Anda di halaman 1dari 13

TEKS PENGACARAAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2012/2013, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL

HALIM DEWAN MUNSYI, 26 JUN 2012 JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2012/2013 Masa 8.00 pagi Peristiwa Butiran Penyampaian Kehadiran pihak Warga dewan sekalian, pentadbir dan Mengumumkan ketibaan: JPP 2011 & JPP 2012 Yang Berbahagia, Tn. Haji Mustafa bin Abd. Hamid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Diiringi oleh, Yang Berusaha En. Ahmad Nadri bin Mat Daud Ketua Jabatan HEP, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Bersama-sama dengan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 dan 2012/2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. 8.10 pagi Perarakan Masuk ke Dewan Munsyi Penyampai Pengacara Majlis - Zamri

Perarakan masuk Tuan Pengarah.Ketua Jabatan HEP, dif-dif kehormat ke Dewan Munsyi. *diiringi paluan kompang daripada guru pelatih*

8.15 pagi

Nyanyian Lagu-lagu Rasmi (Negaraku, Negeri Kedah & Institut)

Sidang hadirin yang dimuliakan, dijemput berdiri untuk sama-sama menyanyikan; Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu IPG Kampus Sultan Abdul Halim <LAGU>

Terima kasih diucapkan. Hadirin-hadirat dipersilakan duduk. 8.20 pagi Bacaan Doa **setelah semua mengambil tempat** Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita masih dikurniakan ruang dan peluang juga kesempatan untuk berada di sini pada pagi yang indah ini. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Tangan ditadah penuh inayah, Majlis dibuka penuh barakah; Mohon keberkatan serta hidayah, Moga majlis mendapat afwah. Para hadirin yang dihormati sekalian, Marilah kita bersama-sama menadah tangan Pembaca Doa mengaminkan bacaan doa yang akan - Hazman dipimpin bacaannya oleh _____. bin Manaim Dengan segala hormatnya dipersilakan. Amin-amin Ya Robbalalamin. Terima kasih kepada ____ atas bacaan doa sebentar tadi. 8.25 pagi Tayangan Montaj JPP 2011/2012 Pengacara Majlis - Zamri

Para hadirin yang dihormati sekalian, Sepertimana yang sedia maklum, pada pagi ini kita berkumpul untuk satu majlis yang penuh makna kepada warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim khususnya kepada barisan kepimpinan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Hari ini mereka secara rasminya akan dilantik dan dianugerahkan watikah pelantikan mereka dalam majlis yang serba meriah ini.

Gunung Bentan gilang gemilang, Tempat kera berulang mandi; Budi sedikit takkan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan.

Untuk mengimbas kembali barisan kepimpinan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2011/2012, marilah kita bersama-sama saksikan tayangan video yang telah disediakan. <TAYANGAN MONTAJ JPP 2011> Ibarat kata pujangga Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara, begitulah cerminan profesionalisme dan sifat kepimpinan yang telah ditunjukkan di dalam diri 32 orang anggota JPP 2011/2012 yang bergerak seiring, seirama dengan nada dan melodi sepakat membawa berkat. 8.35 pagi Ucapan YDP JPP sesi 2011/2012 Sesungguhnya, setiap seorang daripada kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu dipertanggungjawab ke atas kepimpinannya Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Pisang nangka dimasak pengat, Kait-kait banyak durinya; Macam mana kami tak ingat, Orang baik dengan budinya. Maka dengan ini, pihak majlis mempersilakan UCAPAN YDP saudara Mohd Syafiq bin Azzmi, Yang 2011/2012 Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar - Mohd sesi 2011/2012 untuk menyampaikan ucapan. Syafiq bin Dengan segala hormatnya dipersilakan. Azzmi <UCAPAN YDP 2011/2012> Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.

8.45 pagi

Tayangan Montaj JPP 2012/2013

Bila berselisih buat tak cakna, Sungguhpun sudah bertentang mata; Benarlah sungguh pujangga Cina, Jika tak kenal maka tak cinta. Para hadirin yang dihormati, Maka sebagai perkenalan kepada barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru bagi sesi 2012/2013, marilah kita bersama-sama saksikan tayangan video yang telah disediakan. <TAYANGAN MONTAJ JPP 2012> Tersusun gah, terampil gagah, begitu juga harapan dan amanat yang bakal dikandung oleh barisan kepimpinan JPP kita bagi sesi 2012/2013 kali ini.

8.50 pagi

Ucapan YDP JPP sesi 2012/2013

Ombak melanda bukan cabaran, Destinasi tuju tidak terhalang; Kebajikan pelajar diutamakan, Prestasi organisasi jadi cemerlang. Musim memancing undi sudah pun berlalu. Diberi kepercayaan dan tanggungjawab yang besar, beliau kini hadir sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/2013. Pihak majlis dengan ini menjemput saudara Izzul Faizuan bin Jamaludin untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. <UCAPAN YDP 2012/2013> Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih. UCAPAN YDP 2012/2013 - Izzul Faizuan bin Jamaludin

9.00 pagi

Ucapan Pengarah IPG KSAH

Satu rumpun satulah kata, Dua hati berpadulah jiwa; Terungkap madah bersatulah kata, Bicara tuan penyuluh jiwa. Pihak majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Haji Mustafa bin Abd. Hamid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan . <UCAPAN PENGARAH> Terima kasih Tuan Pengarah di atas ucapan dan amanat yang disampaikan. UCAPAN PENGARAH IPG KSAH - Tn Hj Mustafa bin Abd. Hamid

9.10 pagi

Upacara Penyerahan Watikah JPP sesi 2011/2012

Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Tuan-tuan dan puan-puan, bagi menyempurnakan majlis pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En. Ahmad Nadri bin Mat Daud ,Ketua Jabatan HaL Ehwal Pelajar IPG KSAH bagi mengiringi Yang Berbahagia Tn. Haji Mustafa bin Abd. Hamid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim untuk menyerahkan watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 kepada barisan JPP sekalian. Dengan penuh takzimnya dipersilakan. <**setelah VIP bersedia**>

SAUDARA MOHD SYAFIQ BIN AZZMI YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

SAUDARI AINUN NASIBAH BT JOHAR NAIB YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

SAUDARI NOR NAJIHAH BINTI ZAINUDIN SETIAUSAHA AGONG KEHORMAT

SAUDARI SITI NUR AMARLINA BINTI CHE ARIFFIN NAIB SETIAUSAHA AGONG KEHORMAT

SAUDARA MOHD FARHAN BIN IMRAN BENDAHARI AGONG KEHORMAT

SAUDARA WAN MOHAMMAD HAFIZU BIN WAN ABDULLAH NAIB BENDAHARI AGONG KEHORMAT

EXCO KEDIAMAN SAUDARA MUHAMMAD KHAIRUL ADHAM BIN MAT AKHIR SAUDARI ANNISA BINTI SUIB

EXCO KECEMERLANGAN WANITA SAUDARI UMI UMMAIRAH BINTI ZAINAL SAUDARISITI HAJAR BT AHMAD

EXCO KEUSAHAWANAN SAUDARA ABDUL HADI BIN MOHAMED JAMAL SAUDARA WAN MOHAMMAD HAFIZU BIN WAN ABDULLAH

EXCO PENINGKATAN PROFESYEN PERGURUAN SAUDARA AMEER SYAFIQ BIN SHAHRULZIN

EXCO BORNEO SAUDARA CHRISTOPHER TAWI ANAK TIBIN SAUDARI NUR ADILAH DAYANA BINTI ABDULLAH

EXCO KECEMERLANGAN SAHSIAH PERGURUAN SAUDARA AHNAF AFIQ BIN SHAIRUL BAZRI SAUDARA ABDUL WAFI BIN ABDULLAH

EXCO JAMINAN KUALITI SAUDARA MOHD AMIRUL ALIFF BIN HASHIM SAUDARA ABDUL SHAFIQ BIN MD. SUBAHIR

EXCO PENYELIDIKAN SAUDARA JEGADESWARAN A/L SUBRAMANIAM

EXCO DOKUMENTASI DAN INFORMASI SAUDARA NAS IFFAT BIN MOHD SALLEH SAUDARI LEE XIAO TING

EXCO SUKAN SAUDARA MUHAMAD AMIRHAKIM B CHE RASHID SAUDARA AZHAN HAMIDI BIN AYUB

EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN SAUDARA MUHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN ZULKIFLI SAUDARA SAW WEI CHIAK

EXCO LUAR KAMPUS SAUDARA AZHAN HAMIDI BIN AYUB

9.20 pagi

Upacara Akur Janji JPP Warga dewan sekalian, sesi 2012/2013 Bagi membuktikan kesediaan kepimpinan baru kita dalam kesanggupan menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan, maka dengan ini, marilah kita bersama-sama menyaksikan gimik sesi Upacara Akur Janji JPP telah dirancang.

SAUDARA IZZUL FAIZUAN B. JAMALUDDIN YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

SAUDARA MOHD FARHAN B. IMRAN NAIB YANG DIPERTUA 1 JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

SAUDARI NOR NAJIHAH BINTI ZAINUDIN NAIB YANG DIPERTUA 2 JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

SAUDARI SITI HAJAR BT AHMAD SETIAUSAHA AGONG KEHORMAT

SAUDARI ANNISA BINTI SUIB NAIB SETIAUSAHA AGONG KEHORMAT

SAUDARA ABDUL HADI BIN MOHAMED JAMAL BENDAHARI AGONG KEHORMAT

SAUDARA MOHD ADHAM B MOHD NORDIN NAIB BENDAHARI AGONG KEHORMAT

EXCO KEDIAMAN SAUDARA AMIR HAMZAH BIN MOHAMAD SAUDARI SITI SALIHAH BT MOHD AZMUDIN

EXCO KECEMERLANGAN WANITA SAUDARI SHARIFAH RODZIAH BINTI ADNAN SAUDARI ZURINA HANIM BINTI MOHD MUSLEH

EXCO KEUSAHAWANAN SAUDARA KHAIRUL IZZUDIN BIN ZAINI SAUDARI LEE XIAO TING

EXCO AKADEMIK SAUDARA MUHAMMAD NUR B MAT AKHIR SAUDARI NOR AMALIENA BINTI MOHD FAUDZI

EXCO SOSIAL DAN KEBAJIKAN SAUDARI MUNIRA ANIS BINTI ZULKIFLI SAUDARI NOOR ASIAH BT CHE HASSAN

EXCO KEROHANIAN SAUDARA ABDUL WAFI BIN ABDULLAH SAUDARA MOHD AMIRUL ALIFF BIN HASHIM

EXCO SUKAN SAUDARI SITI NURSYAHIIRAH BINTI HASAN SAUDARA AHMAD AFFAN B. ABDUL AZIZ

EXCO PENYELIDIKAN SAUDARA KARTHIKESAN A/L SANDA SEWAM SAUDARA MOHD SYAFIQ BIN AZZMI

EXCO DOKUMENTASI DAN INFORMASI SAUDARA MUHAMMAD NAJDI BIN AHMAD NAWAWI SAUDARI KHOR SIEW FONG

EXCO DOMESTIK & ANTARABANGSA SAUDARA MOHD LUFTI BIN MOHAMED ZAMHURI SAUDARI AINUN NASIBAH BT JOHAR

EXCO KEBUDAYAAN DAN BORNEO SAUDARA AMRI BIN ALI SAUDARI MANJULA A/P KOMARASAMY

EXCO KOLEJ KEDIAMAN (BERAPIT) SAUDARA ABDUL RAIS BIN OTHMAN Berikutnya, dijemput Yang Dipertua Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/2013, saudara Izzul Faizuan bin Jamaludin untuk menyerahkan warkah akur janji kepada Tn Haji Mustafa bin Abd Hamid, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. <PENYERAHAN AKUR JANJI>

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/2013. Semoga majlis yang gilang-gemilang ini berfungsi sebagai satu manifestasi pengiktirafan kepada seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Semoga jambatan dan hubungan di antara pihak pentadbiran dan guru-guru pelatih khususnya dengan pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru dilantik ini akan semakin utuh dan harmonis. InsyaAllah. 9.30 pagi Lafaz Ikrar JPP

Baiklah. Para hadirin sekalian, Berikutnya majlis akan diteruskan lagi dengan Mengetuai LAFAZ sesi Lafaz Ikrar JPP yang akan diketuai oleh IKRAR- YDP Yang Dipertua Perwakilan Pelajar, Saudara 2012/2013 Izzul Faizuan bin Jamaludin. - Izzul Faizuan bin Dipersilakan. Jamaludin <LAFAZ IKRAR> Demikianlah lafaz ikrar yang telah diketuai oleh saudara Yang Dipertua dan ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 yang menggambarkan ketulusan dan kesungguhan dan keiltizaman seluruh pimpinan, Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.

9.35 pagi

Nyanyian Lagu Guru Malaysia

Sidang dewan yang dimuliakan, Diminta anda semua untuk berdiri bagi menyanyikan Lagu Guru Malaysia. <LAGU GURU MALAYSIA> Dengan berakhirnya lagu sebentar tadi maka berlabuhlah tirai majlis kita pada hari ini.

Sekadar renungan bersama: Tiap bicara ialah cerminan hati, Jangan disemai dengan duri benci; Kita bajai dengan kasih suci, Agar tumbuhnya keunggulan peribadi. Selamat maju jaya buat pucuk kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013. Khilaf di sana silap di sini, saya dan menyusun sepuluh jari mohan dimaafi seikhlas hati, jangan disimpan di sanubari.

Akhir kalam,salam intergriti satu kampus dan assalamualaikum wbt. 9.40 pagi Jemputan Pengarah ke Bilik JPP

Dijemput dan dipersilakan Tuan Pengarah diiringi Ketua Jabatan HEP dan dif-dif kehormat untuk menikmati juadah.

<VVIP KELUAR> 9.50 pagi Jamuan Ringan di Ruang Legar

<**SELESAI VVIP KELUAR**> Dijemput semua dif-dif kehormat dan barisan JPP untuk ke ruang legar untuk menjamu juadah yang telah disediakan.

10.00 pagi

PenutupTamat

** Majlis selesai.

Disediakan oleh, Muhammad Nur bin Mat Akhir Nor Amaliena binti Mohd Faudzi Exco Akademik 1 & 2, JPP sesi 2012/2013

Anda mungkin juga menyukai