Anda di halaman 1dari 12

LAFAZ TAKLIK TALAK

Oleh : Amin
Pengenalan Islam merupakan sebuah agama yang syumul
merangkumi setiap aspek kehidupan
termasuklah kehidupan berpasangan. Hal ini,
islam membenarkan perkahwinan dan amat
mengalkkan umatnya untuk berkahwin. Walau
bagaimanapun, di setiap rumah tangga yang
dibina tidak selalu indah. Maka, pembubaran
perkahwinan dijadikan sebagai jalan keluar
kepada pasangan yang berhadapan dengan
masalah dan tidak dapat diselesaikan dengan
baik. Terdapat pelbagai bentuk pembubaran
perkahwinan mengikut hukum Islam seperti
talaq, taʻliq talaq, liʻan, khuluq dan fasakh
PENGERTIAN • Talaq menurut bahasa ialah melepaskan dan
merungkaikan ikatan.Mankala, Definisi talaq menurut
TA’LIK TALAK syarak ialah membubarkan akad menggunakan lafaz
yang khusus seperti talaq atau lafaz seumpamanya
seperti lafaz kinayah.
• Bagi lafaz Taʻliq menurut bahasa dapat dijelaskan
menerusi penelitian terhadap kata asal bagi sesuatu
yang lain. Definisi taʻliq menurut syarak diteliti
menerusi definisi yang diberikan oleh fuqaha’.
Pandangan Jumhur Fuqaha
Jumhur fuqaha’ yang terdiri dari al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, al-Shafi ʻiyyah dan sebahagian al-
Hanabilah berpandangan talaq sabit apabila berlaku syarat yang telah disebutkan oleh suami.

Pandangan mereka bersandarkan kepada ayat al-Quran

‫ود اللَّ ِه فَاَل‬ َ ‫ت بِِه ۗ تِْل‬


ِ ِ ِ ‫ان ۗ واَل حَيِ ُّل لَ ُكم أَ ْن تَأْخ ُذوا مِم َّا آَتيتُموه َّن َشيئا إِاَّل أَ ْن خَيَافَا أَاَّل ي ِقيما ح ُدود اللَّ ِه ۖ فَِإ ْن ِخ ْفتُم أَاَّل ي ِقيما ح ُد‬ ٍ ‫ان ۖ فَِإمس ٌ مِب‬
ٍ ِِ ‫وف أَو تَس ِر‬ ِ َ‫الطَّاَل ُق مَّرت‬
ُ ‫ك ُح ُد‬ ْ ‫يما ا ْفتَ َد‬ َ َ‫ود اللَّه فَاَل ُجن‬
َ ‫اح َعلَْيه َما ف‬ َ ُ َ ُ ْ َ ُ َ ُ ًْ ُ ُ ْ ُ ْ َ ‫يح بإ ْح َس‬
ٌ ْ ْ ‫اك َْع ُر‬ َْ َ
‫ك ُه ُم الظَّالِ ُمو َن‬ ِ
‫ئ‬ ٰ
‫ل‬‫و‬ُ‫أ‬ ‫ف‬ ِ
‫ه‬ َّ
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ود‬ ‫د‬‫ح‬ َّ
‫د‬ ‫ع‬
َ َ َ َ ُ ُ َ ََ ْ َ َ َ ُ َ ْ َ‫ت‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬‫و‬ ۚ ‫ا‬ ‫وه‬ ‫د‬‫ت‬ ‫ع‬‫ت‬

Talak (yang dapat dirujuk) itu dua kali. (Setelah itu suami dapat) menahan dengan baik, atau
melepaskan dengan baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu yang telah kamu
berikan kepada mereka, kecuali keduanya (suami dan istri) khawatir tidak mampu menjalankan
hukum-hukum Allah. Jika kamu (wali) khawatir bahwa keduanya tidak mampu menjalankan hukum-
hukum Allah, maka keduanya tidak berdosa atas bayaran yang (harus) diberikan (oleh istri) untuk
menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa
melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang zalim.
al-Baqarah 2:229
PENERANGAN • Jumhur fuqaha’ menjelaskan ayat di atas bersifat
umum dengan tidak menyatakan kaedah yang tertentu
DALIL dalam mensabitkan talaq.25 Oleh itu, talaq sabit
samada dibuat secara langsung atau melalui taʻliq.
Pandangan meraka dikuatkan dengan hadis Daripada
Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah S.A.W bersabda :
• Terjemahan : Orang Islam itu perlu berpegang dengan
syarat mereka.
• Oleh itu, Berdasaran hadis di atas, jumhur fuqaha’
berpandangan taʻliq adalah satu syarat yang
diletakkan oleh suami untuk mensabitkan talaq
Pandangan Ibn Hazm dan Fuqaha’ Shiʻah Jaʻfariyyah berpandangan
taʻliq tidak akan mensabitkan talaq dalam apa jua

Ibn Hazm dan keadaan.29 Pandangan ini disandarkan kepada ayat al-
Quran berikut:

Fuqaha’ ‫وه َّن فَ َما لَ ُك ْم َعلَْي ِه َّن ِم ْن‬ ِ ‫ات مُثَّ طَلَّ ْقتُم‬ ِ َ‫يا أَيُّها الَّ ِذين آمنُوا إِ َذا نَ َكحتم الْمؤِمن‬
ُ ‫وه َّن م ْن َقْب ِل أَ ْن مَتَ ُّس‬
ُ ُ ُْ ُ ُْ َ َ َ َ
Shiʻah ِ
‫احا مَج ياًل‬
ً ‫وه َّن َسَر‬ ُ ‫وه َّن َو َسِّر ُح‬
ٍ ِ
ُ ُ‫عدَّة َت ْعتَدُّونَ َها ۖ فَ َمِّتع‬

Jaʻfariyyah Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menikahi


perempuan-perempuan mukmin, kemudian kamu ceraikan
mereka sebelum kamu mencampurinya maka tidak ada
masa idah atas mereka yang perlu kamu perhitungkan.
Namun berilah mereka mut’ah dan lepaskanlah mereka itu
dengan cara yang sebaik-baiknya.
al-Ahzab 33:49
‫وه َّن ِم ْن بُيُوهِتِ َّن َواَل‬ ِ
ُ ‫صوا الْع َّدةَ ۖ َو َّات ُقوا اللَّهَ َربَّ ُك ْم ۖ اَل خُت ْ ِر ُج‬ُ ‫َح‬
ِ‫يا أَيُّها النَّيِب إِ َذا طَلَّ ْقتم النِّساء فَطَلِّ ُق ِ ِ هِت‬
ْ ‫وه َّن لع َّد َّن َوأ‬
ُ َ َ ُُ ُّ َ َ
ِ ‫ك ح ُدود اللَّ ِه ۚ ومن يَتع َّد ح ُد‬ ِ ٍ ٍ ِ ِ
َ‫ود اللَّه َف َق ْد ظَلَ َم نَ ْف َسهُ ۚ اَل تَ ْد ِري لَ َع َّل اللَّه‬ َ ُ َ َ ْ ََ ُ ُ َ ‫ني بَِفاح َشة ُمَبِّينَة ۚ َوت ْل‬ َ ‫خَي ُْر ْج َن إِاَّل أَ ْن يَأْت‬
ِ ِ
َ ‫ث بَ ْع َد َٰذل‬
‫ك أ َْمًرا‬ ُ ‫حُيْد‬

Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka


hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat
(menghadapi) idahnya (yang wajar), dan hitunglah waktu idah itu,
serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu
keluarkan mereka dari rumahnya dan janganlah (diizinkan) keluar
kecuali jika mereka mengerjakan perbuatan keji yang jelas. Itulah
hukum-hukum Allah, dan barangsiapa melanggar hukum-hukum
Allah, maka sungguh, dia telah berbuat zalim terhadap dirinya
sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali setelah itu Allah
mengadakan suatu ketentuan yang baru.

al-Talaq 65:1
PENERANGAN • Menurut Ibn Hazm berdasarkan dua ayat di atas, Allah
menjelaskan talaq hanya sabit kepada wanita yang
DALIL belum disetubuhi dan telah disetubuhi. Beliau
menjelaskan tiada nas yang khusus menunjukkan taʻliq
mensabitkan talaq. Oleh itu, taʻliq tidak akan
mensabitkan talaq dalam apa jua keadaan. Mereka
berpandangan taʻliq adalah sumpah
Pandangan Ibn Taymiyyah
Ibn Taymiyyah berpandangan talaq yang disandarkan kepada syarat oleh suami dengan niat untuk
membubarkan perkahwinan, mensabitkan talaq apabila berlaku syarat tersebut. Manakala ta ʻliq
dilakukan dengan tujuan untuk bersumpah tidak mensabitkan talaq sebaliknya hanya diwajibkan
untuk membayar kafarah sumpah. Pandangan ini berdasarkan kepada ayat al-Quran

ِ ِ َّ ِ َّ ِ َّ َ ‫قَ ْد َفر‬
‫يم‬ ُ ‫ض اللهُ لَ ُك ْم حَت ل َة أَمْيَان ُك ْم ۚ َواللهُ َم ْواَل ُك ْم ۖ َوُه َو الْ َعل‬
ُ ‫يم احْلَك‬ َ
Sungguh, Allah telah mewajibkan kepadamu membebaskan diri dari sumpahmu; dan Allah adalah
pelindungmu dan Dia Maha Mengetahui, Mahabijaksana.

al-Tahrim 66: 2
‫ِ ٰ ِ ِ مِب‬ ِ
ُ‫اَل يُ َؤاخ ُذ ُك ُم اللَّهُ بِاللَّ ْغ ِو يِف أَمْيَان ُك ْم َولَك ْن يُ َؤاخ ُذ ُك ْم َا َع َّقدْمُتُ اأْل َمْيَا َن ۖ فَ َك َّف َارتُه‬
ۖ ‫ني ِم ْن أ َْو َس ِط َما تُطْعِ ُمو َن أ َْهلِي ُك ْم أ َْو كِ ْس َوُت ُه ْم أ َْو حَتْ ِر ُير َرَقبَ ٍة‬ ِ‫إِطْعام ع َشرِة مساك‬
َ ََ َ َ َُ
ۚ ‫اح َفظُوا أَمْيَانَ ُك ْم‬ ‫و‬ ۚ ‫م‬ ‫ت‬ ‫ف‬
ْ ‫ل‬
َ ‫ح‬ ‫ا‬ ‫ذ‬
َ ِ
‫إ‬ ‫م‬ ‫ك‬
ُ ِ‫ك َك َّفارةُ أَمْيَان‬ ِ‫صيام ثَاَل ثَِة أَيَّ ٍام ۚ َٰذل‬
ِ َ‫فَمن مَل جَيِ ْد ف‬
ْ َ ْ َ ْ ُ َ َ َُ ْ َْ
‫ك يَُبنِّي ُ اللَّهُ لَ ُك ْم آيَاتِِه لَ َعلَّ ُك ْم تَ ْش ُك ُرو َن‬ ِ
َ ‫َك َٰذل‬
Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak disengaja
(untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah
yang kamu sengaja, maka kafaratnya (denda pelanggaran sumpah) ialah memberi
makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada
keluargamu, atau memberi mereka pakaian atau memerdekakan seorang hamba
sahaya. Barangsiapa tidak mampu melakukannya, maka (kafaratnya) berpuasalah
tiga hari. Itulah kafarat sumpah-sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah
sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan hukum-hukum-Nya kepadamu agar
kamu bersyukur (kepada-Nya).

al-Maidah 5:89
PENERANGAN DALIL
• Menurut Ibn Taymiyyah, berdasarkan kepada ayat-ayat di atas, kafarah sumpah diwajibkan
apabila berlaku pelanggaran sumpah dan tiada hukuman yang lain dikenakan. Ta ʻliq yang
dilakukan dengan tujuan untuk bersumpah dianggap sebagai sumpah dan sebarang
pelanggaran sumpah hanya diwajibkan untuk membayar kafarah sumpah
RUMUSAN
• Sebahagian besar ulamak atau fuqaha yang terdiri dari mazhab al-Hanafiyyah, al-
Malikiyyah, al-Shafiʻiyyah dan sebahagian al-Hanabilah lebih cenderung mengatakan talaq
sabit apabila berlaku syarat yang telah disebutkan oleh suami
• Ibn Hazm dan Fuqaha’ Shiʻah Jaʻfariyyah yang mengatakan bahawa taʻliq tidak akan
mensabitkan talaq dalam apa jua keadaan dan mengatakan lafaz ta’lik sebagai sumpah.
• Imam Ibn Taimiyah meletakkan niat untuk membubarkan perkahwinan sebagai prasyarat
kepada taʻliq untuk mensabitkan talaq. Akan tetapi, Jumhur ulama’ menolak pandangan Ibn
Taymiyyah yang membezakan di antara taʻliq sebenar dan sumpah berdasarkan kepada
perbezaan niat suami bahkan jumhur fuqaha’ menegaskan kedua-duanya termasuk dalam ta ʻliq
tanpa wujud perbezaan di antara kedua-duanya

Anda mungkin juga menyukai