Anda di halaman 1dari 5

TEKS MESY.

AGUNG PIBG 2015 _Pengacara Majlis


Bil
1.

2.

3.

AGENDA
Ketibaan para
jemputan dan ibu
bapa
Nyanyian Lagu
Negeri Selangor dan
Lagu Negaraku
Kata Alu-aluan
Pengacara Majlis

TEKS
X

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berusaha, Tn Hj Ismail Bin Yeop Ibrahim ,Guru
Besar SK Taman Inderawasih,
Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Hamidah Binti Sulaiman,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rosemadi bin
Omar,
Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Azni bin Mohd
Yusoff ,
Barisan Ahli jawatan kuasa PIBG,
Guru guru,
Seterusnya ibu bapa, dan murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Dan
selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 tahun 2015 ini.

4.

Bacaan Doa

Pihak majlis serta seluruh warga SK Taman


Inderawasih, turut sama merakamkan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan
hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi bersamasama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En.
Khairuddin bin Zainal Abidin. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
...............................................................................
AMINAMIN.YA RABBAL ALAMIN
Pihak Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada
En. Khairuddin Bin Zainal Abidin Atas Pimpinan Bacaan
Doa Itu Tadi.
Mudah-Mudahan Majlis Kita Pada Pagi Ini Mendapat
Rahmat Hingga Ke Penghujungnya.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran
itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah
tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang
cemerlang.

5.

6.

Ucapan Alu-aluan
oleh Guru Besar

Ucapan Perasmian

Seterusnya, majlis menjemput Tn Hj Ismail bin Yeop


Ibrahim, Guru Besar SK Taman Inderawasih untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj


Ismail bin Yeop Ibrahim atas ucapan alu-aluan itu tadi.
Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan
ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Pn
Norazilah binti Zakaria, YDP PIBG dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman
Inderawasih kali ke 20 bagi tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
..
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn
Norazilah binti Zakaria, atas ucapan dan perasmian itu
tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu tadi dapat
kita hayati dan ambil tindakan bersama.

7.

Majlis Penyampaian
Cenderahati AJK
PIBG sesi
2014/2015

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


kepada AJK PIBG sesi 2014/2015. Untuk itu, majlis
menjemput ** Yang Berbahagia Pn Norazilah binti
Zakaria,, dengan diiringi Tn Hj Ismail bin Yeop Ibrahim
untuk menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan....
** ikut dalam senarai nama
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Pn Norazilah binti Zakaria atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

*****Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan,


dipersilakan Tn Hj Ismail bin Yeop Ibrahim untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang
Berbahagia Pn Norazilah binti Zakaria
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.
Majlis Penutup
8.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi,


maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung SK Taman Inderawasih, kali ke-20 .
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.
Kami mewakili AJK PIBG dan guru SK Taman
Inderawasih, merakamkan penghargaan terima kasih
kepada Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Seterusnya, kami serahkan kepada ______________
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK
Taman Inderawasih, kali ke-20 bagi tahun 2015.

Selepas lantikan AJK baru


Tuan-Tuan Dan Puan-Puan,
Demikian tadi mesyuarat PIBG tahun 2015, diharapkan dengan perlantikan ahli
jawatankuasa yang baru akan menjadikan kita semua lebih bersatu padu demi
membangunkan sahsiah dan meningkatkan tahap kecemerlangan anak-anak Sk Taman
Inderawasih.

Seterusnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan nombor bertuah.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput ________________untuk membuat 10
cabutan nombor bertuah hadirin sekalian diminta bersedia dengan nombor masingmasing.
****Panggil 10 Nombor Bertuah untuk mengambil hadiah****

Untuk membuat 10 cabutan seterusnya dipersilakan __________________untuk


membuat cabutan.

****Panggil 10 Nombor Bertuah untuk mengambil hadiah****


Majlis mengucapkan terima kasih kepada ___________________________atas
kesudian mencabut nombor bertuah itu tadi .Dan tahniah diucapkan kepada hadirin
yang bertuah pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya acara cabutan nombor bertuah itu tadi, maka berakhirlah
mesyuarat agung PIBG tahun ini. Saya mewakili jawatankuasa pelaksana
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang
secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Dengan penuh takzim, majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga
majlis ini berjalan dengan lancar.
MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,
PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI
KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI
SEKIAN , TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai