Anda di halaman 1dari 13

USI 31802

KAJIAN TEKS NUSANTARA (AKIDAH)

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

PENSYARAH: USTAZ AKILA BIN MAMAT

MUHAMMAD DANIAL ASHRAF BIN ABDUL RAHMAN 046607


AHMAD IMRAN BIN MUHAMAD 047175
ZULHILMI BIN ABD RASHED 047107
MIOR MUHAMMAD SYAHIR BIN ZAHARI 047192

IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DENGAN KAUNSELING

SEMESTER 4

PUSAT PENGAJIAN USULUDDIN

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

2019
ISI KANDUNGAN

Kandungan Halaman

Pengenalan 1

Nusantara Sebelum Kedatangan Islam 2

Kedatangan Islam ke Nusantara 3

Pandangan Orientalis 3

Pandangan Kedatangan Islam Melalui Susur Galur Yaman 3

Kedatangan Islam Melalui India; Cina; Arab-Parsi 4

Pandangan al-Attas 4

Nusantara Selepas Kedatangan Islam 5

Rumusan 9

Rujukan 10

0
PENGENALAN1

Penggunaan istilah Nusantara telah lama digunakan. Menurut Syed Muhammad


Naquib al-Attas, ianya telah digunakan oleh Vlekke pada 1965 dalam penerbitan
bukunya mengenai sejarah Indonesia. Buku berkenaan diberi nama Nusantara
yang membawa erti: ‘pulau-pulau lain sebagaimana ditinjau dari pulau Jawa atau
Bali’. Istilah nusantara itu mempunyai erti yang sedemikian berdasarkan
kegunaannya dalam naskhah-naskhah Jawa abad kelima belas (al-Attas, Syed
Muhammad Naquib. 1999).

Nusantara menurut Kamus Dewan ialah kepulauan Melayu (Kamus


Dewan Edisi Ke-4).

Sepertimana sedia maklum, awal kemunculan Islam itu sendiri


sepertimana yang dibawa oleh Nabi terakhir baginda Muhammad SAW adalah
bermula di Mekah, tanah Arab. Kemudian berkembang ke Madinah dan
kawasan-kawasan sekitar tanah Arab. Tatkala empayar Islam mula terbina,
penyebaran Islam itu mengambil tampuk yang lebih luas sehingga menjangkaui
nusantara umumnya dan alam Melayu khususnya.

Pengaruh Islam di nusantara itu sangat memberi kesan ke atas


masyarakatnya, baik pada seninya, sistem tulisan dan sistem bahasa. Kesan
Islam ke atas alam Melayu khususnya terserlah dengan kemunculan istilah,
‘Islam itu Melayu, Melayu itu Islam’.

Tugasan ini sedikit sebanyak membahaskan tentang sejarah kedatangan


Islam ke Nusantara. Perbahasan ini dilakukan secara kronologikal pada aspek
Islamisasi yang berlaku di nusantara ini, serta perbandingan teori-teori mengenai
kedatangan Islam ke nusantara.

Nusantara dalam tugasan ini adalah dengan merujuk sepertimana


diutarakan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 iaitu, kepulauan Melayu.

1
Disediakan oleh Mior Muhammad Syahir Zahari.

1
NUSANTARA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM 2

Sebelum kedatangan Islam, agama yang dianuti di seluruh daerah Kepulauan


Melayu-Indonesia adalah agama Hindu dan Buddha yang dicampuradukkan
dengan agama anak negeri sendiri, yang telah ada sebelum kedua agama
tersebut tiba dalam kalangan orang Melayu – Indonesia.

Pengaruh agama Hindu ketika itu tidaklah mengambil tempat dalam


kalangan masyarakat umumnya, sebaliknya hanya diamalkan dan dipertahankan
oleh golongan bangsawan dan raja-raja serta pendeta. Syed Muhammad Naquib
al-Attas sejajar dengan Van Leur yang menyatakan bahawa masyarakat Melayu
– Indonesia ketika itu bukanlah masyarakat Hindu, tetapi pada hakikatnya
hanyalah golongan bangsawan sahaja yang menganuti agama Hindu itu dengan
bersungguh-sungguh.

Perihal agama Buddha, menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas,


pengaruh pendita-pendita agama Buddha tidak memberi dan meninggalkan apa-
apa kesan dalam bidang falsafah di Sumatera. (al-Attas, Syed Muhammad
Naquib. 1999)

2
Disediakan oleh Mior Muhammad Syahir Zahari.

2
KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA3

Pandangan Orientalis
Secara umumnya, Islam mula berkembang pesat sejak zaman pemerintahan
khulafa’ Ar-Rasyidin iaitu khalifah yang empat. Melalui penyebaran tersebut,
Islam mula masuk ke Nusantara melalui pelbagai cara. Pada abad ke-7 Masihi,
hubungan dunia arab telah mula berkembang dan dicatat sejarahnya dalam
sejarah Nusantara. Menurut Haidhar, seorang orientalis yang bernama Sir
Thomas Arnold berpendapat bahawa sukar untuk kita menentukan masa yang
tepat mengenai penyebaran Islam di Nusantara kerana Islam telah mula
berkembang melalui pedagang-pedagang arab yang berhijrah sejak tahun 610
Masihi (Haidhar, T.th). Terdapat catatan yang menyatakan bahawa Tiongkok dan
Ceylon sudah mula diduduki oleh pedagang arab sejak abad pertama Hijrah dan
Islam sudah mula kukuh di Nusantara pada zaman itu. (Haidhar, T.th)

Pandangan Kedatangan Islam Melalui Susur Galur Yaman


Sebagai pengukuhan teori kedatangan ini, satu seminar yang diadakan di Aceh
dihadiri oleh ramai ulama nusantara membincangkan tentang kedatangan Islam
ke Nusantara. Dan mereka berpendapat bahawa Islam datang ke Nusantara
melalui jalan pedagangan dan ajaran yang dibawa ialah ajaran Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Bagi menguatkan teori ini, Haidhar juga ada menyebut perihal
kedatangan pedagang Yaman pada sekitar abad ke 7 ke Nusantara bagi
menjalankan perniagaan dan juga menyebarkan dakwah Islamiyah serta ada
pedagang Yaman yang berhijrah dan mengahwini orang-orang di Nusanatara.
Pada masa tersebut Yaman dikuasai oleh Khalifah Islam yang keempat iaitu
Saidina Ali bin Abi Talib. Maka dengan itu, boleh disimpulkan bahawa Islam yang
dibawa dari Yaman adalah ajaran Islam yang asli daripada Rasulullah SAW
melalui sahabat Baginda Saidina Ali dan disebar hingga ke Nusantara. (Haidhar,
T.th)

3
Disediakan oleh Muhammad Danial Asyraf dan Mior Muhammad Syahir Zahari.

3
Kedatangan Islam Melalui India; Cina; Arab-Parsi
Sekitar abad ke 9 hingga ke12 masihi, terdapat banyak teori-teori yang
diketengahkan oleh sarjana yang mengatakan Islam datang daripada India, Cina
dan Arab-Parsi. Namun tidak dapat dikenal pasti ajaran yang masuk ke
Nusantara pada ketika itu kerana pada masa itu terdapat dua pecahan aliran
yang terbesar dalam sejarah Tamadun Islam iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan
Syiah. Sungguhpun begitu, pandangan dari Mahayudin pada tahun 1994 telah
menentang pandangan dua orang sarjana iaitu, pandangan Arnold dan Hamka
dengan berpendapat bahawa Islam yang datang ke Nusantara pada abad-abad
awal ini adalah Syiah kerana berdasarkan pada penentangan keras dari Gabenor
Umayyah (al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi) yang terkenal dengan keras dan
bengisnya terhadap golongan Syiah menyebabkan mereka lari ke Nusantara
selain disebabkan mendapat tekanan yang berbagai terutama dari pimpinan
Umayyah (Mahayudin Yahaya. 1994).

Pandangan al-Attas
Syed Muhammad Naquib al-Attas menolak dengan pendapat yang mengatakan
asal-usul kedatangan Islam dalam masyarakat Melayu-Indonesia dari India.
Beliau menegaskan asal-usul kedatangan Islam ke kepulauan Melayu itu adalah
dari Arab.

Walaubagaimanapun, beliau tidaklah menafikan secara mutlak akan


peranan Arab-Parsi, Cina dan India dalam sumbangan mereka menyebarkan
Islam di nusantara, tetapi, asal-usul Islam di tempat-tempat berkenaan itu adalah
dari Arab juga. Di samping itu, ada mubaligh Islam yang datang ke nusantara
secara langsung dari negeri Arab. (al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1999)

4
NUSANTARA SELEPAS KEDATANGAN ISLAM 4

Kedatangan agama Islam telah memainkan peranan yang amat penting dari segi
mengIslamisasikan masyarakat tempatan sehinggalah berlaku suatu perubahan
yang hebat dalam kehidupan masyarakat di Nusantara. Kedatangan para ulama
ke rantau ini telah berjaya mengIslamkan masyarakat yang rata-ratanya sebelum
ini beragama Hindu secara berperingkat serta cuba mengubah corak pemikiran
mereka sama ada golongan diraja, bangsawan dan rakyat biasa kepada cara
hidup Islam yang sempurna (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1969). Mereka
menyajikan Islam dalam bentuk yang ilmiah iaitu dengan menekankan
pembuktian ke atas setiap ajaran agama. Misalnya tentang kewujudan Tuhan
yang Maha Esa dibuktikan melalui kewujudan alam ini. Jika tiada penciptanya
sudah tentu alam ini juga tidak akan wujud dengan sendirinya. Secara tidak
langsung pembuktian secara rasional dan ilmiah ini telah menukar aliran sejarah
yang sebelumnya banyak dipengaruhi oleh ajaran animisme dan Hindu-Buddha
yang berasaskan kedewaan dan pemujaan bersifat kesenian kepada satu aliran
yang lebih berasaskan ilmu dan akal. (Arba’iyah Mohd Noor. 2011)

Pengajian Ilmu

Perkembangan agama Islam yang menggalakkan umatnya mendalami ilmu


pengetahuan tidak hanya berbentuk agama semata-mata tetapi turut diberi
penekanan dari segi ilmu lain seperti sejarah, matematik dan lain-lain yang juga
mampu memberi pengajaran dan nilai moral yang tinggi. dakwaan De Eredia
(1997), sewaktu beliau berada di Melaka pada abad ke-16 :

The majority of the Malayos are cheerful, roguish, and very


wanton; ingenious and intelligent, but negligent and careless
about studies and arts; they spend their time amusing
themselves, and so, as a rule, few literati, mathematicians, or
astrologers are to be found amongst them.

4
Disediakan oleh Ahmad Imran Muhamad dan Zulhilmi Abdul Rashed.

5
Muller (1884) mengatakan dengan kenyataan Francois Valentyn dalam
gambarannya tentang masyarakat Melaka pada awal abad ke-18 seperti berikut:

The Malays are the most cunning, the most ingenius and the politest
people of the whole East…Their language, Bahasa Malayu…the Malays are
accustomed to study it, trying their utmost to enlarge their knowledge of it and to
learn Arabic; even some among them the Persian language too, and those who
are more studious still strive to obtain knowledge of the Sanskrit…

Melalui kedua-dua petikan di atas menunjukkan bahawa kebanyakan


orang Melayu adalah bijaksana, mahir, cerdik dan boleh membaca serta menulis.
Walaupun dikatakan ketika ini mereka lalai dari segi pelajaran dan kemahiran
kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan berseronok namun masih
terdapat di kalangan mereka yang telah menjadi pemerintah, ahli matematik, ahli
kaji bintang, sejarawan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menguasai
bahasa Melayu tetapi turut mempelajari bahasa Arab dan sesetengahnya
mempelajari bahasa Parsi serta Sanskrit. Disebabkan sesetengahnya telah
mempunyai kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, mempunyai
kebijaksanaan dan pelbagai kebolehan maka tidak mustahil mereka telah dapat
melahirkan pelbagai jenis karya di dalam bahasa Melayu-Jawi.

Tulisan Jawi

Kemasukan Islam ke Nusantara menjadi titik tolak kepada pengenalan tulisan


Jawi sehingga ia memainkan peranan penting dalam beberapa perkara dalam
kehidupan masyarakat. Antara peranannya adalah sebagai bahasa ilmu
sehingga mampu mempengaruhi pembudayaan keilmuan dan pemikiran
masyarakat (Zahidah et.al. 2017).

