Anda di halaman 1dari 17

PENGUGUMAN KETIBAAN PENGETUA

Mengumumkan ketibaan ayahanda Tuan Pengetua Encik Abdul Munap Bin Shiekh Abdul Kadir diiringi barisan-barisan Pengawas Sekolah Menengah Teknik Sejingkat Sesi 2010/2011 Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Yang Berusaha ayahanda Tuan Pengetua Encik Abdul Munap Bin Sheikh Abdul Kadir, Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Paul Anka ak Sutey, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Nor Hanani Bt Ismail, Penolong kanan kokurikulum, Ustaz Syukri Bin Hussain,Barisan pendidik yang disayangi,barisan pengawas yang dedikasi serta rakanrakan seperjuangan yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Minggu Bidang Kemanusiaan dan Majlis Pentauliahan Pengawas.

BACAAN DOA
Bunga mawar cantik tersemat dipetik gadis ditepi titi Doa dibaca memohon rahmat moga majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini. Marilah sama-sama kita menadah tangan bagi mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh saudara_________________________ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU SEKOLAH


Amin-amin yaa rabbal alamin.. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada________________________ atas bacaan doa itu tadi. Sidang hadirin diminta berdiri tegak bagi sama-sama menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PERSEMBAHAN TAYANGAN
Terima kasih diucapkan kepada sidang hadirin atas nyanyian sebentar tadi Sidang hadirin dipersilakan duduk Untuk pengetahuan sidang majlis sekalian, Panitian Bidang Kemanusiaan telah mengadakan Minggu Bidang Kemanusiaan.Pelbagai aktiviti telah diadakan.Antaranya ialah, membuat kad ucapan, seni khat, pidato, kuiz agama dan sebagainya. Tirai majlis kita pada hari ini dimulakan dengan tayangan sempena minggu bidang kemanusiaan. Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN PIDATO
Terima kasih atas tayangan sebentar tadi. Panitia Bidang Kemanusiaan telah mengadakan pertandingan Pidato sempena minggu bidang kemanusiaan.Seramai 14 peserta telah mengambil bahagian.Namun adat pertandingan pasti ada yang kalah dan yang berjaya.Oleh itu majlis menampilkan juara Pertandingan Pidato ______________________________ untuk membuat persembahan. Majlis mempersilakan

PERSEMBAHAN LAGU PUISI


Terima kasih diucapkan kepada____________________________ atas hujah yang bernas itu tadi. Majlis diteruskan dengan persembahan lagu puisi dari Kumpulan Puisi Sekolah. Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN NYANYIAN
Terima kasih atas persembahan lagu puisi sebentar tadi Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan satu persembahan nyanyian daripada Kumpulan The Trio sebagai kenangan dihalwa telinga. Sama-samalah kita saksikan persembahan nyanyian yang bertajuk REMAJA.

UCAPAN PN ROSEMAWATI
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan yang penuh bermakna itu Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput pula Pn Rosemawati selaku Ketua Bidang Kemanusiaan untuk menyampaikan sedikit ucapan seterusnya mengumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan yang telah diadakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENTAULIAHAN PENGAWAS
Terima kasih diucapkan kepada Pn Rosemawati atas ucapan sebentar tadi. Kain Sutera, bersulam indah tampak menawan, dikena puteri tugas digalas.laksana sudah, jasa dikenang, warkah diberi Sekarang tirai majlis diteruskan dengan acara pentauliahan pengawas. bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Muhammad Nuh bagi mengiringi ayahanda Tuan Pengetua Encik Abdul Munap Bin Sheikh Badul Kadir untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada pengawas sesi 2011/2012.Majlis mempersilakan. Ketua pengawas,minda geliga, kemudi bahtera,umpama kelasi, Tugas disandang amanah dijaga Michelle Asprilla tampak bermisi Disiplin tinggi, petah bicara Srikandi berjasa harapan pertiwi Ramai terpegun pabila bersuara Dayang Farahin secantik dewi

BIRO KEBAJIKAN
Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil bagi setiap biro. Majlis mempersilakan Ketua Biro Kebajikan, Joe Luis(5PKA3) untuk tampil ke pentas.

Joe Luis periang,tuturnya santun Kebajikan dijaga,penuh amanah


Seterusnya majlis menjemput pengawas-pengawas di bawah biro kebajikan: Mohd Syahiran Sufi B. Salleh(5 PKM 2) Steven Joel ak Total(5 PKM 2) Abg Ahmad Afiq Bin Abang Osman(5 PKE 3) Donnathy Michelyn ak Halen ( 5PKA3) Nur Atikah Binti Abu (5PKE3) Klinisa ak Kos (5PKM3) Nur Aliya Bt Azman (5PKE2 Elner ak John Wen (5PKA4) Valerie Teo Sing Sim (5PKA4) Siti Khasyiah Bt Abdullah Muzzamil (5PKE3) Jasmine Dadi ak Tiap (5PKA4)

BIRO DISIPLIN
Bagi biro disiplin,dijemput ketua biro disiplin Mohd Shahran Suuit (5PKM3) untuk menerima sijil.

Tegas peribadi, peraturan dijaga, Mohd Shahran kemudi disiplin


Seterusnya pengawas di bawah biro disiplin: Mohd Nazirul Rusydi B Ramji(5PKE2) Shariful Kamal Bin Suhaimi(5PKA2) Muhd Afifuddin Bin Ibrahim(5PKM2 Syafiq Irsyad Bin Harun(5PKM2) Solomon Benang ak Rantai(5PKA1)

BIRO KEROHANIAN
Bagi biro kerohanian dipersilakan ketua biro kerohanian Shahrul Azwan(5PKE3) untuk menerima Sijil

Akhlak mulia,peribadi terpuji Shahrul Azwan,pemimpin berani


Seterusnya pengawas-pengwas di bawah biro kerohanian: Norliana Idayu Binti Haji Adruce(5PKA1) Nicollyna Edward(5PKA1) Rabiatutadawiah Bt Masbar(5PKA4) Nurul Natasha Bt Taib(5PKE3) Mizaitul Azwa Bt Saiful Hazman(5PKM1)

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS


Bagi Biro tugas-tugas khas dipersilakan Ketua Biro, Mohd Ramdhan Bin Pandi 5PKE3 untuk tampil ke pentas.

Mohd Ramdan,tampil bermisi bahtera dilayar,penuh bermakna


Seterusnya pengawas-pengawas di bawah biro tugas-tugas khas: Mustaqim Bin Raziman(5PKA3) Mohd Shahrulneeza Syafiq Bin Sadron(5PKM2) Illyas Azmeer Bin Hamdani (5PKA4) Nashrul Asri Bin Noh(5PKM1) Nurul Fakhriah Binti Makri(5PKA3) Ndrieniza Saini(5PKA1) Evie Izzati Bt Bohari (5PKA3) Lynn ak Peter(5PKE1) Joan Edessey ak Donnythan(5PKA1) Elzelyne Grace ak Robert(5PKE2)

BIRO SUKAN DAN UCAPAN MICHELLE


Bagi biro sukan,majlis menjemput ketua biro sukan Mohd sabirin Bin Saat(5PKA3) untuk tampil ke pentas.

Senyuma diukir,wajah berseri, Mohd Sabirin,teraju utama


Seterusnya pengawas-pengawas dibawah biro sukan: Alfy Bin Sulaiman(5PKE1) Mike Douglas Vyner(5PKA1) Mohd Asri Bin Rahmartullah(5PKM2) Vanessa Phang Iywon(5PKA2) Nurul Hidayu Masri(5PKE3) Erra Liana Bt Zulkurnain(5PKA2) Sharifah Nur Shahirah Binti Wan Suaidi(5PKM3)

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ayahnda Tuan Pengetua di atas kesudian untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada pengawas-pengwas sekolah sesi 2010/2011. Majlis diteruskan dengan menjemput Ketua Pengawas sesi 2010/2011, Michelle Asprilla untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan.

PENYERAHAN TUGAS DAN BACAAN IKRAR


Terima kasih diucapkan kepada Saudara Michelle Asprilla atas ucapan sebentar tadi. Majlis mempersilakan calon pengawas Tingkatan 4 sesi 2011/2012 untuk tampil ke pentas bagi upacara penyerahan tugas. Majlis mempersilakan Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ketua Pengawas sesi 2010/2011 Michelle Asprilla dan Dayang Farahin untuk tampil ke pentas bagi upacara penyerahan tugas. Majlis mempersilakan. Untuk pengetahuan sidang hadirin,calon ketua pengawas lelaki sesi 2011/2012 ialah Jeremy Ray ak Philipsen Jeff(4PKE2) manakala calon ketua pengawas perempuan sesi 2011/2012 ialah Nur Balqis Zayyani Bt Ahmadani. Terima kasih diucapkan kepada Michelle Asprilla dan Dayang Farahin.Berakhirlah tugas yang digalas oleh pengawas sesi 2010/2011. Semoga pengawas sesi 2011/2012 dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Majlis diteruskan dengan menjemput calon ketua pengawas sesi 2011/2012 Jeremy Ray ak Philipsen Jeff tampil ke pentas bagi mengetuai bacaan ikrar pengawas. Majlis mempersilakan

UCAPAN PENGETUA
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Jeremy Ray ak Philipsen atas bacaan ikrar itu tadi. Semoga lafaz ikrar itu tadi selaras dengan tugas yang dilakukan.Mudahmudahan Tak molek jika ada alu tiada lesungnya. Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika suaranya tiada berbicara Hadirin sekalian, majlis dengan segala hormat dan takzimnya menjemput ayahanda Tuan Pengetua Encik Abdul Munap Bin Sheikh Abdul Kadir bagi menyampaikan amanat beliau dan seterusnya merasmikan majlis penutupan minggu bidang kemanusiaan.

NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU


Terima kasih diucapkan kepada ayahnda tuan pengetua atas amanat sebentar tadi, Akhir kata tamatlah majlis kita pada hari ini.Kami selaku pengacara majlis memohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang menjalankan tugas menjadi pengacara majlis.Sesungguhnya kami hanyalah insan yang bergelar sebagai pelajar yang perlu belajar dari kesilapan lalu. Semua hadirin diminta berdiri tegak bagi sama-sama menyanyikan lagu ibu pertiwiku. Semua guru dipersilakan beredar Pelajar diminta tunggu sebentar.. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai