Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

1.0

FOKUS PENULISAN..................................................................................................1

2.0

TUJUAN PENULISAN................................................................................................2

3.0

IDEA DAN ISU UTAMA...............................................................................................2

4.0

PENGAJARAN DAN APLIKASI DALAM KEHIDUPAN..............................................4

5.0

KEKUATAN BUKU......................................................................................................4

6.0

BIODATA PENULIS....................................................................................................5

LAMPIRAN

ULASAN BUKU
Siti Huzaifah Binti Mohd Yahaya@Yaakob ( D 20141068258 )
JAIS KOHORT 3
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim, Perak

ISBN

: 978-967-137-811-3

Tajuk buku

: Mudahnya Ngaji Tajwid

Penulis

: Ustaz Hj. Mohammad Asyraff Ayob Al-Hafiz

Cetakan

: Terbitan Pertama 2016

Penerbit

: Furqanworks Sdn. Bhd.

Kategori

: Buku, Buku Agama, Furqanworks, Tajwid, Terbaru.

1.0

FOKUS PENULISAN

Inginkah anda buku tajwid yang fokusnya adalah faham dan tahu praktikal. Mungkin kita
sudah membeli dan membaca berbagai buku tajwid. Tetapi mungkin juga kit masih
confuse, masih kurang jelas big picture ilmu tajwid.
Buku ini ditulis dengan objektif berbeza. la ditulis khas untuk:

Memahamkan anda, bukan memeningkan. Dalam buku ini, kita akan fokuskan ilmu
tajwid paling penting, yang paling wajib anda tahu dan kuasai untuk tujuan praktikal.

Fokus buku ini adalah, anda boleh terus tahu praktikkan tajwid ketika membaca AlQuran, terus mudah kenal hukum-hukum tajwid dalam Al-Quran.

Buku ini menyenaraikan ilmu tajwid wajibtahu dan wajib kuasai sahaja, agar mereka
yang sebelum ini tahap ilmu tajwidnya hampir kosong boleh terus fahami tajwid dan
tahu cara praktikalnya.

Penerangannya amat simple, santai & tidak terlalu teknikal. Mudahnya, buku ini tidak
mensyarahkan teknikal tajwid tetapi mensyarahkan bagaimana anda mudah fahami
kerangka besar ilmu tajwid untuk tujuan fasih baca Al-Quran.

la ditulis dengan gaya bahasa untuk memudahkan masyarakat awam, orang biasa yang
ingin mencari jalan pintas untuk cepat fahami tajwidsecara luar biasa.

2.0

TUJUAN PENULISAN

Buku ini mempunyai sepuluh bab kesuluruhan yang secara umumnya membincangkan
bagaimana cara mudah memahami tajwid. Penulis menekankan bahawasanya sesiapa
yang ingin ilmu tajwid meningkat dari zero to hero inilah bukunya yang ditulis khas untuk
cepatkan anda fasih mengaji Al Quran.
Penulis menggunakan pendekatan perbincangannya yang ditulis berdasarkan sudut
pandang pembaca. Objektif utama buku ini ditulis adalah untuk :

Memahamkan pembaca, bukan memeningkan. Fokus pada ilmu tajwid paling


penting, yang paling wajib diketahui dan kuasai untuk terus diamalkan ketika

membaca Al Quran.
Fokus adalah pembaca terus praktikkan tajwid ketika membaca Al Quran dan terus

kenal hukum tajwid dalam Al Quran


Menyenaraikan ilmu tajwib wajib tahu dan wajib kuasai
Penerangan penulisan yang amat mudah, santai dan tidak terlalu teknikal dengan
gaya bahasa yang memudahkan masyarakat awam, orang biasa yang ingin
mencari jalan pintas untuk fahami tajwid secara luar biasa.

3.0

IDEA DAN ISU UTAMA

Dalam bab pertama, penulis membawa pembaca kepada persoalan bagaimana cara lebih
mudah memahami tajwid. Jawapan kepada persoalan ini ialah bergantung kepada tahap
pembaca samada pembaca dari golongan tahap satu : anda tidak tahu ilmu tajwid, tahap
dua : anda tahu teori tetapi kurang mahir membaca, tahap tiga : anda kurang mahir teori
tetapi pandai membaca dan tahap empat : anda mahir teori dan mahir membaca.

Dalam Bab kedua pula, membincangkan mengenai asas ilmu tajwid. Dimana penulis
membahaskan enam perkara asas yang amat penting untuk pembaca fahami kerana ianya
akan memandu keseluruhan halatuju ilmu tajwid iaitu :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Apakah ilmu tajwid dan dalilnya


Hukum mempelajari dan mengamalkannya
Jenis qiraat
Hukum kesalahan tajwid
Tahap kelajuan bacaan Al Quran
Tujuan mempelajari tajwid
Dalam Bab ketiga pula perbincangan mengenai komponen makhraj huruf dan sifat

huruf. Penulis menegaskan bab ini sukar dan mencadangkan pembaca perlu belajar secara
berguru supaya sebutan tepat dan tidak salah.
Dalam Bab Keempat pula menerangkan mengenai memulakan bacaan iaitu waqaf
dan ibtidaPenulis mengatakan sebenarnya, cara membaca Al Quran lebih kurang sama
seperti kita memandu kereta. Serupa dalam erti kata ada teknik untuk mula dan berhentii.
Dalam tajwid, memula dan memberhentikan bacaan dipanggil ilmu waqaf dan ibtida.
Dalam Bab Kelima, penulis menerangkan mengenai dengung dan tidak dengung.
Dalam bab ini menerangkan dengan panjang lebar dan mendalam mengenai hukum-hukam
yang hukum bacaannya dengung atau tidak dengung. Penulis memberikan contoh-contoh
ayat untuk pembaca lebih mudah mendalami dan memahami bacaannya.
Bab keenam, penulis membahaskan untuk pembaca mengenali dahulu bacaan
panjang atau yang dinamakan Mad. Mad dari sudut praktikalnya, kita akan memanjangkan
suara ketika membunyikan huruf-huruf mad pada kadar harakat tang ditentukan.
Bab Ketujuh tertumpu kepada bacaan tebal dan nipis iaitu bergantung huruf itu
kepada dua sifat samada istila atau istifal.Seterusnya bab Kelapan memceritakan mengenai
bacaan unik mengikut teknik yang diamalkan dalam Qiraat Hafs An Asim.
Bab Kesembilan merupakan kesimpulan yang merangkumkan kefaham yang jelas
mengenai hukum tajwid dan bacaan yang betul. Dalam bab Kesepuluh,
memberikan bonus 9 formula termudah menghayati Al Quran agar terpahat dihati.

penulis

4.0

PENGAJARAN DAN APLIKASI DALAM KEHIDUPAN

Menurut penulis, untuk mencapai kemahiran ini perlu ada dua perkara yang perlu pembaca
lakukan:
1. Talaqqi Al Quran dengan tuan guru mahir
Maksud talaqqi ialah anda perdengarkan bacaan Al Quran kepada tuan guru
kemudian guru akan membetulkan bacaan andasamada kesalahan kecil atau besar.
2. Praktikal
Pujangga arab mengatakan man taqarrara, tahaqqaqa maksudnya barangsiapa
yang kerap berlatih, pasti dia pakar.

5.0

KEKUATAN BUKU

Buku ini ditulis oleh Ustaz Hj Mohammad Asyraff Ayob Al Hafiz ini sangat mudah difahami
dan tidak memeningkan.Penerangannya yang agak ringkas tidak mensyarahkan teknikal
tajwid tetapi mensyarahkan bagaimana anda mudah fahami kerangka besar ilmu tajwid
untuk tujuan fasih membaca Al Quran.
Sebagai seorang pembaca yang mempunyai tahap yang sederhana dalam ilmu
tajwid ini, buku ini memberikan nafas baru untuk kami memahami dengan mendalam lagi
terutamanya dalam bacaan qiraat riwayat Hafs An Asim.
Selain dari itu, bonus formula yang diselitkan didalam buku ini memantapkan lagi
usaha kami untuk mempelajari dan mengaplikasi sekaligus menjadikan amalan dalam
kehidupan seharian.

6.1

BIODATA PENULIS

Beliau diberi nama Ustaz Hj.Mohd Asyraff Ayob Al Hafiz. Beliau memdapat ijazah

sarjana muda (kepujian) Takhassus Al Quran dan Qiraat di Al azhar Mesir.


Master (Sarjana) Psikologi I.O UKM
Berpengalaman dalam bidang Al Quran lebih 20 tahun bermula dengan hafazan

sejak berusia 13 tahun di Maahad Ahmadi, Negeri Sembilan.


Memiliki sanad Al Quran sahih ( riwayat Hafs An Asim ) yang bersambung dengan
Rasulullah s.a.w da menguasai teknik bacaan Al Quran terbaik memalui pengalaman

bertalaqqi bersama tiga tuan guru pakar Al Quran Mesir


Pengasa kaedah Jibril, teknik mudah dan paling praktikal untuk golongan awam

menghafaz surah Al Quran.


Kini beliau merupakan Pwngarah Urusan Syarikat Furqanworks Sdn. Bhd. Yang
memiliki misi mendekatkan masyarakat dengan Al Quranmelalui interaksi mudah dan
berimpak tinggi.

Anda mungkin juga menyukai