Mohd Alwee mengatakan agama masuk ke dalam kehidupan masyarakat


melalui bahasa dan sastera dengan menggunakan tulisan jawi. Islam
memperkenalkan penggunaan abjad tulisan Arab menjadi abjad tulisan Melayu
yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Sebelum kedatangan Islam, rantau Alam
Melayu tiada bahasa perantaraan yang rasmi. Namun situasi ini berubah apabila
Bahasa Melayu berjaya mengatasi bahasa Jawa Kuno dengan kemunculan

6
tulisan Jawi. Perubahan dan perkembangan ini dapat diterima oleh majoriti
masyarakat Melayu (Mohd Alwee Yusoff. 1998).

Telah ditemui bukti berbahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi.


Bukti tersebut ialah bukti di Terengganu yang ditemui di Kuala Berang
Terengganu yang bertarikh pada hari Jumaat 4 Rejab 702H bersamaan 22
haribulan Februari 1303M. Bukti ini ditulis di empat penjuru dengan bahasa
Melayu huruf Jawi dan mengandungi hukum syara’ yang wajib dipatuhi oleh
semua rakyat. Batu itu telah ditemui oleh orang-orang kampung di situ dan ianya
dijadikan sebagai pelapik untuk membasuh kaki sebelum naik ke dalam surau.
Penemuan pertama ini dianggarkan berlaku pada tahun 1887. Penemuan batu
bersurat ini menunjukkan bahawa tulisan jawi telah digunakan sebelum tahun
1303M lagi dan sehingga hari ini tulisan jawi masih terus digunakan (al-Attas,
Syed Muhammad Naquib. 1970).

Kedatangan Islam Dan Bermulanya Pemerintahan Beraja Pattani

Menurut Mohd. Zamberi, umat Islam yang berketurunan Melayu di Selatan Thai
yang mendiami wilayah-wilayah Islam seperti Patani, Yala, Narathiwat dan
sebahagian dari Songkhla, hari ini merupakan penduduk rakyat bekas sebuah
Kerajaan Islam Patani yang berdaulat menjalani suatu perkembangan sejarah
kegemilangan Islam yang unggul di rantau ini. Pada suatu masa dahulu, Patani
banyak melahirkan ulamak-ulamak besar yang terkenal di kalangan rantau Islam
di Asia Tenggara, Timur Tengah dan negara-negara Islam Afrika Utara.

Patani juga pernah dianggap sebagai pusat yang mendominasi tamadun


kesusasteraan Islam di Semenanjung menerusi kegiatan ulama’ dan kemegahan
instituisi pengajian pondok. Penyebaran Islam di rantau ini dan kemasukan Islam
ke Patani sendiri masih diperkatakan oleh para-para sarjana yang unggul tetapi
belum lagi menggambarkan kepada kita kenyataan yang sahih. Hal ini
disebabkan kurangnya bahan-bahan penyelidikan tidak sepertimana kedatangan
Hindu dan Barat pada suatu ketika dahulu. Begitu pula halnya berkenaan
persoalan dalam menentukan bilakah, dari manakah, siapakah dan
bagaimanakah dakwah Islam itu sebenarnya tersebar luas. (Mohd. Zamberi A.
Malek. 1995)

7
Pengislaman Patani

Berdasarkan kisah beberapa orang peminat sejarah tempatan pula, Islam masuk
ke Patani di sekitar abad ke-10 atau 11. Sebagai buktinya, mereka
mempersembahkan pada dua buah batu nisan yang berada di kawasan
perkuburan tua Kota Marhum, bekas kota Patani yang terletak lebih kurang 3
batu dari Bandar patani sekarang. Batu nisan diceritakan berasal dari makam
Raja Patani yang telah memeluk Islam yang mendapat gelaran Sultan Ismail
Syah. Baginda juga amat masyhur dan dikenali sebagai Raja Merkah Dada di
kalangan ahli sejarah tempatan. Pada batu nisan baginda, terdapat garis tulisan
dan ukiran kalimah syahadah yang diucapkan oleh baginda sebelum mangkat
(Hamdan Hassan, 1980 dalam Mohd Zamberi A. Malek, 1995).

Pembentukan Pemerintahan Beraja

Menurut Mohd Zamberi, apabila berakhirnya kerajaan Langkasuka dalam


sejarah Alam Melayu, maka muncullah sebuah kerajaan yang dinamakan Patani
di daerah tersebut. Catatan paling awal menceritakan sejak tahun 100M atau
abad ke-2M lagi, sistem pemerintahan beraja Melayu telah wujud di zaman
Langkasuka. Dalam pemerintahan Raja Bhagadatta, perutusan pernah dihantar
pada tahun 515M menghadap Maharaja Cina. Ketika Raja Langkasuka ingin
keluar kota untuk pergi mengembara, baginda menunggang gajah yang diiringi
dengan pasukan pengawal yang penuh untuk upacara adat istiadat kerajaan.
Keterangan Cina ini menceritakan suasana sebuah negeri Melayu yang telah
begitu bertamadun pemerintahannya pada suatu masa dahulu. (Mohd Zamberi
A. Malek. 1995)

8
RUMUSAN5

Nusantara yang kini secara umumnya telah diislamisasikan telah didahului


dengan agama Hindu-Buddha. Walaubagaimanapun, pengaruh agama Hindu-
Buddha itu tidaklah meresapi ke dalam jiwa masyarakat umumnya sebaliknya
hanya dipertahankan oleh lapisan-lapisan masyarakat tertentu sahaja iaitu
golongan raja, bangsawan dan pendeta.

Terdapat beberapa pandangan mengenai asal-usul kedatangan Islam ke


nusantara. Teori; pandangan yang masyhur adalah melalui Arab; Arab-Parsi;
India; Cina. Kedatangan Islam melalui keempat-empat laluan ke nusantara
bukanlah perkara menjadi polemik dalam kalangan sejarawan. Hal yang menjadi
polemik tentang asal-usul; punca kedatangan Islam itu ke nusantara ini. Dalam
hal ini, kami cenderung untuk berpegang dengan pendapat Syed Muhammad
Naquib al-Attas yang mendakwa kedatangan Islam ke nusantara (kepulauan
Melayu-Indonesia) itu adalah dari negeri Arab.

Kedatangan Islam ke nusantara telah memberi pelbagai kesan ke atas


masyarakat nusantara ketika itu. Antara kesan yang paling jelas adalah pada
Islamisasi bahasa yang berlaku, serta yang berlaku pada hal-hal berkaitan
keseniaan dan kesusasteraan. Tidak dinafikan juga, hasil Islamisasi di nusantara
sedikit sebanyak telah membentuk kerajaan-kerajaan Islam antaranya Patani.
Perkembangan ilmu juga berlaku dengan pesat di nusantara rentetan
kedatangan Islam di nusantara. Kemunculan bahasa dan sistem tulisan Jawi juga
terbentuk hasil Islamisasi di nusantara setelah kedatangan Islam ke nusantara.

5
Disediakan oleh Mior Muhammad Syahir Zahari.

9
RUJUKAN

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1969. Preliminary Statement on a General


Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1970. The Correct Date of the Terengganu
Incription. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1999. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Arba’iyah Mohd Noor. Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu,


Jurnal Al-Tamaddun Bil. 6 (2011) 29-50.

De Eredia Godingo. 1997. “Description of Malaca, Meridional India and Cathay”,


J.V. Mills (terjemahan), MBRAS, Reprint 14.

Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Yahaya. 1994. Naskhah Jawi Sejarah Dan Teks. Jilid 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Alwee Yusoff. 1998. Pengaruh Islam Terhadap Teks Melayu Dan Undang-
Undang Melayu. Jurnal Syariah 6(1): 97-108.

Mohd Haidhar Kamarzaman. T.th. Ahli Sunah Waljamaah dan al-Asha‘irah


sebagai Aliran Islam Terawal di Nusantara: Suatu Analisis. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Zamberi A. Malek. 1995. Kedatangan Islam dan Bermulanya


Pemerintahan Beraja Patani, Jurnal Sari (13), Hlm 17-34. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Muller (terjemahan) (Jun 1884), “Valentyn’s Description of Malacca”, JSBRAS,


No. 13, h.52-53.

Siti Zahidah Kosran, Latifah Abdul Majid & Ahamad Asmadi Sakat. 2017.
Peranan Tulisan Jawi Dalam Penulisan Hadith Di Nusantara, Jurnal al-
Turath; Vol. 2, No. 2: 49-53.

10
11

Anda mungkin juga menyukai