Anda di halaman 1dari 20

JUAL BELI BITCOIN

MUKADIMAH
Isu ini telah dikemukakan oleh orang ramai ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi pelbagai
medium antaranya aplikasi whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter.

Mutakhir ini, Bitcoin yang merupakan salah satu daripada jenis mata wang kripto menjadi satu fenomena
baharu yang kian mendapat perhatian di seluruh pelusuk dunia. Kemunculan mata wang seumpama ini
dianggap sebagai alternatif baharu kepada mata wang sedia ada dalam urus niaga di abad ini.

Justeru, jika dilihat secara saintifik, bitcoin ini merupakan mata wang digital yang dibangunkan di alam
maya dengan menggunakan perkakasan komputer sepenuhnya. Ia bukanlah bersifat fizikal seperti wang
kertas yang ada pada hari ini. Keghairahan orang ramai terhadap bitcoin ini telah melonjakkan harganya
ke tahap yang tinggi di mana pada awalnya ditawarkan pada harga USD65 dan kini dikatakan harganya
berada pada paras USD6,281.76 bersamaan dengan RM26,340 (setakat 13 November 2018).

Baru-baru ini juga, terdapat laporan yang menyatakan sistem emel Media Prima Bhd. telah diserang oleh
sekumpulan penggodam siber, dan mereka meminta sebanyak 1000 unit bitcoin sebagai bayaran untuk
sistem tersebut kembali kepada sediakala.Ini menunjukkan bahawa bitcoin menjadi sasaran kumpulan
penjenayah memandangkan sifatnya yang lebih sukar dikesan berbanding mata wang biasa.
ISU DAN MASALAH

Maka berikut dikemukakan beberapa persoalan yang timbul di sebalik


penggunaan mata wang ini, antaranya:

a. Adakah bitcoin merupakan mata wang yang sah menurut kaca mata
syarak?

b. Adakah bitcoin boleh diperdagangkan dan digunakan dalam transaksi


urus niaga?
KONSEP MATA WANG DALAM ISLAM

Mata Wang dalam al-Quran dan al-Hadis pada dasarnya, konsep umum mata wang yang disebut di dalam al-
Quran adalah menjurus kepada mata wang dinar dan dirham. Ini adalah kerana, ketika wahyu diturunkan kepada
Rasulullah SAW, mata wang yang beredar pada masa itu hanyalah dinar dan dirham.

Antara ayat yang menggambarkan unit mata wang dinar dan dirham yang pernah digunakan pada zaman awal
Islam ialah:
ُْ ٰ
َ ‫م ِّی‬0/‫ْس َعلَ ْی َنا فِي اْأل‬
‫ِّین َس ِبی ٌل‬ َ ‫ا لَی‬/‫ك ِبأَن َّ ُھ ْم َقالُو‬
َ ِ‫ت َعلَی ِْھ َقائِمًا َذل‬
َ ‫ْك ِٕاال َّ َما ُد ْم‬ ْ
ٍ ‫ ِم ْنھُم م َّنْ ِٕان َتأ َم ْن ُھ ِبدِی َن‬/‫ْك َو‬
َ ‫ار ال َّ ی َُؤد ِّ ِه ِٕا َلی‬ ْ ِ ‫مِنْ َٔاھْ ِل ْال ِك َتا‬/‫َو‬
ٍ ‫ب َمنْ ِٕان َتأ َم ْن ُھ ِبقِن َط‬
َ ‫ار ی َُؤد ِّ ِه ِٕالَی‬
َ ‫ِب َو ُھ ْم َیعْ لَم‬
‫ُون‬ َ ‫َّـھ ْال َكذ‬
ِ ‫ون َعلَى الل‬َ ُ‫ َیقُول‬/‫َو‬

Maksudnya: “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta
sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau
amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.
Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang
yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah
berdusta).”
syarat-syarat khusus bagi membolehkan
tukaran mata wang dijalankan ialah:-

Wujud persamaan bagi dua barangan yang


sama bahagian
Penyerahan serta-merta
Penyerahan dalam majlis akad
Akad tersebut mestilah muktamad (tanpa
syarat)
SEJARAH BITCOIN

Bitcoin ialah satu mata wang digital yang dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi
Nakamoto, satu nama yang masih belum diketahui sehingga sekarang dan
masih diperdebatkan samada ia merujuk kepada seorang individu ataupun
sekumpulan manusia.

Operasi bitcoin (dan juga mata wang digital / kripto yang lain) diselenggara
oleh satu autoriti yang tidak berpusat, berbeza dengan mata wang biasa yang
diselenggara oleh badan kewangan atau bank negara masing-masing.

Transaksi bitcoin dijalankan secara terus melalui saluran kriptografi antara


pengguna tanpa ada perantara atau orang tengah.Ia juga boleh ditukar atau
dijual beli dengan mata wang biasa, produk atau servis.
Bitcoin merupakan aset pertama dalam bentuk mata wang kripto, menjadikannya
aset paling popular dalam kalangan pengguna. Bitcoin dihasilkan melalui proses
penempaan (mining) yang memakan satu jangka masa yang amat panjang,
dengan cara penyelesaian masalah dan formula matematik untuk menghasilkan
bitcoin menggunakan peralatan komputer.

Penghasilan Bitcoin telah ditetapuk tidak melebihi 21 juta bitcoin, dan pada kadar
sekarang, ia dijangka habis ditempa kira-kira pada tahun 2040.

Jaringan blok (blockchain) pula ialah satu lejer awam yang merekodkan segala
transaksi bitcoin yang dapat diakses oleh semua pengguna yang terlibat dengan
proses transaksi dan penempaan bitcoin.

Menurut pengasasnya, Bitcoin dicipta bagi membolehkan transaksi pembayaran


secara atas talian (online) dihantar secara terus dari satu pihak kepada pihak
yang lain (peer- to-peer) tanpa perlu melalui institusi perbankan atau kewangan
sebagai pihak ketiga dan ia akan melicinkan urusan transaksi.
KEDUDUKAN BITCOIN SEBAGAI MATA WANG

Persoalan samada bitcoin adalah sejenis mata wang atau tidak


masih lagi diperdebatkan. Menurut The Economist, Bitcoin
menepati 3 ciri-ciri mata wang:
a. sukar diperoleh
b. bekalannya terhad
c. mudah untuk dipastikan (verify).

Setakat kajian ini dilakukan, Bitcoin masih kekal sebagai mata


wang kripto yang paling mudah dicairkan dan terbesar di pasaran
dari segi aktiviti pengguna dan aktiviti pemaju. Ia mempunyai
jumlah dagangan harian melebihi USD 10 bilion dan penilaian
pasaran USD 135 bilion (setakat 18 April 2018).
Risiko Bitcoin

1. Naik turun nilai yang sukar dikawal dan dijangka akibat


spekulasi berlebihan para pelabur(fluctuation/volatility).

2. Risiko penggodaman terhadap sistem.

3. Dieksploitasi oleh penjenayah untuk kegiatan penggubahan


wang haram dan mendanai aktiviti keganasan.

Kemunculan skim-skim pelaburan palsu berasaskan bitcoin dan


mata wang kripto
4. .
Pandangan Badan Fatwa dan
Sarjana Islam Berkenaan Bitcoin
Pandangan Yang Mengharamkan
1) Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir)

Keterlibatan dalam urusan bitcoin adalah tidak dibolehkan dari sudut syarak kerana risikonya
yang terlalu besar terhadap individu dan negara. Menurut Mufti Republik Mesir Syeikh
Shauqi ‘Allam, bitcoin diharamkan berdasarkan kepada alasan-alasan yang berikut:

(a) Bitcoin tidak menepati syarat untuk diiktiraf sebagai mata wang.
(b) Ia mempunyai unsur jahalah, gharar dan manipulasi yang amat sukar dikawal.
(c) Ia tidak mempunyai nilai sandaran dan tidak dikawal selia mana-mana pihak berautoriti.
(d) Pengeluaran mata wang adalah hak mutlak pemerintah dan institusi kewangan rasmi
sesebuah negara.
(e) Ia juga boleh menjadi saluran untuk kegiatan-kegiatan haram dan melanggar undang-
undang seperti mendanai aktiviti pengganas (Daesh), penggubahan wang haram dan
mengelak daripada membayar cukai (tax evasion).
(f) Ia adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian menyeluruh
terhadap pelabur, serta pelabur juga tidak disediakan sebarang ganti rugi atas kerugian
tersebut.
2) Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia)

Kebanyakan mata wang kripto yang ada pada masa sekarang tidak menepati syarat-syarat
yang perlu dipatuhi untuk sesuatu itu diiktiraf sebagai mata wang:

a. Medium pertukaran (medium of exchange)


b. Penyimpanan nilai (mahkzunan lil tsarwah atau store of value)
c. Ukuran kestabilan (Miqyas lil Qiyam)
d. Ukuran penerimaan umum (Mi’yar li Tadawul)

Menurutnya lagi, bitcoin boleh menjadi harus jika sekiranya penambahbaikan dilakukan
terhadapnya dan ditetapkan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya. Antara
cadangan beliau adalah supaya kerajaan mengiktirafnya dan menjadikannya sebagai mata
wang alternatif kepada mata wang sedia ada bagi melindungi para pelabur daripada sebarang
kerugian, dan agar kerajaan boleh mengawal selia segala aktiviti berkaitan.

Beliau juga menasihatkan agar umat Islam mengelakkan penglibatan dengan bitcoin buat
masa sekarang kerana risikonya yang terlalu besar. Bagi umat Islam yang telah terlibat
dengan urusan bitcoin, mereka diminta agar segera menjualkannya, dan mereka berhak
menyimpan nilai modal sewaktu membeli bitcoin dan menyedekahkan hasil keuntungan
pelaburan bitcoin tersebut (capital gain) kepada mana-mana pihak yang memerlukan.
3) Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom)

Menurut badan ini, bitcoin adalah tidak dibenarkan atas beberapa faktor, iaitu
harganya di pasaran yang sangat tidak stabil, serta kaedah penempaan bitcoin
(mining) yang mempunyai unsur perjudian.

4) Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah


Beliau secara peribadi menyatakan bitcoin dilihat satu alat baru yang tidak dapat dipastikan
identitinya secara khusus sama ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya. Namun, dalam masa
yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa isu syariah terhadap mata wang ini seperti kadar
spekulasi yang tinggi, mudah berlaku penyelewangan dan penipuan, tiada sandaran, tiada
kawalan daripada pihak berautoriti dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan faktor-faktor tersebut,
beliau berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi menjaga kepentingan masyarakat awam.
Pandangan Yang Mengharuskan
1) Datuk Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi Eksekufti Amanie Advisors) dan Pengerusi
Lembaga Penasihat Syariah BNM dan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah SC)

Beliau berpandangan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh dikenakan zakat.
Beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar
(ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang
digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.
Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan
dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara
sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.
Volatility bitcoin pula tidak boleh dijadikan ‘illah kepada pengharaman bitcoin dan ia tidak memainkan peranan
dalam menentukan status Sharia-compliancy sesuatu perkara. Beliau memberi contoh emas, yang mana
nilainya adalah sangat tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu
diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus
transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk bitcoin.
Dalam satu artikelnya yang lain, beliau sekali lagi menegaskan bahawa mata wang kripto adalah patuh syariah
dan memenuhi semua syarat mata wang yang digariskan, serta menyatakan naik turunnya nilai mata wang
adalah perkara biasa yang ditentukan oleh aspek pasaran dan kepercayaan pengguna. Selain itu, beliau juga
menulis bahawa mata wang ini sekurang-kurangnya boleh menjadi mata wang yang sah kepada mereka yang
percaya kepada nilaiannya. Berkenaan risiko penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan bitcoin pula,
beliau menjawab bahawa wang kertas juga terdedah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang sebelum
beberapa peraturan dan regulasi diperkenalkan bagi menangani masalah tersebut. Beliau percaya minda
2) Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam rancangan Bismillah Ad-Duha yang disiarkan Astro Oasis pada 23 Disember 2017 lalu, Dr. Zaharuddin telah
menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini. Beliau mengakui telah mencuba sendiri bitcoin ini bagi
mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mata wang kripto ini.
Menurutnya lagi, elemen gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan bitcoin itu sendiri, tapi
ditemui sewaktu peringkat transaksi di bursa (exchange) di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi
itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.
Seteleh melakukan penelitian, beliau mengatakan bitcoin boleh digunakan dalam urusan jual beli kerana ia menepati
ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, namun ia bukanlah satu legal tender iaitu mata wang yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara.
Beliau juga mengharuskan menyimpan Bitcoin sekadar untuk menyimpan nilai dan melawan inflasi, dan untuk
dijual semula apabila memerlukan wang tunai pada masa hadapan, dan tidak harus disimpan sebagai satu bentuk
pelaburan.
Beliau mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan
apabila cukuphaul, selain larangan daripada memperdagangkan Bitcoin kerana ia adalah satu bentuk mata wang
yang dilarang daripada diperdagangkan dalam Islam.
Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan bitcoin
atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan yang banyak muncul sejak akhir-akhir
ini. Akhirnya beliau juga menjangkakan bitcoin akan menjadi lebih stabil pada masa akan datang.
3) Mufti Muhammad Abu-Bakar

Berdasarkan kajian yang beliau lakukan bertajuk Shariah Analysis of Bitcoin,


Cryptocurrency, and Blockchain, beliau cenderung untuk mengharuskan bitcoin dengan
beberapa syarat:

i) Bitcoin hanya diharuskan di negara-negara yang tidak melarang transaksi bitcoin.


Adapun jika undang-undang negara tersebut melarang, maka ia turut dilarang
daripada sudut syariah.

ii) Bitcoin haruslah dijual beli / digunakan sebagai satu mata wang menurut tujuan
asal ia dicipta, dan bukannya sebagai satu aset pelaburan.

iii) Beliau turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati dengan sebarang skim
penipuan yang cuba memperdaya pengguna dengan menjanjikan keuntungan berlipat
ganda atas nama pelaburan bitcoin, serta risiko kerugian yang bakal dihadapi
memandangkan ketidakstabilan nilainya di pasaran.
Kesimpulan
Secara tuntasnya, setelah menilai pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, maka didapati mata wang ini
tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara
konsisten. Meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang namun ketidakstabilan nilai pada mata
wang ini boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

Selain itu, ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara
negatif seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.
Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan, dan ia tidak
menepati tujuan asal penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat
yang sedia ada.
Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’
(menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia tidak berlegar di kalangan masyarakat umum.
Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.

Anda mungkin juga menyukai