Anda di halaman 1dari 4

Pena Bonda

Minda harus terbuka. Minda seperti payung terjun. Ia berfungsi dengan baik apabila ia terbuka.

Home ▼

FRIDAY, JULY 22, 2011

Bagaimana Memupuk Pemikiran Kreatif


Adakah anda seorang yang kreatif?
Adakah anda faham maksud kreatif?
Kenapa anda perlu kreatif?

Kali ini Bonda mahu berkongsi catatan Bonda bagaimana pemikiran kreatif dapat dipupuk dalam diri kita dan juga orang lain. Bonda
telah menghadiri sesi pengilmuan yang bertajuk Memahami Peralatan Kreativiti. Sesi ini disampaikan oleh Encik Hussein Mohd Ariff
daripada Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRI). MACRI ditubuhkan pada 3 April 2007 yang bertujuan untuk
membudayakan inovasi di kalangan rakyat.

Kreativiti diperlukan dalam mencari penyelesaian-penyelesaian kepada sesuatu isu.


Kenapa nak selesaikan isu?
Untuk kepuasan pelanggan lah jawabnya.

Kreativiti melibatkan proses hasilkan idea, kemukakan idea, keluarkan idea, dapatkan idea, rumuskan idea, dan iktirafkan idea. Secara
ringkasnya, creativity - coming up with ideas. Inovasi pula bermaksud idea yang dilaksanakan. Dengan kata mudah, innovation -
bringing ideas to life.

Encik Hussein Mohd Ariff menceritakan serba sedikit tentang sistemM3IQRA. Sistem ini dibincangkan secara terperinci dalam buku
Purple Beach.

M3IQRA adalah akronim bagi


M - Minda reset
M - Motivasi
M - Method
I - Ingin tahu
Q - Questioning
R - Reasoning
A - Action

SistemM3IQRA dalam kreativiti

Minda reset @ Mind reset


Minda perlu di'reset' dalam mencari penyelesaian-penyelesaian kepada sesuatu isu. Bagaimana kita melakukan mind reset? Untuk
melakukan mind reset, ia bergantung kepada tabiat/ sikap kita. Tujuh (7) tabiat yang menyumbang kepada mind reset adalah ...
1) Jangan cepat menolak sesuatu idea sebagai kurang bijak;
2) Kurangkan bercakap dan banyakkan mendengar;
3) Bertanya berbagai soalan;
4) Tinjau segala kemungkinan;
5) Cenderung untuk mengatakan YA atau MUNGKIN, bukan tidak;
6) Membaca untuk menambah pengetahuan;
7) Melancung untuk melihat 'dunia' - keluar daripada persekitaran sedia ada, lihat kehidupan di sesuatu tempat, kaji/ lihat/ amati apakah
kebiasaan-kebiasaan dalam masyarakat di situ. Tanam/ pupuk tabiat mengamati (observation), lihat dengan pemikiran.

converted by Web2PDFConvert.com
Motivasi
Motivasi ibarat petrol kepada kenderaan. Orang melakukan sesuatu untuk berbagai motif. Encik Hussein mencadangkan beberapa cara
untuk memotivasikan orang dalam mengeluarkan idea-idea. Cara-caranya adalah ...
1) Tunjukkan minat bersungguh-sungguh;
2) Mengenali dan mengakui;
3) Kurangkan formaliti, lebihkan kelakar;
4) Anjurkan pertandingan menjana idea;
5) Sediakan latihan.

Dalam proses kreativiti, apa yang diperlukan adalah idea, bukannya complaint, aduan, atau maklum balas. Kita mesti dapat bezakan
antara idea dengan complaint, aduan, atau maklum balas. Pada pandangan Bonda, untuk dapatkan idea, kita perlu kenal pasti isu. Isu
datang daripada complaint, aduan, atau maklum balas pelanggan. Harus diingat, pelanggan tidak hanya fokus kepada orang luar
sahaja, orang dalam dan juga stakeholder juga dikategorikan sebagai pelanggan.

Method
Apakah kaedah-kaedah yang dapat digunakan untuk menghasilkan idea, mengemukakan idea, mengeluarkan idea, mendapatkan idea,
merumuskan idea, dan pelbagai tentang menjana idea.

Kaedah 1: Sentiasa bertanya "kenapa tidak?"


Konsep lain yang menghampiri "kenapa tidak" adalah "bagaimana kalau". Soalan "kenapa tidak" membawa kita untuk mencabar status
quo.
Contoh,

Kenapa buah tembikai mesti bulat?


Kenapa tidak buah tembikai bersegi empat?

Jika buah tembikai bersegi empat, ruang penyimpanannya dapat dijimatkan. Buah tembikai lebih mudah disusun, tidak mudah bergolek,
bergerak atau jatuh.

Kaedah 2: Pencernaan minda (brainstorming)


Konsep brainstorming - banyak idea lagi baik
"Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang baik adalah kita mesti mempunyai banyak idea." Linus Pauling (1901 - 1994)

Linus Pauling, a chemist, was awarded the Nobel Prize for Chemistry in 1954. 9 years later, he won the
Noble Peace Prize for his antinuclear activism which included presenting a petition signed by eleven
thousand scientists warning the public about the biological danger of radioactive fallout from nuclear
weapons testing. Photo by Michael Collopy.

