Anda di halaman 1dari 14

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

TEKS PENGACARA MAJLIS


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 15 SKBP 2015
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan GuruSekolah Kebangsaan Bukit
Piatu ke Majlis Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 15 bagi tahun 2015.

Para hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.


(Nyanyi Lagu)

Dijemput semua hadirin duduk di tempat masing-masing.

Bismillahirrahmanirrahim
TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 1

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Segala puji bagi Allah SWT dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
SAW.
Dengan izin dan limpah kurniaNya maka dapat kita bersama-sama berkumpul
pada hari yang indah dan penuh ceria ini.

Yang Berbahagia, Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,
Yang Berusaha, Encik Tuan Abd Aziz bin Tuan Abdullah, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit
Piatu,
Guru- guru, tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Tirai dibuka majlis bermula,
Selamat datang untuk semua.

Bagi pihak warga Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, kami mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Kami dengan rasa bangganya meluahkan
rasa terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan
bagi memeriahkan temasya Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 15 ini.

TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 2

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Hadirin sekelian,
Majlis hari ini dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat oleh para
contingent(kontinjen) rumah sukan. Dengan itu, majlis dengan sukacita dan rasa
berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar
bagi menerima lintas hormat oleh para peserta.
Dengan itu, dijemput Encik Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu bagi mempersilakan dan mengiringi
YangBerbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar ke pentas utama. Majlis
mempersilakan.

Perbarisan lintas hormat diketuai oleh adik Mohd Erol Ibad bin Kamaruddin
dan pembawa bendera kejohanan, adik Mohd Alif bin Azmi.

Seperti yang disaksikan sekarang ini, perbarisan lintas hormat dimulakan dengan
rumah Hijau yang dikenali juga sebagai Rumah Pahlawan. Rumah Hijau ini
diketuai oleh adik Muhammad Amirul bin Yussuzamri, pembawa bendera
ialah adik Muhammad Arif Amzar bin Mohamad Razi. Slogan rumah Hijau
ini ialah Pahlawan Always Number One. Pengurus kontingen rumah Hijau
diketuai oleh Puan Zuhaira binti Zainordin.

Seterusnya, kontinjen dari Rumah Biru yang turut dikenali sebagai Rumah
Panglima. Rumah Biru diketuai oleh adik Muhammad Muhaimin bin
Amiruddin, pembawa bendera adalah adik Muhammad Zulfakri Hazeem bin
Saadun. Slogan rumah Biru ini ialah Go! Go! Go! Panglima! Pengurus
Kontinjen rumah Biru diketuai oleh Cik Rahayuni binti Mohd Noh.

TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 3

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Menyusul seterusnya, Kontinjen dari Rumah Merah.Rumah Merah dikenali


sebagai Rumah Perwira yang diketuai oleh adik Tengku Norfahim bin
Tengku Ishak. Pembawa bendera ialah adik Mohd Azril bin Sahari. Slogan
rumah Merah ialah Merah Membara Menuju Juara. Pengurus Kontinjen Rumah
Merah diketuai oleh Puan Siti Amirah binti Mohd Amin.

Kontinjen yang terakhir adalah dari rumah Kuning yang dikenali sebagai
Rumah Pendekar. Rumah kuning ini diketuai oleh adik Muhammad Arif
Nazwan bin Muhammad Marzuki, pembawa bendera ialah adik Mohd
Shahrul Farhan bin Mohd Nazari. Slogan rumah Kuning ini ialah Pendekar
Luaskan Kuasa Mu. Pengurus kontinjen rumah Kuning diketuai Puan
Norhaslinda binti Mohd Yusof.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohd
Faizal bin Jaafar atas kesudian menerima lintas hormat itu tadi.

Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dijemput al Fadhil Ustaz Mohd Taufik
bin Jamaluddin untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.
TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 4

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz atas bacaan
doa itu tadi.

Seterusnya, upacara pembacaan ikrar Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 15


Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu. Oleh itu, majlis menjemput Adik Ahmad Erol
Ibad bin Kamaruddin bagi melafazkan ikrar kejohanan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis menjemput YangBerusaha Encik Tuan Abd Aziz bin Tuan
Abdullah, Guru BesarSekolah Kebangsaan Bukit Piatu bagi menyampaikan
ucapan aluan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu
tadi.

Seterusnya, tibalah kita ke saat yang dinanti-nantikan. Oleh itu, majlis berbesar
hati menjemput dan mempersilakan YangBerbahagia Encik Mohd Faizal bin
Jaafar bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Balapan dan Padang kali ke 15 bagi tahun 2015. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 5

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Encik Mohd
Faizal bin Jaafar kerana telah sudi menyampaikan ucapan dan merasmikan
Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu kali ini.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal untuk


menyampaikan hadiah bagi acara sebelum hari sukan. Acara-acara tersebut
ialah:
1. 200M Tahun 5 Lelaki
1. M. Aliff Zulkarnain Hijau
2. M. Ammar Hafizi
Kuning
3. Iskandar
Hijau
2. 200M Tahun 5 Perempuan
1. Norsakinah bt Mohd Latif Merah
2. Nik Nur Batrisyia Dilaila Hijau
3. Siti Nur Saadiah
Biru
3.

200M Tahun 6 Lelaki

1.

Tg Nurfaheem

Merah

2.

M. Arif Nazwan

Kuning

3.

Arif Nazmizam

Hijau

4.

200M Tahun 6 Perempuan


1.

5.

Nur Erna Wardina

Hijau

2.

Syahunie Mohd Salihin

Kuning

3.

Anis Batrisyia Baharudin

Kuning

4 x 100M Tahun 2 Lelaki


1. Hijau
2. Kuning
3. Biru

6. 4 x 100M Tahun 2 Perempuan


1. Kuning
2. Hijau
3. Biru
TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 6

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

7. 4 x 100M Tahun 3 Lelaki


1. Biru
2. Hijau
3. Kuning
8. 4 x 100M Tahun 3 Perempuan
1. Biru
2. Merah
3. Kuning
9.

4 x 100M Tahun 4 Lelaki


1. Merah
2. Hijau
3. Biru

10. 4 x 100M Tahun 4 Perempuan


1. Hijau
2. Merah
3. Biru

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohd
Faizal atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 7

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Sungguh melati senang dipetik,


Harumnya masyhur seluruh alam,
Sungguhpun budi hanya setitik,
Diingat disanjung sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, sekali lagi majlis mempersilakan
Yang Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, bagi menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar. Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,


Demikian tadi berakhirnya upacara perasmianKejohanan Balapan dan Padang
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu kali ke 15.
Mengakhiri upacara pada pagi ini, ialah perbarisan lintas keluar kontinjenkontinjen rumah sukan. Kesemua kontinjen rumah sukan akan beredar ke
khemah masing-masing.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar atas kesudian merasmikan
Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu Kali ke
15. Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar
untuk mengiringi Yang Berbahagia Encik Mohd Faizal bin Jaafar ke kantin
untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Acara sukan akan berlangsung selepas ini. Diminta semua pengurus kontinjen
bersedia di tempat masing-masing.

TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 8

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

TEKS PENGACARA MAJLIS


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
KALI KE 15
SKBP

SEMASA ACARA BERLANGSUNG


TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 9

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Hadirin sekalian,

Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah

80M Tahun 1 Perempuan


80M Tahun 1 Lelaki
100M Tahun 2 Perempuan
100M Tahun 2 Lelaki
100M Tahun 3 Perempuan
100M Tahun 3 Lelaki

__________________________________________________________________________

Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah

100M Tahun 6 Perempuan


100M Tahun 6 Lelaki
100M Tahun 5 Perempuan
100M Tahun 5 Lelaki
100M Tahun 4 Perempuan
100M Tahun 4 Lelaki
Acara Jemputan
Tahap 2
Acara Jemputan
Tahap 2

Perempuan
Lelaki

__________________________________________________________________________
Anak-anak Prasekolah tetap tidak dilupakan. Mereka turut mengambil bahagian
dalam acara yang telah ditetapkan khas untuk mereka. Sebentar lagi, anak-anak
Pra kita akan mengambil bahagian dalam beberapa acara iaitu :

4 x 25M Pra Terbilang


4 x 25M Pra Gemilang
50M Pra Terbilang
50M Pra Gemilang

Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah:

4 x 100M Tahun 5 Perempuan


4 x 100M Tahun 5 Lelaki
4 x 100M Tahun 6 Perempuan
4 x 100M Tahun 6 Lelaki
Relay Medley Tahun 1 hingga 6 Perempuan
Relay Medley Tahun 1 hingga 6 Lelaki

TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 10

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

__________________________________________________________________________
PENGUMUMAN PUNGUTAN MATA RUMAH SUKAN

Sekarang diumumkan pungutan mata bagi rumah-rumah sukan:

Rumah Merah memungut _______________ mata


Rumah Biru memungut

_______________ mata

Rumah Kuning memungut_______________ mata


Rumah Hijau memungut _______________ mata

( umum selepas waktu rehat tahap 1, selepas waktu rehat tahap 2, penutup )

PENGUMUMAN PENYAMPAIAN PINGAT


Diumumkan pemenang bagi acara ______________________________.
Tempat ketiga :

_____________________

Tempat kedua :

_____________________

Tempat pertama : _____________________


Diminta para pemenang bersedia.

TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 11

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Dengan ini, majlis menjemput ____________________ untuk menyampaikan pingat /


hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ________________________


atas penyampaian pingat / hadiah itu tadi.

Bil
1

Acara
80M Tahun 1 P
80M Tahun 1 L
100M Tahun 2 P
100M Tahun 2 L
100M Tahun 3 P
100M Tahun 3 L
2
100M Tahun 6 P
100M Tahun 6 L
100M Tahun 5 P
100M Tahun 5 L
100M Tahun 4 P
100M Tahun 4 L
Acara Jemputan Tahap 2 P
Acara Jemputan Tahap 2 L
3
4 x 25M Pra Terbilang
4 x 25M Pra Gemilang
50M Pra Terbilang
50M Pra Gemilang
4
4x100M Tahun 5 P
4x100M Tahun 5 L
4x100M Tahun 6 P
4x100M Tahun 6 L
Relay Medley 1-6 P
Relay Medley 1-6 L
Hadirin sekalian,

Penyampai

Keputusan pertandingan perbarisan rumah sukan sudah berada di tangan kami.


Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang,
majlis dengan sukacitanya menjemput
_________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 12

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Tempat Keempat

: Rumah __________________

Tempat Ketiga

: Rumah __________________

Tempat Kedua

: Rumah __________________

Tempat Pertama

: Rumah __________________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _________________ atas


penyampaian hadiah itu tadi.

MAJLIS PENUTUP

Akhirnya, tibalah masanya pada ketika dan saat yang kita nanti-nantikan.
Siapakah yang akan merangkul gelaran Olahragawan dan Olahragawati Harapan
dan Olahragawan dan Olahragawati bagi tahun 2015????
Dengan itu, majlis menjemput ___________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada para penerima anugerah. Dengan segala
sukacitanya dipersilakan
TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 13

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKBP

Diumumkan Olahragawan Harapan 2015 disandang oleh


_________________________________
Olahragawati Harapan 2015 pula disandang oleh
__________________________________
Bagi Olahragawan SK Bukit Piatu 2015 disandang oleh
_________________________________
Olahragawati SK Bukit Piatu 2015 pula disandang oleh
__________________________________
#####____________________________________________________________________###
##
Seterusnya diumumkan kedudukan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan
Padang kali ke 15 SK Bukit Piatu bagi tahun 2015.
Tempat Keempat

Tempat Ketiga

Rumah _____________________
:

Rumah _____________________

Naib Johan dimenangi oleh Rumah ______________________

Johan pula akan menerima Piala Pusingan.


Diumumkan Johan Kontinjen Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan
Padang SK Bukit Piatu kali ke 15 bagi tahun 2015 ialah tidak lain dan tidak
bukan. Rumah ____________________

Ribuan terima kasih diucapkan kepada _________________ atas penyampaian


hadiah itu tadi.
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka Kejohanan Balapan dan
Padang Kali ke 15 SK Bukit Piatu akhirnya tiba ke penghujungnya. Ribuan terima
kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan
pada tahun ini. Kami juga ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf
sekiranya sepanjang Kejohanan ini terdapat salah dan silap tutur kata yang
tidak kami sedari. Semoga berjumpa lagi. MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH
assalamualaikum wbt
TEKS PENGACARA MAJLIS

Page 14

Anda mungkin juga menyukai