Anda di halaman 1dari 4

TEMUDUGA IPG - Muhammad Syahmie Fitri

Tarikh : 6.7.2022 (Rabu) Masa : 11.15 – 11.35 pagi

BIL TEKS UCAPAN


Penyataa MENGAPA SAYA MEMILIH PROFESION PERGURUAN
n Hasrat SEBAGAI BIDANG KERJAYA DAN MENGAPA RBT????
( 6 minit) Terima kasih tuan ..

Walaupun bagi sesetengah orang berpendapat


profesion ini tidak sepopular kerjaya doktor,peguam dan
sebagainya,tetapi bagi saya kerjaya yang saya pilih ini
adalah satu pekerjaan yang sangat sesuai dengan jiwa saya.

Kerjaya merupakan titik kehidupan seseorang bagi


menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang
tercinta..Tidak terkecuali dengan saya. Saya menjadikan
profesion perguruan sebagai bidang kerjaya saya kerana
sejak dari kecil cita-cita saya ingin menjadi seorang guru.

Seperti yang sedia maklum, kerjaya seorang guru


merupakan satu karier yg mulia. Di mana kerjaya ini
merupakan tuntutan dalam agama .. malah terdapat satu
hadis yang menyatakan … sampaikanlah ilmu walaupun
hanya sepotong ayat.

Satu profession yg pada luarannya nampak mudah tetapi


sebenarnya agak mencabar. Jadi saya memilih profession
perguruan ini kerana saya ingin merasai sendiri cabaran
sebagai seorang guru. Mungkin ada yg b'pendapat kerjaya
lain juga mempunyai cabaran tertentu. Tidak dinafikan.
Tetapi cabaran yang dimaksudkn di sini ialah cabaran
mendidik dan membentuk seseorang menjadi seorang insan
yg b'guna. Dan guru juga berperanan menjadi agen
perubahan dalam masyarakat. Selain itu, saya juga rasa
bertanggungjawab untuk membantu anak bangsa sendiri
agar berjaya dalam hidup mereka . Walaupun sekiranya
mereka kurang cemerlang dalam bidang pelajaran.
Sekurang-kurangnya mereka mempunyai ilmu di dada
sebagai panduan untuk masa depan.
Selain itu, kerjaya sebagai seorang guru juga dapat
mengajar saya erti kesabaran. Sabar dengan kerenah anak
murid dan juga mungkin kerenah para ibu bapa di zaman
sekarang.

Saya mempunyai pengalaman sebagai pengawas sekolah.


Oleh itu, pengalaman yang digarap amat berguna kerana
sebagai pemimpin di sekolah sudah tentu kita perlu
berinteraksi dengan para pelajar semasa di
perhimpunan,memberi arahan kepada mereka dan
sebagainya.. Bagi saya, komunikasi amat penting bagi 
menyampaikan sesuatu perkara yang penting dalam
sesebuah organisasi. Tambahan pula, profesion perguruan
memerlukan interaksi antara guru dan pelajarnya.

Antara pengalaman keguruan yg telah saya alami ialah


mengajar rakan sendiri ketika di sekolah menengah.
Mengajar dlm beberapa subjek seperti Pendidikan Islam,
Bahasa Melayu dan Perniagaan. Walaupun saya bukan
seorang pelajar yg cemerlang, tetapi saya berasa sangat
gembira kerana diberi kepercayaan untuk membantu rakan-
rakan seperjuangan. Selain itu, saya juga mempunyai serba
sedikit pengalaman melalui latar belakang keluarga yang
menjadi pendidik iaitu melalui ibu dan bapa saya sendiri.
Melihat cara mereka mengajar dan mendidik anak murid
masing masing, saya berasa begitu tertarik kerana melalui
cara pengajaran mereka, saya dapat melihat semangat
mereka yg b'kobar kobar utk m'bantu anak bangsa.

Saya memilih bidang RBT disebabkan pelbagai faktor. Reka


bentuk dan Teknologi merupakan bidang pembelajaran
yang sangat menarik minat murid kerana dalam
matapelajaran ini guru dapat mencungkil idea dan kreativiti
murid dapat dijanakan.Selain belajar tentang nilai murni dan
sikap positif, tajuk-tajuk menarik seperti peraturan
keselamatan bengkel , aplikasi kemahiran menggunakan
peralatan dan bahan dapat digunakan oleh murid
disepanjang hayat. Selain itu, terdapat dalam silibus tahun
4 terdapat pendedahan awal mengenai laluan kerjaya dan
hala tuju murid dalam bidang reka bentuk untuk masa
hadapan. Selain itu, RBT juga merupakan satu cabang
STEM dimana dapat melahirkan murid yang seimbang dari
segi jasmani, emosi dan intelek mengikut era globalisasi.
Oleh sebab –sebab demikian saya memilih perguruan dalam
bidang RBT sebagai bidang kerjaya saya.
Disebabkan bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa
berubah dari semasa ke semasa. Namun jika ada sedikit
kepercayaan dan saya diberikan peluang, saya akan
menyumbangkan sesuatu yang berguna mengikut situasi
pendidikan semasa negara dan mengikut pengetahuan serta
kemahiran saya.
Jika saya berpeluang menjawat jawatan sebagai seorang
guru, saya akan menggunakan peluang tersebut untuk
menyalurkan ilmu dengan sebaik mungkin. Saya akan
memastikan setiap pelajar saya mendapat ilmu dan
mengaplikasikan ilmu yang disampaikan dengan sebaik
mungkin. Saya akan berusaha untuk mendidik pelajar saya
agar mereka mapan dari segenap aspek iaitu
jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai