Anda di halaman 1dari 6

Apa Itu Pelaburan Saham ?

www.laburduit.com /apa-itu-pelaburan-saham/
in Financial Assets , Free
Assalamualaikum Pakdi.
Saya xxx. Saya berminat untuk melabur saham. Tapi belum ada ilmu. Bagaimana cara nak melabur saham?
Boleh tak bagi tunjuk ajar untuk orang baru macam saya. Terima kasih Pakdi.
Pelaburan saham adalah pelaburan dalam bisnes.
Bila sebut pelaburan saham maka ia merujuk kepada pembelian saham syarikat-syarikat Berhad yang ada
tersenarai di Bursa Malaysia.
Apabila beli saham syarikat Sdn Bhd misalnya pun salah satu bentuk pelaburan dalam bisnes juga, tapi selalunya
lebih dikenali sebagai private equity (PE), joint venture atau venture capital. Transaksi sebegini tidak berlaku
menerusi Bursa Malaysia.
Nota ini adalah mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia.
.
Kita mulakan dengan apa itu saham.
Begini.
Kita mahu jual air soya tepi jalan. Kita keluarkan modal RM 501, kawan kita keluarkan RM 499. Jadi, dalam bisnes
air soya, saham bisnes kita adalah 51%.
Bisnes berkembang, kita pun pergi bank minta pembiayaan. Bank luluskan. Kita dapat buka kilang.
Bisnes makin berkembang. Kita pergi bank. Bank kata, Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayaan
sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah
modal.
Kita setuju. 50% dari saham kita dan rakan kita tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual
kepada sekurang-kurangnya 1,000 pemegang saham. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering
(IPO). Sekarang, pemilik saham syarikat berhad air soya tadi adalah kita, rakan kita dan 1,000 lagi pemegang
saham yang lain.
Shaheizy Sam (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pemilik saham IPO itu tadi. Oleh kerana terlalu ramai
yang mahu saham syarikat berhad air soya, harga sahamnya naik di Bursa Malaysia. Untunglah pelabur bernama
Shaheizy Sam. Dia pun jual saham dia untuk dibeli oleh orang lain.
Siti Nurhaliza (bukan nama sebenar) juga adalah salah seorang pemilik saham IPO. Walaupun harga saham telah
naik, tapi dia tak mahu jual lagi. Rupa-rupanya dia menunggu dividen hasil dari keuntungan operasi syarikat. Malah,
dia tambah lagi pegangan saham dia apabila ada orang lain mahu menjual sahamnya.
Zizan (bukan nama sebenar) pun ada membeli saham tetapi selepas saham IPO tadi telah diapungkan di Bursa
Malaysia. Tidak beli saham IPO bukan bermaksud tidak boleh beli saham syarikat soya kita. Zizan cuma perlu log in
platform trading syarikat broker dan key in buy order. Oleh sebab saham syarikat ni tengah menjadi bualan orang,
maka senang sahaja Zizan menjadi salah seorang pemegang saham.

1/6

Kita selaku pemilik asal syarikat tersenyum lebar sebab dah dapat modal dari IPO. Orang ramai juga dapat
menumpang keuntungan syarikat kita dengan membeli saham-saham syarikat. Maklumlah, bukan semua orang
berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia.
Kita boleh jadi seperti Shaheizy Sam yang beli saham melalui IPO. Atau, seperti Siti Nurhaliza yang jenis buy &
hold. Jika tidak mahu beli IPO pun ok, boleh jadi pelabur seperti Zizan.
Selaku pelabur saham, urusan jual beli ini dibuat di Bursa Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang
berlesen. Sekarang ini semua urusan jual beli saham adalah online. Cuma perlu ada telefon pintar atau pun
komputer yang bersambung dengan talian internet.
Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia
untuk mengawal selia pasaran.
7 Langkah Jadi Jutawan Saham
Bukan susah.
Macam ini sahaja.
1. Buka akaun trading / akaun CDS dengan mana-mana syarikat broker yang berlesen.
2. Sediakan modal
3. Beli saham
4. Tunggu dapat dividen (keuntungan #1)
5. Tunggu harga harga naik (keuntungan #2)
6. Jual saham sebab dah untung (Bila dah jual, dividen pun dah tak dapat)
7. Ulang langkah 3-6 sampai jadi jutawan.
He he he.
1. Buka CDS / Trading Account Dulu
Nak "masuk" saham bukan macam "masuk ASB".
Pergi pejabat pos, isi form masukkan duit, bagi duit, selesai. Tak bukan macam tu.
Kena buka akaun khas, namanya akaun CDS atau akaun trading dari mana-mana syarikat broker yang berlesen.
Ingat, berlesen. Jangan suka hati beri duit kepada orang yang kononnya kata dia skim jual saham, lepas tu boleh
dapat duit tiap bulan.
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat broker yang ada menawarkan akaun patuh Shariah, dari
BursaMarketPlace.com
Sila google syarikat broker dibawah dan dapatkan no telefon mereka untuk buat temujanji nak buka akaun.
Selalunya kena sediakan salinan IC, salinan penyata akaun bank dan RM 10.60.
Sekadar nak melabur guna duit simpanan tunai, tak perlu guna slip gaji. Kalau ada yang minta slip gaji, buka
dengan cawangan lain. Jadi, pelajar pun dah boleh buka akaun dan mula melabur saham.
Janganlah sekadar buka akaun, selepas selesai buka akaun bertanyalah pasal cara-cara nak guna online trading
platform mereka ya.

2/6

2. Sediakan Modal
Dah ada simpanan sebanyak RM 100 ?
Jika sudah ada, sebenarnya dah boleh mula. Tak percaya
? Baca sampai habis.

Pernah dengar tak rangkaian restoran makanan segera yang bernama A&W. Ia dimiliki oleh syarikat yang tersenarai
di Bursa Malaysia iaitu KUB Malaysia Berhad.
Berapakah harga untuk memiliki saham KUB ? Ketika nota ini ditulis, harganya RM 0.26 sesaham.

Mahukah tuan tahu berapakah modal yang diperlukan untuk membeli 1 lot (100 unit) saham KUB, iaitu jumlah
minimum pembelian saham di Bursa Malaysia ?
RM 0.26 (harga saham seunit) x 100 unit = RM 26

3/6

RM 26 ini sebelum kos brokerage. Jika tuan ambil brokerage yang menawarkan kadar paling rendah dalam
pasaran iaitu RM 8, maka sebelum kos stamping, clearance fee & GST , jumlahnya menjadi RM 34. Tak sampai
pun RM 100.
Kalau nak tiru Warren Buffett yang bermula dengan $120, dengan saham harga ini, boleh beli 3 lot (300 unit). Jadi,
mahu melabur saham tidak semestinya memerlukan modal yang besar.
Klik link berikut untuk kira kos brokerage - Kos Pembelian Saham di Bursa Malaysia
3a. Nak Beli Saham Apa ?
Mudah sahaja nak beli saham ni.
Sekejap tadi, jam 10 pagi, tuan singgah stesen minyak.
Selain nak isi minyak, tuan berasa haus, lalu membeli sebotol air mineral Spritzer yang dingin , bertudung botolkan
warna hijau. Belek-belek botol. Syarikat ini beralamat di Taiping, Perak.
Sambil beratur untuk bayar di kaunter, buka telefon pintar dan Google 'Spritzer'. Baca punya baca. Eh, syarikat
awam berhad rupanya. Sahamnya dapat dibeli di Bursa Malaysia. Shariah compliant lagi.
Eh, syarikat jual air pun ada di Bursa Malaysia ?
Macam mana nak beli sahamnya ?
Adakah tuan kena pergi ke Taiping, ketuk pintu pejabat, jumpa CEO, jumpa CFO ?
Oh, tidak perlu.
Lepas isi minyak. Parking kereta tepi.
Tuan login trading platform. Klik buy @ market price. Atau,
Tuan login guna apps. Klik buy @ market price.
Tunggu sekejap. Done.
Nanti tunggu syarikat Spritzer beri dividen. Selesai.
Nak cara lebih baik, baca nota ini - Saham Apa Yang Bagus ?
3b. Beli Saham Patuh Shariah Sahaja
Cara menyemak status patuh Shariah sesuatu saham itu sangat mudah.
i. Buka trading account patuh Shariah
Paling mudah.
Nanti masa jumpa remisier / dealer syarikat broker saham tu, minta Islamic Trading account.
Pasti kita cuma beli sekuriti yang patuh Shariah sahaja. Kalau tak tahu yang mana satu saham Shariah, yang mana
tidak, compliant nanti bila letak order buy platform tu dapat beritahu macam ini.

4/6

Selain itu, kelebihan akaun Islamic, tak perlu susah-susah nak kira dan asingkan interest yang dapat dari sumber
riba atau terjebak dengan kemudahan margin konvensional.
ii. Semak melalui trading platform
Kalau dah terbuka akaun non-Islamic trading account, maka tuan perlu hubungi remisier / dealer sendiri.
Sebab tiap trading platform ada cara memberitahu pelanggan masing-masing, berbeza mengikut syarikat.
iii. Semak di laman web Bursa Malaysia
Langkah-langkahnya seperti berikut:
i. Pergi ke www.bursamalaysia.com
ii. Di ruang Get Quote tulis nama syarikat yang tuan mahu semak
iii. Klik nama syarikat dan layari Company Overview
Semakan ketika nota ini menunjukkan:
AIRASIA BERHAD (5099) adalah tidak patuh Shariah.
SPRITZER BHD [S] (7103) adalah patuh Shariah.
Iaitu dengan kewujudan [S] selepas nama syarikat tersebut.
4. Beli Senang, Yang Susah Buat Untung Dengan Konsisten
Sila semak nota ini, macam mana nak keuntungan saham tu berlaku - Untung Rugi Pelaburan Financial Assets
Orang yang ada kemahiran melabur saham sudah tentu berbeza hasil keuntungannya dengan orang yang tidak ada
kemahiran melabur.
Jadi apakah tuan sanggup untuk bersusah payah membuat analisa sesebuah syarikat sebelum membelinya ?
Sekiranya tuan sanggup menambah kemahiran membuat analisa saham maka tuan berpotensi untuk mendapat
untung yang lebih dari orang lain.
Siapa yang berusaha menanam, dapatlah hasilnya.
Dah Beli Saham, Sila Bayar Zakat
Bila dah kumpul harta, kena tahu kiraan nak bayar zakat.

5/6

Sila ikut kaedah taksiran zakat saham yang ada dikongsikan oleh Bursa Malaysia seperti berikut - Zakat On Shares
.
Saham adalah harta berkembang.
Jika tuan mempunyai kemahiran yang baik dalam pasaran saham, sudah pasti mendapat pulangan yang baik juga.
Sudah tentu berpotensi dapat lebih dari TH / ASB.
High skill, high return.
Baca semua konten premium dengan menjadi subscriber sekarang juga. RM 88 / subscription. Sila klik link berikut
untuk membuat pembelian -- Beli Sekarang
About the author: Saya Pakdi, penulis utama LaburDuit.com. Untuk mengetahui apa itu
LaburDuit.com sila klik berikut Tentang LaburDuit.com

6/6

Anda mungkin juga menyukai