Anda di halaman 1dari 27

Tajuk: Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal

Islam dengan Pasaran Modal Konvensional

Isi Kandungan

1.Pengenalan
- Objektif Pasaran Modal Islam
- Asas Pasaran Modal Islam

2. Konsep dan Teori Syariah bagi Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam (PMI)
A) Panduan Syariah dalam PMI
B) Prinsip Syariah dalam Saham
C) Prinsip Syariah dalam Sekuriti Islam
D) Prinsip Syariah dalam Bon Islam
E) Prinsip Syariah dalam Unit Amanah Islam
3. Kajian Lepas
4. Metodologi
5. Hasil dan Perbincangan
A) Perbezaan di antara Pelaburan Pasaran Modal Islam dengan Konvensional
B) Bursa Malaysia
C) Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI) dan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI)
D) Majlis Penasihat Syariah (MPS) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC)
E) Cabaran Pelaburan Islam
6. Kesimpulan

Pengenalan
Pelaburan dikenali sebagai istithmar,ia
merupakan aktiviti yang digalakkan oleh Islam
kerana ia adalah nadi kepada kemajuan umat
Islam
Pelaburan adalah aktiviti perletakan modal
bertujuan membiaya suatu projek, pelabur akan
berkongsi keuntungan dan menangguh kerugian
dalam usaha pelaburan
Pelaburan konvensional adalah melalui cara yang
tidak dibenarkan oleh syariah iaitu pinjaman
berasaskan riba

Samb

Pelaburan dalam pasaran sekuriti syariah dibenarkan


sekiranya pelaburan dibuat diluluskan oleh Majlis
Penasihat Syariah (MPS) dan Suruhanjaya Sekuriti
(SC)
Menurut Pang 1997, sesebuah pasaran modal yang
cekap dan berkesan adalah penting untuk
pembangunan kewangan dan ekonomi sesebuah
negara.
Dana yang diperlukan untuk pembangunan negara,
pelaburan modal dan pembiayaan adalah melibatkan
amaun yang besar dan bagi tempoh jangka panjang.

Objektif Pasaran Modal Islam

Untuk membangunkan dan mengembangkan Pasaran Modal Islam


Untuk membuka peluang kepada umat Islam untuk menjana modal
seberapa banyak yang mungkin
Untuk membantu pembangunan ekonomi umat Islam secara terancang
dan bersepadu serta bersih daripada unsur-unsur riba, judi, gharar dan
perkara lain yang ditegah oleh Islam.

Asas Pasaran Modal Islam

Kewujudkan PMI masih baru berbanding sistem perbankan Islam


yang bertapak di negara ini sejak penubuhan Bank Islam Malaysia
Behad pada 1983 dan Syarikat Takaful pada tahun 1984.
Bagi Skim Perbankan Islam dan Takaful yang menerapkan prinsipprinsip Syariah dalam urus niaga mereka secara langsung
merangsang perkembangan PMI.
PMI dianggap baru tetapi hakikatnya, falsafah dan prinsip mengenai
PMI sudah digariskan dalam al- Quran dan al-Sunah sebagai
gedung khazanah yang belum dikembang.

Konsep dan Teori Syariah bagi Pelaburan dalam


Pasaran Modal Islam (PMI)
A) Panduan Syariah dalam PMI
B) Prinsip Syariah dalam Saham
C) Prinsip Syariah dalam Bon Islam
D) Prinsip Syariah dalam Unit Amanah Islam

A) Panduan Syariah dalam Pasaran Modal Islam

panduan Syariah dalam PMI adalah untuk memastikan setiap


instrument dan peraturan yang diperkenalkan mematuhi kehendak
Syariah

terdapat 2 asas penting dalam panduan Syariah


i) asas umum
- riba
- judi
- gharar
ii) asas khusus
- prinsip al- tanajusy
- tadlis al-aib
- al- khilabah
- al- khiyanah

B) Prinsip Syariah dalam Saham

Perkataan saham diambil dari istilah Arab iaitu Al- Sahm


yang bererti ekuiti atau milik seseorang di dalam sesebuah
syarikat.
Sebuah syarikat berhad boleh menerbitkan saham yang
berlandaskan Syariah dengan menggunakan konsep
musyarakah atau mudharabah.
hak dan tanggungjawab bagi seorang pemegang saham juga
berlandaskan kepada Syariah
sesebuah institusi kewangan Islam menggunakan modal yang
terkumpul di dalam bank untuk tujuan pelaburan berasaskan
konsep akad perkongsian
Musyarakah lebih dikenali sebagai syarikat. Secara umum,
syarikat adalah akad perkongsian di antara dua orang ataupun
lebih dengan setiap pihak menyumbangkan modal dan
keuntungan yang dibahagikan sesama mereka

Samb

Mudharabah atau perkongsian untung ialah perjanjian


perkongsian dengan modal disalurkan oleh satu pihak, pihak
lain pula menyalurkan usaha
jika berlaku kerugian ia akan ditanggung oleh pihak pemodal
sahaja dan mengusaha rugi dari sudut masa pengendalian kerja
kecuali kerugian itu berpunca daripada kecuaian pihak
pengusaha sendiri
pelaburan dalam konsep mudharabah bertujuan merapatkan
jurang pendapatan di antara golongan kaya dengan golongan
miskin
matlamat muamalah pelaburan mudharabah ialah untuk
mewujudkan kerjasama di antara kedua- dua golongan iaitu
pengusaha dan pemodal demi bagi menjalankan sesuatu
kegiatan ekonomi

Prinsip Syariah dalam Bon Islam

Bon musyarakah diterbitkan untuk mendapatkan


modal daripada modal daripada pelabur sebagai
kerjasama dalam menjalankan sesebuah
perusahaan. Keuntungan dan kerugian akan
dikongsi bersama
Bon mudarabah diterbitkan oleh mudarib untuk
mendapat dana daripada sahib al-mal.
Keuntungan akan dikongsi tetapi kerugian perlu
ditanggung oleh pemodal.

Sambungan
Bon Al-Murabahah dan Al-Bay Bithaman Ajil merupakan intrumen
pembiayaan hutang di mana pembiaya akan membeli aset yang
diperlukan oleh seseorang dan menjualnya pada harga kos asal dan
margin keuntungan tetapi ia berbeza dari segi tempoh pembayaran
Jual beli sijil bon (bay al-dayn) yang berlaku semasa pihak
pembiaya menjual sijil hutang kepada pelabur lain
sebelumsampai tempoh matang dengan nilai diskaun atau
nilai par
Bon ijarah merupakan kontrak jualan faedah atau
perkhidmatan di antara pemilik aset (lessor) dan pengguna
aset (lessee) berdasarkan persetujuankadar yang dikenakan

Prinsip Syariah dalam Unit Amanah

Pengendalian dana unit amanah melibatkan empat pihak iaitu


pengurus dana, pemegang amanah, penasihat syariah dan
pelabur

Pelaburan yang dilakukan perlu berlandaskan prinsip syariah


dan portfolio halal
-aktiviti, produk atau perkhidmatan seperti perkhidmatan
kewangan konvensional, perjudian, memproses/memasarkan
minuman keras dan makanan tidak halal

Pulangan bagi pemegang amanah adalah dalam bentuk dividen


dan kenaikan harga nilai unit amanah

Kajian Lepas

Zainal dan Yusof (2008)

Pasaran modal Islam merupakan sebuah pasaran


yang menjalankan aktiviti-aktiviti sama seperti
pasaran modal konvensional tetapi mengaplikasikan
prinsip-prinsip Syariah dalam urusniaga

Menurut Bacha 2002

terdapat lima prinsip dalam pembentukan pasaran


modal islam iaitu mencegah pengamalan riba,
perkongsian risiko, menghindarkan perkara spekulasi
secara berleluasa, persamaan akad dengan kontrak
yang dinyatakan dan segala aktiviti perlu berpandukan
dengan syarak

(Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti 2003).


Perkembangan pasaran modal Islam dapat dibukti dengan pertambahan
bilangan sekuriti lulus Syariah meningkat 81% daripada jumlah
tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun sebelum
Pada tahun 2003, kebanyakkan bon Islam diluluskan
berdasarkan hukum jualan ansuran tertunda (bai bithaman ajil)
yang bernilai RM4.9 bilion
pesanan belian selari (istisna) bernilai RM12 bilion
murabahah yang bernilai RM1.5 bilion

jumlah bilangan unit amanah dilancarkan pada tahun 2009


adalah 547 dimana 397 unit amanh konvensional dan 144 unit
amanah berasaskan Syariah meningkat kepada 548 dimana unit
amanah konvensional meningkat kepada 402 dan 146 unit
amanah berasaskan Syariah sehingga Januari 2010
(Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

Metodologi

Data Sekunder

Buku Rujukan
Artikal Jurnal
Majalah
Laman Web

Hasil dan Perbincangan

Perbezaan di antara Pelaburan Pasaran


Modal Islam dengan Konvensional
Pasaran Modal Islam
Ditubuhkan pada tahun 1997

Pasaran Modal Konvensional


Ditubuhkan pada tahun 1937

Berpandukan kepada
perundangan Islam atau prinsipprinsip Syariah.

Tertakluk kepada peraturan


syarikat dan negara.

Terdiri dari 2 pasaran utama


iaitu pasaran bon atau sukuk
(sekuriti hutang swasta Islam
atau IPDS) dan pasaran ekuiti
atau pasaran saham.

Di Bursa Malaysia, terdapat


pasaran bon, pasaran sekuriti
dan pasaran derivatif.

Sambung
Pasaran Modal Islam

Pasaran Modal Konvensional

Pasaran adalah bebas daripada


penglibatan aktiviti yang
dilarang oleh Islam serta bebas
daripada unsur-unsur seperti
riba, perjudian(maisir) dan
kesamaran(gharar).

Perkhidmatan kewangan yang


berteraskan riba (faedah),
perjudian, pengeluaran atau
penjualan barangan yang tidak
halal, pembrokeran atau jual
beli sekuriti yang tidak
diluluskan oleh Syariah.

Pelaburan berdasarkan
perkongsian untung dan rugi
(profit-sharing).

Pelaburan berasaskan faedah


(interest-bearing) dan tiada
perkongsian untung-rugi.

Bursa Malaysia

Bermula pada tahun 1930 dan dahulunya dikenali


sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur atau KLSE.
Mengandungi satu papan utama, satu papan kedua (telah
bergabung dengan papan utama pada tahun 2009) dan
papan MESDAQ (Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut
Harga Automasi Malaysia).
Berperanan menyediakan satu tempat untuk menaikkan
modal, bertindak sebagai pemankin ekonomi, membuka
laluan kepada pelabur individu terutamanya orang ramai
yang tidak mempunyai modal yang besar untuk membeli
saham dan mengaut keuntungan daripada pasaran
saham.

Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI)

Dilancarkan pada 17 April 1999 oleh Bursa


Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan merupakan
penunjuk kepada prestasi sekuriti-sekuriti yang
diluluskan oleh Syariah.
Tujuan adalah untuk memenuhi permintaan
pelabur tempatan dan pelabur asing yang ingin
melabur dalam sekuriti yang selaras dengan
prinsip Syariah.
Mengandungi semua sekuriti papan utama yang
terkandung di dalam senarai syarikat-syarikat
yang diluluskan oleh Syariah.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI)

Diperkenalkan pada tahun 1986 dan merupakan indeks


pasaran saham yang umumnya diterima sebagai kayu
pengukur pasaran saham tempatan atau suatu penunjuk
prestasi pasaran saham Malaysia.
Ia mengandungi 100 syarikat dari Papan Utama dengan
lebih kurang 500 hingga 650 disenaraikan di dalam
Papan Utama yang terdiri daripada syarikat pelbagai
sektor menyeberangi tahun 2000 hingga 2006.
Dinamakan sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI pada 6
Julai 2009.

Suruhanjaya Sekuriti (SC)

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah


Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.
Merupakan badan yang berkuasa dalam
penyiasatan dan penguatkuasaan aktiviti
pelaburan
Juga bertanggungjawab di bawah undangundang
untuk
menggalakkan
dan
mempromosikan pembangunan sekuriti dan
niaga hadapan di Malaysia.

Majlis Penasihat Syariah (MPS)

Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh SC pada tahun


1996 di bawah seksyen 18, Akta Suruhanjaya Sekuriti
1993.
Berfungsi sebagai satu badan yang meluluskan status
patuh syariah kepada syarikat-syarikat.
Memberi nasihat kepada Suruhanjaya dalam semua
perkara berhubung pembangunan pasaran modal Islam
dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu
pasaran modal Islam.
Ahli MPS terdiri daripada ulama Islam dan pakar
kewangan Islam.

Cabaran Pelaburan Islam

Tidak semua syarikat yang menyertai pasaran modal


yang menjalankan perniagaan berlandaskan hukum
syariah, contohnya aktiviti perjudian, penjualan
barangan yang tidak halal, insurans konvensional,
perkhidmatan kewangan berasaskan riba dan sebagainya.

Adalah sukar untuk melaksanakan pasaran modal Islam


secara menyeluruh kerana kita perlu mengambil kira
latar belakang masyarakat negara yang majmuk.
Halangan ini menyulitkan hasrat kerajaan untuk
memperkasakan pasaran modal Islam di Malaysia.

Kesimpulan

Pasaran modal Islam telah diwujudkan untuk memainkan


peranan sebagai pelengkap kepada sistem kewangan
Islam dalam memperkembangkan dan memperluaskan
pasaran kewangan Islam di Malaysia.
Usaha kerajaan yang sering dalam memajukan sistem
pasaran modal Islam juga penting bagi memenuhi
permintaan dana yang berasaskan hukum Syariah Islam
yang semakin mendapat tempat dalam kalangan para
pelabur kini.
Walaubagaimanapun, kedua-dua pasaran modal sama ada
konvensional mahupun Islam adalah penting dalam
pasaran modal Malaysia yang diperlihatkan oleh
kepelbagaian masyarakat.

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai