Anda di halaman 1dari 5

Pena Bonda

Minda harus terbuka. Minda seperti payung terjun. Ia berfungsi dengan baik apabila ia terbuka.

Home ▼

TUESDAY, DECEMBER 28, 2010

Petua Merealisasikan Matlamat


Hari ini dah 22 Muharam 1432H. Dah masuk hari ke-22 dalam tahun baru mengikut kalender Islam. Tahun baru mengikut tahun Masihi is
around the conner. Biasalah, semangat tahun baru pastinya ada azam baru atau matlamat baru. Seiring dengan mood semasa (azam
tahun baru), Bonda mahu kongsikan beberapa petua untuk mencapai matlamat kita. Bonda lebih suka guna perkataan "matlamat"
berbanding dengan "azam".

1. Keinginan
Perlu ada keinginan untuk mencapai matlamat. Lagi mendalam keinginan kita, lagi mudah untuk mencapai matlamat kita.
Punca utama kegagalan mencapai matlamat adalah perasaan takut. Kerana takut, kita tidak mengambil langkah pertama
untuk mencapai matlamat.
Keinginan akan membawa kita untuk ambil langkah pertama.

2. Keyakinan
Perlu mempunyai keyakinan dalam hati bahawa cita-cita kita akan tercapai. Keyakinan yang tinggi menjadi penggerak
kepada kita untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Kita tidak perlu menyakinkan orang ramai. Cuma yakinkan diri sendiri. Kita perlu tunjukkan cita-cita kita tercapai. Itu sahaja
yang akan menyakinkan orang ramai.
Matlamat yang realistik akan membantu dan memotivasikan kita untuk mendapat keyakinan. Oleh itu kita perlu realistik dalam
menetapkan matlamat kita.

3. Tulis matlamat kita


AMAT penting
Ia sama seperti kita membuat perjanjian dengan diri kita sendiri. Matlamat itu akan tersemat di fikiran dan sentiasa
mengingati kita secara sedar ataupun separa-sedar.
Kita telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang kita dapat mengenggamkannya.

converted by Web2PDFConvert.com
4. Senaraikan kebaikan yang kita akan kecapi
Senaraikan panjang-panjang. Lagi panjang lagi bagus. Ini kerana senarai ini merupakan motivasi-motivasi yang akan
membakar semangat kita untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan itu.
Berikan sebab mengapa kita mahu matlamat kita tercapai. Apakah pulangan yang akan kita terima? Bagaimanakah tahap
kepuasan kita jika matlamat itu tercapai?

5. Cerminkan diri sendiri


Untuk mencapai matlamat, kita perlu ketahui di mana kita berada pada masa kini. Lebih jelas kita dapat fahami keadaan kita
pada waktu ini, lebih jelas kita dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat. Contohnya, sekiranya kita inginkan bebas
kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan kita pada masa ini secara jujur.

6. Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap.
Dengan memberikan deadline, kita mempunyai satu sasaran yang jitu. Jika kita tidak berjaya capai matlamat sebelum tarikh
deadline, berikan satu tarikh deadline yang baru. Deadline akan mengajar kita untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam
mencapai matlamat.

converted by Web2PDFConvert.com
7. Ketahui rintangan
Ingat! Untuk mencapai apa jua yang berbaloi, pasti akan ada rintangan. Lagi besar matlamat, lagi besar rintangan yang perlu
kita lalui.
Ketahui rintangan-rintangan itu dan belajar cara untuk menempuhinya.
Setiap rintangan yang kita temui, walau sekecil mana, ia akan memperbaiki diri kita untuk rintangan yang lebih besar di masa
depan.
Orang yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan itu.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila kita berjaya menguasai segala rintangan.

8. Ilmu Tambahan
Ketahui ilmu tambahan yang perlu kita lengkapkan diri kita untuk mencapai cita-cita itu.
Apakah ilmu tambahan yang diperlukan? Apakah pengalaman yang diperlukan? Bolehkah kita dapat bantuan orang lain
sekiranya kita tiada sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting/ kebolehan yang paling penting untuk kita
miliki dalam mencapai matlamat kita itu?

9. Perancangan
Buat perancangan yang rapi. Rancang langkah-langkah kita dengan terperinci. Contoh, dalam masa 1 bulan, apa yang kita
perlu buat? Jika tidak menjadi, apakah alternatif lain?
Hukum alam menyatakan, apa yang kita beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya kita merancang untuk
menabur bergunung-gunung usaha, maka hebatlah pulangan yang kita akan terima.

converted by Web2PDFConvert.com
10. Bina gambaran
Beri gambaran yang jelas di fikiran kita bahawa matlamat kita telah tercapai.
Penuhi fikiran kita dengan gambaran kejayaan di masa depan. Ketahui tekniknya DI SINI.

11. Janji pada diri sendiri


Janji pada diri, tak kira apa halangan yang mendatang, tak kira apa juga kegagalan, jangan JANGAN JANGAN sekali-kali
putus asa.
Kegagalan adalah perintis untuk mencapai apa juga kejayaan. Lagi banyak kegagalan kita temui, lagi hampir kejayaan
kepada kita. Lagi banyak kegagalan kita jumpa, lagi banyak yang kita pelajari.
Jika kita jumpa kegagalan, ubah cara kita - jangan ikut cara yang sama kerana ia akan membawa kegagalan seterusnya.

Kesimpulan
Kesemua petua ini perlu dilakukan. Ini adalah blue print orang yang berjaya di dunia. Setiap kali kita ada matlamat baru, kita rujuk petua-
petua ini untuk memastikan matlamat kita tercapai.
Bonda nak ulas lebih-lebih pun tak dapatlah kerana Bonda pun lebih kurang sama, membuat matlamat di awal tahun tapi sukar dicapai
hingga ke akhir tahun. Bonda panjangkan petua ini daripada Encik Irfan Khairi, jutawan muda. Terima kasih Irfan atas perkongsian
maklumat.

Bonda at 10:12 PM

0 comments:
Post a Comment
Links to this post

converted by Web2PDFConvert.com
Create a Link

‹ Home ›
View web version
ABOUT ME

Bonda
Pena Bonda adalah coretan pengalaman dan luahan rasa seorang ibu yang berkerjaya dan mempunyai empat (4) orang anak. Bonda
dilahirkan dalam tahun 60an, pernah mengajar di sekolah menengah dan kini bertugas di pejabat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ilham untuk menulis blog timbul daripada hasrat Bonda untuk mempunyai diari yang mudah dikemaskini, menarik, penuh dengan
gambar, senang diurus, dan cepat dicapai. Hasrat ini direalisasikan dengan bantuan anak sulong Bonda, Iffah Hamed. Kami mempunyai minat yang
sama. Terima kasih Iffah atas tunjuk ajar dan sharing the information. Pena Bonda didedikasikan buat Nur Iffah, Nur Izzah, Nur Ilya, Nur Insyirah dan Ab
Hamed. Hasrat Bonda, setiap entri memberi pertambahan ilmu atau sesuatu yang bermanfaat buat anda semua.
View my complete profile

Powered by Blogger

converted by Web2PDFConvert.com

Anda mungkin juga menyukai