Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGERUSI MAJLIS MESYUARAT AGONG SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK NEGERI SEMBILAN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

Time/Cue

Text

Misc

GENERAL ANNAUNCEME NT

MOHON PERHATIAN.. Mohon kerjasama daripada sidang hadirin sekalian agar dapat mengambil tempat masing-masing dan memenuhi ruang yang telah disediakan Untuk memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin diingatkan agar mematikan telefon bimbit atau memastikan telefon bimbit anda berada dalam pengaturcaraan senyap sepanjang majlis ini berlangsung. Apabila mengumumkan ketibaan jemputan, para hadirin diminta untuk berdiri. Kerjasama para hadirin amat dihargai.

KETIBAAN JEMPUTAN

Mengumumkan ketibaan yang berbahagia Profesor Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, Penasihat 1 Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, UPSI Diiringi Dr Syed Sofian Bin Syed Salim, Penasihat 2 Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, UPSI Saudara Mohd Safuan Bin Muhammad, Pengerusi Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, UPSI Saudara Mohd Shah Azwan Bin Selamat, Pengarah Program Mengambil tempat di dalam majlis.

NYANYIAN LAGU

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Kandung Suluh Budiman dan lagu Kebesaran Negeri Sembilan.

WELCOMMING ADDRESS

Petang-petang memetik kangkung, Sudah dipetik digoreng dimakan, Semua jemputan sudah berkampung, Eloklah majlis kita mulakan. Yang berbahagia, Profesor Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, Penasihat 1 Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, UPSI Dr Syed Sofian Bin Syed Salim, Penasihat 2 Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, UPSI Saudara Mohd Safuan Bin Muhammad, Pengerusi Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, UPSI

Saudara Mohd Shah Azwan Bin Selamat, Pengarah Program Barisan Kepimpinan Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Seterusnya, hadirin sekalian. Assalamualaikum W.B.T.... dan salam sejahtera...... BACAAN DOA Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Repah, Supaya majlis mendapat berkat, Pohonkan doa kepada Allah. Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah sama-sama kita menadahkan tangan, merafakan doa, mohon majlis diberkati Yang Maha Esa. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd Safuan bin Muhammad untuk memimpin bacaan doa.

Amin, amin Ya Rabbal Alamin Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

ALUAN PENGERUSI

Pertama sekali marilah kita merafakan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan sakinahNya, nikmat kesenangan dan kelapangan yang dikurniakan, maka dapatlah kita sama-sama meraikan dan memeriahkan Mesyuarat Agong Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan UPSI yang pertama.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Mesyuarat Agong Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan UPSI yang pertama ini telah diadakan untuk melantik jawatankuasa baru dan merangka aktiviti persatuan ini akan datang.

Malam ini seorah-olah menjadi medan berkumpul bagi semua ahli SEMANIS untuk mengeratkan silaturrahim dan memupuk rasa persaudaraan dalam diri kita semua.

Untuk pengetahuan, SEMANIS sudah agak lama wujud di UPSI tetapi ia masih belum diketahui umum. Hal ini demikian kerana SEMANIS kurang melaksanakan aktiviti yang boleh membuka mata warga UPSI tentang kehadiran persatuan kita di UPSI. Oleh hal yang demikian, jawatankuasa lama telah bersepakat dan memilih malam ini sebagai malam untuk melaksanakan Mesyuarat Agong SEMANIS kali pertama.

Diharapkan agar pada pertemuan kali ini kita dapat membentuk satu jawatankuasa baru serta merangka aktiviti yang akan dilaksanakan oleh SEMANIS sepanjang 2012 ini.

UCAPAN PENGARAH PROGRAM

Sidang hadirin sekalian. Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput Saudara Mohd Shah Azwan Bin Selamat,, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Mohd Shah Azwan Bin Selamat atas ucapan sebentar tadi

UCAPAN PENASIHAT 2

Seterusnya, dijemput Dr Syed Sofian Bin Syed Salim, Penasihat 2 Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan, UPSI untuk menyampaikan amanat serta nasihat yang bermanfaat buat kita semua. Dipersilakan. Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PENASIHAT 1 Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa, Berilah kata simpulan kasih, Sulaman mesra satukan jiwa. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Profesor Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Diharapkan agar para hadirin mendapat input daripada ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI Majlis diteruskan lagi dengan agenda kita iaitu pemilihan jawatankuasa baru yang akan menyandang tugas yang selama ini digalas oleh jawatankuasa terdahulu. 1- Setiausaha 2- Pengerusi 3- Timbalan pengerusi 4- Bendahari 5- Timbalan bendahari 6- Timbalan setiausaha Dengan berakhirnya pemilihan jawatankuasa ini, maka berakhirlah tugas jawatankuasa lama. Dijemput Saudara Mohd Safuan bin Muhammad untuk

menyerahkan ________________ kepada Saudara Mohd Amer Aswad bin Mat Saat sebagai simbolik bermulanya tugas jawatankuasa yang baru dilantik sebentar tadi. Kalau kita menebang jati, Biarlah serpih tumbangnya jangan, Kalau kita mencari ganti, Biarlah lebih kurangnya jangan. Diharapkan agar jawatankuasa baru yang dilantik sebentar tadi dapat menjalankan tugas yang sebaiknya pada masa akan datang. insyaAllah.

PERJALANAN PERSATUAN DAN AKTIVITI

Seterusnya, kita akan bersama-sama membincangkan perjalanan persatuan dan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2012.

TAYANGAN MONTAJ

Sebelum mengakhiri majlis, terlebih dahulu kita tonton tayangan montaj yang telah disediakan. Montaj ini menyajikan aktiviti yang telah dilaksanakan dan dihadiri oleh SEMANIS.

PENUTUP

Ucapan sudah, pemilihan jawatankuasa sudah, tayangan montaj pun sudah. Maka, kita telah sampai ke penghujung majlis Mesyuarat Agong Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan UPSI. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tetamu jemputan atas kesudian hadir ke Majlis kita pada malam ini. Berkelok jalan ke daik, Jalan ke Daik banyak kuini, Nan elok bawalah balik, Nan buruk kuburkan di sini. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati.

Sebelum mengundur diri, kami memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap sepanjang berlangsungnya majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan diri kami sendiri.

Salam permisi dari kami, sekian Wabilahitaufik............ PENGUMUMAN Majlis bersurai. *Perhatian kepada semua ahli SEMANIS, anda diminta untuk tunggu sebentar di sini. Terima kasih. Perarakan keluar VIP.

Anda mungkin juga menyukai