Anda di halaman 1dari 1

Dalam teori ini, cara bimbingan terhadap murid tersebut adalah dengan Penerimaan Tanpa

Syarat. Bimbingan ini menekankan supaya guru sentiasa menerima murid seadanya tanpa
melihat sebesar manapun masalah tingkah laku tersebut tetapi berusaha mencari cara
penyelesaian utnuk mengatasi tingkah laku tersebut. Hal ini dapat diatasi jika penerimaan tanpa
syarat sentiasa ditekankan dalam kehidupan kita. Menurut Carl Rogers, manusia ialah manusia
yang boleh dipercayai,mempunyai kebolehan untuk memahami diri dan menyesuaikan diri dan
juga mampu berkembang.Guru boleh mengubah persepsi murid yang ini yang mengatakan
dirinya tidak mampu berubah kerana pendekatan teori pemusatan perorangan mengatakan
bahawa setiap manusia boleh memperkembangkan kebolehan yang ada dalam dirinya jika
seseorang dapat dipercayai dan sentiasa diterima.Guru juga haruslah juga sering berwaspada agar
ia tidak memberi gambaran kepada muridnya yang ia sedia menerimanya, agar murid rasa
senang terhadap guru. Sikap ikatan dua hala ini hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan
ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, murid akan dapat merasa
ketulenan guru tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini,
maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang
ancaman.Jika setiap guru hanya mendekati murid disebabkan ganjaran atau dalam keadaan
terpaksa ,bimbingan terhadap murid tidak akan berlaku sebalinya ketegangan hubungan guru dan
murid akan berlaku dan hanya menegruhkan keadaan yang sedia ada. Sikap penerimaan tanpa
syarat dapat membantu seorang guru kadangkala memahami diri sendiri untuk lebih bersikap
terbuka dengan orang laian terutama murid.Oleh itu,guru haruslah menerima keadaan murid
tanpa syarat bagi memastikan murid dapat mengikuti P&P dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai