Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En.

Mohd Rizairi Bin Jamaluddin, Pegawai Belia dan sukan


Daerah Hulu Perak. Diiringi oleh Yang Berusaha, Pn Sazana Bt Aman, Penolong Kanan Pentadbiran SK
RPS Banun dan tetamu-tetamu jemputan.

Hadirin sekalian, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Untuk itu hadirin
dipersilakan berdiri.

Bismillahirrahmanirrahim….

Yang Berusaha, En. Mohd Rizairi Bin Jamaluddin, Pegawai Belia dan sukan Daerah Hulu Perak
Yang Berusaha, Pn Sazana Bt Aman, Penolong Kanan Pentadbiran SK RPS Banun.

En. Samsudin Bin Said, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK RPS Banun,

Yang dihormati, En. Halim a/l Angah, Yang Dipertua PIBG SK RPS Banun.

Yang dihormati, Penghulu- penghulu perkampungan Orang Asli, Guru-guru, Ibu Bapa, dan murid-murid
sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Mencari timba si anak dara,

Dibawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan
untuk berhimpun dalam KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK RPS BANUN KALI KE-17 BAGI TAHUN 2019.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini, Yang
Berusaha, En. Mohd Rizairi Bin Jamaluddin, Pegawai Belia dan sukan Daerah Hulu Perak kerana sudi
hadir ke KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK RPS BANUN KALI KE-17 BAGI TAHUN 2019.Selamat datang juga
diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua,
majlis kita akan lebih bermakna dan bertambah serinya.

1. PERBARISAN MASUK KONTIJEN RUMAH SUKAN

Hadirin sekalian.

Marilah kita sama-sama menyaksikan acara perbarisan masuk kontijen rumah sukan. Untuk itu,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Pn Sazana Bt Aman, Penolong
Kanan Pentadbiran SK RPS Banun. untuk mengiringi Yang Berusaha, En. Mohd Rizairi Bin
Jamaluddin, Pegawai Belia dan sukan Daerah Hulu Perak, menerima tabik hormat dari kontijen
rumah sukan. Dipersilakan.

Tuan-tuan dan puan2 sekalian, mendahului acara perbarisan masuk rumah sukan adalah pembawa
bendera kejohanan olahraga yang diketuai oleh saudara Khairul Suhaimi bin Tapong.
a. Pembawa bendera kejohanan
Hadirin sekalian, melintas dihadapan pentas utama sekarang ini adalah pembawa bendera
kejohanan. Mereka terdiri daripada Suraj bin Adoi, Zakaria Bin Bedol, Razlan Bin Rengit, dan
Salman Bin Awie.

b. Rumah Sukan Bendahara


Hadirin sekalian, melintas dihadapan pentas utama sekarang ini ialah kontijen rumah sukan
Bendahara. Pembawa bendera bagi rumah sukan ini ialah adik Anuar B. Talib. Dengan
kekuatan kontijen seramai 60 orang. Moto rumah sukan ini ialah MERAH TETAP UNGGUL.

c. Rumah Sukan Laksamana


Tuan2 dan puan2 sekalian, kontijen yg melintas di hadapan pentas utama skrg ini ialah
Kontijen rumah sukan Laksamana. Dengan kekuatan kontijen seramai 58 orang. Pembawa
bendera rumah sukan ini ialah adik Amir bin Nendeh. Moto rumah sukan Laksamana ialah
Biru Terus Membara.

d. Rumah Sukan TEmenggung


Hadirin sekalian, melintas dihadapan pentas utama sekarang ini ialah kontijen rumah sukan
Temenggung. Pembawa bendera bagi rumah sukan ini ialah adik Jaafar Bin Woon. Dengan
kekuatan kontijen seramai 60 orang. Moto rumah sukan ini ialah KUNING TERUS JUARA!

e. Murid Prasekolah
Hadirin sekalian, seterusnya adalah merupakan pasukan prasekolah yang diketuai oleh adik
Mohd Faiq Iman bin Azizul. Pasukan ini dianggotai seramai 10 org ahli.

**********************************************************************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Mohd Rizairi Bin Jamaluddin,
Pegawai Belia dan sukan Daerah Hulu Perak, di atas kesudian beliau menerima tabik hormat dari
kontijen rumah sukan sebentar tadi.

2. Bacaan doa
Seterusnya, marilah kita sama2 merafakkan kesyukuran, memohon keampunan agar majlis
kita pada pagi ini mendapat keberkatan dari-Nya. Untuk itu majlis mempersilakan Al fadhil
Ustaz Hussin bin Salleh untuk mengetuai bacaan doa.
Terima kasih

3. Ucapan alu-aluan
Majlis kita teruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha, Pn Sazana Bt Aman,
Penolong Kanan Pentadbiran SK RPS Banun. untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

4. Ucapan perasmian
Hadirin sekalian, majlis kita teruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha, En. Mohd
Rizairi Bin Jamaluddin, Pegawai Belia dan sukan Daerah Hulu Perak, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan kejohanan olahraga tahunan kali ke-17 bagi tahun 2019.
Dipersilakan.
Majlis seterusnya mempersilakan Pn. Sazana Binti Aman utk mengiringi Yang Berusaha, En.
Mohd Rizairi Bin Jamaluddin, Pegawai Belia dan sukan Daerah Hulu Perak, untuk
menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan.

5. Upacara menaikkan bendera kejohanan


Hadirin sekalian. Seterusnya, marilah kita sama2 menyaksikan upacara menaikkan bendera
kejohanan yang akan diketuai oleh saudara Khairul Suhaimi Bin Tapong. Dipersilakan

6. Bacaan Ikrar kejohanan


Tuan2 dan puan2 sekalian. Marilah kita sama2 mendengar bacaan ikrar kejohanan yang akan
diketuai oleh saudara Khairul Suhaimi Bin Tapong. Dipersilakan.

7. Pemeriksaan kontijen rumah sukan.


Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Sazana Binti Aman utk
mengiringi Yang Berusaha, En. Mohd Rizairi Bin Jamaluddin, Pegawai Belia dan sukan Daerah
Hulu Perak, melakukan pemeriksaan barisan kontijen rumah sukan. Dipersilakan.
Terima kasih.

8. Perbarisan keluar kontijen rumah sukan


Hadirin sekalian, seterusnya merupakan acara perbarisan keluar kontijen rumah sukan.
Dipersilakan.

************************************************************************
9. Acara sukan bermula.
10. Penyampaian hadiah / cabutan bertuah
11. Penyampaian cenderahati perasmi En. Mohd Rizairi Bin Jamaluddin, Pegawai Belia dan
sukan Daerah Hulu Perak
12. Jamuan ringan.

Anda mungkin juga menyukai