Panduan dalam memastikan kejayaan dalam sesi brainstorming adalah ...


1) Jangan mengkritik sebarang idea;
2) Idea yang gila-gila lagi baik;
3) Banyak idea lagi baik;
4) Gabungkan idea-idea atau ubahsuai idea;
5) Adakan sesi itu di persekitaran yang kurang atau tidak formal;
6) Kumpulan yang ideal, ahlinya seramai 4 - 5 orang;
7) Guna meja bulat;

converted by Web2PDFConvert.com
8) Catit semua idea yang dikemukakan (guna 3M pad);
9) Pelbagaikan latar belakang ahli kumpulan seperti pelbagai bidang, pengalaman, atau jawatan.

Kaedah 3: Formula SCAMPER


SCAMPER adalah akronim bagi ...
S - Substitute
C - Combine
A - Adopt
M - Maximize or Minimize
P - Put to other use
E - Eliminate
R - Reverse

Contoh yang digunakan adalah kamera. Kaji perubahan dan perkembangan kamera.

Satu lagi kaedah yang menghampiri SCAMPER tetapi lebih ringkas adalah RICE. RICE adalah akronim bagi ...
R - Reduce (kurangkan)
I - Increase (tambah)
C - Combine (gabung)
E - Eliminate (hapuskan)

Teknik SCAMPER atau RICE dapat digunakan dalam membantu kita menjana, mengkaji atau menganalisis idea.

Kaedah 4: Hubungan dipaksa


Dalam kaedah ini, kita mencari hubungan antara dua (2) benda atau konsep untuk dapatkan benda atau konsep yang baru.
Contohnya,
Hubungan antara kerusi dengan roda. Oleh itu dapatlah kerusi roda.

Hubungan antara ayam dengan nasi. Dapatlah nasi ayam. Tapi itu bukanlah hubungan dipaksa.

Hubungan antara berus cat dengan pemadam pensil. Dapatlah liquid paper.

Untuk memupuk kreativiti, anda perlu ada sifat/sikap berikut:


I - Ingin tahu
ingin tahu tentang peristiwa;
terpesona dengan alatan;
selalu terdedah dengan kemungkinan;
berminat dengan idea-idea baru.

Q - Questioning
Suka menyoal
untuk dapatkan pengetahuan;
untuk kumpulkan fakta;
untuk memahami lebih jelas;
untuk bina keyakinan.
R - Reasoning
Mempunyai alasan munasabah/ justifikasi
dapat meminimakan risiko;
dapat mengelakkan kesilapan besar;
dapat jimat masa.

A - Action
Bertindak

Itulah serba sedikit panduan untuk kita menangani isu atau cabaran kehidupan dengan cara berfikiran kreatif.

Catatan ini dibuat pada 21 Julai 2011 di Aras 6 Blok E8 Parcei E, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Putrajaya semasa sesi pengilmuan
bagi semua fasilitator Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) KPM tahun 2011. Catatan ini adalah berdasarkan pemahaman Bonda yang
amat sedikit ilmunya tentang kreativiti. Bonda minta maaf jika ada kesilapan tafsiran. Harap diberi teguran sekiranya terdapat sebarang
kesilapan.

Bonda at 7:26 PM

converted by Web2PDFConvert.com
2 comments:

whosane87 Aug 18, 2011 09:06 PM


Terjumpa blog ini & saya rasa amat terharu kerana ada insan yang menghargai & sama-sama ingin berkongsi pengetahuan. Teruskan
usahamu Bonda. Well done!
whosane
Reply

Bonda Aug 19, 2011 06:59 AM


Terima kasih En Hussein @ whosane87 atas kunjungan, komen serta kata-kata perangsang. Saya lihat keempat-empat blog En Hussein
macam dah bersawang. Sibuk ya.
Reply

Enter your comment...

Comment as: Select profile...

Publish Preview

Links to this post


Create a Link

‹ Home ›
View web version
ABOUT ME

Bonda
Pena Bonda adalah coretan pengalaman dan luahan rasa seorang ibu yang berkerjaya dan mempunyai empat (4) orang anak. Bonda
dilahirkan dalam tahun 60an, pernah mengajar di sekolah menengah dan kini bertugas di pejabat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ilham untuk menulis blog timbul daripada hasrat Bonda untuk mempunyai diari yang mudah dikemaskini, menarik, penuh dengan
gambar, senang diurus, dan cepat dicapai. Hasrat ini direalisasikan dengan bantuan anak sulong Bonda, Iffah Hamed. Kami mempunyai minat yang
sama. Terima kasih Iffah atas tunjuk ajar dan sharing the information. Pena Bonda didedikasikan buat Nur Iffah, Nur Izzah, Nur Ilya, Nur Insyirah dan Ab
Hamed. Hasrat Bonda, setiap entri memberi pertambahan ilmu atau sesuatu yang bermanfaat buat anda semua.
View my complete profile

Powered by Blogger

converted by Web2PDFConvert.com

Anda mungkin juga menyukai