Anda di halaman 1dari 9

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 15 SKBP 2015

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu ke Majlis Kejohanan Balapan dan Padang kali ke
15 bagi tahun 2015.

Para hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu ‘Negaraku’.

(Nyanyi Lagu)

Dijemput semua hadirin duduk di tempat masing-masing.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah SWT dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Dengan izin dan limpah kurniaNya maka dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang indah
dan penuh ceria ini.

Yang Berbahagia, Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,

Yang Berusaha, Encik Tuan Abd Aziz bin Tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit
Piatu,

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,

Guru- guru, tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,

Tirai dibuka majlis bermula,

Selamat datang untuk semua.

Bagi pihak warga Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, kami mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan. Kami dengan rasa bangganya meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 1


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

kesudian tuan-tuan dan puan-puan bagi memeriahkan temasya Kejohanan Balapan dan Padang kali
ke 15 ini.

Hadirin sekelian,

Majlis hari ini dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat oleh para contingent (kontinjen) rumah
sukan. Dengan itu, majlis dengan sukacita dan rasa berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Encik
Mohd Faizal bin Jaafar bagi menerima lintas hormat oleh para peserta.

Dengan itu, dijemput Encik Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bukit Piatu bagi mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar ke
pentas utama. Majlis mempersilakan.

Perbarisan lintas hormat diketuai oleh adik Mohd Erol Ibad bin Kamaruddin dan pembawa bendera
kejohanan, adik Mohd Alif bin Azmi.

Seperti yang disaksikan sekarang ini, perbarisan lintas hormat dimulakan dengan rumah Hijau yang
dikenali juga sebagai Rumah Pahlawan. Rumah Hijau ini diketuai oleh adik Muhammad Amirul bin
Yussuzamri, pembawa bendera ialah adik Muhammad Arif Amzar bin Mohamad Razi. Slogan rumah
Hijau ini ialah Pahlawan Always Number One. Pengurus kontingen rumah Hijau diketuai oleh Puan
Zuhaira binti Zainordin.

Seterusnya, kontinjen dari Rumah Biru yang turut dikenali sebagai Rumah Panglima. Rumah Biru
diketuai oleh adik Muhammad Muhaimin bin Amiruddin, pembawa bendera adalah adik
Muhammad Zulfakri Hazeem bin Saadun. Slogan rumah Biru ini ialah Go! Go! Go! Panglima!
Pengurus Kontinjen rumah Biru diketuai oleh Cik Rahayuni binti Mohd Noh.

Menyusul seterusnya, Kontinjen dari Rumah Merah. Rumah Merah dikenali sebagai Rumah Perwira
yang diketuai oleh adik Tengku Norfahim bin Tengku Ishak. Pembawa bendera ialah adik Mohd
Azril bin Sahari. Slogan rumah Merah ialah Merah Membara Menuju Juara. Pengurus Kontinjen
Rumah Merah diketuai oleh Puan Siti Amirah binti Mohd Amin.

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 2


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

Kontinjen yang terakhir adalah dari rumah Kuning yang dikenali sebagai Rumah Pendekar. Rumah
kuning ini diketuai oleh adik Muhammad Arif Nazwan bin Muhammad Marzuki, pembawa bendera
ialah adik Mohd Shahrul Farhan bin Mohd Nazari. Slogan rumah Kuning ini ialah Pendekar Luaskan
Kuasa Mu. Pengurus kontinjen rumah Kuning diketuai Puan Norhaslinda binti Mohd Yusof.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar atas
kesudian menerima lintas hormat itu tadi.

Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput al Fadhil Ustaz Mohd Taufik bin Jamaluddin untuk
mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, upacara pembacaan ikrar Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 15 Sekolah Kebangsaan
Bukit Piatu. Oleh itu, majlis menjemput Adik Ahmad Erol Ibad bin Kamaruddin bagi melafazkan ikrar
kejohanan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Encik Tuan Abd Aziz bin Tuan Abdullah, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu bagi menyampaikan ucapan aluan. Majlis mempersilakan.

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 3


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

_________________________________________________________________________

Seterusnya, tibalah kita ke saat yang dinanti-nantikan. Oleh itu, majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar bagi menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 15 bagi tahun 2015. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar
kerana telah sudi menyampaikan ucapan dan merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah
Kebangsaan Bukit Piatu kali ini.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal untuk menyampaikan hadiah
bagi acara sebelum hari sukan. Acara-acara tersebut ialah:

10. 4 x 100M Tahun 4 Perempuan

1. Hijau

2. Merah

3. Biru

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Sungguh melati senang dipetik,


Harumnya masyhur seluruh alam,
Sungguhpun budi hanya setitik,
Diingat disanjung sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, sekali lagi majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik
Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, bagi
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar. Majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 4


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

Hadirin yang dihormati,

Demikian tadi berakhirnya upacara perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan
Bukit Piatu kali ke 15.

Mengakhiri upacara pada pagi ini, ialah perbarisan lintas keluar kontinjen-kontinjen rumah sukan.
Kesemua kontinjen rumah sukan akan beredar ke khemah masing-masing.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohd
Faizal bin Jaafar atas kesudian merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan
Bukit Piatu Kali ke 15. Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar untuk
mengiringi Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan
ringan. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Acara sukan akan berlangsung selepas ini. Diminta semua pengurus kontinjen bersedia di tempat
masing-masing.

SEMASA ACARA BERLANGSUNG

Hadirin sekalian,

Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah

 80M Tahun 1 Perempuan


 80M Tahun 1 Lelaki
 100M Tahun 2 Perempuan
 100M Tahun 2 Lelaki
 100M Tahun 3 Perempuan
 100M Tahun 3 Lelaki

__________________________________________________________________________

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 5


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah

 100M Tahun 5 Lelaki


 100M Tahun 4 Perempuan
 100M Tahun 4 Lelaki
 Acara Jemputan Tahap 2 Perempuan
 Acara Jemputan Tahap 2 Lelaki

__________________________________________________________________________

Anak-anak Prasekolah tetap tidak dilupakan. Mereka turut mengambil bahagian dalam acara yang
telah ditetapkan khas untuk mereka. Sebentar lagi, anak-anak Pra kita akan mengambil bahagian
dalam beberapa acara iaitu :

 4 x 25M Pra Terbilang


 4 x 25M Pra Gemilang
 50M Pra Terbilang
 50M Pra Gemilang

Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah:

 4 x 100M Tahun 6 Perempuan


 4 x 100M Tahun 6 Lelaki
 Relay Medley Tahun 1 hingga 6 Perempuan
 Relay Medley Tahun 1 hingga 6 Lelaki

__________________________________________________________________________

PENGUMUMAN PUNGUTAN MATA RUMAH SUKAN

Sekarang diumumkan pungutan mata bagi rumah-rumah sukan:

Rumah Merah memungut _______________ mata

Rumah Biru memungut _______________ mata

Rumah Kuning memungut _______________ mata

Rumah Hijau memungut _______________ mata

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 6


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

( umum selepas waktu rehat tahap 1, selepas waktu rehat tahap 2, penutup )

PENGUMUMAN PENYAMPAIAN PINGAT

Diumumkan pemenang bagi acara ______________________________.

Tempat ketiga : _____________________

Tempat kedua : _____________________

Tempat pertama : _____________________

Diminta para pemenang bersedia.

Dengan ini, majlis menjemput ____________________ untuk menyampaikan pingat / hadiah kepada
para pemenang. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ________________________

atas penyampaian pingat / hadiah itu tadi.

Bil Acara Penyampai

1 80M Tahun 1 P
80M Tahun 1 L
100M Tahun 2 P
100M Tahun 2 L
100M Tahun 3 P
100M Tahun 3 L
2 100M Tahun 6 P
100M Tahun 6 L
100M Tahun 5 P
100M Tahun 5 L
100M Tahun 4 P
100M Tahun 4 L
Acara Jemputan Tahap 2 P
Acara Jemputan Tahap 2 L
3 4 x 25M Pra Terbilang
4 x 25M Pra Gemilang
50M Pra Terbilang
50M Pra Gemilang
4 4x100M Tahun 5 P
4x100M Tahun 5 L
4x100M Tahun 6 P
4x100M Tahun 6 L

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 7


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

Relay Medley 1-6 P


Relay Medley 1-6 L
Hadirin sekalian,

Keputusan pertandingan perbarisan rumah sukan sudah berada di tangan kami.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang, majlis dengan
sukacitanya menjemput _________________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tempat Keempat : Rumah __________________

Tempat Ketiga : Rumah __________________

Tempat Kedua : Rumah __________________

Tempat Pertama : Rumah __________________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _________________ atas penyampaian hadiah itu
tadi.

_______________________________________________________________________________

MAJLIS PENUTUP

Akhirnya, tibalah masanya pada ketika dan saat yang kita nanti-nantikan. Siapakah yang akan
merangkul gelaran Olahragawan dan Olahragawati Harapan dan Olahragawan dan Olahragawati bagi
tahun 2015????

Dengan itu, majlis menjemput ___________________________________________ untuk


menyampaikan hadiah kepada para penerima anugerah. Dengan segala sukacitanya dipersilakan…

Diumumkan Olahragawan Harapan 2015 disandang oleh _________________________________

Olahragawati Harapan 2015 pula disandang oleh __________________________________

Bagi Olahragawan SK Bukit Piatu 2015 disandang oleh _________________________________

Olahragawati SK Bukit Piatu 2015 pula disandang oleh __________________________________

#####____________________________________________________________________#####

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 8


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP 2015

Seterusnya diumumkan kedudukan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 15 SK
Bukit Piatu bagi tahun 2015.

Tempat Keempat : Rumah _____________________

Tempat Ketiga : Rumah _____________________

Naib Johan dimenangi oleh Rumah ______________________

Johan pula akan menerima Piala Pusingan.

Diumumkan…… Johan Kontinjen Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan Padang SK Bukit Piatu
kali ke 15 bagi tahun 2015 ialah tidak lain dan tidak bukan…. Rumah ____________________

Ribuan terima kasih diucapkan kepada _________________ atas penyampaian hadiah itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 15
SK Bukit Piatu akhirnya tiba ke penghujungnya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan kejohanan pada tahun ini. Kami juga ingin menyusun jari memohon
ampun dan maaf sekiranya sepanjang Kejohanan ini terdapat salah dan silap tutur kata yang tidak
kami sedari. Semoga berjumpa lagi. MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH… assalamualaikum wbt

TEKS PENGACARA MAJLIS Page 9

Anda mungkin juga menyukai