Anda di halaman 1dari 8

PERHIMPUNAN BULANAN STAF FEBRUARI 2010

Atur Cara Majlis :


-

Ketibaan Warga IPGM kampus Raja Melewar


Ketibaan Pengarah
Bacaan Doa
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Staf 2015
Pembentangan Buku Perancangan Eksekutif
Pembentangan Setiausaha Akademik
Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Taklimat Unit Khidmat Pengurusan
Maklumat & Makluman Timbalan Pengarah
Pelancaran Jurnal Melewar
Ucapan Pengarah
Sambutan Ulangtahun Kelahiran Pengarah
Doa Selamat
Jamuan

1. Mengumumkan ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Baharom bin Mohd Noor,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar diiringi oleh
Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Ketua Unit
Khidmat Pengurusan ke dalam dewan.
2. Kata alu-aluan :
Banyaklah bilah sebelah kuala,
Jadikan pagar ditepi kolam,
Awal Bismillah pemula kata,
Bertanya khabar dan salam.
Dari mana hendak kemana,
Dari sana hendak kemari,
Saudara hari ini bagaimana,
Semoga ceria dalam hati.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1


Malaysia.
Yang berbahagia Tn Baharom bin Mohd Nor
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Yang dihormati Dr Hj Nizam bin Abd Latib
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Yang berusaha En. Mohd Izan bin Yusop
Ketua Unit Khidmat Pengurusan
Encik Mohd Muhsinul Nidzam bin Abdullah
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ketua-Ketua jabatan
Ketua-Ketua Unit
Para Pensyarah
Para Pegawai Pengurusan
Dan semua staf sokongan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar yang diberkati Allah sekalian.
Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas
limpah kurnia-Nya pada pagi yang mulia dan penuh keberkatan ini
kita berhimpun bagi menyempurnakan tugas dan agenda tahunan
dalam bidang pendidikan dan pengurusan di institut ini iaitu
Mesyuarat Staf yang pertama bagi tahun 2016.

3. Bacaan doa :
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput
Ustaz Mohd Fauzan bin Abdul Wahid , Ketua Jabatan Pengajian Islam
dan Moral untuk membacakan doa.
Dipersilakan.
DOA
Amin Ya Rabbal Alamin, ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fauzan
atas bacaan doa sebentar tadi dengan harapan majlis kita ini mendapat
keberkatan dan kerahmatan daripada-Nya.
4. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Staf 2015
Majlis dimulakan dengan Pembentangan dan Pengesahan Minit
Mesyuarat Staf 2015 yang akan dikendalikan oleh
_______________________. Majlis mempersilakan
________________________ untuk naik ke pentas bagi meneruskan
majlis.
BENTANG DAN SAH MINIT MESYUARAT STAF 2015
Terima kasih atas pembentangan dan pengesahan minit sebentar tadi.
5. Pembentangan Buku Perancangan Eksekutif 2016 (BPE 2016)
Sidang hadirin sekalian, majlis seterusnya menjemput Dr Zainol Badli bin
Budiman bagi membentangkan Buku Perancangan Eksekutif bagi tahun
2016. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
BPE 2016
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Zainol atas pembentangan
Buku Perancangan Eksekutif sebentar tadi.

6. Pembentangan SUA
Majlis diteruskan pula dengan pembentangan dari Setiausaha Akademik
yang akan disampaikan oleh Dr Hasnah binti Abdullah. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
SUA
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Hasnah binti Abdullah.
7. Taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam
Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan taklimat Ekosistem
Kondusif Sektor Awam atau di kenali dengan singkatan EKSA yang akan
disampaikan oleh Pn Rajam a/p Suppiah. Dengan sukacitanya dijemput.
EKSA
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Rajam atas taklimat
yang disampaikan sebentar tadi.
8. Taklimat Unit Khidmat Pengurusan
Majlis diteruskan dengan taklimat Unit Khidmat Pengurusan yang akan
disampaikan oleh En Mohd Izan bin Yusop, Ketua Unit Khidmat
Pengurusan IPGKRM. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
TAKLIMAT KUKP
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas taklimat yang disampaikan
sebentar tadi.
9. Maklumat dan Makluman Timbalan Pengarah
Hadirin warga dewan yang dikasihi,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan makluman dan maklumat daripada
Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melwar. Dengan itu majlis
menjemput yang dihormati Dr Hj Nizam Bin Abd Latib untuk
menyampaikan makluman beliau, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Hj Nizam atas makluman yang


diberikan sebentar tadi.
10. Pelancaran Jurnal Melewar
Para hadirin yang dimuliakan,
Jurnal Melewar merupakan himpunan hasil kajian dan penyelidikan warga
IPG Kampus Raja Melewar Seremban. Untuk itu, marilah kita bersamasama menyaksikan tayangan montaj berkenaan Jurnal Melewar yang
telah disediakan oleh Jabatan Pembangunan Inovasi Profesionalisme
Keguruan.
TAYANGAN MONTAJ
Majlis diteruskan dengan menjemput Tn Baharom bin Mohd Noor ,
Pengarah IPG Kampus Raja Melewar diiringi Dr Kamarul bin Md Shah
Ketua Jabatan PIPK naik ke pentas untuk merasmikan Pelancaran Jurnal
Melewar bagi tahun 2015. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
GIMIK PELANCARAN
Dimohon kepada Tuan Pengarah untuk terus berada di pentas bagi
menyampaikan Sijil kepada Sidang Editor dan Penulis Artikel Jurnal
Melewar bagi Tahun 2015.
Dijemput Wakil Sidang Editor Dr Kamarul Bin Md Shah (Ketua Editor
Jurnal Melewar) untuk menerima sijil.
Seterusnya penulis Artikel Jurnal Melewar Bil 19:
Dijemput: (RUJUK HANDOUTS)
Majlis seterusnya menjemput Dr Kamarul bin Md Shah untuk
menyampaikan cenderahati kepada Tn Baharom bin Mohd Noor.
Terima kasih di ucapkan kepada Tuan Pengarah dan Dr Kamarul.
Tuan Pengarah sekali lagi dimohon untuk berada di atas pentas.

11. Ucapan pengarah


Kini sudah berhimpun pepat di majlis ini
Yang duduk bersanding lutut
Yang tegak bersanding bahu
Atas nama empunya hajat
Kedatangan tuan pembawa berkat
Moga majlis bertambah seri
Duduk sekawan si burung unta
Tepi keramat di waktu malam
Padamu tuan kami meminta
Kata azimat penutup kalam
Hadirin yang dihormati
Seterusnya marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati
ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh
Yang berbahagia Tn Baharom Bin Mohd Noor
Pengarah IPG Kampus Raja Melewar sempena Mesyuarat Staf Bilangan
1 bagi tahun 2016.
Dengan sukacita dan hormatnya dijemput.
UCAPAN
Tuan Pengarah, buat sekian kalinya dimohon untuk terus berada di atas
pentas.
Terima kasih atas ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh Tuan
Pengarah sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, Pengarah kita Tn Baharom
bin Mohd Noor akan menyambut ulang tahun kelahiran beliau pada esok
hari iaitu pada 22 Disember. Oleh itu, pihak kampus sukacita menjemput
tuan Pengarah untuk meniup lilin dan memotong kek sempena ulang
tahun kelahiran tuan. Hadirin sekalian, mari lah sama-sama kita
menyanyikan Lagu Hari Jadi.

Selamat Hari Jadi


Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Pengarah
Selamat Hari Jadi.
Semoga Tuan Pengarah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
12. PERGERAKAN HADIRIN KE MEJA JAMUAN
Dengan itu, maka berakhirlah Mesyuarat Staf yang pertama bagi tahun
2016.
Saya bagi pihak Unit Khidmat Pengurusan IPG Kampus Raja Melewar
mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan majlis pada kali ini.
Bunga seroja di atas cemara,
Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.
Terbang rendah burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.
Selama berbicara, entah lidah tersalah sebut, entah jawab tersalah
tingkah, entah maksud tak kesampaian, sepuluh jari disusun memohon
ribuan kemaafan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu
datangnya daripada kelemahan kami sendiri.
Dari Kedah ke pekan Sari
Beli suasa di Kota Tinggi
selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum w.a.b
Salam sejahtera.

Dijemput Tuan Baharom bin Mohd Noor diiringi Dr Hj Nizam bin Abd Latib,
Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
seterusnya para hadirin sekalian untuk ke meja jamuan.
13. INFROMAL EVENT:
Dijemput Ustaz Mohd Fauzan bin untuk membaca doa selamat bagi
kesejahteran Tuan Pengarah dan seterusnya seluruh warga kampus Raja
Melewar.
Terima kasih Ustaz.
Hadirin dijemput menikmati hidangan. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai