2) Jalan yang membawa kepada harus, tapi niat membawa kepada keburukan.

Contoh:

a) Menghalalkan cina buta.

4
3) Jalan yang membawa kepada keharusan tapi tidak bermaksud kepada kerosakan
dan biasanya ia membawa kepada kerosakan.

Contoh:

Mencela Tuhan orang musyrikin adalah harus tetapi perbuatan itu akan membawa
kepada kerosakan kerana perbuatan itu menjadi sebab mereka akan membalas dengan
memaki-maki Allah S.W.T.

4) Jalan yang membawa kepada keharusan tetapi kadang-kadang membawa kepada


kerosakan.

Ini bermaksud maslahahnya lebih kuat daripada mafsadah, dan jenis ini harus dalam syariat
kerana memenuhi hajat atau darurat mengikut masa dan keadaan.

Contoh:

a) Melihat kepada tunangan untuk lebih mengenalinya.

SEBAB-SEBAB RUKHSAH

Pada dasarnya rukhsah itu adalah keringanan yang diberikan Allah sebagai pembuat
hukum kepada mukallaf pada suatu keadaan tertentu yang berlaku terhadap mukallaf tersebut.
Hukum keringanan ini menyalahi hukum asalnya. Antara sebab-sebab keringanan atau
rukhsah dapat dilihat dari beberapa segi:

1. Rukhsah dilihat dari segi bentuk hukum asalnya, terbahagi kepada dua iaitu rukhsah
melakukan dan rukhsah meninggalkan sesuatu perbuatan.
2. Rukhasah melakukan adalah keringanan untuk melakukan suatu perbuatan yang menurut
hukum asalnya adalah harus ditinggalkan. Contohnya boleh memakan daging khinzir
dalam keadaan terpaksa, berdasarkan firman Allah dalam surat al-Baqarah : 173.
3. Rukhsah meninggalkan adalah keringanan untuk meninggalkan sesuatu perbuatan yang
menurut hukum azimahnya adalah wajib atau sunat. Hukum asalnya adalah wajib atau
sunat tetapi dalam keadaan tertentu mukallaf tidak dapat melakukannya dengan kata lain
apabila seseorang melakukannya perbuatan tersebut itu akan membahayakan dirinya.

5
Contohnya hukum harus meninggalkan puasa Ramadhan bagi orang yang sakit atau
dalam perjalanan berdasarkan firman Allah surat al-Baqarah : 184.

Menurut Imam Ibnu Nujaim, para ulama telah menetapkan tujuh sebab wujudnya rukhsah:

1. Bermusafir. Contohnya rukhsah qasar dan jamak solat, menyapu khuf lebih daripada
sehari semalam dan sebagainya.
2. Sakit. Contohnya bolehnya jamak solat kerana sakit, tayammum kerana tidak
boleh terkena air, sakit sehingga atau tidak mampu ke tempat ambil wudhu dan lain-
lain.
3. Lupa. Contohnya puasa tidak batal jika makan atau minum kerana terlupa. Begitu
juga orang yang terlupa belum menunaikan solat tidak dihukum berdosa sebaliknya
harus segera mengqada solat tersebut.
4. Kebodohan. Contohnya jika seseorang tidak pasti ada terkeluar angin atau tidak
dalam solat, maka solat dan wudhunya belum lagi terbatal.
5. Kesukaran. Ini termasuklah sukar untuk kekal dalam keadaan suci tetapi jika wajib
solat, maka solatnya sah. Contohnya pesakit kencing tidak lawas, haid yang
berterusan dan sebagainya.
6. Paksaan. Contohnya jika terpaksa mengucapkan kalimah kufur, atau minum arak,
kerana diugut, maka hal itu tidak mengapa jika hatinya sekeras-kerasnya membenci
hal tersebut.
7. Kekurangan. Contohnya kanak-kanak kecil dan orang gila tidaklah dikira sebagai
mukallaf, maka mereka dibebaskan daripada tanggungjawab syari'e seperti solat
fardhu, jihad, zakat, haji dan sebagainya.

6
Rujukan :

Abdul Karim Zaidan. 2006. Al-Wajiz Fi Asul Al-Fiqh. Beirut : Muassasah al-Risalah.

Usamah Muhaammad Assollabi. 2003. Ad Durarul Bahiyyah Fi Ar Rukhosu As Syar’iyyah :


Ahkamuha Wa Ddhowabituha. Al Imarat : Maktabah As Sohabah.

Jasser Auda. 2014. Memahami Maqasid Syariah : Peranan maqasid dalam pembaharuan
Islam kontemporari. PTS Islamika Sdn Bhd.

Wahbah Az Zuhaili. 1969. Al fiqhul Islami Wa Adillatuhu. Syria. Dar Al Fikr.

Dusuki Haji Ahmad. 1976. Kamus Pengetahuan Islam. Utusan Publications and Distributors
Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai