Anda di halaman 1dari 3

Pemakaman Baqi (Al-Baqi’) atau juga dikenali sebagai jannatul baqi yang

bererti taman syurga ialah kawasan perkuburan yang lapang berhampiran dengan
Masjid Nabawi yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW
untuk dijadikan sebagai tapak perkuburan kaum muslimin di Madinah. Tempat
bersejarah ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh umat islam
apabila menjejakkan kaki di bumi Madinah al-munawwarah.

Struktur Kawasan Al-Baqi

Pemakaman ini terletak di sebelah kiri atau lebih tepat lagi di sebelah
tenggara Masjid Nabawi di Madinah dan dianggarkan seluas 180 meter persegi yang
telah dipagarkan dengan pagar marmar yang tinggi dianggarkan setinggi 2 meter.
Kawasan ini telah dikawal ketat oleh tentera dan hanya Jemaah lelaki sahaja yang
dibenarkan masuk. Kawasan perkuburan ini dibuka untuk lawatan selepas waktu
solat fardhu `Asar dan Subuh. Selain dari waktu tersebut, pintu pagar masuk ke
kawasan perkuburan Baqi` akan ditutup. Kawasan ini adalah tanah lapang yang luas
dan tidak dihuni sebarang tumbuhan, berbatu dan kering. Semua makam di sini tidak
tertulis sesuatu pun dan hanya batu nisan sahaja sebagai penanda. Perkuburan ini
dibahagikan dengan kawasan yang tertentu seperti yang tertera pada gambar di
bawah:
Sejarah Al-Baqi

Al-baqi adalah salah satu makam islam tertua dan pertama di Madinah yang
terletak di wilayah Hijjaz yang juga dikenali sebagai Arab Saudi pada masa kini.
Rasulullah SAW menjadikan makam ini untuk keluarga dan para sahabat beliau.
Qadhi ‘Iyad rahimahullah meriwayatkan bahawa imam malik mengatakan seramai
10 ribu sahabat telah disemadikan di Perkuburan Al-Baqi.

Pada hayat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda selalu keluar


pada lewat malam untuk menziarahi kawasan perkuburan ini serta mendoakan
keampunan buat penghuni-penghuni kubur.Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam
mengajarkan kepada para sahabat akan suatu ucapan untuk mereka ucapkan
apabila melalui kawasan kubur, iaitu:

‫هللا لنا ولكم العافي َة‬


َ ‫ أسأل‬. ‫ لَالحقون‬، ‫ إن شاء هللا‬، ‫ وإنا‬. ‫ من المؤمنين والمسلمين‬، ‫يار‬
ِ ‫السالم عليكم أه َل ال ِّد‬

“Kesejahteraan ke atas kamu semua wahai penghuni kampung, dari kalangan


orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan kehendak ALLAH akan
mengikuti kamu. Kami memohon kepada ALLAH untuk kami dan untuk kamu
sekalian akan kesejahteraan.”

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah


sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa menghadiri jenazah sampai jenazah itu disolatkan, maka ia


mendapatkan satu qirath. Dan barang siapa menghadirinya sampai jenazah itu
dikuburkan, maka ia mendapatkan dua qirath.”

Ada yang bertanya: “Apakah dua qirath itu?”

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sama dengan dua gunung


yang besar.”

(Sahih Muslim)

Anda mungkin juga menyukai