Anda di halaman 1dari 34

[Topik 4]

EPPD 2033
PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF
ISLAM
MUAMALAT DAN PELABURAN SECARA ISLAM
 Prinsip-prinsip muamalat Islam
 Rukun jual beli
 Aktiviti pelaburan dari perspektif Islam
 Jenis-Jenis Pelaburan
 Kaedah Fiqh dalam Hal Pelaburan
 Prinsip-Prinsip Umum Pelaburan dari perspektif Islam
 Panduan Pelaburan:
 Proses Saringan MPS-SC
 Saringan/Penapisan IslamicQStocks
 Saringan DJI Mkt Kwait Index
 Urutan Pelaburan

2
PRINSIP MUAMALAT ISLAM
Perniagaan adalah bidang pekerjaan yang
digalakkan Islam. Menjalankan perniagaan
dengan jujur dan amanah adalah amalan soleh,
mendapat pahala di sisi Allah S.W.T. Amnya
muamalat berpandukan prinsip umum berikut:
 Prinsip Kebenaran
 Prinsip Amanah
 Prinsip Keikhlasan
 Prinsip Keadilan
 Prinsip Persaudaraan
 Prinsip Pengetahuan

3
RUKUN JUAL BELI /AL-BAY’

1) Penjual
2) Pembeli
3) Barang (perkhidmatan) yang
dijual beli
4) Harga
5) Sighah ( Ijab dan Qabul )

4
PELABURAN DALAM ISLAM
Pelaburan  merupakan  aktiviti  menukarkan
suatu  harta  (lazimnya wang tunai) dengan harta
lain (seperti saham syarikat, akaun simpanan,
insuran, hartanah)  yang juga disebut penanaman
modal pada sesuatu waktu atau sekarang dengan
jangkaan untuk mendapatkan pulangan yang
positif atau keuntungan pada masa akan datang
setelah membuat perkiraan akan risiko bagi
setiap aktiviti pelaburan tersebut.

5
Empat  Elemen  Dalam Aktiviti Pelaburan
Penanaman modal - wang yang
diperlukan untuk membuat pelaburan.
Peralihan masa  - jangkawaktu dari masa
 membeli  pelaburan  sehingga dijual.
Pulangan - keuntungan atau pendapatan
seperti dividen,  kenaikan  nilai modal,
faedah.
Risiko - kemungkinan mengalami
kerugian dalam pelaburan.
Suhaimi Salleh (1994)
6
JENIS-JENIS PELABURAN
Pelaburan Tunai (Cash Investment)
o Akaun Simpanan, Simpanan Tetap, Mata Wang
Asing, Sekuriti Kerajaan
Pelaburan Ekuiti (Equity Investment)
o Saham-saham, Saham Pinjaman, Waran
Pelaburan Aset Hakiki (Tangible Assets)
o Hartanah, Emas, Batu Permata
Pelaburan Pasaran Hadapan (Futures Market)
Komoditi – pertanian, logam
Pelaburan dalam Sukuk/Bon

7
MATLAMAT PELABURAN

 Pendapatan (Income)
 Pertumbuhan (Growth)
 Keselamatan dan Kecairan
 (Safety and Liquidity)
 Perlindungan Inflasi (Inflation)
 Implikasi Cukai (Tax
Implication)

8
PANDUAN PELABURAN BERASASKAN
SYARIAH
Firman Allah S.W.T. (bermaksud):
“Hal orang-orang yang beriman, janganlah kamu
saling memakan harta sesama kamu dengan jalan
yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang
berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.
Dan janganlah kamu membunuh dirimu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang
kepadamu.”
(An-Nisa’: 29)

9
PRINSIP-PRINSIP PELABURAN DARI PERSPEKTIF
ISLAM
1. Tidak melabur dalam aktiviti perniagaan yang
diharamkan oleh syarak.
2. Tiada jaminan terhadap keuntungan.
3. Tiada wujud unsur gharar (ketidakpastian)
atau elemen perjudian.
4. Tiada unsur paksaan dalam keputusan
membuat pelaburan.
5. Tidak terlibat dalam riba.

10
Aktiviti-Aktiviti yang tidak Selaras dengan Syariah

Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba


Perjudian dan pertaruhan;
Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal
atau barangan yang berkaitan;
Insurans konvensional;
Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan
tembakau atau barangan yang berkaitan;
Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah;
Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

11
KAEDAH-KAEDAH FIQH DALAM HAL
PELABURAN
Prinsip Asal Keharusan Terbuka
Pada asasnya, hukum bagi semua perkara adalah harus
kecuali ada dalil yang menetapkan hukum itu
sebaliknya. Dari kaedah ini kita dapat merumuskan
bahawa mana-mana aktiviti perniagaan yang tidak
dinyatakan pengharamannya oleh hukum syarak
adalah halal dan harus dilakukan.

12
 Kaedah Kontrak Dan Syarat
Menerusi kaedah ini, syarat-syarat yang
terkandung dalam kontrak perniagaan akan
diteliti untuk mengenalpasti sama ada ia
menepati hukum syarak atau sebaliknya.
Prinsip Keredhaan Berkontrak
Tujuan kontrak adalah untuk menyatakan dengan
jelas akan tanggungjawab pihak-pihak yang
berkontrak. Oleh yang demikian pihak-pihak
berkontrak mesti memahami butiran dalam
kontrak perniagaan dan dengan demikian barulah
wujud persetujuan dan keredhaan berkontrak.
Kandungan kontrak perlu memberi keadilan
kepada pihak-pihak berkontrak.

13
Prinsip ‘Uruf Khas
Ada kalanya, wujud sesuatu perkara yang
baru dalam perniagaan. Sekiranya
masyarakat memandang perkara itu
sebagai suatu kebiasaan dan keperluan
yang tidak mendatangkan mudharat,
maka harus diterima ‘uruf tersebut
selama mana ia tidak bertentangan
dengan hukum syarak. Sesungguhnya
adat juga merupakan satu sumber
hukum.

14
Prinsip Syariah Yang Utuh
Apabila wujud keadaan yang tidak jelas atau
keraguan, maka kita harus kembali semula kepada
hukum syariah dan penentuan hukum boleh
ditelitikan oleh pakar-pakar syariah.
Prinsip Tegahan - Kembali “Neutral”
Dalam kaedah ini, ia menggunakan prinsip sesuatu
perkara yang menjadi halangan boleh menjadi
neutral dalam keadaan darurat. Dalam keadaan-
keadaan yang tertentu sahaja seperti keadaan
darurat, hajat dan tahsiniyat, apabila alternatif
yang ada juga lebih memudharatkan, maka
keharusan telah wujud setakat keperluan itu sahaja
dan tidak melampaui batas.
15
Prinsip menghilangkan kemudharatan

Kaedah ini adalah berdasarkan hadith


Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Tidak
memudharatkan dan tidak dimudharatkan.”
Mengikut kaedah ini, sesuatu tindakan
yang dilakukan tidak akan memudharatkan
diri sendiri dan juga pihak yang satu lagi.

16
Tatacara MPS –SC Menyaring Kaunter yg Patuh Syariah
Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, MPS
menerima input dan sokongan daripada SC. Pihak SC
mengumpulkan maklumat syarikat melalui pelbagai
sumber seperti laporan kewangan tahunan syarikat,
maklum balas kepada borang kaji selidik yang
dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat
terperinci dan juga melalui pertanyaan yang dibuat
kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan. SC
melalui MPS akan sentiasa mengawasi aktiviti semua
syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk
menentukan statusnya daripada perspektif Syariah.
17
(samb) Tatacara MPS –SC Menyaring
Kaunter yg Patuh Syariah
MPS telah menggunakan beberapa kriteria tertentu iaitu
kajian ditumpukan kepada aktiviti sesebuah syarikat yang
sekuritinya tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh yang
demikian, tertakluk kepada beberapa syarat yang telah
ditetapkan, syarikat yang menjalankan aktiviti selaras
dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai
sekuriti patuh Syariah.
Sebaliknya, sesebuah syarikat akan diklasifikasikan
sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya
syarikat menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras
dengan Syariah seperti yang berikut:

18
(samb) Tatacara MPS –SC Menyaring Kaunter yg Patuh Syariah
 MPS juga mengambil kira tahap sumbangan daripada pendapatan faedah yang
diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen
kewangan konvensional yang lain. Selain itu, dividen yang diterima daripada
pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga diambil kira dalam kajian
yang dijalankan oleh MPS.

 Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti yang


selaras dantidak selaras dengan Syariah, MPS mempertimbangkan dua kriteria
tambahan iaitu :

(a) pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah


baik;
(b) aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan
secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak
selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum
balwa (perkara terlarang yang sukar dielakkan), ‘uruf (amalan kebiasaan) dan
hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

19
(samb) Tatacara MPS –SC Menyaring Kaunter yg Patuh Syariah
 Untuk penentuan percampuran sumbangan yang dibolehkan daripada
aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan Syariah kepada
perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat, MPS
telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu mengikut ijtihad
(proses mengeluarkan pendapat daripada sumber Syariah oleh ulama’
yang layak). Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras
melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat
tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah.
 Tanda aras tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Tanda aras lima peratus


Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran
sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya (tidak selaras dengan
Syariah) seperti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank
konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.

20
(samb) Tatacara MPS –SC Menyaring Kaunter yg Patuh Syariah
(b) Tanda aras 10 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran
sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur “umum balwa” iaitu
perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar
untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut adalah pendapatan
faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional.
Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan
tembakau.
(c) Tanda aras 20 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran
sumbangan terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh
Syariah seperti terimaan sewaan premis yang menjalankan
aktiviti perjudian, jualan arak dan sebagainya.

21
(d) Tanda aras 25 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran
sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan
Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam,
namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status

Syariah aktiviti berkenaan. Antara


aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialahaktiviti
pengoperasian hotel dan pusat peranginan, perniagaan
saham,pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut
berkemungkinanmelibatkan aktiviti lain yang tidak selaras
dengan Syariah.

22
RUMUSAN GARIS PANDUAN PELABURAN MPS-SC MALAYSIA
1. Operasi tidak berteraskan riba
2. Operasi tidak melibatkan perjudian
3. Operasi tidak mengeluarkan dan/atau menjual barangan
haram
4. Tidak melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur gharar
5. Aktiviti utama perniagaan mestilah bukan aktiviti yang bertentangan
dengan hukum syarak sedangkan unsur haram adalah teramat kecil
secara perbandingan dengan aktiviti utamanya.
6. Pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan
mestilah baik.
7. Aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah kepada
umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil
melibatkan perkara umum atau tidak dapat di elakkan (umum balwa),
‘uruf dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diiktiraf dan
diperakui oleh Islam
8. Tanda aras lima peratus
9. Tanda aras 10 peratus
10. Tanda aras 20 peratus
11. Tanda aras 25 peratus
23
PROSES PENAPISAN PERNIAGAAN/SEKURITI

Pkt 1 Pkt2
Tapisan Aktiviti: Kriteri Tambahan:
-Operasi ada riba -Unsur haram adalah
-Operasi ada judi kecil banding dgn.
S Tida
-Buat atau jual k
aktibiti utama Ya
Y barang haram -Pandangan masyarakat
yg punyai gambaran baik H
A -Operasi ada terhadap skt. AL
R unsure ‘gharar’ -Aktibiti utama adalah AL
IK penting dan ada maslahah
untuk negara
A -Tidak Melebihi Tanda
T Aras 5%, 10%,20%,25%

Ya
Tidak

TOLAK
TOLAK

24
Senarai Terkini Sekuriti Patuh Syariah Oleh
Majlis Penasihat Syariah SC
Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan senarai
terkini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis
Penasihat Syariah (MPS). Senarai sekuriti patuh Syariah
terkini yang tersenarai di Bursa Malaysia tersebut berkuat
kuasa mulai 30 Mei 2008.
Senarai terkini ini mengandungi 843 sekuriti yang
diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah. Ini
meliputi 85 peratus daripada sekuriti tersenarai di Bursa
Malaysia.
Senarai ini termasuklah 23 sekuriti yang baru diklasifikasikan
sebagai patuh Syariah (Jadual 1). Dua belas sekuriti yang
dimasukkan dalam senarai patuh Syariah pada bulan
November 2007 pula telah dikeluarkan (Jadual 2).
25
Jadual 1: Sekuriti yang baru diklasifikasikan
sebagai sekuriti patuh Syariah
 Bil. Kod Stok Nama sekuriti
 1. 7243 Bio Osmo Bhd
 2. 5141 Dayang Enterprise Holdings Bhd
 3. 6815 EUPE Corporation Bhd
 4. 7249 Ewein Bhd
 5. 8281 Golden Frontier Bhd
 6. 5168 Hartalega Holdings Bhd
 7. 0146 JF Technology Bhd
 8. 0143 Key Asic Bhd*
 9. 7017 Komarkcorp Bhd
 10. 2011 Lingui Development Bhd
 11. 3581 Lion Corporation Bhd
 12. 7087 Magni-Tech Industries Bhd

26
SENARAI SEKURITI PATUH SYARIAH
(SHARIAH COMPLIANCE)
LINK HERE
LINK LIST SYARIAH COMPLIANT SECURITIES
LINK TO DOW JONE ISLMIC INDEX
Link ke DJII

27
PENAPISAN SAHAM (IslamiQStocks.com)

PELABURAN HALAL
PELABURAN TAK-HALAL
- Aktiviti Perniagaan Tak Halal
- Aset Cair Melebihi 45% Jumlah Aset
- Nisbah Hutang – Jumlah Aset Melebihi Had
30%
- Lain-lain Hasil Tak Halal Adalah 5% Atau
Lebih

28
The index is reviewed quarterly, in March, June, September and Decemb

Dow Jones Islamic Market Kuwait Index SM

Introduction
The Dow Jones Islamic Market Kuwait IndexSM measures the
stock performance
of companies traded in Kuwait that pass screens for
compliance with Islamic principles.
Index Universe
The index universe is defined as all stocks in the Dow Jones
Kuwait Composite IndexSM, which represents all companies
domiciled and
headquartered in Kuwait whose stocks trade on the Kuwait
Stock Exchange. Preferred stocks are excluded from the
selection universe.
Review Frequency
The index is reviewed quarterly, in March, June, September
and December.
29
Dow Jones Islamic Market Kuwait Index SM

Stock Selection
Stocks are screened based on industry type and financial ratios. Stocks
that pass all of the screens are added to the index.
Industry Screens
Excluded are companies with any of the following lines of business:
— Alcohol
— Tobacco
— Pork-related products
— Financial services
— Defense/weapons
— Entertainment
Financial Ratio Screens
Excluded are companies with any of the following ratios are 33% or more:
— Total debt divided by trailing 12-month average market capitalization
— The sum of a company’s cash and interest-bearing securities divided by
trailing 12-month average market capitalization
— Accounts receivables divided by trailing 12-month average market
capitalization
30
CONTOH PILIHAN PELABURAN HALAL

ABC HOLDING CO.

SUB. 1 SUB. 2 SUB. 3

SUB. 2.A

31
Kes ABC Holdings
 Panduan Pelaburan Syariah: Lihat aliran dari bawah
ke atas. Contoh: Katakan kalau SUB. 2A
menjalankan aktiviti haram, maka tak boleh labur
dalam SUB 2A, SUB. 2 dan ABC Holdings. Kalau
SUB. 1 menjalankan aktiviti halal, maka boleh labur
dalam SUB. 1 walaupun ABC Holdings tak boleh
dilabur. Panduan syariah pelaburan tidak melihat
aliran dari atas ke bawah.

32
PENUTUP
Memahami konsep muamalat dan pelaburan dalam Islam
menjadikan kita lebih peka kepada apa yang kita mahu
dalam hidup. Walaupun objektif kita dalam melabur
samada untuk Pendapatan (Income), Pertumbuhan
(Growth),Keselamatan dan Kecairan, (Safety and
Liquidity), Perlindungan Inflasi (Inflation), Implikasi
Cukai (Tax Implication), yang semuanya berkisar untuk
meningkatkan harta/kewangan/kekayaan namun kita
akan sentiasa ingat dan berwaspada bahawa apa saja
muamalat atau peluang pelaburan yang kita perolehi kita
akan sentiasa mencari sumber/hasil yang halal dan
diredhai Allah swt dalam mengamalkan Islam sebagai
satu cara hidup.

33

Anda mungkin juga menyukai