Anda di halaman 1dari 2

'YANG bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'.

Pepatah Melayu ini jelas menggambarkan sesuatu kejayaan tidak mungkin datang dengan sendiri tanpa sebarang usaha gigih, hidup akan terus pada takuk lama jika tiada kesungguhan mengubahnya. Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tak akan datang melayang. Pepatah melayu yang sering kali dikaitkan dengan kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada usaha yang tidak mengenal putus-asa. Usaha berkait rapat dengan disiplin. Tanpa disiplin, pelajar mudah leka dan terpengaruh dengan keadaan persekitaran mereka sehari-hari, lantas menjejaskan penumpuan mereka. Antara faktor persekitaran tersebut termasuklah pengaruh rakan, permainan video, dan tidak kurang juga dengan aplikasi dunia siber sekarang. Bagaimana membentuk disiplin diri agar dapat menimba kejayaan? 1.Pelajar boleh melakukan amalan-amalan yang boleh menenangkan jiwa dan rohani seperti melakukan amal ibadat dan membaca doa. Amalan-amalan ini boleh membantu diri dalam memperoleh ilmu pengetahuan dan diberkati. 2.Belajar di tempat yang kemas dan mempunyai pencahayaan serta pengudaraan yang baik. Duduk di atas kerusi yang dapat memberi postur tubuh yang betul bukannya duduk di kerusi empuk yang boleh menyebabkan rasa malas. 3.Kawal pemakanan. Sekiranya mahu belajar, elakkan makanan yang berat seperti nasi kerana boleh menyebabkan rasa mengantuk. Cukup sekadar mengalas perut sahaja seperti minum segelas susu dan sekeping roti sebelum belajar. 4.Sediakan peralatan pembelajaran seperti pen, pensel, kertas, pemadam dan lain-lain secukupnya sebelum duduk belajar atau mengulangkaji. Tabiat suka bangun dan duduk pada waktu belajar mengakibatkan sesuatu kerja itu tertangguh.
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya. Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi


Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain


Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita. Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Anda mungkin juga menyukai