Anda di halaman 1dari 44

MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

-i-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

PRAKATA
Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan
ilham untuk saya menulis ebook ini

Secebis kasih sayang buat isteri dan anak-anakku


yang telah sudi mengorbankan masa bersama mereka
untuk saya menyiapkan naskhah ini

Terima kasih buat ahli-ahli Grup Ujub Saham (GUS)


terutamanya guru teknikal kami, Cikgu Sakawi, Dato
Rohaizi, Irwan KK dan Ustaz Musaddiq di atas tunjuk
ajar dan sokongan yang diberikan

Buat pereka desain, Meor Azhar dan Awek PA, Daena


Hans, terima kasih kerna sudi membantu mencantikkan
ebook ini

Dan yang terakhir sekali,buat kalian para pembaca


yang mempercayai wajah ensem ini untuk berkongsi
ilmu saham walaupun genre asal wajah ensem ini
adalah hartanah

To Abang Bob, I owe you once for this knowledge and


experience.

Thanks Bro !

- ii -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

ISI KANDUNGAN
- ii - Prakata

-1- Pengenalan

-4- Bagaimana Saya Boleh Terjebak

- 11 - Buka Akaun CDS

- 20 - Kesilapan Lalu

- 25 - Kembali Ke Pangkal Jalan

- 29 - Strategi Main Saham Gaya Ensem

- 40 - Pilihan Di Tangan Anda

- iii -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

PENGENALAN
Asalnya saya tak de la terfikir pun nak tulis ebook ni
sebab saya bukanlah pakar sangat pun dalam bab-
bab saham ni. Malah, saya selalu tai-chi setiap soalan
berkaitan saham kepada 2 orang remisier saya iaitu
Haji Zainal Remisier dan Farhana A Omar (nama FB
diorang).

Namun, bila post berikut saya up di status FB saya


pada 24 Mac baru-baru ini, terkejut saya bila terlalu
ramai yang mula mesej saya bertanyakan tentang
1001 soalan berkaitan saham. Malah kebanyakan
daripada soalan tersebut adalah soalan-soalan asas
tentang saham.

-1-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

-2-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Mungkin sebab post ini telah dikongsi oleh 300++


orang, maka ia menjadi tular (viral) sehingga berpusu-
pusunya soalan yang menerjah kotak messenger saya.
Glemer saya sekejap. Fuhhhh

Dek kerna itu, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit


ilmu asas yang saya ada untuk membantu anda
memulakan langkah dalam dunia saham yang penuh
pancaroba lagi berliku ini.. hehehe

Bukan senang main saham Beb !!!

-3-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

BAGAIMANA SAYA
BOLEH TERJEBAK?

Saya dah mula main saham dari tahun 1997.


“Awalnya lu start main? Mesti umur lu dah masuk
usia purba kan?”, kompom-kompom itu yang anda
sedang fikirkan, bukan?

“Kuajaq korang. Walaupun gua tua tapi kulit muka


gua masih lagi bergetah, tau dak? Bahana senantiasa
dalam keadaan berwuduk”, amekkaw jawapan balas
dari saya sambil nak suruh anda tatap gambar bawah
ni rapat-rapat supaya anda tahu betapa babyfacenya
saya

-4-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Ya. Saya terjebak dalam saham


dari tahun 1997 lagi. Sebaik
sahaja saya tamat pengajian
Sarjana Muda saya di ITM.

-5-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

-6-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Pada tahun itu, saya ditawarkan peluang membina


kerjaya dengan sebuah bank yang agak terkemuka
di tanahair. Walaupun pada masa yang sama saya
turut ditawarkan bekerja dengan sebuah konglomerat
minyak dan gas tanahair, tetapi saya tetap memilih
syarikat kewangan ini sebagai permulaan kerjaya
saya. Lalu, saya ditempatkan ke Cawangan Kapar
sebagai lokasi pertama saya menimba pengalaman.

Di cawangan ini, pekerjanya tidak begitu ramai. Ada


dalam kurang lebih 12 orang sahaja dan dari jumlah
itu, hanya terdapat 2 orang sahaja pegawai yang
berbangsa melayu. Seorang agak berusia dari saya
manakala seorang lagi muda setahun dari saya. Yang
agak berusia tu, garang sikit orangnya, jadi saya lebih
rapat dengan yang seorang lagi.

Lupa pulak, namanya Huzaini dan dek kerana rapatnya


saya dengan Huzaini ni, maka terjebak la saya dengan
hobi dia yang memang gila main saham ketika itu.
Sebetulnya bukan dia saja, malah hampir semua yang
ada di cawangan itu memang gila main saham cumanya
hanya Huzaini seorang sahaja yang berani untuk trade

-7-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

kontra manakala selebihnya hanya berani layan saham


Initial Public Offering (IPO) sahaja. Dalam erti kata
lain, hanya dia seorang sahaja la yang berani untuk
menghanguskan duit dia dalam pasaran ketika itu.
Oleh sebab saya terlalu rapat dengan beliau, akhirnya
saya pun terjebak sama main saham edisi kontra ini.

Apa itu “kontra” dan apa pula yang dimaksudkan


dengan “IPO”?

Kontra itu bermaksud satu tempoh di mana anda


dibenarkan untuk membeli saham tanpa perlu
membayar terlebih dahulu. Namun, tidak semua
remisier anda dapat memberikan fasiliti kepada
anda sebaliknya ianya bergantung kepada kedudukan
kewangan anda.

Manakala IPO pula bermaksud penyenaraian


syarikat-syarikat baru di pasaran saham dan
kebiasaannya mereka (pelabur runcit) yang berminat
boleh membelinya sebelum ianya disenaraikan. Untuk
info lebih lanjut, mohon disemak dengan remisier anda
nanti.

-8-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Berbalik kepada kisah saya, biar saya ceritakan dulu


bagaimana saya boleh terikut mamat Huzaini ni main
saham masa tahun 1997 dulu.

Ceritanya bermula bila mana saya teruja melihat


mamat ni selamba je tukar kereta baru walaupun
kalau ikutkan gaji dia, tak de la banyak mana.
Keretanya pula jenama idaman saya, Proton Wira
1.5GL. Dah la kereta sebelumnya juga kereta yang
mampu membeliakkan mata awek yang melihat. Apa
lagi kalau bukan Proton Iswara Aeroback berwarna
merah menyala ‘biji saga’ ditambah pula dengan
skirting dan sport-rim jenama Sparco membuatkan
yang memandang, tak berkelip mata dibuatnya.

Disebabkan teruja, ‘slow-slow’ saya merapati dan


bertanyakan bagaimana beliau mampu memakai
kereta se’mewah’ itu dengan gaji yang tidak sebesar
saya dan jawapan yang diberikan membuatkan saya
terpaksa ambil ‘mc’ minggu berikutnya untuk buka
akaun CDS… hahaha.

Yup. Mamat tu kaya berduit disebabkan keuntungan


saham yang diperolehinya hampir setiap minggu. Dan

-9-
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

paling bebulu bila mana setiap kali beliau buat untung,


maka sengaja ditayang-tayangkan buku simpanannya
kepada saya. Berkepok-kepok beb. Belas-belas ribu
dan kadang-kadang tu puluh ribu. Gila kaw, dah la
pada masa itu gaji saya cuma setakat RM1,750 je
sebulan.

Bila tengok amaun yang sebanyak itu, mau kering


kejap darah kat muka saya melihatnya. Fuhhh.. banyak
siot dan dari situlah bermulanya saya terjebak di
dalam dunia pelaburan saham.

- 10 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

BUKA AKAUN CDS


Macam yang saya cerita di bab sebelumnya, dek kerna
keterujaan melihat betapa senangnya rakan sekerja
saya tu buat duit, maka tanpa berlengah lagi saya
pun mula membuka akaun CDS saya sendiri.

Nasib baik pada masa itu ada satu ‘securities


company’/stock broker yang tidak begitu jauh
letaknya dengan rumah sewa saya di Seksyen 8
Shah Alam. Hwang-DBS Securities Sdn Bhd namanya.
Lokasinya pula mana lagi kalau bukan di tingkat 19
Plaza Masalam atau turut dikenali dengan nama Shah
Alam Mall di Seksyen 9.

Disebabkan tidak mahu berseorangan, jadinya saya


gula-gulakan rakan-rakan rumah bujang saya ketika
itu.

- 11 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Terjebak la juga 3 orang untuk turut serta antaranya,


Awon (Kamaruzaman), Pak Yat (Hidayatul Taufek) dan
Zack (Nor Zakwan) dan kamilah pelopor trader saham
paling muda di Hwang-DBS ketika itu. Semuanya
dalam lingkungan usia 23 tahun.

- 12 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Saya rasa mesti anda tertanya-tanya tentang akaun


CDS tu kan?

Untuk pengetahuan anda, kalau di bank, anda perlu


ada akaun simpanan (saving account) atau akaun
semasa (current account) untuk menyimpan data
transaksi duit anda. Begitu jugalah dengan saham.
Untuk merekodkan transaksi jual beli saham anda,
anda perlulah memiliki satu akan khas dan akaun khas
inilah yang dinamakan akaun CDS.

Jadinya langkah pertama yang anda perlu buat


selepas membaca ebook ini dan ingin melabur dalam
saham ialah, dengan membuka akaun CDS anda. Bagi
yang telah mempunyai akaun, sila semak kembali
status akaun anda dengan remisier atau syarikat
sekuriti/broker anda.

“Camne cara nak bukak akaun CDS ni Abang Ensem?”

Kalau dulu agak mudah. Anda hanya perlu menghadirkan


diri ke kaunter syarikat sekuriti/broker saham,

- 13 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

tunjukkan kad pengenalan dan pegawai bertugas


akan membantu membuat beberapa salinan kad
pengenalan anda. Selesai urusan tersebut, anda
perlulah menandatangani beberapa borang pelbagai
warna yang disediakan.

Ada putih dan ada kuning dan selepas selesai urusan


tersebut, anda hanya perlu menghulurkan RM10 untuk
urusan matikan setem pada borang-borang yang anda
telah tandatangani sebelumnya. Usai berbuat demikian,
anda hanya perlu bersabar menunggu beberapa hari
sebelum boleh mencetak duit di pasaran saham.

Itu dulu, tapi sekarang syaratnya sudah mulai ketat.


Banyak dokumen yang anda perlu sediakan. Tiada lagi
kemudahan menandatangani borang semudah ABC
selagi kedudukan kewangan anda tidak disemak dan
status kewangan anda akan dinilai berdasarkan jenis
dokumen yang mereka minta antaranya :

- 14 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

1. Yang Bermajikan

Salinan Kad Pengenalan


Penyata Bank (yang terkini)
Slip Gaji (yang terkini)

2. Yang Berniaga

Salinan Kad Pengenalan


Sijil/Dokumen Pendaftaran Perniagaan
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Penyata Bank Individu (3 bulan terkini)
Penyata Bank Syarikat (3 bulan terkini)

“Kenapa banyak pula dokumen yang diminta kali ini


jika nak dibandingkan dengan zaman AE dulu?”

Sejujurnya saya pun tidak tahu kenapa tetapi saya


dapat mengagak yang mereka menginginkan mereka
yang benar-benar mempunyai duit untuk berada
dalam pasaran. Ini bagi mengelakkan sebarang
aktiviti spekulasi dan manipulasi dilakukan terhadap
pasaran dan ini mengingatkan saya terhadap keadaan
pasaran di penghujung tahun 90an dulu. Syarikat

- 15 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

tanpa kekuatan fundamental, namun tanpa disangka


sahamnya mencanak-canak naik dengan tinggi.
Setelah diselidiki rupa-rupanya angkara spekulasi
dan manipulasi pasaran. Walaubagaimanapun insiden
sebegitu sudah semakin sukar untuk berulang kerana
syarat yang agak ketat sudah mula diimplimentasikan
oleh Securities Commission yang mengawal selia
pasaran.

Sebagai info, di bawah ini adalah contoh bagaimana


rupanya Akaun CDS yang bakal anda buka nanti. Sila
abaikan jumlah saham yang saya ada setakat ebook
ini ditulis. Takut nanti mata-mata Lembaga akan
mengusha saya kembali kalau saya tunjuk amaun yang
besar.. hehehe. Gurau je.

- 16 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

“AE, kat mana kami nak buka Akaun CDS ni pulak?”

Sebenarnya tidaklah susah mana kalau anda nak buka


akaun tapi mungkin sebab anda tak tahu ditambah
pula dengan circle of friend anda yang mungkin tidak
celik saham, makanya mungkin anda terasa blur-blur
sikit.

Buat anda yang tidak tahu, perkara pertama yang


anda boleh cuba buat adalah dengan menggoogle kata
carian (keyword) “Stock Broker” atau pun “Securities”
dan kalau anda inginkan jawapan carian yang lebih

- 17 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

spesifik, anda masukkan juga carian lokasi seperti


negeri anda sebagaimana contoh di bawah :

- 18 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Nah, anda nampak bukan senarai stock broker/


securities beserta nombor untuk anda hubungi mereka.
Call dan maklumkan sahaja niat anda untuk buka akaun
CDS tu. InshaaAllah mereka akan berlapang dada
dan berbesar hati untuk membantu mempermudahkan
hasrat anda itu.

Paling menarik, saat ini telah ada platform online untuk


anda membuka akaun CDS dan platform ini dikenali
dengan nama RAKUTEN. Jadinya peluang sebegini
membuatkan anda mulakan langkah anda dengan lebih
mudah dan murah. Cubalah explore jikalau berminat.
Jadinya, apa tunggu lagi, bersegeralah hubungi mereka
sekarang sebelum terlambat.

- 19 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

KESILAPAN LALU
Zaman 1997-1998 adalah zaman di mana melabur
dalam pasaran saham amat menyeronokkan. Mana
taknya, ketika itu adalah masa di mana kaunter-
kaunter saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (nama
lama bagi Bursa Malaysia) sedang mengalami pemulihan
dari kegawatan ekonomi yang disebabkan serangan
matawang oleh George Soros.

Serangan matawang inilah yang telah mengakibatkan


pasaran saham di Asia Tenggara jatuh merudum ke
paras yang begitu rendah ketika itu. Di ketika pasaran
merudum itulah saya bermula. Saya dan teman-teman
saya tadi (Awon, Pak Yat dan Zack) mula membeli
kaunter-kaunter saham yang berharga agak rendah.

Namun, walaupun rendah, kami masih tidak lepas dari


mengalami kerugian dek kerna melabur tanpa ilmu
yang cukup. Ditambah pula dengan sifat tamak dan
takut yang ada dalam diri kami masa itu menambahkan
lagi angka kerugian kami.

- 20 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Zaman itu tidak sepertimana yang anda lihat


sekarang ini. Zaman itu tidak ada Dato Dr Nazri Khan
melaungkan tagline “Tak Ensem Tak Apa Janji Kaya”
untuk menarik anda bermentorkan beliau. Pada masa
itu juga tidak ada Haji Asri yang menerbitkan buku-
buku tentang cara betul melabur saham.

Dan pada masa itu juga, tidak ada lagi Farhana


Aini Omar mengiklankan kelas belajar teknikal dan
fundamentalnya di media sosial. Jadinya, kami
hanya melabur dengan strategi kami sendiri serta
mengharapkan tips dari pihak ketiga sahajalah
jawabnya. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam...
huhuhu.

Antara strategi kami yang anda jangan sekali-kali


ikut iaitu beli saham yang jatuh paling teruk pada
hari sebelumnya dengan harapan, keesokan harinya ia
akan memantul naik. Zaman itu hampir setiap malam
kami berempat akan berkumpul sebaik sahaja Zack
pulang dari kerja. Zack adalah teman rumah bujang
kami yang paling lewat sampai ke rumah. Biasanya
sekitar jam 9 barulah kelibatnya muncul.

- 21 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Bila sampai sahaja beliau di rumah, kami berempat


masing-masing mengusung akhbar sisipan Bisnes
The Sun (berwarna oren) ke gerai makan Seksyen
17 untuk makan malam sambil berbincang (lebih
kepada meneka sebenarnya) kaunter apa yang bakal
mencanak esoknya. Biasanya kami akan makan cepat-
cepat dan setelah selesai makan, sisipan Bisnes
itu kami bentangkan di atas meja. Mukasurat yang
menjadi pilihan, pastinya senarai harga-harga saham
Bursa Malaysia untuk hari itu.

Anda rasa apa yang kami akan tengok dari senarai


harga tersebut?

Ya, kami akan melihat “5 Kaunter Paling Rugi”


supaya keesokan harinya kami akan membeli kaunter
tersebut dengan volume yang banyak. Kenapa pula
begitu? Kerana kami beranggapan jika hari ini kaunter
tersebut jatuh dengan banyak, pasti keesokannya
harganya akan naik (rebounce) balik.

Ternyata ada kebenarannya kerana memang dalam


banyak situasi, keesokannya harga kaunter tersebut
akan memantul naik dan setiap sen yang naik, kami

- 22 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

pasti akan beroleh keuntungan walaupun sedikit.


Namun lama-kelamaan sifat tamak mula menguasai diri.
Tidak cukup dengan untung yang sedikit, maka kami
menunggu ianya naik lebih tinggi lagi supaya keuntungan
kami akan berganda. Namun, akhirnya kerugian yang
menanti kerana kebiasaannya kenaikannya hanyalah
bersifat sementara sebelum jatuh kembali ke paras
yang menghibakan kami.. hehehe.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi kesilapan saya


ketika itu ialah, terlalu mempercayai dengan tips
yang diberikan pihak ketiga. Sounds familiar, kan?
Dek kerna tips sebeginilah yang membuatkan saya
terpaksa ‘bersara’ setahun dari dunia saham. Mana
taknya gara-gara terlalu yakin dengan tips yang
diberikan akhirnya membuatkan saya dan teman yang
lain kerugian. Besar juga amaunnya kerana hampir 3
hari berturut-turut kaunter yang saya beli itu ‘limit
down’.

Apa itu ‘limit down’?

‘Limit down’ bermaksud hampir setiap hari saham


tersebut jatuh ke paras terendah yang dibenarkan

- 23 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

dan bayangkan jika hampir setiap sesi (pagi dan


petang) selama 3 hari berturut-turut ianya jatuh, ini
bermaksud jumlah kerugian kami makin menimbun dan
akhirnya, disebabkan tidak mampu untuk membayar
secara ‘one-shot’, terpaksalah kami membayar secara
ansuran setiap bulan dan disebabkan itu jugalah ada
di antara kami yang kemudiannya terus bersara dari
pasaran saham.. huhuhu. Nasib baik saya tidak ikut
jejak langkah mereka, sebaliknya saya mula mencari
ilmu beserta strategi untuk kembali berjaya dalam
lapangan ini.

Anda nak tahu bagaimana? See you in the next


chapter dan teruskan membaca.

- 24 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

KEMBALI KE
PANGKAL JALAN
Dalam tempoh kuarantin dari dunia saham (hampir
12 bulan), saya bermuhasabah diri mencari di mana
silapnya strategi saya selama ini. Setiap kesilapan,
saya perhalusi asbabnya. Setiap kerugian, saya
jumlahkan nilainya. MashaaAllah, jumlah kerugian
sahaja sudah membolehkan saya membeli sebuah unit
kos rendah di Shah Alam ketika itu. Banyaknyaaaa.
Tak hairan la semua geng saham saya mula angkat
kaki selepas tu
.
Walaubagaimanapun, mungkin tidak bagi saya kerana
saya percaya pasti ada cara untuk saya beroleh
keuntungan yang besar di dunia saham. Jika tidak,
masakkan doktor gigi di atas cawangan bank saya
ketika itu mampu bergelar jutawan sebaik sahaja
pasaran pulih. Tapi masalahnya, bagaimana saya nak
kembali melabur? Saya dah la nak kahwin dan nak
pakai duit yang banyak. Buatnya saya salah langkah
dengan menggunakan duit kahwin, mau kena kerat 14

- 25 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

saya dengan tunang saya lepas tu. Dah la dia garang


macam dinosaur... huhuhu. “Takpe la. Kahwin dulu la dan
lepas tu baru cari caranya”, pujuk hati saya dalam
diam.

Saya kahwin serba sederhana. Kompang dan


fotografer pun tak de. Namun benarlah firman Allah,
rezeki lepas kahwin biasanya lebih murah. Wife saya
dapat ESOS dari syarikatnya dan kami pun mula
beroleh keuntungan di luar jangka.

“Apa itu ESOS AE?”

ESOS itu adalah singkatan kepada Employee Share


Option Scheme. ESOS. Ianya merupakan insentif
dari majikan buat pekerjanya dan memandangkan
wife saya bermajikankan syarikat yang tersenarai di
Bursa Malaysia, maka di awal-awal tahun perkahwinan
kami beliau telah menerima sejumlah 15,000 unit
ESOS syarikatnya. Saat itu, tanpa berfikir panjang,
kami pun mengeluarkan kesemua simpanan kami untuk
melanggani (subscribe) ESOS yang ditawarkan pada
harga RM3.70 itu (kalau tak silap saya).

- 26 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Agak lama juga la kami memegang ESOS tersebut


sehinggalah pada suatu hari yang cerah ni. Burung
berkicauan riang dan saya yang sedang komited
bekerja di ofis, tiba-tiba menerima panggilan dari
isteri tersayang, memberitahu saham syarikatnya
meroket laju.

Sepantas kilat ketika itu saya menelefon remisier


saya bagi mengesahkan khabar gembira tersebut.
Ternyata benar tetapi remisier saya menasihatkan,
jangan dijual dahulu kerana menurutnya saham
syarikat tersebut masih mempunyai momentum untuk
meroket lagi.

Seakan akur dengan nasihat beliau yang lebih


berpengalaman, kami pun terus menunggu sehinggalah
harganya mencecah hampir 3 kali ganda dari harga
asal, barulah kami menjual. Bermula dari situ barulah
saya menjadikannya salah satu strategi untuk melabur
dalam saham.

Sebetulnya selain dari main saham menggunakan


ESOS, saya turut menggunakan 3 lagi strategi lain

- 27 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

ketika melabur dan untuk ketiga-tiga strategi ini,


Alhamdulillah saya berjaya meminimakan risiko kerugian
seminimum mungkin. Terima kasih kepada remisier
‘Balak’ kesayangan saya (hat remisier Awek sebelum
ini telah hilang entah ke mana selepas recession pada
2004) dan dengan remisier baru ini, banyak benda
teknikal yang diajarnya kepada saya terutama yang
berkaitan dengan ‘Pattern’.

No worries, saya takkan bercerita bab teknikal


dalam ebook ini sebaliknya hanya ‘simple strategy’
bagaimana untuk membuat ‘sedikit’ untung dalam
pelaburan saham.

Next chapter please !!!

- 28 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

STRATEGI MAIN SAHAM


GAYA ENSEM
Sebaik sahaja saya bertaubat dari main stail caca-
marba, saya mula mencari seseorang yang mampu
membimbing saya ke jalan yang lurus lagi benar.
Sementelah pula ketika itu saya ibarat seekor burung
yang patah sayapnya setelah awek remisier cun
kesayangan saya akhirnya hilang tanpa dikesan.

Saat inilah saya ditemukan dengan Abang Bob,


seorang remisier yang diperkenalkan oleh teman
serumah bujang saya dulu. Menurut teman saya ni,
Abang Bob merupakan senior dia semasa di ITM
Arau dulu dan masih kekal sebagai seorang remisier
walaupun telah melalui 2 kali kegawatan ekonomi. Atas
saranan teman saya, akhirnya saya menggunakan
khidmatnya sebagai remisier saya bagi menggantikan
awek remisier sebelumnya. Ternyata ianya sesuatu
yang berbaloi dan menguntungkan saya.

- 29 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Kenapa berbaloi dan menguntungkan?

Kerana dengan beliaulah saya belajar cara main


saham yang betul dan cara yang diajar beliau kepada
saya agak simple tanpa perlu melihat sangat kepada
aspek teknikal. Iya, beliau mengajarku akan 3 strategi
berikut :

1. “The 6% Trade”

Strategi ini saya gunakan ketika pasaran saham


berada dalam kondisi/situasi “BULL”. Bagaimana kita
boleh tahu sama ada pasaran sedang berada di dalam
momentum BULL atau pun tidak?

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya,


salah satu tandanya adalah bila rata-rata orang
bercerita tentang saham. Bila di kaca tv berita
sentiasa menceriakan masyarakat dengan cerita
betapa bagusnya keadaan ekonomi masa kini.

Lebih mudah apabila anda sendiri bertanyakan pada


remisier anda kerana sebagai seorang remisier yang

- 30 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

berpengalaman, pasti mereka akan dapat menilai sama


ada pasaran saham ketika itu mempunyai momentum
untuk naik atau pun tidak kerana mereka mempunyai
akses kepada jumlah ‘player’ yang menguasai pasaran
ketika itu, sama ada institusi, runcit atau pun pelabur
asing. Kebiasaannya momentum naik akan terhasil
apabila ‘player’ yang terdiri dari pelabur institusi dan
pelabur asing memasuki dan menguasai pasaran dan
di ketika itu, maka strategi ini agak sesuai untuk
dipraktikkan.

“Apakah strategi “The 6% Trade” yang AE


maksudkan?”

The 6% Trade membawa maksud, setiap kali saya


membeli saham, saya akan tetapkan hanya 6%
keuntungan sahaja yang saya akan ambil walaupun
kaunter saham tersebut mempunyai potensi untuk
bergerak lebih tinggi lagi. Mengambil contoh saham
ALAM yang saya beli pada harga 6 sen ketika ebook
ini ditulis. Sebaik sahaja saya berjaya memiliki/
membelinya, saya akan terus queue siap-siap untuk
dijual pada harga 7 sen (setelah mengambil kira

- 31 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

brokerage fee) dan sebaik sahaja harganya mencecah


7 sen, maka secara automatik saham itu tadi akan
terjual. Selepas ini berlaku, maka saya akan mencari
pula saham lain yang terkurang nilai dan mempunyai
potensi untuk naik. Ulang langkah ini sehingga pasaran
BULL bertukar kepada BEAR dan apabila ini berlaku,
maka beralihlah kepada 2 strategi berikutnya.

Apabila bercerita tentang potensi, potensi ini biasanya


akan dilihat dari peratusan Relative Strength Index
(RSI) saham tersebut. Maaf, bunyinya agak teknikal
sedikit tapi untuk saya yang tidak terlalu teknikal,
saya akan mencari kaunter yang peratusan RSInya
di bawah 40% kerana ianya mempunyai ruang untuk
meningkat lebih lagi. Mohon semak dengan remisier
anda tentang maksud terperinci RSI ini.

Begitu juga sekiranya, saham anda tiba-tiba buat


u-turn menurun, makanya anda perlu bersedia untuk
Cut Loss (CL). Jika sebelum ini saya telah menetapkan
kadar 6% sebagai kadar keuntungan, maka apabila
berlaku penurunan, maka saya akan menetapkan pula
kadar 5% untuk saya CL sebelum mula mencari pula

- 32 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

saham lain untuk menampung kembali kerugian tadi.


Sebagai rujukan, mungkin anda boleh tengok Jadual
“Statement of Shares” saham saya ketika BULL Run
tahun lalu bagi melihat bagaimana saya memantau
portfolio saham saya. Setiap kenaikan 6% akan dijual
manakala penurunan sebanyak 5% (FGV), maka CL la
jawapannya.. huhuhu.

Jelas, kan?

- 33 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

2. “Mid-Long Term Strategy”

Apa pula “Mid-Long Term Strategy”? Ini adalah


strategi bermusim (seasonal strategy) yang saya
guna pakai hampir setiap tahun di mana pada setiap
pertengahan tahun, saya akan melihat kepada
kaunter-kaunter saham yang kukuh fundamentalnya
tetapi terkurang nilai.

Saham-saham ini kemudiannya saya beli dan simpan


untuk sekurang-kurangnya 6 bulan (mid-term)
membawa ke 5 tahun (long-term).

Mengambil contoh dalam keadaan lockdown disebabkan


wabak Covid-19 ini, terdapat begitu banyak saham
bagus yang telah tersusut nilai. Senarai saham-saham
inilah yang sebenarnya anda beli dari saya sehingga
melayakkan anda memiliki ebook ini secara percuma.

Jadinya, mengambil dari senarai 104 kaunter tersebut


beserta hasil ‘compare note’ dengan remisier saya,
Abang Bob, maka saya secara perlahan-lahan mula

- 34 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

mengumpul 3 kaunter yang anda boleh lihat dari


Jadual di bawah :

Dan saham-saham yang terkumpul ini, hanya akan


saya lihat kembali selepas tempoh wabak ini berakhir
kerana saya menjangkakan (tidak semestinya betul)
paling tidak pun, sebanyak 30% pulangan bakal saya
perolehi.

Malah jika anda lihat dari Jadual di atas, sebanyak


40,000 unit saham syarikat ALAM yang saya beli pada
4 April tempohari telah pun menghasilkan pulangan
sebanyak 28.95% ketika ebook ini ditulis. Jadi, tidak
mustahil angka tersebut akan meningkat lagi selepas
wabak Covid-19 ini berakhir kelak.

- 35 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

3. “Dividend Stock Strategy”

Ini merupakan strategi paling selamat. Anda tidak


perlu pening kepala memikirkan tentang teknikal.
Sebaliknya anda hanya perlu mencari kaunter-kaunter
yang kukuh dari segi fundamentalnya. Caranya juga
mudah kerana banyak sumber ada memberikan input/
info tentang kaunter-kaunter yang bermurah hati
memberikan dividen-dividen yang besar setiap tahun.
Salah satu sumber untuk anda mendapatkan input/
info tersebut adalah seperti di dalam gambar berikut :

- 36 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Walaupun kerugian tetapi mereka masih tetap memberikan


dividen. Bayangkan jika mereka untung. Berapa banyak pula
dividen yang bakal mereka berikan?

- 37 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Jadinya anda hanya perlu membeli mana-mana kaunter


di atas dan biarkan sahaja tanpa perlu berfikir untuk
menjualnya melainkan keadaan memaksa. Jadinya
selama mana anda menyimpan, maka selama itulah
anda akan mendapat dividennya secara tahunan. Silap
haribulan, setiap suku tahunan pun anda bakal menuai
dividen tambahan sepertimana yang saya perolehi
menerusi kaunter PANTECH (rujuk Jadual di dalam
sub-topik The 6% Trade).

Bagaimana pula dividen itu diberikan kepada kita?


Pasti itu yang bermain-main di fikiran anda bukan?

Sebetulnya, selagi mana anda tidak menjual saham


anda, dan apabila tiba pengumuman dari pihak
syarikat yang mereka akan memberi dividen kepada
anda, maka tunggu sahaja emel dari mereka. Pasti
tidak lama selepas itu anda akan menerima notifikasi
tentang pembayaran dividen tersebut ke akaun
anda. Anda boleh tengok contoh “Emel Notifikasi” dan
“Pemberitahuan Pembayaran” yang saya terima setiap
kali pemberian dividen telah dikreditkan.

- 38 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

Menarik, bukan?

- 39 -
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI

PILIHAN DI
TANGAN ANDA
Jadinya dengan senarai Saham Terkurang Nilai yang
telah anda perolehi dari saya, makanya peluang
untuk anda pergunakannya sebaik mungkin menjadi
lebih mudah. Anda hanya perlu mencari saham yang
sesuai dari senarai tersebut (mengikut bajet masing-
masing) dan sesuaikan dengan strategi yang mungkin
anda rasa terbaik. InshaaAllah saya doakan agar
hasil yang diperolehi memuaskan.

Amiin....

- 40 -
dapatkan diskaun RM10...
APABILA ANDA gunakan kod ini

AE

BOLEH KLIK PADA LINK DI BAWAH


mudahsimpanduit.blogspot.com/p/xcvxv-assalamu-alaikum-dan-salam.html

Anda mungkin juga menyukai